Monday, April 23, 2018

Kalau Azizah Tak Sign Watikah, Mahathir Nak Bertanding Parti Apa?


Semua rakyat Malaysia tahu hubungan Mahathir dengan keluarga Anwar sekarang ini adalah berasaskan penipuan dan tipu daya untuk mendapat undi semata-mata.  Siapa bodoh saja percaya selepas segala yang berlaku, Anwar dan keluarganya boleh move on macam itu saja bersama Mahathir?

Cuma sekarang, tanpa Anwar Pakatan ibarat kapal tanpa nakhoda dan Mahathir difikirkan sesuai menjadi nakhoda sementara, menantikan Anwar keluar dari penjara.

Begitupun, dengan strategi DAP mengeluarkan PAS dari Pakatan dan mengantikannya dengan PAN nampak bukan sahaja tidak berjalan, bahkan bakal menjadi senjata makan tuan, ada kemungkinan PRU14 bukan lagi medan PKR menjadi kerajaan, tapi untuk membalas dendam.


Dengan parti sendiri tidak menjadi, Mahathir terpaksa bergantung ehsan PKR untuk memberikannya watikah sebagai calon PKR di Langkawi.  Persoalannya, bagaimana kalau watikah ini tidak kunjung tiba pada hari proses penamaan calon?

Tahu dah, bertanding dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri pun akan kalah, baik peluang yang ada digunakan untukj melampias kesumat yang selama ini berbuku.

Kalau itu berlaku, apa strategi Mahathir agaknya?

No comments:

Post a Comment