Tuesday, May 8, 2018

Bapa Dihina DAP, Anak-Anak Mahathir Buat Apa?


DAP begitu lancang menghinakan Mahathir sekarang ini.  Dalam banyak ceramah membabitkan pemimpin mulut celupar parti itu seperti Nga Kor Ming, Superman Hew dan lain-lain, Mahathir dijadikan bahan ketawa.

Turut Mahathir dihinakan konon akan duduk satu syurga dengan mendian Lee Kuan Yew.  Ini semua penghinaan kerana takkanlah orang bukan Islam dan Islam duduk dalam syurga yang sama mengikut kepercayaan kita ye yak?


Begitupun yang peliknya, anak-anak Mahathir buat apa?

Friday, May 4, 2018

Memali: Maaf Mahathir Sebab Takut Hilang Undi?


Esok, proses pengundian awal bagi PRU14 akan bermula.  Ia melibatkan anggota polis dan anggota tentera di seluruh negara - pasukan keselamatanlah senang kata.

Justeru, mengetahui tentang itu dan bagi membeli jiwa anggota keselamatan ini, maka Mahathir memilih untuk menghina 14 mangsa dalam kejadian Memali yang terkorban lebih 30 tahun dulu.

Itu saja puncanya.

Tapi Mahathir lupa, ini bukan macam kempen zaman dia jadi Perdana Menteri dulu.  Hari ini semuanya boleh dirakam semudah menekan butang telefon dan tersebarlah ke seluruh negara ucapan Mahathir yang menghinakan itu sehingga membangkitkan kemarahan rakyat.

Maka Mahathir tidak ada pilihan lain selain meminta maaf, sama juga masa dia hina kaum India dengan panggilan keling, minta maaf jugak. 

Wednesday, May 2, 2018

Hari-Hari Mahathir Menipu Sekarang, Tak Ingat Mati Ke?



Boleh kata sejak kempen PRU14 secara rasmi bermula, hari-hari kita dengar ada saja penipuan yang dilakukan Mahathir.

Contohnya, sehari sebelum penamaan calon, Mahathir mengatakan jet peribadinya cuba disabotaj - kenyataan yang bukan saja dinafikan pihak berkuasa penerbangan CAAM, malah pemilik jet itu sendiri pun.

Semalam, anak Mahathir pulak mendakwa permit mendarat Mahathir di Langkawi tidak diberikan - turut dinafikan oleh pihak berkuasa penerbangan pulau tersebut.

Hari ini Mahathir mendakwa, kastam dan Imigresen memeriksanya ketika sampai di Terengganu - dakwaan yang turut dinafikan Ketua Pengarah Imigresen. 

Monday, April 30, 2018

Sabotaj Jet: Sandiwara Mahathir Tak Menjadi, Silap-Silap Makan Diri


Syarikat Vista.Jet Ltd - pemilik jet mewah persendirian yang didakwa Mahathir cuba disabotaj pihak-pihak tertentu untuk mengancam keselamatannya semalam tampil menafikan ada cubaan sabotaj ke atas pesawat tersebut seperti didakwa.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah masalah teknikal yang biasa dan syarikat itu terus menggantikan dengan jet yang lain.

Berlawanan sama sekali dengan cerita Mahathir yang mendakwa bukan sahaja jet itu disabotaj, tapi turut ada cerita konon cuba hubungi kawan-kawan yang ada jet untuk dipinjam tapi tak dapat sebab ada pihak lain tak benarkan.

Memang besar punya pembohong Mahathir ni.

Friday, April 27, 2018

Mahathir Jadi Bertanding Di Langkawi Ka?


Persoalan dimana Mahathir akan bertanding, terus berlegar di kalangan peminat politik negara sekalipun dia telah rasmi diumumkan sebagai calon Parlimen Langkawi oleh Azizah.

Hakikat bahawa pencalonan Mahathir diumumkan ister bekas musuh ketatnya Anwar, adalah satu perkara yang sangat memalukan kepada diri Mahathir, nombo dua paling memalukan selepas isu Kutty.

Mahathir adalah orangnya yang memberitahu satu dunia bahawa Anwar meliwat dan dalam proses itu melancapkan mangsa liwatnya - bila tiada siapa pun yang bertanyakan perkara tersebut.

Wednesday, April 25, 2018

Beranikah Mahathir Laporkan Arul Kanda Kerana Sebar Berita Palsu?



CEO 1MDB, Arul Kanda hari ini pergi merata tempat dalam Malaysia bercakap tentang kebenaran di sebalik dakwaan Mahathir tentang syarikat berkenaan.  Beliau turut mengadakan blog sendiri untuk tujuan tersebut.

Malah beberapa hari lepas, Arul Kanda mengadakan temubual telefon dengan CNBC mengesahkan bahawa isu berkaitan 1MDB didalangi pembangkang kerana ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.

Ternyata apa yang Arul Kanda terangkan, berbeza sama sekali dengan versi cerita Mahathir yang selalu kita dengar, seperti kononnya dana RM 2.6 billion datang dari 1MDB yang telah disahkan oleh Arul Kanda sendiri sebagai satu pembohongan.

Monday, April 23, 2018

Kalau Azizah Tak Sign Watikah, Mahathir Nak Bertanding Parti Apa?


Semua rakyat Malaysia tahu hubungan Mahathir dengan keluarga Anwar sekarang ini adalah berasaskan penipuan dan tipu daya untuk mendapat undi semata-mata.  Siapa bodoh saja percaya selepas segala yang berlaku, Anwar dan keluarganya boleh move on macam itu saja bersama Mahathir?

Cuma sekarang, tanpa Anwar Pakatan ibarat kapal tanpa nakhoda dan Mahathir difikirkan sesuai menjadi nakhoda sementara, menantikan Anwar keluar dari penjara.

Begitupun, dengan strategi DAP mengeluarkan PAS dari Pakatan dan mengantikannya dengan PAN nampak bukan sahaja tidak berjalan, bahkan bakal menjadi senjata makan tuan, ada kemungkinan PRU14 bukan lagi medan PKR menjadi kerajaan, tapi untuk membalas dendam.

Wednesday, April 18, 2018

Lantik Menteri: Siapa Calon PM, Mahathir Ke Guan Eng?


Agak melucukan, demi menarik pengundi Teluk Intan mengembalikan kerusi tersebut kepada DAP, tertuduh rasuah Guan Eng mengumumkan calon parti berkenaan bagi kerusi tersebut akan dilantik sebagai menteri.

Setahu kita, Menteri adalah lantikan DYMM Agung atas cadangan Perdana Menteri.

Dalam kes Pakatan, yang diwar-warkan sebagai Perdana Menteri ialah Mahathir tapi bagaimana pulak Guan Eng boleh umum Nga Kor Ming akan dilantik sebagai Menteri?

PPBM Sana PPBM Sini, Mahathir Lupa Parti Dah Takde?


Mahathir dah macam orang gila.  Partinya PPBM telah dibubarkan sementara oleh Pendaftar Pertubuhan kerana tidak ada cawangan, tapi Mahathir tetap ke hulu ke hilir dengan baju parti berlambangkan bunga raya itu.

Apa Mahathir lupa ke parti dia dah takde?  Entah apa lagi yang Mahathir lupa.

Pasal Pakatan Harapan pun mungkin Mahathir lupa agaknya.  Kerana PPBM tidak ada cawangan dan terpaksa dibubarkan, hasrat untuk menyaksikan lambang Pakatan Harapan tertera atas kertas undi dalam PRU kali ini terpaksa dilupakan.

Friday, April 13, 2018

Apahal Mahathir, Meniaga Roti Pun Melingkup, Nak Urus Negara Pulak Lagi?


Difahamkan hari ini, sebuah syarikat roti yang dikaitkan dengan Mahathir, menamatkan operasinya setelah 12 tahun beroperasi.

Patutnya sebagai sebuah kedai roti dimana calon Perdana Menteri ada kepentingan, bertahanlah ye tak, ini dah melungkup, baru 12 tahun.

Gebangnya bukan main besar, 7 juta, 6 juta rakyat Malaysia ini menyokong Mahathir tapi nak menghidupkan kedai roti yang tak seberapa itupun tak mampu.

Wednesday, April 11, 2018

Didakwa Ada Akaun Luar Negara, Mahathir Boleh Saman Kalau Tak Betul


Cerita Mahathir ada menyimpan wang dalam akaun rahsia di luar negara ini sebetulnya bukanlah cerita baru, lama dah kita dengar, sampai ke Israel pun ada.  Dah ramai orang berkata, antara mereka ialah bekas pekerjanya dan terbaru kenalan keluarga yang agak lama pula.

Secara peribadi, penulis tak pasti kebenaran di sebalik dakwaan terbaru ini tapi dah tentu, tuduhan macam ini berat.  65 juta pound pada tahun 1987 besar nilainya dari segi tukaran saja tu, belum nilai inflasinya lagi berbanding hari ini.

Dalam tuduhan itu, ada juga nama arwah Tan Sri Mohamad Rahmat disebut sebagai antara yang terlibat menyerahkan wang itu kepada Mahathir dan seperti kita tahu, anak-anak arwah masih ramai yang ada lagi, antaranya Datuk Nur Jazlan Rahmat.  Tunggu yang ini buka mulut saja, habislah Mahathir.

Mahathir atau anak-anaknya yang nama mereka hampir kesemuanya disebut dalam dakwaan yang sama, perlu juga jawab dakwaan ini dan ada banyak cara untuk mereka berbuat demikian - saman misalnya.  

Penulis pasti orang yang buat tuduhan ini, beliau ada semua bukti untuk menyokong dakwaannya, tinggal lagi Mahathir saja perlu siap bukti untuk menafikannya pula - kalau dia beranilah.


Saturday, April 7, 2018

Drama Nak Kena "Bunuh": Alasan Minta Tambah Pengawal Peribadilah Tu


Makin tua umur Mahathir, semakin takut dia dengan kematian. Makin takut dengan kematian, makin bimbang dengan keselamatan tapi nak minta tambah pengawal peribadi dengan Najib, takut kena gelak macam itu saja.

Anak-anak dia memang kaya, dia sendiri pun kaya raya juga tapi kalau boleh guna yang percuma, kenapa mesti keluar duit sendiri untuk bayar pula ye tak?+  Mahathir, tahu sajalah kedekut.

Maka itu buatlah kenyataan konon keselamatan ala-ala terancam supaya tak langsung akan menggerakkan kerajaan untuk menambah tahap keselamatannya, kalau tak seperti jadi Perdana Menteri dulu pun, lebih baik dari sekaranglah.

Dengan Mahathir memang selalu macam itu.  Kalau dia angkat tangan kanan, supaya orang tak nampak tangan kiri tengah buat apa.

Wednesday, April 4, 2018

Tengok Keluarga Dia Pun Kita Tau Islam Mahathir Tidak Betul


Mahathir tak usahlah bertegang urat mempertahankan betul atau tidak ajaran Islam yang diamalkannya seperti dipertikai banyak pihak.

Buang masa saja sebab hujah menyokong Islam Mahathir tidak betul ini turut disokong oleh amalan keluarganya, dari bini, anak sampai ke cucu semua.

Yang peluk anjing, yang sokong LGBT, yang Mahathir berpaling muka hanya kerana memakai tudung dan sebagainya, ini semua jelas menunjukkan Islam yang diamalkan Mahathir banyak tak betul.

Monday, April 2, 2018

Kenapa Mahathir Tak Umum Kerusi Untuknya Bertanding Lagi?


DAP di sana sini sudah mengumumkan calon yang dipilih untuk bertanding di kawasan tertentu, terutama di Johor.  PKR dan PAN nampaknya masih tidak berbuat demikian lagi untuk dapat kelebihan berbanding PAS.

Sebagai parti yang tidak ada kemungkinan saingan 3 penjuru (melainkan calon Bebas dan calon parti nyamuk) kerana menumpu kepada kerusi majoriti orang cina, DAP bolehlah umum calon awal-awal.


Tapi yang anehnya, disebalik semua gebang gebung pasal dirinya yang masih diperlukan rakyat Malaysia, Mahathir, 93 tahun masih lagi tidak mengumumkan untuk bertanding di mana dalam PRU14 yang akan datang.

Wednesday, March 28, 2018

Bukan Sahaja Tua Bangka, Selalu Keluar Masuk Hospital Juga


Agak mengejutkan bila didedahkan bahawa Mahathir bukan setakat tua bangka tapi juga selalui tidak sihat sehingga sering dimasukkan hospital - 47 kali dalam tempoh 3 tahun ini saja.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh blogger Raja Petra Kamarudinm dalam posting terbarunya.

Sudah tentu pendedahan ini tidak mengejutkan kerana sememangnya pada usia yang begitu lanjut seperti ini, Mahathir akan selalu dirujuk ke hospital.  Bukan dia tu semakin muda lagi.

Apatah lagi Mahathir ada sejarah kesihatan buruk yang panjang dengan seawal 1989n lagi telah menggunakan pacemaker untuk memastikan jantungnya terus berdegup.

Monday, March 26, 2018

Mahathir Terjah Kalau Ada Untung Saja


Banyak forum membincangkan cadangan Pakatan untuk menjadikan Mahathir sebagai Perdana Menteri semula ini diadakan di sana sini, rasmi dan tak rasmi.  Sudah tentu faktor usia Mahathir menjadi topik utama.

Maklumlah, belum ada sejarah dalam dunia letak zombie jadi Perdana Menteri lagi, ini kali pertama sebab itu ramai orang berkata.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razaklah sajalah sebagai contoh, bila beliau berucap di mana-mana, cadangan Pakatan dengan faktor usia Mahathir ini, memang jadi topik wajibnya.

Tapi dalam banyak-banyak itu, hanya satu saja yang Mahathir muncul tiba-tiba (terjah).

Friday, March 23, 2018

Penipu, Satu Lagi Sifat Mahathir Yang Diwarisi Mukhriz Selepas Firaun


Selepas kantoi mahu memecat penjawat awam dalam tempoh 30 hari Pakatan berkuasa kalau menang di Putrajaya, Mukhriz sekali lagi kantoi menipu bila menafikan mengguna kajian Cambridge Analytic untuk menang di Kedah dalam PRU13.

Rupanya dia memang ada guna data itu untuk dia saja, BN dan sebagainya tidak terlibat.

Pegawai media Mukriz dari 2013 hingga 2015 mengaku menggunakan data dari Cambridge Analytical untuk tujuan politik Mukhriz semasa PRU13 dan ada bukti yang cukup bakal dikeluarkan jika Mukhriz terus menerus menipu dan menafikan.

Wednesday, March 21, 2018

Berhabis Bayar Media Luar, Media Yg Pro Kat Dalam Ni Dapat Terima Kasih Sajalah



Mahathir dalam satu kenyataan kepada media tempatan mengaku membayar media luar untuk menyebarkan pembohongannya mengenai 1MDB sebab diyakini tua kutuk itu tak percaya media tempatan di negara ini mampu memberi kesan sebaik media luar.

Ini menjadikan media tempatan macam Sinar Harian dan sebagainya yang bersungguh membeli jiwa Mahathir dengan menyiarkan berita yang cenderung ke arahnya dapat dedak sementara media asing juga yang dapat carrot.

Sementara page page Facebook cenderung Mahathir ipualk, mungkin tidak dapat apa pun, hanya semangat saja yang ada.  Tak apa kalau media asing yang Mahathir upah dapat semangat juga tapi kita yakin banyak juga yang masuk tu.

Monday, March 19, 2018

Buang Kakitangan Awam: Kefiraunan Mahathir Diwarisi Anaknya


Kenyataan Mukhriz semalam bahawa Pakatan akan membuang semua pegawai kanan kerajaan yang tidak sebulu dengan Pakatan - konon kerana melindungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuktikan bahawa Mahathir tidak ada iman yang nak diwariskan kepada anak-anaknya sebaliknya kezalimannya itulah yang mereka dapat.

Nampak sangat demokrasi di kalangan penjawat awam akan menjadi lebih sukar kalau puak-puak ini menjadi kerajaan.

Justeru, sebelum itu berlaku, kerajaan hari ini harus bertindak hampir sama juga - buang semua penjawat awam yang terang-terang sokong pembangkang.

Friday, March 16, 2018

Parlimen Malaysia & Swiss Tolak Tuduhan Mahathir 1MDB HIlang Duit


Pakatan betul tidak malu kerana cuba menuntut wang yang bukan milik mereka dari negara Switzerland. Entah dimana asasnya Kit Siang dan Azizah mahu RM 430 juta denda yang dikutip badan kewangan Swiss, Finma dipulangkan kepada Malaysia.

Ini betul kerja bodoh tapi 2 ekor ini terlepas tanpa sebarang rasa malu.

Tak hairan sebab permintaan ini dbuat tanpa asas, Parlimen Switzerland menolak dengan majoriti besar sekali 138 berbanding hanya 53 menyokong.  Gila apa nak serah beratus juta dollar wang negara sendiri kepada negara yang tidak ada kena mengena?

Seterusnya menjadikan Parlimen Swiss sebagai parlimen kedua selepas Parlimen Malaysia yang mengesahkan bahawa Malaysia tidak kehilangan wang.

Maksudnya dah 2 parlimen meengesahkan 1MDB tidak kehilangan wang, apa lagi agaknya Mahathir nak temberang?