Monday, October 19, 2015
PAS Lawan PAN, UMNO Lawan PAM
Setiap parti politik pasti ada pasang surutnya, itu adalah perkara biasa di mana-mana baik di Malaysia mahupun di negara luar.
Malah kalau kita lihat pada ketika ini, PAS sedang berdepan dengan PAN (Parti Amanah Negara) yang disebabkan rasa kecewa daripada segelintir ahli-ahli parti itu yang marah apabila hilang kuasa.
Ekoran kalah ketika bertanding, mereka mula bertindak menongkah arus dan mengumumkan untuk keluar parti dan menubuhkan PAN.
Perkara yang sama turut menimpa UMNO, cuba bezanya ia disebabkan rasa marah seorang mantan perdana menteri yang marah apabila kehendak dan permintaan tidak dipenuhi.
Disebabkan itu, satu parti baru 'bakal' diwujudkan hasil dari perpecahan dalam UMNMO iaitu PAM yang akan dikenali sebagai "Parti Ampu Mahathir'.
PAM secara dasarnya bukan merupakan parti politik,ini kerana ia lebih kepada gabungan politik yang diwujudkan oleh para penyembah Mahathir yang terlibat dalam gerakan untuk mengulingkan Najib sebagai Perdana Menteri.
Malah beberapa portal UMNO turut membayangkan akan ada beberapa ahli parlimen BN yang akan turut serta menyokong usul tidak percaya terhadap Najib sekiranya ia dibentangkan di dalam Dewan Rakyat.
Malah portal-portal tersebut turut menyebut beberapa nama yang dikatakan terlibat dalam gerakan tersebut.
Persoalannya mampukah PAM merampas kuasa dan mandat yang telah rakyat berikan kepada Najib?
Sekiranya berjaya, apakah boneka yang bakal dipilih itu akan menerima nasib yang serupa sekiranya kehendak Mahathir tidak dituruti.
Dan sekiranya gagal, apakah mereka ini masih akan bertanding mewakili UMNO/BN dalam pilihanraya umum akan datang atau diPAM dari arus politik negara?
Hanya sekadar renungan.
No comments:
Post a Comment