Saturday, August 29, 2015
Mahathir Mahu Bodohkan Rakyat
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin hari semakin cuba memperbodohkan rakyat di negara ini.
Tindakan itu agar masyarakat terus membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mengkritik dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas.
Walaupun sudah dijawab oleh Perdana Menteri mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh bekas perdana menteri itu, Mahathir sehingga hari ini masih tidak berpuas hati dan menyoal kembali jawapan yang telah diberikan mengenai persoalannya.
Hari ini, Mahathir masih menyoal mengenai wang derma berjumlah RM2.6 bilion dengan mengatakan jawapan yang diberikan perdana menteri itu tidak masuk akal kerana tidak ada orang asing akan membiayai sebuah parti di negara lain.
Malah, beliau turut memperbodohkan rakyat di negara ini dengan menuduh Najib menggunakan wang tersebut untuk membeli undi pada pilihan raya umum lalu.
"Penjelasan bahawa ia diberi kerana pendirian Malaysia terhadap kumpulan Mulitan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) dan disebabkan kesederhaan Malaysia dalam Islam adalah tidak masuk akal.
"Kecuali jika ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. Mengapa seseorang mahu merasuah pengundi Malaysia supaya Najib dapat menang?
"Rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dibayar rasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi orang asing," kata Mahathir yang cuba meracuni fikiran rakyat.
Jelas Mahathir cuba memperbodohkan rakyat di negara ini dengan mengatakan tiada orang asing akan membiayai sebuah parti, walhal dizamannya juga pernah menerima dana daripada luar.
Malah DAP dan PKR juga menerima sumber luar untuk parti tersebut yang memenangkan mereka di beberapa negeri pada pilihan raya umum lalu.
Jadi, mengapa Mahathir perlu mempersoalkan lagi jika diri sendiri sudah mengetahu apakah motif penyaluran dana tersebut?
No comments:
Post a Comment