Tahun pertama penganjurannya, 2007 dulu, mungkinlah ada merit penganjuran Bersih ini kepada rakyat, tapi setelah dihijack Anwar dan Mahathir, tidak ada apa yang rakyat mengenai Bersih ini melainkan politik semata-mata.
Maka tak hairan kenapa Muhyiddin yang ada peluang untuk menyokong Bersih sejak 2007 (tapi tidak melakukannya), sekarang pulak baru terhegeh-hegeh nak menyokong, adalah kerana kiblat politiknya yang sudah berubah, itu saja.
Rakyat justeru, janganlah terperdaya atau termakan gula-gula kononnya Muhyiddin menyokong Bersih kerana rakyat. Tidak ada apa yang benar mengenai itu, ini semua sebab politik semata-mata.






