Friday, May 4, 2018

Memali: Maaf Mahathir Sebab Takut Hilang Undi?


Esok, proses pengundian awal bagi PRU14 akan bermula.  Ia melibatkan anggota polis dan anggota tentera di seluruh negara - pasukan keselamatanlah senang kata.

Justeru, mengetahui tentang itu dan bagi membeli jiwa anggota keselamatan ini, maka Mahathir memilih untuk menghina 14 mangsa dalam kejadian Memali yang terkorban lebih 30 tahun dulu.

Itu saja puncanya.

Tapi Mahathir lupa, ini bukan macam kempen zaman dia jadi Perdana Menteri dulu.  Hari ini semuanya boleh dirakam semudah menekan butang telefon dan tersebarlah ke seluruh negara ucapan Mahathir yang menghinakan itu sehingga membangkitkan kemarahan rakyat.

Maka Mahathir tidak ada pilihan lain selain meminta maaf, sama juga masa dia hina kaum India dengan panggilan keling, minta maaf jugak. 
Begitupun kerosakan telah berlaku dan tambah menyakitkan hati keluarga mangsa Memali, mengetahui permohonan maaf Mahathir besar kemungkinan kerana dia takut hilang undi.

Lagipun tak logik Mahathir tersilap cakap sekalipun kita faham dia dah tua.

Isu Memali dengan Mahathir bukan hanya timbul masa kempen PRU14 ini saja, malah yang menjadi punca kekecohan semasa program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam beberapa bulan sebelum ini pun, isu Memali juga.

Cuma masa itu, sebab pilihanraya lambat lagi, Mahathir memilih untuk menyalahkan polis.

No comments:

Post a Comment