Tuesday, August 16, 2016
1MDB Hanya Helah Mahathir Untuk Jadi PM
Hasrat Tun Mahathir Mohamad untuk melihat anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi perdana menteri bukan merupakan perkara yang baharu.
Blogger politik, Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan mengenai perkara ini tidak berrapa lama dahulu.
Namun apa yang memeranjatkan apabila, bekas pegawai khas, Mukhriz mendakwa gerakan ini telah dirancang sejak tahun 2014.
Menurut Haris Che Mat, Mukhriz pernah memaklumkan mengenai isu ini setelah kalah dalam pemilihan Umno lalu.
Haris ketika sidang akhbar khas yang diadakan semalam mendakwa, Mahathir akan mengunakan isu 1Mdb untuk mensabotaj pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
"Perjuangan Datuk Seri Mukhriz adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri secara "fast track".
"Ekoran kekalahan itu maka wujud usaha pihak tertentu untuk melakukan sabotaj terhadap 1MDB pada tahun 2014 supaya dapat menjerat dan menjatuhkan Najib," katanya.
Menurut Haris lagi, Mahathir turut merangka gerakan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sementara sekiranya berjaya menjatuhkan Najib.
Namun hayat politik Muhyiddin akan segera berakhir dan satu gerakan lain akan diadakan untuk memaksanya meletakan jawatan bagi memberi laluan kepada Mukhriz.
"Mahathir nekad untuk menjatuhkan Najib kerana mahu melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri 'sementara' sehingga Mukhriz menang pertandingan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2018.
"Kemudian Muhyiddin akan dipaksa untuk melepaskan jawatan yang disandang dan menyerah tampuk pemerintahan negara pada Mukhriz," ujar Hariz lagi.
Ternyata sikap Mahathir yang 'gila kuasa' itu tidak pernah berakhir dan dia sanggup untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan anaknya berjaya berada di tampuk kuasa.
No comments:
Post a Comment