Saturday, May 30, 2015

Patut Ada Hadiah Wang Tunai Untuk Yang Dedah Harta Daim

Gambar Hiasan,
Bukan Mereka Berdua Sahaja Dalam Dunia Nama Mahathir & Daim
Sebuah NGO bernama Citizen Of Accountable Malaysia (CAGM) telah menawarkan hadiah RM 1 juta kepada sesiapa yang boleh mendedahkan nilai dan punca kekayaan Mahathir.

Kita menyokong tindakan ini kerana sememangnya nilai kekayaan Mahathir begitu 'misteri' walaupun sebenarnya tak berapa misteri kerana kita tahu ia dipegang oleh kroni-kroninya melalu pegangan secara tidak langsung dalam syarikat-syarikat tertentu.

Tapi sebab yang nak disentuh ini seorang legend (kononnya), maka tak boleh tuduh air liur saja, kena ada bukti.  Yang kononnya legend ini tak apalah, dia boleh tuduh. fitnah sesiapa pun ikut suka dia, legendlah katakan.

Nak dapat bukti pun tak boleh air liur juga, itu ada tawaran RM 1 juta tu.

Dalam masa yang sama, penulis nak lihat tawaran sama dibuat untuk orang-orang yang rapat dengan Mahathir, seperti Daim.  Nilai kekayaan Daim pun misteri juga. Dikatakan dia ni sebenarnya orang terkaya di Malaysia tapi namanya rak pernah masuk dalam senarai forbes sebab dia dikatakan menggunakan proksi, bukan nama sendiri.

Wednesday, May 27, 2015

Suruhanjaya Diraja Menyiasat Penyelewengan Mahathir Patut Ditubuhkan


Semakin hari semakin banyak cerita penyelewengan dana awam yang dilakukan Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri, dibongkar banyak pihak. 

Dakwaan arah bunuh orang (BMF & Memali), dakwaan guna duit Petronas macam duit mak bapak dia sendiri, saham MAS nilai murah di arah beli nilai mahal dan sebagainya, mencetus persoalan berapa banyakkah sebenarnya negara ini kerugian sepanjang 22 tahun itu?

Tak sebut lagi nilai penyelewengan yang semakin hari semakin banyak nampaknya.

Banyak pakar ekonomi kata negara ini sepatutnya sama-sama dengan Singapura menjadi maju pada dekad 90-an.  Negara ini sebenarnya banyak wang, bayangkanlah, rugi meniaga forex RM 30 billion tahun 90-an dan dilanda krisis kewangan 1997 pun masih boleh bertahan lagi.

Kayalah tu tapi kenapa tak maju dan kaya macam negara dan rakyat Singapura?

Sebaliknya, yang rapat-rapat dengan Mahathir saja kaya raya.  Kroninya, anaknya dan lain-lain, entah berapa keturunan makan tak habis.  

Monday, May 25, 2015

PAC Wajar Panggil Mahathir, Tanya Dia Hilang Ke Hutang?

Gambar Hiasan
Penulis lihat, dalam banyak-banyak pihak yang dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) untuk menyiasat 1MDB, satu pihak yang dirasakan tidak kurang pentingnya untuk membantu siasatan ini nampak tercicir dari senarai.

Yang dimaksudkan ialah Mahathir Mohamad  - mantan Perdana Menteri yang dah umum letak jawatan tapi masih nak main peranan dalam pentadbiran negara, macam orang gila talak.

Mahathir wajar dipanggil sebab rakyat nak tahu motif disebalik pelbagai fitnah yang dilemparkannya ke atas 1MDB.  Paling penting dakwaan kononnya RM 42 billion dihilangkan 1MDB - kenyataan yang kemudian berubah-ubah sebelum Mahathir mengakui wang itu bukan hilang tapi hutang.

Kita juga nak tahu benarkah serangan ke atas 1MDB ini kerana Mahathir rasa terancam dari segi kewangan.  Sebab ada dakwaan Mahathir ada kepentingan dalam beberapa syarikat yang di ambil alih oleh 1MDB.  

Sampai Bila Umno Nak Bela 'Jurugambar Tua' Yang Setiap Hari Mengentam Najib???



Sabtu lalu Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melakukan lawatan kerja ke Perak.

Sememangnya lawatan seperti ini sentiasa menjadi tumpuan khususnya kepada para penyokong Najib. 


Jawapan Bertulis Mengenia 1MDB, Apakah Najib Berbohong?



Ramai yang seronok apabila Perdana Menteri menukar jawapan berhubung isu 1MDB. Paling menarik apabila isu yang sama turut digunakan oleh Mahathir untuk terus memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

Para penjilat Mahathir melompat sakan kerana merasakan isu ini akan berjaya menghakis kekepercayaan rakyat terhadap kerajaan.


Sunday, May 24, 2015

Perdana Menteri Harus Jadi Lembu Mahathir, Sekiranya Tidak Mahu Digulingkan



Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa Mahathir menyerang Perdana Menteri? Namun melalui penelitian yang dilakukan, serangan yang dilakukan Mahathir itu kerana beliau marah apabila banyak kehendaknya tidak ditunaikan.

Atas sebab itu dia memberi gambaran kononnya Najib perlu diganti. Sekiranya kita meneliti kembali zaman kejatuhan Pak Lah, serangan bermula apabila Pak dilihat gagal untuk tunduk dan akur dengan kemahuannya.


Apabila Mahathir Terlupa Lagi



Tun Mahathir berada dalam keadaan dendam kesumat dan kebencian yang mendalam apabila beliau munuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berbohong dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura.

Mahathir berkata, “Jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali. Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.”

Friday, May 22, 2015

Muhyiddin Dah Sejarah Kalau Mahathir Perdana Menteri


Terbongkarnya klip video dimana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara jelas menunjukkan sikap berlawanan dengan Perdana Menteri dalam isu 1MDB, menginsafkan penulis bahawa ceritanya mungkin berbeza kalau Mahathir masih menjadi Perdana Menteri hari ini.

Isunya bukan masalah nak berbeza pendapat pun tapi kenyataan perlulah selari dengan pendirian rasmi Perdana Menteri dalam isu tersebut.

Apa pun, kalau Mahathir masih Perdana Menteri, Muhyiddin akan mengosongkan pejabat Timbalan Perdana Menteri esok pagi juga, tak tunggu lama.  Letak jawatan atau dipecat, pilih mana satu nak.

Tapi sebab Perdana Menteri hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak, maka Muhyiddin masih lagi Timbalan Perdana Menteri kita semua.

Mahathir seperti yang kita semua tahu, selain 22 tahun jadi Perdana Menteri dengan mewujudkan sistem kalis pertandingan untuk jawatan Presiden UMNO, adalah juga Perdana Menteri yang ada terbanyak bekas Timbalan.

Selain Anwar yang disabitkan dengan kesalahan liwat dan Abdullah Ahmad Badawi yang berjaya menjadi Perdana Menteri, dua lagi Timbalan Mahathir disingkirkan kerana berselisih pendapat dengan Mahathir dalam pelbagai hal.

Thursday, May 21, 2015

Untung Di Cayman Island, Bila Mahathir Nak Minta Maaf


Pencerahan Perdana Menteri di Parlimen semalam bahawa 1MDB membuat keuntungan dalam pelaburan di Cayman Island dan untung itu disimpan dalam bentuk aset di sebuah bank di Singapura (BSI) sepatutnya menginsafkan Mahathir akan banyaknya kerosakan yang dia sudah buat.

Mahathir juga yang mempersoalkan pelaburan yang dibuat disitu, seolah-olahnya menjadi satu kesalahan jenayah kalau melabur disana.  Mahathir juga yang memberikan gambaran bahawa 1MDB membuat keputusan silap dengan melabur disitu dan wang itu akan hilang.

Tapi ia tidak hilang malah memberi keuntungan.  Dalam bentuk aset atau dalam bentuk tunai tidak penting, yang penting nilai keuntungan itu tetap sama.

Jika itu belum cukup, Mahathir juga pernah membuat dakwaan bahawa bank di Singapura berkenaan menafikan ada pelaburan 1MDB yang disimpan di negara tersebut.  Sekarang agaknya, apa Mahathir nak cakap?

Tuesday, May 19, 2015

Konspirasi Jatuh Najib - Mahathir Dah Jadi Yahudi Yang Dia Selalu Kecam

Isu perletakan jawatan Speaker Dewan Rakyat yang 'diumumkan' Mahathir kelmarin membuktikan dia bukan sekadar mahu mendesak perletakan Datuk Seri Najib melalui penulisannya di blog, tapi juga mengadakan gerakan tersusun di alam nyata untuk memastikan perkara tersebut menjadi kenyataan.
Menurut sumber, Mahathir mahu Tan Sri Pandikar Amin berundur agar seorang Timbalan Speaker yang telah diperalatkannya mengambil alih dan membenarkan usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri.  Usul undi tidak percaya ini pula, akan dibawa beberapa ahli parlimen BN yang diketuai seorang wakil dari Kelantan.
Jelas wujud konspirasi untuk menyingkirkan Najib.
Ironinya, Mahathir selalu mendakwa rancangan besar yahudi untuk menguasai negara-negara Islam ialah mewujudkan konpirasi untuk menukar kerajaan yang dipilih secara demokratik, dengan rejim yang boleh diperalatkan mereka.  
Hari ini dia pulak yang jadi macam itu, sebijik.  Penulis melihat ini bukti Mahathir bukan membenci yahudi, yahudi adalah gurunya.

Pandikar Amin: Usahlah Mahathir Tegak Benang Basah


Mahathir tak seharusnya menyalahkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin kerana tidak bersara seperti yang diumumkan Mahathir kelmarin. Mahathir juga tidak boleh menuduh Pandikar Amin berbohong bila dia sebenarnya yang berbohong.

Siapa Mahathir nak memandai-mandai mengumumkan Pandikar nak meletak jawatan? Kalau Pandikar nak letak jawatan, beliau boleh umum sendiri, tak payah melalui Mahathir pun.

Inilah masalahnya dengan Mahathir, dalam semua hal pun, bukan Pandikar kononnya nak meletakkan jawatan ini saja. Penulis yakin orang itu cakap lain, Mahathir dengar lain, dah terus buat pengumuman. 

Kes 1MDB pun penulis ingat cerita sama juga.  Itu sebab sekalipun dah tuduh PM dan 1MDB menggelapkan wang sebanyak RM 42 billion, diakhirnya selepas balik umrah, Mahathir tidak mengaku pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Cover malu la tew.

Monday, May 18, 2015

Apa Jadi Dengan 40 Pesawat Skyhawk Milik Malaysia???



Pada masa Tun M memerintah, 1 program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, TUDM mengesahkan pembelian 80 buah A-4 Skyhawk terpakai dari Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah.

Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.


Sunday, May 17, 2015

Pandikar Amin Kecewa, Kenyataan Mahathir Makan Diri


Reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad akan terjejas sekiranya dakwaan beliau bahawa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan, tidak benar.

Dalam tulisan di entri blognya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam berkata, kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu dalam program Bicara Negara di Ipoh pada Sabtu menimbulkan tanda tanya.


Mahathir PM Paling Banyak Terima Desakan Untuk Letak Jawatan



Tun M ketika diwawancara oleh The Edge berkata beliau tak pernah didesak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh mana2 pihak.

Apa yang Tun nak sembunyikan apabila pada zamannya menjadi PM ada 8 individu pernah mendesaknya meletakkan jawatan sekitar tahun 1987, kira-kira enam tahun selepas dia menjadi PM?


Dulu Mahathir Miskin, TAPI




Melalui serangan terbaru yang dilancarkan terhadap Perdana Menteri, Tun Mahathir mendakwa allahwarham Tun Abdul Razak bukan seorang yang kaya sehingga mampu mewariskan harta yang banyak kepada Najib.

Menurut Mahathir lagi, dengan kekayaan yang diwarisi dari bapanya adalah mustahil untuk Najib mengadakan majlis perkahwinan untuk anaknya yang dikatakan mencecah sehingga puluhan juta ringgit.


Kebocoran Dokumen Tabung Haji: Mahathir No 1 Perlu Disiasat

Ruang dalam kereta macam Kancil 660EX
Awal minggu ini, lanjutan dari laporan polis yang dibuat Tabung Haji berhubung kebocoran dokumen mengenai pembelian tanah 1MDB di TRX, pihak berkuasa berkaitan telah memulakan proses siasatan untuk mengenalpasti dalang yang terlibat.

Pejabat Tabung Haji yang terletak di Jalan Tun Razak khabarnya telah dikunjungi pihak berkuasa untuk membantu siasatan.  Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan SKMM juga telah menjalankan siasatan dari sudut operasi masing-masing.

Bagaimanapun, penulis cenderung agar pihak polis memulakan siasatan di Yayasan Kepimpinan Perdana yang diuruskan Mahathir kerana dia nampaknya yang paling beruntung dari kebocoran maklumat tersebut.

Mahathir Semakin Tidak Betul

Keterangan gambar: Anak Pengerusi Proton naik Pagani Zonda S
Penulis melihat sendiri klip video dimana Mahathir secara jelas mengatakan bahawa Speaker Dewan Rakyat sudah meletakkan jawatan.  Memang dia sebut sendiri, tak ada spin sama sekali.

Begitupun ada ruang dalam kenyataan itu untuk Mahathir berpusing balik menafikan dia merujuk kepada Speaker Dewan Rakyat, tapi Speaker telefon atau Speaker kereta sebab tak sebut nama atau dewan mana satu.

Ini Mahathir kita cakap, dia berbelit macam mana pun, tetap ada orang nak pertahankannya.

Balik Umrah, Mahathir Terus Menipu


Ramai yang terkejut apabila Tun Mahathir mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah meletak jawatan.

Menurut Tun Mahathir lagi pendedahan itu berdasarkan kenyataan Pandikar sendiri yang memaklumkan mengenai hasratnya itu.


Saturday, May 16, 2015

Mahathir Balik Hanya Disambut 100 Orang..Kelakarnya


Kepulangan Mahathir dari mengerjakan ibadah umrah semalam, hanya disambut lebih kurang 100 orang manusia, salah seorangnya ialah Abd Rani Kulop, raja laporan polis dan orang yang di dakwa banyak pihak tidak beberapa betul akalnya.

Tak hairanlah kenapa demi untuk menutup kekurangan itu, gambar-gambar yang diambil semuanya kategori close up, sebab taknak nampak sangat takdak orang.  Selain itu masing-masing mengelak dari mengambil gambar pesawat yang membawa Mahathir, takut jadi isu.

Apa pun, jumlah 100 orang ini, begitu berlawanan dengan tanggapan bahawa seluruh negara berada di belakang Mahathir untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  100 orang ini mewakili berapa percent sangat rakyat Malaysia?

Friday, May 15, 2015

Balik Umrah, Dosa Baru Apa Mahathir Nak Buat?


Posting terakhir Mahathir Mohamad dalam blognya chedet.cc, tidak begitu menarik minat orang atas beberapa sebab.

Antara lain sebabnya ialah, isu kononnya dana Tabung Haji nak digunakan untuk menyelamatkan 1MDB telah kecoh lebih awal oleh pendedahan yang dibuat blog tidak bertanda dan kedua, selain itu, tidak ada cerita baru, masih cerita lama yang diulang tayang.

Kemudian Mahathir pergi menunaikan umrah menggunakan jet rasmi kerajaan atau jet milik anaknya, Mokhzani Mahathir.  Hari ini khabarnya balik.

Tentang jet ini, mana-mana pun tak kisah (milik anak atau milik kerajaan), Mahathir tetap kena.  Agakya sebab itulah sehingga kini Mahathir tidak berani mengesahkan atau menafikan jet mana satu yang dia pakai.

Wednesday, May 13, 2015

Mahathir Perlu Menjawab Dakwaan Tunku Aziz


Rakyat Malaysia sepatutnya melihat ahli panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Aziz Tunku Ibrahim sebagai seorang yang berintergriti tinggi sekalipun ada sejarah sebagai Naib Presiden DAP, termasuk pernah dilantik Senator.

Intergriti dan kredebiliti Tunku Aziz tidak boleh dipertikaikan kerana beliau sudah terbukti lebih mengutamakan prinsip dan maruah diri dari jawatan dan kuasa yang ditawarkan DAP.

Maka itu bila Tunku Aziz 'bertanya' bagaimana anak-anak Mahathir boleh menjadi kaya raya dari dulu hingga sekarang, Mahathir sepatutnya boleh menjawab dengan teliti dan mengemukakan dokumen kenapa dakwaan Tunku Aziz itu salah.

Apatah lagi kedua-dua mereka adalah setaraf - rakyat biasa.  Dari segi gelaran juga tidak kalah, Tunku Aziz dengan Tunkunya, Mahathir dengan Tun nya - Tun juga.

Sepatutnya tidak ada masalah untuk Mahathir menjawab segala pertanyaan Tunku Aziz kerana mereka adalah setaraf - kalaulah pemuja Mahathir menganggap Tunku Aziz tidak layak untuk bertanyakan soalan seperti itu kepada Mahathir. 

Lagipun soalan Tunku Aziz itu mewakili rakyat kerana kita semua tahu apakah rahsia kekayaan anak-anak Mahathir kalau benar mereka ini bijak meniaga, bukan bergantung kepada jawatan Mahathir?

Sunday, May 10, 2015

Contoh Pelaburan Yang Buruk Ialah Bila Jual MV Agusta Euro 1


MAAF, penulis tak tahu yang Pemuda UMNO ini sangat mendekati hati rakyat dengan membangkitkan soal pelaburan Tabung Haji di TRX.  Sebab kalau itu kesnya, UMNO tak kalah semua saluran orang muda di Permatang Pauh dan beberapa saluran sama di Rompin.

Yang penulis tahu, Pemuda UMNO hari ini hanya bersifat populis dan mengikut arus viraliti di media sosial semata-mata terutama telunjuk Tun Mahathir.  Mahathir balun 1MDB, begitulah Pemuda UMNO, Mahathir balun Tabung Haji, begitulah juga Pemuda UMNO.

Idea sendiri?  Selain Zumba, hampir tidak ada.  Jawatan Ketua Penerangan pun dah jadi jawatan Ketua Pertanyaan sebab lebih banyak bertanya dari menerang.

Dalam isu Tabung Haji, cakap Pemuda UMNO mengenai pelaburan, begitu bergegar-gegar sekali.  Perdana Menteri nak dikatakan sebagai orang yang tidak faham mengenai pelaburan apabila Tabung Haji membeli tanah dari 1MDB, macam dia faham sangat pasal pelaburan.

Thursday, May 7, 2015

Mahathir Dalang Di Sebalik Putar Belit Tabung Haji/1MDB

Istana Mamak Madey
1MDB bukan syarikat milik keturunan Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi syarikat milik kerajaan.  Tabung Haji juga syarikat milik kerajaan, pun bukan syarikat milik keturunan Perdana Menteri.

Jadi apa masalahnya bila sesama syarikat kerajaan berurus niaga?  Harga murah atau harga tinggi bukan isu. 

PRIMA - syarikat kerajaan yang kerjanya buat rumah mampu milik untuk rakyat, pun beli tanah murah dengan kerajaan, kalau beli harga tinggi, macam mana nak jual kepada rakyat pada nilai rendah dari pasaran?

Ketika jadi Perdana Menteri, wang Petronas diguna Mahathir untuk selamat begitu banyak syarikat kroninya termasuk jadikan sesetengah syarikat itu sebagai syarikat berkaitan kerajaan - termasuk syarikat anaknya yang dibeli MISC dengan harga lagi tinggi dari pasaran pada tahun 1997.

Wednesday, May 6, 2015

1MDB:Dah Berapa Banyak Bukti Mahathir Bagi?


Agak lucu rasanya bila Mahathir meminta bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim agar menyerahkan bukti penglibatannya dalam skandal BMF yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara disamping kematian auditor yang menyiasat kes itu, Jalil Ibrahim.

Bukti apa orang tua ini mahu? Selain dah lama berlaku, separuh (atau kesemuanya) sudah terkubur bersama arwah Jalil yang sehingga kini masih kita tidak tahu siapa mengarahkan pembunuhannya.  Pembunuhnya kita tahu tapi yang mengarahkannya tu kita tak tahu.

Tapi tak pulak Mahathir selaku Perdana Menteri pada waktu itu mengarahkan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti siapa mengarahkan pembunuhan tersebut seperti mana dia mahu Datuk Seri Najib dilibatkan dalam pembunuhan Altantunya (dalam bentuk soalan).

Kenapa masa itu tak minta disiasat lebih lanjut, ada apa yang nak disembunyikan ke?

Tuesday, May 5, 2015

Kritikan Mahathir Punca Undi PRK Rompin Merosot


Kritikan Mahathir terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mula memberi kesan apabila bilangan majoriti BN dalam pilihanraya kecil Rompin yang tamat hari ini merosot dengan signifikan sekali.

Mengikut data tidak rasmi, majoriti BN menurun kepada 8,756 undi berbanding 15,114 undi dalam PRU13.  

Walaupun begitu, kritikan Mahathir ternyata tidak mampu menggugat keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib apabila BN masih menang dengan selesa, di sebalik kritikan itu dan perlaksanaan GST.

Undi PAS sendiri tidak bertambah, malah menurun sebanyak 55 undi berbanding PRU13 yang lepas.

Penyokong Mahathir di Rompin sekadar berjaya merosak lebih 1,400 undi sahaja - tidak mampu sampai menyebabkan UMNO kalah.  Lagpun, seperti dikatakan di atas, peratusan keluar mengundi yang rendah dan pengundi luar yang tidak balik, menjadi punca kepada penurunan majoriti ini. 

Monday, May 4, 2015

Apa Maksud Mukhriz Kritikan Mahathir Tak Jejas UMNO?


Bagaimana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berpendapat bahawa kritikan bapanya (nama tak perlu ulang banyak kali) terhadap Perdana Menteri tidak boleh menjejaskan UMNO, terutama dalam saat berhadapan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Rompin?

Suruh Perdana Menteri letak jawatan, bantai GST, tuduh Perdana Menteri arah bunuh Altantunya dan sebagainya, ini tak boleh jejas UMNO?

Bukan setakat itu, bapanya juga mengadakan satu gerakan, dijalankan sebilangan orang tertentu dalam kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang meletakkan Mukhriz di tempatnya sekarang.

Terbaru kita difahamkan, Mahathir sedang memperalatkan ketua-ketua bahagian UMNO di kawasan yang BN tidak pernah menang seperti Cheras dan beberapa bahagian lagi untuk menentang Perdana Menteri.

Duit bukan masalah, kroni-kroni yang Mahathir kayakan pada zamannya tidak ada masalah untuk mengeluarkan wang bagi membiayai gerakan ini.

Saturday, May 2, 2015

Kritikan Mahathir Kini Jadi Inspirasi Pembangkang, Sayang UMNO La Sangat


Mahathir hanya berbohong bila berkata dia mengkritik dan menyerang peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sayangkan UMNO, risaukan UMNO.

Ternyata kritikan itu tidak pun mendapat sokongan ahli-ahli UMNO, sebaliknya, pembangkang mengambil kritikan itu sebagai inspirasi untuk mengatakan kenapa UMNO perlu kalah di Rompin dan Permatang Pauh.

Itukah cara Mahathir menunjukkan sayang kepada UMNO, dengan mahu melihat UMNO kalah dalam 2 pilihanraya keci mendatang ini?

Baru cerita pilihanraya.  Dalam demonstrasi membantah perlaksanaan GST semalam, gambar dan kenyataan Mahathir membantah sistem percukaian baru itu, digunakan dalam banner dan poster yang mengecam kerajaan BN/UMNO.

Penulis bagaimanapun tidak hairan kerana dari dulu Mahathir memang diketahui suka bakar kelambu bila marah dengan nyamuk.  Ambil contoh pengharaman UMNO 1988, tidak ada siapa dari kalangan kumpulan 11 yang membawa kes itu ke Mahkamah mahu UMNO diharamkan.

Sebaliknya mereka mahu pemilihan 1987 yang menyaksikan Mahathir menang dengan hanya majoriti 43 undi mengatasi Tengku Razaleigh Hamzah, diadakan semula, tapi Mahkamah membuat keputusan mengejutkan dengan mengharamkan UMNO.

Ramai percaya Mahathir menggunakan cengkamannya ke atas sistem kehakiman pada waktu itu agar diakhirnya UMNO diharamkan, senang, buat parti baru, guna nama lama dan tak payah ada pemilihan semula kerana UMNO lama yang mengadakan pemilihan 1987 itu, sudah tidak wujud dari segi undang-undang.

Ini cara Mahathir 'sayang'kan UMNO.  Dia bergaduh dengan Tengku Razaleigh dan tak puas hati menang sikit (43 undi), UMNO pun tergamak dia haramkan.  

Samalah macam sekarang pun bila Datuk Seri Najib enggan jadi robotnya..