Wednesday, January 6, 2016

Akhirnya Mahathir Tunjuk Sikap Anti-Islam

 
Sebelum ini penulis ada mendedahkan sikap sebenar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih menyokong bangsa Cina berbanding Islam dan Melayu.

Disebabkan artikel itu, ramai yang melenting dan tidak berpuas hati kerana merasakan ia bertujuan untuk merosakan nama baik seorang negarawan yang telah banyak berjasa terhadap negara.




Baca: Kerana Kepentingan Bangsa Cina, Mahathir 'Bunuh' Jaringan Peniagaan Islam Dan Melayu

Ya, dari satu segi kita menghargai jasa Tun Mahathir menerajui negara ketika regim pemerintahnya selama 22 tahun.

Namun dari satu sudut kita tidak boleh menafikan sepanjang tempoh tersebut beliau lebih banyak melahirkan 'jutawan segera' bangsa lain berbanding membela nasib orang Islam dan Melayu.

Malah 'jutawan segera' dari kelompok Islam dan Melayu yang lahir di zaman Mahathir hanyalah merupakan proksi dan kroni semata-mata.

Terbaru Mahathir mengkritik konsep patuh syariah yang diperkenalkan syarikat penerbangan Rayani Air.

Menurut Mahathir pendekatan konsep syariah yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan tersebut hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam semata-mata.

"Sekarang ini, macam-macam benda orang cari keuntungan (dengan) apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam.

“Tidak payah (ambil tindakan yang sama seperti Rayani Air). Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam daripada orang lain,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama sebuah portal baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu beliau turut membidas pandangan masyarakat yang menggesa agar syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) menghentikan menghidang arak kepada penumpang.

"Benda itu sebenarnya tidak patut timbul. Negara Islam dan penduduknya 100% Islam juga tidak suruh buat macam itu (hentikan menghidangkan alkohol sewaktu penerbangan).

"Adakah melayan penumpang dengan tudung menunjukkan kita lebih Islam?” soalnya pula.

Rayani Air bulan lalu memperkenalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan patuh syariah yang mewajibkan anak kapal kabinnya memakai tudung bagi yang beragama Islam.

Syarikat itu juga menyediakan makan minum daripada sumber halal, melarang minuman keras dan mengamalkan bacaan doa sebelum memulakan penerbangan.

Persoalannya mengapa Mahathir begitu anti dengan sebarang pendekatan yang bercirikan Islam?

Apakah ia dilakukan kerana mahu menjaga kepentingan bangsa seperti yang sering diwar-warkan selama ini, atau ia dilakukan untuk menjaga kepentingan individu tertentu semata-mata?

Paling menarik ada yang mendakwa kenyataan Mahathir itu pada hakikatnya hanya kerana mahu menjaga kepentingan beliau dan kroninya di dalam syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

Menurut sumber, pendekatan konsep syariah Riyani Air itu telah menyebabkan peratusan penumpang yang mengunakan perkhidmatan AirAsia menurun dengan drastik.

Ini kerana majoriti penumpang Islam dan Melayu dikatakan selesa dengan konsep syariah tersebut.

No comments:

Post a Comment