Tuesday, August 30, 2016

RM 4 Billion: Muhyiddin Perlu Berhenti Bercakap, Tunjuk Bukti Kalau Ada


Muhyiddin Yassin hendaklah berhenti membuat tuduhan tidak berasas ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.  Ini merujuk kepada dakwaan terbarunya konon RM 4 billion sudah sedia ada dalam akaun dibawah nama Najib seperti ditunjukkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, Ghani masih tidak memberikan sebarang respon kepada dakwaan tersebut.  Mahathir juga beberapa hari yang lepas, menuduh Ghani sebagai salah seorang dari 3 Tan Sri yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Najib.


Tapi kita bagi mudah cerita sajalah.  Muhyiddin perlu berhenti mengeluarkan tuduhan yang sebegini dan menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan dengan buktinya sekali.  Kalau pun bukti itu berada di tangan Ghani, dia boleh buat laporan dan SPRM akan mendapatkannya dari Ghani.

Kementerian Sukan Sendiri Terpalit Rasuah,Nak Siasat 'Rasuah' FAM Pulak?


Ada sebab kenapa kerajaan menubuhkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dulu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sekarang.  Selain diperuntukkan undang-undang, semua kakitangan mereka adalah yang terlatih serta diberi kuasa dalam menguatkuasakan undang-undang rasuah.

Pihak yang lain, tugas mereka jika tahu atau diberi bukti mengenai perlakuan rasuah, perlulah memaklumkan kepada SPRM supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Jadi dalam hal Menteri Sukan mendapat bukti mengenai salah laku rasuah dan apa benda penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam FAM ini, dia perlulah menyerahkan semua bukti tersebut SPRM supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Bukan cuba menjadi hero dengan menyiasat sendiri.

Thursday, August 25, 2016

Bangsa Johor: Muhyiddin Sokong Sultan Atau Mahathir?



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini membidas keras kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara lancang mengkritik kongsep 'bangsa Johor' semalam.

Baginda hari ini menyifatkan Mahathir sebagai tidak tahu dengan sejarah Johor apabila mendakwa konsep tersebut berkenaan boleh meruntuhkan perpaduan rakyat.

Wednesday, August 24, 2016

Mahathir Pernah Tuduh Agung, Arwah Megat Junid Apa Sangat?


Mahathir mungkin dah nampak bayangan kehidupan di alam yang satu lagi.  Umur macam ini, nak harap hidup berapa lama lagi dah?

Justeru tak hairan dia cuba 'memalaikatkan' dirinya dengan sedikit demi sedikit menjarakkan diri dari apa benda buruk berlaku dalam negara ini yang dulu sering dikaitkan dengan dia.

Pecat orang, buat negara hampir melungkup dalam krisis ekonomi 1997 dan sebagainya, ini semua satu demi satu Mahathir cuba kata bukan dialah puncanya tapi orang lain.

Terbaru bab ISA yang begitu trending hari ini, dimana Mahathir di dakwa menyalahkan arwah Tan Sri Megat Junid sebagai orang yang sebenarnya menahan individu dibawah ISA - bukan dia walaupun dia adalah Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Begitupun nak heran apa?  Mahathir pernah persalahkan DYMM YDP Agung sebagai pihak yang bertanggungjawab memecat Ketua Hakim Negara pada satu ketika dulu.  Arwah Megat Junid ni apa sangat?

Tuesday, August 23, 2016

Hina Islam Bukan Satu Kesalahan Jenayah - Marina Mahathir



Anak kepada bekas perdana menteri, Marina Mahathir mendakwa tindakan penyanyi rapper kontoversi, Namewee yang menghina Islam bukan merupakan satu kesalahan jenayah.

Marina melalui satu kenyatan hari ini turut menyifatkan menyifatkan tindakan polis menahan Namewee sebagai melampau kerana ingin memuaskan hati umat Islam yang tersinggung dengan tindakan artis tersebut.

Beranikah Mukhriz Sahut Cabaran Untuk Bersumpah?



Bekas Pegawai Khas, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar agar bekas menteri besar Kedah itu bersumpah dengan al-Quran bagi membuktikan beliau tidak rakus untuk menjadi Perdana Menteri secara pantas.

Haris Che Mat melalui satu kenyataan baru-baru ini menggesa Mukhriz tampil untuk menjawab isu yang dibangkitkan sebelum ini.

Sunday, August 21, 2016

Mungkin Mati Celik, Harapan Satu Lawan Satu Nampak Tak Jadi Kenyataan


Kerusi Parlimen di Malaysia ada 222 sahaja sejak 2004, sementara kerusi DUN pulak 505 - tak termasuk di Sarawak dan pertambahan 13 kerusi lagi yang bakal berlaku di Sabah.  

Maksud dah 3 penggal macam itu tak berubah.  Setiap parti politik 'senior' di negara ini dah terbiasa dengannya.  Sebut saja kawasan mana dah tahu siapa tanding, kok ada berubah pun sana sikit, sini sikit, majoritinya masih sama.

Tapi masuk pulak parti Pribumi ini, nampak macam bodoh sikit.  Senang-senang dia kata nak bertanding di kerusi tradisi yang PKR dan PAS dah berkurun bertanding.  Mudah sungguh dia buat kenyataan semacam itu, tanpa kehadiran pihak yang dia nak ambil alih kerusinya ni - PAS dan PKR.

Apa yang istimewa sangat dengan parti ni sampai begitu yakin PKR dan PAS akan bertolak ansur dengan dia dalam soal pembahagian kerusi?  Anwar pun tak boleh buat berbelas tahun dah, Mahathir pulak lagi.

Mahathir memang diketahui memasang impian nak wujudkan pertandingan satu lawan satu antaranya parti-parti pembangkang (termasuk parti Pribuminya) dengan BN.

Saturday, August 20, 2016

Mahathir Malu Besar, Azmin Enggan Lantik Muhyiddin Sebagai Ketua Pembangkang



Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berang dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang menolak cadangan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Mahathir sebelum ini dikatakan telah melobi agar jawatan tersebut diserahkan kepada Muhyiddin atas kapasitinya sebagai bekas timbalan perdana menteri serta untuk membolehkan blok pembangkang mempunyai suara yang lebih lantang menentang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Friday, August 19, 2016

Mahathir Bukan Pencipta 'Malaysia Boleh'



Pencapaian Olimpik Rio 2016 dimana begitu banyak kejayaan yang telah dan akan diraih, membuka mata rakyat bagaimana majunya bidang sukan di negara kita sejak Datuk Seri Najib mengambil alih.

Belum pernah berlaku dimana negara meraih banyak kejayaan yang menghasilkan pingat seperti sekarang.  Kalau dulu semua tumpuan pingat bergantung semata-mata kepada Badminton, sekarang, sukan lumba basikal dan terjun pun sudah mampu menghasilkan pingat untuk negara.

Maka tak hairan lah kenapa ada yang cuba menafikan kejayaan Najib ini dengan mendakwa slogan 'Malaysia Boleh' yang menjadi motivasi kepada ahli sukan di negara ini, adalah dicipta oleh bekas ahli UMNO, Mahathir Mohamad.

Tanggapan ini sebenarnya salah.

Slogan Malaysia Boleh sebenarnya berasal dari lagu 'Fikirkan Boleh' oleh kumpulan Metropolitan pada tahun 1991.  Lagu ini kemudiannya dijadikan lagu motivasi oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia pada ketika itu, Datuk (kini Tan Sri) Elyas Omar untuk skuad Piala Thomas 1992.

Wednesday, August 17, 2016

Mahathir Mengaku Parti Baharu Ciptaannya Amal Dasar Perkauman



Ramai yang tersenyum sinis dengan kenyataan Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Tun Dr Mahathir Mohamad apabila terpaksa mengaku dasar parti baharu yang ditubuhkannya itu bersikap perkauman.

Mahathir melalui satu kenyataan berkata tindakan itu dilakukan bagi menarik pengundi miskin terutamanya di kawasan luar bandar untuk menyokongnya.

Badminton Olimpik: Rosmah Lebih Berjaya Dari Hasmah



Berdasarkan prestasi semasa, paling tidak pasukan negara dalam edisi Olimpik 2016 di Rio ini sahaja akan membawa pulang 2 pingat perak, tanpa mengambil kira warna pingat yang bakal dibawa pulang harapan perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei.

Pun begitu, pencapaian sekurang-kurangnya 2 pingat Perak dari acara badminton Sukan Olimpik ini (kalau tak bertukar menjadi Emas) adalah pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan negara di kejohanan tersebut.

Tidak boleh tidak, pujian harus diberikan kepada Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun hanya bergerak di belakang tabir, bukan rahsia Rosmah adalah seorang yang tegas dan tidak boleh dibuat main.  Seperti mana program Permata Negara dimana Rosmah juga adalah penaungnya, sedar tak sedar, beribu kanak-kanak, terutama dari keluarga miskin mendapat pendidikan peringkat pra-sekolah berkualiti secara percuma.

Ibu bapa berpendapatan rendah juga tidak perlu rungsing kerana program ini turut menyediakan antara lain perkhidmatan nursery anak-anak kepada ibu bapa yang bekerja.

Tuesday, August 16, 2016

Skandal Dengan Bini Orang, Muhyiddin Hanya Mampu 'Tutup Mulut'



Ramai yang pelik dan hairan dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sehingga kini 'melarikan diri' dengan isu skandal dengan isteri kepada bekas timbalan pendakwa raya Stanley Clement Augustin.

Sejak dikaitkan dengan Nika Gee Siew Ye, Muhyiddin masih enggan memberikan sebarang respon dan memilih untuk menutup mulut dengan isu tersebut.

1MDB Hanya Helah Mahathir Untuk Jadi PM



Hasrat Tun Mahathir Mohamad untuk melihat anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi perdana menteri bukan merupakan perkara yang baharu.

Blogger politik, Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan mengenai perkara ini tidak berrapa lama dahulu.


Azahari Perlu Lebih Bijak Jawab Isu 1MDB


Ketua Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menggempar perwakilan UMNO bahagian itu  kelmarin apabila menyamakan kes 1MDB dengan bom atom yang boleh menghancurkan UMNO.

Untuk makluman, UMNO telah beberapa kali mengadakan sesi taklimat di kalangan Ketua Bahagian dan pemimpin peringkat akar umbi menjelaskan status sebenar syarikat berkenaan termasuk yang diberikan oleh CEO 1MDB sendiri, Arul Kanda.

Azhari tidak terkecuali.

Jadi, agak aneh kenapa Azhari masih menyimpan pandangan yang sama dengan majoriti totok pembangkang setelah banyak kali diberikan penjelasan oleh kepimpinan parti?

Kenyataan oleh Azhari ini membayangkan kesukaran BN untuk kembali merampas Shah Alam yang satu ketika dulu pernah menjadi kubu kuat UMNO.  Sebagai Pengerusi BN bagi Shah Alam, bagaimana nak diharapkan dia untuk merampas kembali kawasan tersebut dari PAN?

Friday, August 12, 2016

Berehat, Makan Ubat & Bertaubat, Bukan Berdebat Nanti 'Gol' Cepat


Hasmah ini betul seorang bini yang tak berguna kalau gagal menasihatkan suaminya Mahathir supaya berehat dari membuat kerja sia-sia seperti mengajak Najib berdebat.  Pepatah setiap kejayaan lelaki ada perempuan dibelakangnya, tak terpakai dalam kes ini, Hasmah jelas tak boleh kawal Mahathir.

Benda mudah, suruh Mahathir berehat dan tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh memberi tekanan seperti ini pun Hasmah tak mampu lakukan.  Mahathir jelas tak mempedulikan Hasmah, baginya Hasmah hanyalah seorang pengikut, tak lebih, tak kurang.

Najib, seorang yang lahir dari keluarga ternama, bukan orang yang suka kepada konfrontasi, Mahathir pun tahu.  Baginya lebih baik diplomasi dan berbincang dari bergaduh secara terbuka seperti itu.  

Ingat Najib macam Anwar ke, lahir dari keluarga yang agak kucar kacir, liwat orang sana sini.  Tak hairanlah  Anwar memang sukalah kepada konfronstasi kerana latar belakangnya dah begitu.  Anwar dulu berapa kali ajak Mahathir debat, haram dia tak jawab, boleh pulak?

Thursday, August 11, 2016

Masuk IJN Untuk Tutup Kontroversi Video "Keling"


Kemampuan Mahathir menulis dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat pada saat heboh dikatakan tenat sehingga di masukkan ke IJN, membuktikan dia masuk ke situ bukanlah sebab sakit mana pun tapi lebih kepada untuk bermain sentimen simpati.

Mahathir memang dah tua dan ada sejarah masalah jantung, kalau tak sebab sakit pun, dia memang ada jadual pemeriksaan rutin di IJN pada sebilangan masa pun. 

Ini bukan kali pertama, bahkan kalau dikaji semua masa yang Mahathir masuk ke IJN sebelum ini, mesti ada isu yang melingkarinya sebelum itu, dan pada masa ini, isu yang menghambat Mahathir ialah kenyataan bersifat perkaumannya seperti tersebar meluas baru-baru ini.

Berkenaan Mahathir mengatakan kaum India di negara kita sebagai Keling.

Wednesday, August 10, 2016

Parti Baru Mahathir Tiru Logo Klinik Botox



Pengguna media sosial hari ini mula mentertawakan parti politik baharu yang diterahui oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rata-rata mendakwa logo parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mempunyai persamaan dengan logo Klinik Nexus yang truut menawarkan perkhidmatan botox.

Pribumi Bukan Meniru Perkasa, Tapi UMNO



Ketika Ibrahim Ali menubuhkan Perkasa pada 2008, inisiatif itu diambil kerana dia berasakan UMNO selepas kekalahan besar PRU 2008, gagal membela nasib orang Melayu dan terlalu bergantung kepada undi orang bukan Melayu.

Dalam erti kata lain, Perkasa nak menggantikan fungsi UMNO.  

Oleh yang demikian, bila parti Pribumi yang di presidenkan Muhyiddin ini dikatakan sama dengan Perkasa, sebenarnya ia bukan Perkasa, sebaliknya UMNO sebab Perkasa pun meniru UMNO jugak!!

Maka tak hairanlah bila parti baru ini pun tak banyak lari dari UMNO.  Ada perkataan bersatunya, ada perkataan pribuminya (Melayu lah tu) selain keahlian pun dihadkan kepada Melayu dan bumiputera.

Monday, August 8, 2016

Apapun Alasannya, Keengganan Khairudin Masuk Parti Baru, Pasti Jadi Isu


Pihak-pihak berkaitan Mahathir cuba mengatakan keengganan orang kuat Mahathir, Khairudin ini menyertai parti baru yang bakal ditubuhkannya, sebagai tidak mempunyai kesan selain hak rakyat di sebuah negara demokrasi.

Apakah dangkalnya alasan seperti itu?

Khairudin ini, sekalipun dia tidak pernah menyebutkannya tapi kesetiaannya kepada Mahathir, seakan sedikit bawah dari Tuhan.  Tak satupun yang dibuat ini Mahathir ini salah dimata Khairudin sekalipun sebagai orang Islam, dia tahu yang maksum dalam dunia ini hanya Nabi Muhammad saw seorang.

Apa yang tidak dibuat Khairudin untuk Mahathir, bahkan Khairudin pernah ditahan dibawah SOSMA demi Mahathir, jual negara kepada pihak luar dengan melaporkan pembohongan mengenai 1MDB dan sebagainya.

Dengan kesetiaan yang begitu membuta tuli, agak pelik bila Mahathir menubuhkan parti baru dengan Muhyiddin menjadi boneka presidennya, Khairudin - dalam kedudukan dan kesetiaan melampau seperti itu, tidak ambil peluang untuk menjadi sebahagian darinya.

Friday, August 5, 2016

Parti Baru Mahathir Meniru UMNO


Dari apa yang difahamkan, parti politik berpresidenkan Muhyiddin Yassin yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi, akan mengekalkan konsep keahlian yang sama macam UMNO - Melayu dan Bumiputera.

Mahathir ni nampaknya dalam kutuk-kutuk UMNO pun, keahlian parti barunya tidak berbeza langsung dengan UMNO.  Takde pilihan?  Siapa cakap takde?  Mahathir boleh saja buat parti berbilang kaum, tapi tidak dibuat begitu.

Nampaknya konsep keahlian UMNO ini memang tidak boleh digugat, Mahathir pun tak jumpa cara lain untuk menubuhkan parti yang tanpanya orang Melayu dan Bumiputera.

Ini bukan kali pertama Mahathir tubuh parti baru, sebenarnya kali kedua.  UMNO yang sedia ada sekarang pun Mahathirlah yang tubuhkan.  UMNO yang lama diharamkan Mahathir sebab taknak Team B yang kalah dalam pemilihan 1987 mencabar keputusan itu di Mahkamah dan akhirnya membawa kepada pemilihan semula yang pastinya menyaksikan dia kalah.

Wednesday, August 3, 2016

DoJ: Tukang Report Mungkin Bukan Tapi Dalang Memang Dia


Memanglah bila bercakap dalam konteks lelaki tua umur 91 tahun, bergerak dengan mudah ke sana sini tu bukan sebahagian daripadanya (konteks).

Dalam soal laporan kepada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) ini, tidak ada siapa yang mengatakan Mahathir tu pergi sendiri ke Amerika dan membuat laporan.  Yang dimaksudkan ialah Mahathir tu dalang disebalik laporan tersebut.

Manalah masuk akal Mahathir yang nak hadir majlis hari raya dia sendiri pun tak larat tu, pergi ke Amerika dan buat laporan yang membawa kepada saman sivil tu, sudha tentu tak masuk akal.

Laporan ini sama dengan hal-hal lain berkaitan Mahathir - guna proksi/balaci.  Mahathir buat kekayaan guna proksi, membuat cerita sehingga Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan negara kita pulak, guna balaci.

Monday, August 1, 2016

Muhyiddin Pun Dah 69, Cerita Kereta Buruk Apa Pulak?



UMNO yang sedia ada sekarang sebenarnya masih 'baru'.  UMNO yang ada hari ini secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1988 - hanya 11 tahun awal dari PKR dan bertahun tahun lebih muda dari DAP dan PAS.

UMNO yang tubuh 1946 tu Mahathir dah haramkan pada tahun 1988, yang itu dah sejarah.

Jadi, kita semua tak faham apa yang dimaksudkan Muhyiddin UMNO ni ibarat kereta tua dah tak boleh diperbaiki.  Apa maksud cakap tu?

Muhyiddin pun dah 69 tahun, tak pulak sesiapa panggil dia tua, UMNO yang belum pun 30 tahun usianya tetiba jadi kereta tua?  Tua-tua pun kalau tak sebab kena tendang keluar, Muhyiddin masih lagi ahli UMNO hari ini.

Oleh yang demikian, usahlah sesiapa terasa hati dengan kenyataan Muhyiddin ini.  Dia dah tak relevan dengan UMNO setelah dibuang dari parti.  Apa pun yang dia cakap mengenai UMNO, hanyalah pandangannya sebagai seorang penyokong pembangkang.