Friday, April 13, 2018
Apahal Mahathir, Meniaga Roti Pun Melingkup, Nak Urus Negara Pulak Lagi?
Difahamkan hari ini, sebuah syarikat roti yang dikaitkan dengan Mahathir, menamatkan operasinya setelah 12 tahun beroperasi.
Patutnya sebagai sebuah kedai roti dimana calon Perdana Menteri ada kepentingan, bertahanlah ye tak, ini dah melungkup, baru 12 tahun.
Gebangnya bukan main besar, 7 juta, 6 juta rakyat Malaysia ini menyokong Mahathir tapi nak menghidupkan kedai roti yang tak seberapa itupun tak mampu.
Ini bagaimana ceritanya ni? Baru meniaga kedai roti pun melungkup, bagaimana nak serahkan negara kepada dia? Apatah lagi pada 1986, Mahathir ada rekod hampir memufliskan negara ini bila hutang kerajaan melebihi pendapatan.
Ya, dulu Mahathir begitu, Mahathir begini tapi itu dulu. Yang dulu itupun bukan semuanya cantik sebab tak semuanya jugak diceritakan kepada rakyat. Banyak yang buruk-buruk ini disapu ke bawah karpet, sekarang ni sajalah baru satu persatu keluar.
No comments:
Post a Comment