Thursday, September 29, 2016

Masuk Parti Mahathir Sebab Nak Kejar Jawatan Saja


Seringkali bila berlaku perpecahan dan parti baru ditubuhkan, akan adalah pemegang-pemegang jawatan baru yang mengisi jawatan-jawatan tertentu dalam parti yang ditubuhkan.

Peluang ini sukar nak diperolehi dalam parti yang lama, jadi berhijrahlah mengguna nama rakyat dan perjuangan masuk ke parti baru.  Sebetulnya tidak ada kaitan dengan rakyat sama sekali, hanya untuk mencapai matlamat politik sendiri saja.

Justeru, tidak adalah yang berbeza dalam kes parti yang ditubuhkan ini pun.  Memang adalah beberapa orang UMNO yang masuk parti itu, tapi jumlahnya tidak ramai seterusnya tidaklah begitu sangat memberikan impak yang diharapkan Mahathir dan Muhyiddin.

Kemasukan 110 ahli UMNO diketuai bekas Naib Ketua Bahagian Kota Raja beberapa minggu lepas, kekal sebagai gelombang pertama kemasukan ahli UMNO ke dalam Pribumi, selepas itu, jangan kata gelombang, buih-buih kecil pun tidak ada.

Maka jangan hairanlah bila Muhyiddin sendiri pun tak berapa nampak bernafsu dengan parti baru ni.  Kalau tak silap pengiraan, sejak ditubuhkan secara rasmi kurang sebulan dulu, tidak banyak aktiviti diadakan untuk mempromosi parti baru dan kalau ada pun, hanya dalam skala yang sangat kecil.

Tuesday, September 27, 2016

Penyokong Tegar Mahathir Akan Adakan 'Pemberontakan' Terhadap Muhyiddin



Seperti kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal laut luas jangan diduga.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru 3 minggu didaftarkan dikatakan bakal berdepan dengan badai buat kali pertama.

Ia ekoran rasa kurang senang dikalangan ahli terutamannya penyokong tegar Mahathir yang mendakwa Muhyiddin lebih gemar membuat keputusan sendiri dan menganggap parti itu hak milik persendiriannya.

Mahathir Mahu Muhyiddin Jadi PM, Kalau Pembangkang Menang



Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengalahkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang beliau mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Perdana Menteri.

Namun menurut Mahathir lagi, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perkara itu stidak seharusnya dibangkitkan pada ketika ini kerana takut ia memecahkan undi.

Litar Sepang Ni Rakyat Punya Ke Mahathir Punya? Anak Pengerusi, Anak Buah CEO!!


Menjelang perlumbaan F1 di Sepang hujung minggu ini, ada perkembangan menarik mengenai litar tersebut yang rakyat patut tahu.

Semua orang maklum bahawa anak Mahathir, Mokhzani telah memegang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) sejak litar itu mula beroperasi pada lewat 90-an.  

Tapi mungkin tak ramai tahu bahawa CEO SIC hari ini adalah juga anak saudara kepada Mahathir - anak saudara Hasmahlah lebih tepat.

Ini menimbulkan persoalan litar SIC ni dulu buat pakai duit rakyat ke pakai duit Mahathir sampai anak dan anak buahnya boleh duduk di 2 kerusi penting SIC pada ketika Mahathir menjadi pemimpin pembangkang hari ini?

Mungkinlah pakai duit Mahathir kot sebab baru-baru ni Mahathir mengaku masa dia jadi Perdana Menteri, segalanya berkenaan hidup dia adalah ditanggung oleh kerajaan - semua disediakan.  Bolehlah dia menyimpan segala duit gajinya tu.

Pada tahun SIC siap dibina (akhir 90-an), negara mana ada duit kerana dilanda kemelesetan ekonomi 1997 yang Mahathir jadi puncanya.

Jadi bersangka baiklah bahawa SIC tu mungkin Mahathir punya atau ada saham yang besar di dalamnya maka itu anak dan anak buahnya boleh pegang jawatan yang tinggi dalam SIC.  Itu yang kita tahu, yang kita tak tahu, entah berapa ramailah lagi,

Monday, September 26, 2016

Mahathir Mengaku Salah Guna Kuasa Ketika Menjadi Kewangan



Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata seorang perdana menteri tidak seharusnya menjadi Menteri Kewangan kerana menyifatkan ia bakal membuka ruang kepada salah guna kuasa.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun ketika menyampaikan syarahan di London, Rabu lalu berkata usaha perlu dilakukan bagi menghalang seorang perdana menteri memegang portfolio menteri kewangan.

Ahli PBMM Mula Mengeluh, Muhyiddin Semakin Lesu



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan semakin lesu walaupun telah hampir sebulan ditubuhkan.

Selain ahli yang baharu berdaftar, kegusaran itu turut disuarakan oleh orang-orang kuat parti yang menyifatkan momentum semakin menurun hari demi hari.

Saturday, September 24, 2016

Mukhriz: Nak Satukan UMNO Kedah Pun Kau Gagal, Nak Satukan Pembangkang Pulak Lagi?


Mukhriz ini ada satu perkara pasal dia yang cukup penulis ingat - cakapnya tak boleh pakai, nak-nak yang berkaitan dengan bapaknya sendiri. Cakap pasal bapak sendiri pun tak boleh pakai, sikit mau ingatlah kalau dia cakap pasal benda lain.

Ia adalah Mukhriz yang kata bapaknya tidak akan sokong pembangkang, kemudian Mahathir cari pembangkang.  Mukhriz juga pernah cakap Mahathir tidak akan tubuh parti baru lawan UMNO, kemudian Mahathir tubuh PPBM Pribumi.

Sekarang Mukhriz cakap, dia dan parti barunya, Pribumi Mahathir, akan gabung semua parti pembangkang dalam Malaysia ini di atas nama dan jenama Barisan Rakyat untuk pastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.