Thursday, October 29, 2015

Debat 1MDB: Tony Jadi Arang, Mahathir Jadi Debu


Debat yang bakal berlangsung antara Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dengan CEO 1MDB, Arul Kanda, pasti akan jadi perhatian ramai, terutama pengundi atas pagar yang nak tahu cerita sebenar 1MDB untuk dibanding dengan cereka yang Tony selalu sebarkan.

Belum debat itu berlangsung, penulis dah jangka Arul Kanda pasti menang, apatah lagi dia awal-awal dah kata tidak akan tanya sebarang soalan sebaliknya akan jawab semua soalan dari Tony - bukan calang-calang orang berani letak dirinya dalam posisi itu.

Hebat tu.

Begitupun tahukah kita, selain Tony yang bakal kena benam cukup-cukup (tak hairan kenapa Tony mula cari alasan untuk elak debat) dek Arul, ada seorang lagi yang tidak ada dalam sesi debat itu tapi dia yang paling menderita bila Tony kena benam.

7 Jahanam Dalam UMNO Telah Dikenalpasti


Portal berita pembangkang, Malaysian Insider semalam telah mendedahkan 7 ahli UMNO yang bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti kerana cuba mensabotaj parti.

Senarai itu bagaimanapun tidak tepat dan hanya bersandarkan andaian sahaja.

Menurut sumber yang lebih sahih, 6 dari 7 yang telah dikenalpasti sebagai terlibat adalah seperti berikut:-

1.  Mahathir Mohammad (Kubang Pasu)
2.  Muhyiddin Yassin (Pagoh)
3.  Shafie Afdal (Semporna)
4.  Khairudin Abdu Hassan (Batu Kawan)
5.  Jumat Haji Idris (Sepanggar)
6.  Khairul Anuar Rahmat (Kluang)

Wednesday, October 28, 2015

Adam Mukhriz Menangis Ketika Disoal Siasat Pihak Polis


Seorang penjilat tegar Mahathir, dikatakan menangis ketika dipanggil membantu siasatan polis baru-baru ini berhubung satu status yang dikatakan menghina dan berbaur ugutan.

Lelaki yang dikenali sebagai Adam Mukhriz itu dikatakan ketakutan apabila beberapa laporan polis berhubung status yang dimuatnaiknya itu.

Mahathir Mengamuk, Najib Masih Perdana Menteri



Mantan  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengamuk dan kecewa dengan para 'askar upahan siber' yang dibayarkan kerana masih gagal mewujudkan momentum besar untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Mahathir dikatakan berang apabila gerakan memaksa Najib untuk berhenti seakan bertemu jalan buntu.

Samseng Bola: Tulis Nama Pada Tiket Satu Cadangan Bodoh Dari KJ


Kita fikir dalam ramai-ramai Menteri Kabinet yang Najib lantik, KJ ni mungkinlah yang paling cerdik sebab muda dan lulusan Oxford lagi.

Rupa-rupanya dialah yang paling bodoh, melihat kepada cadangannya semalam agar penonton bolasepak di Stadium, menulis nama dan nombor kad pengenalan mereka pada tiket untuk membenteras gejala samseng bolasepak.

Cadangan nampak ada akal tapi tidak praktikal.

Kalau betul nak dibuat pun, ini akan melambatkan penonton nak masuk ke Stadium.  Tulis nama pada tiket satu hal, yang jaga tiket pun nak kena periksa dulu sama ada maklumat itu sama dengan kad pengenalan atau tidak.

Eh, mestilah nak sama, kalau tidak mana nak tahu siapa samseng dan siapa tidak?  Belum sebut lagi periksa dengan pengkalan data ke senarai ke dimana nama-nama samseng itu didaftarkan.

Tuesday, October 27, 2015

1Bestari.Net: Mahathir Arah Muhyiddin Pilih YTL


Penulis tidak rasa syarikat YTL diberi hak menguruskan program 1Bestari.net oleh Muhyiddin Yassin semasa dijadi Menteri Pendidikan dulu adalah kerana merit, silap-silap ia adalah Mahathir yang suruh Muhyiddin lantik YTl untuk urus projek itu.

Hampir setengah juta guru dan lebih 5 juta pelajar tapi YTL dengan YES 4G nya yang dapat kontrak.  Lain kalau nama besar macam Celcom ke, Maxis ke atau DiGi yang dapat, itu kita tak berapa hairan sebab liputan isyarat syarikat-syarikat ini dah meluas, pengalaman dah bertahun-tahun.

Paling tidak U-Mobile, boleh tahan jugak lajunya tu, ini YES!!

Dalam masa yang sama, Mahathir pun serah pada YES untuk pakej Internet percuma dalam kereta Proton baru.  Tawaran macam hebat, 12 bulan percuma, tapi semua tertipu sebab hanya sebulan saja percuma, lagi 11 bulan dapat rebat yang hanya boleh digunakan kalau pembeli top-up dulu.

Sunday, October 25, 2015

1MDB: Rupa-Rupanya Muhyiddin Bodoh, Padan Kena Buang



Lama kita menunggu apa masalah sebenar Muhyiddin Yassin dengan 1MDB sehingga dia sanggup mengambil risiko kehilangan jawatan.  Semalam baru pertanyaan itu terjawab, tapi dari penjelasan itu sekadar menjelaskan bahawa keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak menyingkirkan Muhyiddin adalah tepat!!

Pertama, Muhyiddin bantah suntikan modal kerajaan kepada 1MDB - sebuah syarikat kerajaan.  Ini amalan biasa kerajaan zaman berzaman, Zaman Mahathir dulu lagi banyak kerajaan suntik modal pada syarikat-syarikat kerajaan.

MAS dan Proton umpamanya dah lama lingkup kalau kerajaan zaman Mahathir tak suntik modal tambahan.  

Projek Bakun, Perwaja (baru sekarang lingkup) pun cerita yang sama.  Malah Mahathir suntik duit kerajaan dalam entiti swasta seperti Renong (kemudian jadi UEM), Bank Bumiputra (sekarang CIMB), Maalayan Banking (sekarang Maybank dan sebagainya.

Lebih buruk lagi, Mahathir arah Petronas beli syarikat kapal anak dia yang sedang nak lingkup - suntik modal jugalah kiranya tu.

Thursday, October 22, 2015

Pelabur Asing: Muhyiddin Patut Warnakan Rambutnya Kuning



Bodoh benarlah nampaknya bila seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, sentiasa duduk dihadapan dalam semua acara penting, bercakap perkara yang tidak benar antaranya pelabur asing lari dari Malaysia melihat perkembangan semasa dalam negara, 1MDB dan sebagainya.

Sedangkan The Global Competitiveness Report 2014-2015 menunjukkan Malaysia menduduki tangga 20 dari 144 negara di dunia!!

Pelabur asing lari macam manakah itu?

Mungkin Muhyiddin merujuk kepada satu situasi dimana pelabur diminta menjelaskan terlebih dahulu komisen yang besar kepada pihak-pihak tertentu (bukan dari kerajaan negeri) sebelum boleh mula melabur.

Itu hanya berlaku dii satu tempat itu saja, bukan di semua tempat dalam negara.  Di tempat lain, pelabur asing masing banyak di Malaysia dan jika mereka berpindah ke luar pun itu adalah kerana isu-isu seperti kos dan sebagainya, bukan ada kena mengena dengan 1MD mahupun situasi politik semasa.

Wednesday, October 21, 2015

Rasuah: Persatuan Bola Patut Diberi Tanah & Projek Untuk Jana Pendapatan


Gejala rasuah bolasepak di negara ini banyak berpunca dari kegagalan persatuan bolasepak negeri menyelesaikan masalah asas pemain seperti pembayaran gaji dan sebagainya.  Ini disebabkan oleh budaya korporat memberi tajaan besar kepada persatuan sukan di negara ini belum subur macam di barat.

Oleh yang demikian, uintuk menyelesaikan masalah tersebut, penulis mencadangkan kerajaan negeri dimana persatuan bolasepak ini bernaung agar menyediakan bidang-bidang tanah bernilai tinggi setiap tahun kepada persatuan bola negeri yang boleh digunakan mereka untuk menjana pendapatan dan meningkatkan kewangan persatuan.

Semua kerajaan negeri juga perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya beberapa projek pembangunan berskala mewah kepada persatuan sukan ini untuk diuruskan mereka, sama ada dari segi memberi kelulusan, urus sendiri, kerjasama dengan syarikat lain dan sebagainya.

Komisen, keuntungan dan hasil yang diperolehi dari penjualan tanah dan kelulusan projek ini boleh menyelesaikan masalah kewangan persatuan bolasepak negeri.  Bukan setakat masalah gaji selesai, persatuan juga boleh mendapatkan pemain yang hebat-hebat bermain untuk mereka dan bayar gaji tinggi melampau, tak perform, ganti orang lain, maklum duit banyak.

Tuesday, October 20, 2015

Heboh Sangat 1MDB, BIla Ada Peluang Taknak Pulak Cakap


Bekas Timbalan Perdana Menteri (tapi masih Timbalan Presiden UMNO) ini mendakwa banyak masalah dengan 1MDB sehingga dia sanggup menggadaikan kedudukan dalam kerajaan demi membantah 'salah laku' yang diperkatakan itu.

Hairannya, sejak dipecat sehingga Parlimen bersidang, sedikit atau tidak banyak yang diperkatakan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan pasal 1MDB.  Paling tidak, beri komen bila ada pihak-pihak berkepentingan buat kenyataan yang tidak memihak kepada kerajaan.

Mungkinlah alasannya bimbang tindakan undang-undang kalau kenyataan yang nak dibuat itu nanti tidak betul, tapi dalam Parlimen, mana ada tindakan undang-undang boleh dikenakan (imuniti), kenapa tak tanya?

Harapan Muhyiddin Nak Jadi PM Akhirnya Termakbul?

Gambar Hiasan

Katanya ada negeri dalam Persekutuan Malaysia sedang berkira-kira nak menarik diri dari Persekutuan - berdasarkan perjanjian dengan British yang dibuat pada dekad 40-an yang lepas iaitu lebih 70 tahun dulu.

Janji dengan British tapi nak tuntut dengan Malaysia, tak faham dengan apa cara perkara tersebut boleh direalisasikan?

Tapi biarlah undang-undang yang menentukan sama ada ia boleh dibuat atau tidak kerana apa yang lebih penting sekarang, perkara itu (kalau jadi) akan menyempurnakan cita-cita Muhyddin untuk menjadi Perdana Menteri dengan mudah seperti yang diimpi-impikannya selama hari ini.

Kita tak nampak lagi dah siapa di negeri yang dikatakan itu lebih layak untuk jadi Perdana Menteri sebab hanya Muhyiddin saja yang ada pengalaman mentadbr di peringkat negara, mana ada orang lain lagi?

Nak jadi Perdana Menteri Malaysia susah sangat, yang mana kalau dapat pun hanya Perdana Menteri boneka kepada Mahathir saja, tapi kalau negeri yang berkenaan jadi keluar Malaysia seperti yang heboh diperbincangkan sekarang, harapan Muhyiddin mungkin ada disitu.

Itupun tidak ada jaminan Muhyiddin akan terlepas dari Mahathir dengan mudah kerana Mahathir tahu sajalah, apa juga peluang untuk pertahankan kroni, Mahathir akan gunakan selagi dia belum mati.


Monday, October 19, 2015

PAS Lawan PAN, UMNO Lawan PAM



Setiap parti politik pasti ada pasang surutnya, itu adalah perkara biasa di mana-mana baik di Malaysia mahupun di negara luar.

Malah kalau kita lihat pada ketika ini, PAS sedang berdepan dengan PAN (Parti Amanah Negara) yang disebabkan rasa kecewa daripada segelintir ahli-ahli parti itu yang marah apabila hilang kuasa.


Malaysia Telah "Dirogol" Mahathir Selama 22 Tahun



'Para penyembah' tegar Tun Mahathir dilihat meroyan umpama anjing gila apabila Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa Dr Mahathir telah melakukan pelbagai kerosakkan sepanjang 22 tahun regim pemerintahanya.

Mahathir Makin Pening, Najib Masih PM



Dua hati yang lalu, beberapa orang pengiat media sosial melaporkan kononnya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir di masukkan ke hospital kerana menghadapi masalah kompilasi jantung.

Mahathir di katakan dimasukkan ke Institut Jantung Negara bagi mendapatkan rawatan.

Sunday, October 18, 2015

Muhyiddin & Shafie Sokong Undi Tak Percaya Ke Atas Najib?


Menurut sumber dalaman, Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdal adalah antara 5 ahli parlimen BN yang akan menyokong usul undi tidak percaya tajaan pembangkang ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak 

Ini adalah sesuai dengan pendirian mereka sebagai hamba setia kepada Mahathir Mohamad dan bukan rahsia Mahathir sejak beberapa bulan lepas telah bekerjasama dengan pembangkang untuk mengadakan undi tidak percaya ini.

Muhyiddin pun dah buat kenyataan dia sokong apa juga yang keluar dari mulut Mahathir walaupun sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan ahli Parlimen BN, Muhyiddin ada pengetahuan lebih banyak dari Mahathir dalam pelbagai isu seperti SOSMA dan sebagainya.

Tapi kalau dah bodoh, nak cakap macam mana?

Saturday, October 17, 2015

Kenapa Mahathir Tidak 'Cipta' 1000 Orang Macam Khairudin?


Salah satu sebab kenapa kita percaya Mahathir ini hanya persepsi saja nampak macam banyak sokongan sedangkan dibawah tidak, ialah berdasarkan keupayaannya mencipta hanya seorang balaci tegar seperti Khairudin Abu Hassan.

Patutnya dengan sokongan kewangan dari konglomerat besar milik kroni, Mahathir tidak ada masalah cipta beribu orang bodoh macam Khairudin untuk dipergunakan - paling tidak buat laporan beramai-ramai dalam negara ke atas 1MDB dan Datuk Seri Najib, tapi itu nampaknya tidak berlaku.

Balik-balik Khairudin, balik-balik Khairudin, yang mengiringi pun balik-balik orang sama - Mathias Chang.  Apa takde orang lain ke?  Ambik saja seribu dua bodoh dan bebal manusia yang 'like' fanpage macam KCD atau SSTDM, selesailah masalah.

Orang-orang ini (kalau betul oranglah) bersedia jadi gila pun untuk Mahathir, apa sangat jadi bodoh buat laporan polis benda yang Mahathir sendiri pun tidak ada bukti.

Friday, October 16, 2015

Muhyiddin Bin Mahathir


Mahathir dalam satu kenyataan tak berapa lama dulu mengesahkan bahawa dia tidak begitu peduli tentang anak-anaknya.  Tambahnya lagi, kalau dia nak anak dia kaya raya, masa dia jadi Perdana Menteri lagi dia dah buat - yang mana memang itulah dia buat pun, dia saja yang terlepas cakap.

Ikut rekod, Mirzan dah jadi jutawan seawal 1997 bila konsortium perkapalannya diselamatkan Petronas dengan wang berbilion ringgit.  Tahun 1997 Mahathir masih lagi Perdana Menteri.

Begitupun bukan itu fokus penulis hari ini, tapi kenyataan Mahathir (secara sinikal) yang dia tidak pedulikan anak-anaknya itu telah mengujakan orang macam Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin hari ini cuba menonjolkan dia macam anak kepada Mahathir dan Mahathir itu macam bapanya sendiri.  Buktinya bila Muhyiddin mengaku percaya apa juga yang keluar dari mulut Mahathir sekalipun dalam isu yang terang-terang dia lebih tahu dari Mahathir macam SOSMA.

Dari awal SOSMA dirancang dan akhirnya diluluskan parlumen, Muhyiddin tahu secara terperinci bahawa SOSMA tidak sekadar menangani isu-isu keganasan yang ditinggalkan ISA tapi juga hal-hal lain yang boleh mengancam kestabilan negara ini.

Thursday, October 15, 2015

Mahathir Guna ISA Tanpa Bicara, Najib Serah Kepada Mahkamah


1. Apabila Tun M bersama TS Muhyiddin, Ku Li, Shafie Afdal dll mengadakan PC, isu yg digunakan ialah menentang penggunaan SOSMA terhadap Khairuddin dan Matthias Cheng. SOSMA dijadikan sebagai kambing hitam untuk menyatukan Geng 6 sebagai komplot terbuka dan  meraih simpati rakyat supaya terus berusaha menggulingkan DS Najib sebagai PM atas alasan menyalahgunakan kuasa kerajaan. 

2. Ternyata mereka tersalah tembak burung. Peguam Negara menjelaskan kedua dua mereka itu bukan didakwa atas kesalahan SOSMA tetapi didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yg boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 15 tahun. Tuduhan terhadap mereka ialah cuba mensabotaj perbankan dan kewangan negara. 

3. Peguam Negara menjelaskan walaupun Khairuddin dan Matthias bukan didakwa atas kesalahan SOSMA tetapi definisi " Kesalahan Keselamatan" jelas menunjukkan yg SOSMA tidak hanya terhad kepada keganasan atau pengganas. Apa pun Khairuddin dan Matthias sebenarnya telah didakwa dan akan dibicarakan. Mereka ada hak mempertahankan diri, mencari peguam dan membela diri. Ia bukan ISA di zaman Mahathir, di mana mereka akan ditahan tanpa bicara. Ini yang dilakukan oleh Tun M pada tahun 1987 di mana 107 orang ditahan di bawah Operasi Lalang. Bahkan di zaman Reformasi ramai yg ditahan tanpa bicara oleh Tun M dan antara yg menjadi mangsa ialah DS Zahid Hamidi dan DS Dr Zambry Kadir. 

4. TS Muhyiddin memang patut rasa malu kerana semalam dia mengeluarkan kenyataan balas menjelaskan dia memang sokong SOSMA bila diluluskan di Parlimen tetapi menentang penggunaannya terhadap Khairuddin dan Matthias kerana mereka bukan pengganas. Sedangkan Khairuddin dan Matthias bukan didakwa di bawah SOSMA. Apakah TSMY menyokong membabi buta SOSMA sehingga tidak faham isi kandung Akta tersebut? Apakah itu juga sikap beliau akhir akhir ini iaitu menyokong membabi buta Tun M atas isu 1MDB dengan menggunakan fakta yg dipalsukan oleh Sarawak Report dan ASWJ seperti pengakuan oleh Justo? Sebenarnya keikhlasan dan kebenaran bukan lagi matlamat TSMY tetapi mencari peluang mengeksploitasi apa sahaja isu untuk menjadi Perdana Menteri kerana telah dijanjikan oleh Tun M. 

5. Dan sepanjang dalam BN kenapa TSMY tidak membantah penggunaan ISA oleh Tun M kepada musuh musuh politiknya hatta di kalangan pemimpin UMNO sendiri? Kenapa dgn tiba tiba dia bersekongkol pula dgn Tun M membantah penahanan Khairuddin dan Matthias yg bukan didakwa pun di bawah SOSMA atau tahanan tanpa bicara? Lebih malang lagi Muhyiddin mengajak pula rakyat bangkit menentang PM kerana isu dua orang yg cukup jelas cuba mensabotaj ekonomi negara. 

6. Kini dia bersekongkol dengan Tun M yang masih tidak boleh mengikis sifat diktatornya walaupun tidak lagi berkuasa. Tun M masih mahu berlagak diktator untuk menentukan siapa yg boleh jadi PM dan siapa yang boleh diturunkan sebagai PM. Dia berterus terang mahu Najib digulingkan dan berterus terang menyatakan Muhyiddin orang paling layak menjadi PM yang baru. 

7. Apakah rakyat mesti membenarkan individu yang terbukti ada rekod buruk sebagai diktator merobek robek sebuah kerajaan yang lebih terbuka berbanding semasa pentabirannya dulu? Tun M banyak rekod menyalahgunakan ISA. Dialah pengamal KKN iaitu Kolusi Korupsi dan Kroni yg paling teruk. Dialah penyalah guna kuasa kerajaan sebenarnya. Itulah masalah Tun M kerana "Mahathir Susah Lupa". 

10/15/2015 7:42:06 AM

Tuesday, October 13, 2015

Tol Naik: Marah Mahathir, Kenapa Marah Najib?


Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kaitan sama sekali dengan kenaikan tol yang akan berkuatkuasa pada Khamis nanti, itu adalah butiran dalam perjanjian yang perlu dipatuhi kerajaan dan ia sudah wujud sejak sekian lama.

Lebuhraya yang naik kadar tolnya Khamis nanti, semuanya ditandatangani dan dimulakan pada era Mahathir atau Paklah jadi Perdana Menteri, Najib langsung tak terbabit.

Peranan Najib kalau ada pun ialah meluluskan pampasan kepada syarikat pemegang konsesi sekiranya tol yang sepatutnya naik, tidak dinaikkan, itu sahaja.  

Dalam hal ini, Najib tidak meneruskan pampasan kepada pemegang konsesi kerana ia hanya menguntungkan rakyat yang duduk di sekitar Lembah Klang, walhal cukai yang dikutip datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

ISA vs SOSMA: Mana Lagi Kejam?



Ramai dikalangan tokoh pemimpin pembangkang hanya mampu tersenyum ketika bekas Perdana Menteri mempertikai tangkapan yang dikenakan terhadap Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dibawah SOSMA.

Ini kerana mereka sedar Mahathir ketika era pemerintahannya, dia merupakan diktator yang kejam kerana sering menyalahgunakan kuasa bagi 'membunuh' musuh politiknya.

Sidang Akhabr Tergempar, Mahathir Takut Kharuddin Bocor Maklumat Kepada Polis



Ramai yang terkejut apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengadakan sidang akhbar tergemparnya pagi tadi.

Rata-rata merasakan ia tindakan itu sebagai 'signal' terbaru bagi meneruskan tekanannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Monday, October 12, 2015

SOSMA: Sidang Media Mahathir Hanya Untuk Tunjuk 'Kekuatan' Sahaja


Ramai orang tertipu bila percaya sidang media Mahathir pagi ini adalah mengenai penahanan Khairudin Abu Hasan dan Mathias Chang - 2 balaci utamanya yang buat kerja bagi pihak dia dan kroni-kroninya.

Memang dari sekilas pandang ia adalah sidang media mengenai penahanan 2 ekor tersebut, tapi yang lebihnya ialah medan Mahathir nak tunjuk pasukannya barunya dalam usaha untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain muka muka lama seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Kuli dan Sanusi Joned, ada muka baru yang pertama kali muncul iaitu bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Kiat.  Setiap satu ini ada masalah masing-masing dan menyokong Mahathir sebagai platform menjadi 'pemberontak tanpa perlu menyokong pembangkang. 

Masalah orang macam Muhyiddin, Safie, Kuli dan Sanusi kita sudah lama tahu, ini semua cerita kecewa.  Ong Tee Kiat pun ada kekecewaan yang lebih kurang sama.  Rasa tidak puas hati terhadap Najib kerana tidak dipilih sebagai calon Parlimen Pandan dalam PRU13 yang lepas, masih berbaki.

Mahathir Pura-Pura Sakit Untuk Raih Simpati


Siti Hasmah dan anak anak Mahathir sesungguhnya adalah mereka yang zalim kalau membiarkan seorang tua berusia 90 tahun, 2 kali buat pembedahan pintasan jantung seperti Mahathir, terus berada di rumah setelah jatuh sakit.

Memang boleh panggil doktor datang rumah tapi peralatan di hospital adalah lebih lengkap.  Sekaya mana pun Mahathir kita tak rasa kelengkapan seperti mana di hospital ada dirumahnya.

Justeru, kita tidak rasa Siti Hasmah seorang yang zalim, dia sudah pasti menghantar Mahathir ke hospital bila Mahathir sakit, ini tidak lain tidak bukan, Mahathir nak berlakon untuk raih simpati dengan membuat cerita koonnya dia tak sihat.

Friday, October 9, 2015

Liong Sik, Sanusi, Zam Maidin Semua Ni 'Telur' Dah Dipegang Mahathir



Kelantangan Ling Liong Sik yang entah datang dari mana mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ini, tak sepatutnya mengejutkan sesiapa (meskipun tak diduga kerana namanya tak pernah muncul dimana-mana sebelum ini.

Liong Sik adalah Menteri Pengangkutan paling lama dibawah pemerintahan Mahathir Mohamad - dari 1986 sampai May 2003.

Itu Menteri, sebelum dari itu, sejak mula jadi ahli parlimen dari tahun 1978, macam-macam jawatan dalam kerajaan yang Liong Sik pegang.

Malah Liong Sik lebih istimewa kerana ikut sejarahnya, Mahathir pernah jadikannya Perdana Menteri sementara apabila UMNO diharamkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988. 

Khabarnya 2 hari jugalah Liong Sik pikul tugas itu.sehingga UMNO baru ditubuhkan dan Mahathi mengambil alih semula.  Senang kata, banyaklah jasa Mahathir pada Liong Sik.  

Jadi bila dia tampil senada dengan Mahathir mahu Najib letak jawatan, ia tidaklah mengejutkan kerana memang sudah diagak.  Kalau bukan pasal itupun, adalah benda yang Mahathir dah pegang dan ugut untuk dedah kalau Liong Sik tak buat kenyataan sedemikian.

Mahathir tahu sajalah, tak ugut tak sah.

Wednesday, October 7, 2015

Sampai Bila Rakyat, Harus Tertipu Dengan Propaganda Licik Dan Jahat Mahathir?



Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. 

Kritikan Mahathir Kerana Mahu Lihat Mukhriz Jadi PM



Krisis di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan terus berpanjangan selagi Presiden Umno itu tidak disingkirkan daripada tampuk kuasa.

Kerana Kuasa Dan Duit, Mahathir Semakin Meraban



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengatakan bahawa orang yang bersalah memang takut untuk melepaskan jawatan yang disandang.

Kerana Kepentingan Peribadi, Mahathir Terpaksa Jadi Kepala Pemberontak



Mahathir patut insaf mengutuk pemimpin kerajaan kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan.

Menurut Ku Nan, Tun Mahathir seharusnya berhenti dari terus menyerang Najib dengan isu-isu lapuk yang dikitar semula.

Mahathir Terdesak Mahu Jatuhkan Najib



Keghairahan untuk menjatuhkan Perdana Menteri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dilihat semakin rancak dan menjadi-jadi dengan roadshow “Bicara Negarawan” yang diadakan di beberapa buah negeri.

Saturday, October 3, 2015

Kapsul Filem Melayu Paling Tak Laku Tahun 2015, Terima Kasih Mahathir


Menurut rekod, filem Melayu paling tidak laku pada tahun 2014 ialah sebuah filem bertajuk Hantu Kubur Cina.  Jumlah kutipan yang mengangkat filem ini sebagai paling tidak laku pada tahun 2014 ialah sebanyak RM 29,698.50 sahaja.

Lain-lain yang bawah dari itu adalah filem filem Tamil yang memang sukar bersaing dengan filem Tamil dari India.

Untuk tahun ini, filem Melayu paling tidak laku dijangkakan adalah filem Kapsul yang dibintangi Mahathir.  Setelah beberapa hari tayangan, filem ini hanya berjaya mengutip kurang RM 32,000 mengikut data yang diberikan Finas.

Memang ada beberapa filem Melayu yang kutipannya jauh lebih rendah dari Kapsul antaranya filem bertajuk Dia dan sebuah lagi bertajuk Jendela.  Masing-masing hanya kutip sekitar RM 11 ribu dan RM 12 ribu sahaja.

Thursday, October 1, 2015

Kapsul: Jumlah Likes & Komen Di FB Ternyata Takde Kesan Di Alam Realiti


Pemuja Mahathir berbangga dengan page mereka yang mendapat likes beratus ribu.  Begitu juga bila campak satu posting memuja Mahathir, beratus atau beribu komen memuja kembali yang diterima.

Tapi ternyata semua ini tidak memberi kesan kepada tahap sokongan terhadap Mahathir di alam nyata.  Ratusan ribu mahupun jutaan likes di page memuja Mahathir yang dikendalikan, ternyata tidak menggambarkan realiti sokongan di alam sebenar.

Sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal Perdana Menteri dan Mahathir hanya tunggu hari nak mati.  90 tahun, tua dah.

Contoh dah banyak.  Sebelum ini bila Mahathir balik dari luar negara, hanya berpuluh saja yang datang jemput, tapi baru-baru ini ada kes yang lebih menarik.