Tuesday, May 8, 2018

Bapa Dihina DAP, Anak-Anak Mahathir Buat Apa?


DAP begitu lancang menghinakan Mahathir sekarang ini.  Dalam banyak ceramah membabitkan pemimpin mulut celupar parti itu seperti Nga Kor Ming, Superman Hew dan lain-lain, Mahathir dijadikan bahan ketawa.

Turut Mahathir dihinakan konon akan duduk satu syurga dengan mendian Lee Kuan Yew.  Ini semua penghinaan kerana takkanlah orang bukan Islam dan Islam duduk dalam syurga yang sama mengikut kepercayaan kita ye yak?


Begitupun yang peliknya, anak-anak Mahathir buat apa?

Friday, May 4, 2018

Memali: Maaf Mahathir Sebab Takut Hilang Undi?


Esok, proses pengundian awal bagi PRU14 akan bermula.  Ia melibatkan anggota polis dan anggota tentera di seluruh negara - pasukan keselamatanlah senang kata.

Justeru, mengetahui tentang itu dan bagi membeli jiwa anggota keselamatan ini, maka Mahathir memilih untuk menghina 14 mangsa dalam kejadian Memali yang terkorban lebih 30 tahun dulu.

Itu saja puncanya.

Tapi Mahathir lupa, ini bukan macam kempen zaman dia jadi Perdana Menteri dulu.  Hari ini semuanya boleh dirakam semudah menekan butang telefon dan tersebarlah ke seluruh negara ucapan Mahathir yang menghinakan itu sehingga membangkitkan kemarahan rakyat.

Maka Mahathir tidak ada pilihan lain selain meminta maaf, sama juga masa dia hina kaum India dengan panggilan keling, minta maaf jugak. 

Wednesday, May 2, 2018

Hari-Hari Mahathir Menipu Sekarang, Tak Ingat Mati Ke?



Boleh kata sejak kempen PRU14 secara rasmi bermula, hari-hari kita dengar ada saja penipuan yang dilakukan Mahathir.

Contohnya, sehari sebelum penamaan calon, Mahathir mengatakan jet peribadinya cuba disabotaj - kenyataan yang bukan saja dinafikan pihak berkuasa penerbangan CAAM, malah pemilik jet itu sendiri pun.

Semalam, anak Mahathir pulak mendakwa permit mendarat Mahathir di Langkawi tidak diberikan - turut dinafikan oleh pihak berkuasa penerbangan pulau tersebut.

Hari ini Mahathir mendakwa, kastam dan Imigresen memeriksanya ketika sampai di Terengganu - dakwaan yang turut dinafikan Ketua Pengarah Imigresen.