Wednesday, November 18, 2015

Sokong Budget, Muhyiddin Dan Ku Li Sedar Mahathir Seorang Penipu


Ramai yang melahirkan rasa terkejut apabila bekas timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyokong pembentangan budget 2016 Isnin lalu.

Malah ahli parlimen Gua Musang itu ketika ditanya mengenai tindakan itu berkata sokongan undi bajet 2016 itu menunjukkan bahawa Najib masih mempunyai sokongan kuat di kalangan wakil rakyat BN.

Mahathir Tolak Sokong Vape Untuk Tarik Sokongan Majoriti



Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan penggunaan vape atau rokok elektronik sama sahaja bahayanya dengan rokok biasa.

Walaupun kenyataan tersebut dilihat sebagai kenyataan biasa, namun di kalangan pemerhati politik ia disifatkan sebagai 'pendekatan selamat' dalam mencari populariti dan sokongan rakyat.

Tuesday, November 17, 2015

Perasaan Mahathir Bila Muhyiddin Sokong Bajet 2016?


Orang kanan Mahathir dalam gerakan nak menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin semalam, hadir sekejap semata-mata untuk menyokong Bajet 2016 sebelum meninggalkan Parlimen.

Kemana dia selepas tu tak penting, tapi yang penting, dia hadir semata-mata nak mengundi menyokong Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 23 Oktober lepas.

Dengan kegagalan Bajet 2016 ini diluluskan boleh disama erti dengan undi tidak percaya ke atas Najib, maka sokongan Muhyiddin ini besarlah kiranya walaupun nampak sangat tidak ada keikhlasan disitu.

Ikhlas ke tidak bukan isunya sekarang, isunya sekarang ialah apa perasaan Mahathir bila orang kepercayaannya sendiri mengkhianati kepercayaan tersebut dengan menyokong Bajet 2016 seterusnya menyokong Najib kekal jadi Perdana Menteri.

Mahathir kita tahu pelobi utama dalam nak melihat Bajet ini gagal.  Dia dan orang-orangnya berusaha nak mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen BN untuk tidak menyokong Bajet tersebut.  Tapi sebaliknya, jangan kata ahli parlimen BN (termasuk Muhyidin), ahli parlimen pembangkang pun  ada sokong.

Monday, November 16, 2015

Mahathir Dalang Parti Baru Di Sarawak?


Menurut khabarnya sebuah parti baru ditubuhkan di Sarawak.  Penubuhannya begitu mengejutkan kerana selain muncul secara tiba-tiba, tiada bekas pemimpin dari parti politik sedia ada yang menyertai parti tersebut, semuanya muka baru.

Sebelum ini, sebuah parti baru bernama TERAS yang dianggotai beberapa Ahli Parlimen dan ADUN BN telah ditubuhkan, tak pasti sama ada parti ini didaftarkan atau tidak.

Lebih menarik lagi, parti yang berasas kaum dayak itu dikatakan diuruskan penubuhannya oleh pengikut setia Mahathir, Shafie Afdal.  Shafie adalah pemimpin UMNO yang berasal dari Sabah, tak pasti dengan apa cara dia boleh terlibat dengan parti dayak ini.

Tak hairanlah kenapa parti baru ini begitu rahsia sekali penubuhannya, RoS pun tak berbunyi apa, tahu-tahu sudah berdaftar saja.  Siapa Presiden dan jawatankuasa yang lain pun kita tidak tahu, cuma yang dimaklumkan, parti ini ditubuhkan oleh 2 individu bergelar Tun dan Datuk Seri.

Sunday, November 15, 2015

Ramai Ahli UMNO Punca Mahathir Tak Datang Sesi Penerangan Semalam?


Menurut beberapa macainya di media sosial, Mahathir tidak menghadiri sesi penerangan dan soal jawab mengenai beberapa perkara penting seperti 1MDB, TPPA Sabtu lepas, kerana sesi tersebut dihadiri ramai ahl UMNO.

Apa kena mengenai ahli UMNO ramai dan Mahathir taknak datang?  Mahathir pun ahli UMNO, masalah apa?  Mahathir datang Bersih yang 100% penyokong tegar Anwar dan bekas pemakinya masa jadi PM dulu, tidak ada masalah, takkan nak datang majlis yang diramaikan ahli UMNO pulak Mahathir ada masalah.

Takkan Mahathir nak majlis tu diramaikan orang pembangkang baru nak datang kot?  Itu majlis penerangan bagi yang masih tak terang, disampaikan pulak oleh orang yang betul-betul arif tentang selok belok isu yang nak dibahaskan.

Friday, November 13, 2015

Hapus JAKIM: Mahathir Makin Jauh Dari Agama


Penulis sesungguhnya sangat sedar bahawa kenyataan Mahathir mengenai pemansuhan JAKIM seperti yang dicadangkan Tawfik Ismail, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail, telah diputar belit portal berita pembangkang.

Kalau baca Utusan, banyak yang Mahathir sebut dan ulas tentang cadangan Tawfik tu, bab yang Mahathir kata rakyat ada pilihan untuk hapuskan JAKIM (seperti diputar belit pembangkang), adalah sebaris.

Tapi itu salah Mahathir sendiri, siapa suruh dia cakap tak pakai otak? Dah tahu dah puak puak ni hanya tunggu macam mana nak putar belit kenyataan dia, lagi nak cakap macam tu, memang kenalah.

Dalam pada itu, meneliti keseluruhan kenyataan Mahathir, nampak sangatlah bahawa Mahathir pada usia nak menghampiri mati ini, dia semakin jauh dari agama.

Kalau ada agama, Mahathir sepatutnya mempertahankan JAKIM at all cost, bukan lagi bercakap "di tengah-tengah" - JAKIM boleh dihapuskan kalau rakyat mahu ia dihapuskan.

Wednesday, November 11, 2015

Majlis Orang Tua: Mahathir Mengaku, Mahu Perdana Menteri Jadi Lembu Dicucuk Hidung


Akhirnya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad hari ini mengakui mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sebuah majlis yang dianggotai orang yang lebih tua bagi 'membimbing' perdana menteri dalam menerajui kerajaan.

Dalam erti kata 'Majlis Orang Tua' yang diwujudkan itu akan memastikan tidak lagi bebas membuat sebarang keputusan berhubung hala tuju negara.