Sunday, May 24, 2015
Perdana Menteri Harus Jadi Lembu Mahathir, Sekiranya Tidak Mahu Digulingkan
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa Mahathir menyerang Perdana Menteri? Namun melalui penelitian yang dilakukan, serangan yang dilakukan Mahathir itu kerana beliau marah apabila banyak kehendaknya tidak ditunaikan.
Atas sebab itu dia memberi gambaran kononnya Najib perlu diganti. Sekiranya kita meneliti kembali zaman kejatuhan Pak Lah, serangan bermula apabila Pak dilihat gagal untuk tunduk dan akur dengan kemahuannya.
Mahathir pada mulanya menyangka dengan memberi laluan kepada Pak Lah yang kelihatan begitu lurus bendul, beliau mampu dijadikan boneka agar Mahathir boleh terus menjadi Perdana Menteri dibelakang tabir.
Namun ternyata harapan dan perancangannya meleset, ini kerana sebaik berkuasa Pak Lah telah 'diremote control' oleh KJ.
Segala kehendak dan kemahuan Mahathir tidak lagi dipedulikan Pak Lah, sehingga menyebabkan Mahathir marah dan akhirnya mengambil keputusan menyerang Perdana Menteri yang terkenal dengan jolokan 'Mr Clean'.
Maka Mahathir menyerang Pak Lah dengan 1001 cerita antaranya isu Scomi, skandal katering MAS, penjualan saham berkepentingan negara yang melibatkan KJ dan sebagainya.
Namun apabila Pak Lah letak jawatan isu ini terus senyap dan dimatikan terus dari pengetahuan umum, sedangkan jika benar Mahathir sayangkan wang rakyat kenapa beliau tidak terus desak hingga ada dakwaan yang dibuat?
Harapan Mahathir dengan menyingkirkan Pak Lah, beliau dapat meletakkan seekor lembu baru yang boleh menurut segala kemahuannya.
Maka sejurus selepas Pak Lah digulingkan, Mahathir melihat Najib sebagai penganti yang sesuai. Namun sekali lagi Mahthir tersilap, kerana sebaik menjawat jawatan Perdana Menteri Najib enggan dijadikan lembu yang diharapkan Mahathir.
Apabila Mahathir melihat Najib enggan menjadi lembu yang dicucuk hidungnya, maka sekali lagi Mahathir menyalak, maka pelbagai isu baru dicanangkan agar ahli parlimen Pekan ini dapat ditumbangkan.
Persoalannya ketika Mahathir bersungguh mempromosikan Najib ke jawatan PM, mengapa isu Rosmah tidak dibentangkan? Mengapa kes Altantuya tidak dibangkitkan?
Soalnya kini adakah Mahathir setuju naikkan Muhiyuddin Yassin kerana jangka orang ini ada sakitnya dan senang dipicit untuk menjadi pupet Mahathir?
Dan bila Muhiyuddin Yassin gagal menjadi lembu yang diharapkan Mahathir maka sekali lagi krisis politik kepercayaan akan berlaku di Malaysia.
Sampai bilakah jawatan PM ini perlu berkisar kepada kehendak Mahathir?
Ya, Najib ada kelemahanya tetapi biarlah rakyat yang putuskan
No comments:
Post a Comment