Monday, April 30, 2018

Sabotaj Jet: Sandiwara Mahathir Tak Menjadi, Silap-Silap Makan Diri


Syarikat Vista.Jet Ltd - pemilik jet mewah persendirian yang didakwa Mahathir cuba disabotaj pihak-pihak tertentu untuk mengancam keselamatannya semalam tampil menafikan ada cubaan sabotaj ke atas pesawat tersebut seperti didakwa.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah masalah teknikal yang biasa dan syarikat itu terus menggantikan dengan jet yang lain.

Berlawanan sama sekali dengan cerita Mahathir yang mendakwa bukan sahaja jet itu disabotaj, tapi turut ada cerita konon cuba hubungi kawan-kawan yang ada jet untuk dipinjam tapi tak dapat sebab ada pihak lain tak benarkan.

Memang besar punya pembohong Mahathir ni.


Kita tak rasa selepas ini Vista Jet akan terus menyewakan pesawat mereka kepada Mahathir sebab nama syarikat itu dah dibusukkan dengan cerita sabotaj tua kutuk 93 tahun tersebut.

Jika perkara itu berlaku, jadilah namanya senjata makan tuan.  Konon nak buat cerita burukkan kerajaan, penyudahnya orang benci nak tawarkan perkhidmatan.

Mahathir memang dah jadi liabiliti kepada Pakatan sekarang.

1 comment:

  1. Mahathir hendaklah membuat laporan polis, pihak polis hendaklah menyiasat 1.Mahathir sendiri, 2.Pilot jet, 3.Pengurus hanger, 4.Mahathir, 5.Mahathir, 6 dan seterusnya Mahathir, insyaAllah kes boleh diselesaikan...

    ReplyDelete