Tuesday, January 5, 2016

Kerana Kepentingan Bangsa Cina, Mahathir 'Bunuh' Jaringan Peniagaan Islam Dan Melayu


Pasti ramai yang masih ingat mengenai kisah al-Arqam yang diharamkan ketika regim pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu.

Pada ketika itu, masyarakat digemparkan dengan berita penangkapan pengasas al-Arqam, Ashaari Muhammad pada tahun 1994 kerana menyebarkan fahaman Aurad Muhammadiah yang difatwakan sesat.


Namun tidak ramai yang sedar dan tahu cerita sebenar disebaliknya tangkapan Ashaari dan pengharaman kumpulan al-Arqam itu.

Walaupun secara dasarnya ia merupakan gerakan agama dan dakwah, namun selain itu al-Arqam juga merupakan satu rangkaian perniagaan yang besar yang dikuasai oleh orang Islam dan Melayu.

Beberapa jenis perniagaan diceburi dan banyak kilang-kilang makanan halal berteraskan Islam dibuka antaranya kilang dan kedai-kedai makan.

Selain daripada itu, mereka meneroka bidang perubatan dengan membuka klinik di serata tempat termasuklah beberapa cawangan klinik di Melaka dan di Kedah.

Malah pada tahun 1993, Al-Arqam berjaya menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menguasai 22 buah anak syarikat.

Sebagai contoh, di Indonesia, organisasi ini menjadi begitu kukuh dan mantap apabila mereka berupaya mewujudkan puluhan kilang-kilang memproses makanan halal di Jakarta hingga ke Aceh di samping mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada warga tempatan.

Berdasarkan rekod al-Arqam pada ketika mempunyai 700 cawangan perniagaan di seluruh dunia termasuk England, German, New Zealand, Australia dan Iran yang memfokuskan kepada perniagaan pasar raya, kedai dobi dan pemprosesan makanan.

Selain itu, Al-Arqam turut membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan dan mempunyai hubungan perniagaan yang kukuh di sekitar Asia Tenggara dan Eropah.

Namun penguasaan ekonomi yang besar itu kemudiannya telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peniaga bukan Islam yang merasakan tergugat dengan kumpulan al-Arqam.

Mereka kemudiannya mengadakan perjumpaan bersama Dr Mahathir (perdana menteri ketika itu) bagi menyuarakan rasa tidak puas hati itu.

Mereka antara lainnya mendakwa penguasaan kumpulan al-Arqam secara monopoli dalam bidang perniagaan itu telah menjejaskan penguasaan kaum bukan Islam terhadap 'kek ekonomi' negara.

Hasil perjumpaan itu, Mahathir kemudianya telah mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Perdana Menteri untuk mengeluarkan satu laporan berhubung gerakan kumpulan al-Arqam.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir turut mengarahkan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) agar mengharamkan kumpulan tersebut atas dakwaan menyebarkan ajaran sesat.

Pemimpin tertinggi al-Arqam, Ashaari kemudianya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Persoalannya, sekiranya benar dakwaan yang mengatakan Ashaari menyebarkan fahaman sesat, mengapa keseluruhan jaringan perniagaannya turut dilumpuhkan?

Antaranya kilang-kilang memproses makanan, ubat gigi, rangkaian pasaraya dan sebagainya turut menjadi mangsa dan ditutup kerana dikatakan menjadi tempat menyebarkan gerakan dakwah al-Arqam.

Sedangkan pada hakikatnya, Mahathir sebenarnya takut dan tunduk terhadap desakan kumpulan peniaga Cina yang merasa terancam dengan rangkaian perniagaan yang diasaskan oleh al-Arqam.

Kesimpulannya, Mahathir sememangnya dari dahulu memang sering menjaga kepentingan ekonomi bangsa Cina.

Sekadar renungan untuk semua.....


No comments:

Post a Comment