Wednesday, November 11, 2015

Kenyataan Makan Diri, Tun Mahathir Terkena Pukulan KO


Pasti ramai yang sudah membaca kenyataaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Paling menarik apabila kenyataan Salleh itu seperti memberi satu pukulan maut terhadap Mahathir atau dalam bahasa mudah tumbukan KO.

Johari Ghani Cuba Sabotaj Najib?


Dilihat dari beberapa kenyataan dan tindakannya kebelakangan ini. kelihatan Timbalan Menteri Kewangan yang baru, Datuk Johari Abd Ghani ni macam nak mensabotaj Datuk Seri Najib Tun Razak dari dalam.

Tak berapa lama selepas dilantik jadi Timbalan Menteri Kewangan. Johari membuat kenyataan bahawa syarikat Telco diarah untuk tidak mengenakan caj GST sebanyak 6% ke atas kad pra bayar bermula 1 November yang lepas.

Walhal tarikh kuat kuasa perkara itu adalah pada Januari tahun depan seperti yang diumumkan oleh Najib dalam bajet 2016.  Dek kerana itu, kerajaan teruk dihentam dalam Facebook oleh penyokong pembangkang yang memang tunggu silap pemimpin BN macam Johari.

Baru-baru ini, Johari buat hal lagi bila dia masuk campur dalam hal pembinaan rumah mampu milik DBKL bila dia mempertikaikan kemampuan pemaju Era Ecoland sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Sunday, November 8, 2015

Council Of Elders: Nak Jadikan Malaysia Setaraf Puak Amazon Kah?


PENGAKUAN Tawfik Ismail, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail akan cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad nak mewujudkan Council of Elders (Majlis Orang Tua) untuk menasihat (atau menentukan?) bakal Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah sama seperti cubaan untuk membawa Malaysia ini balik ke zaman hutan dan rimba.

Setahu penulis, konsep macam ini masih wujud dan diamalkan oleh puak-puak asli Amazon sana dan sekarang Mahathir nak laksanakannya di Malaysia?  Dah jadi apa konsep demokrasi yang kita amalkan?

Menariknya, sementara bakal Perdana Menteri kena lalui segala macam proses di peringkat parti dan nasional, orang yang nak duduk Council of Elders ini pulak hanya dipilih "secara tangan" - handpicked oleh siapa, Mahathir sendiri kot?

Apa pun, bukan melalui undi dan pemilihan.

Friday, November 6, 2015

Bila Rafizi Terlibat, Debat Tukar Jadi Kempen Politik


BAGUSLAH bila Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy menolak untuk berdebat dengan Rafizi, bila Tony Pua yang mula-mula mencabarnya berdebat dulu, menarik diri atas alasan kononnya Speaker tak bagi (Speaker yang sama juga larang Arul sebagai saksi PAC dari terlibat debat).

Inilah politik parti pembangkang, bahagian yang Speaker larang Tony tu dia highight besar-besar, sementara bahagian yang Speaker halang Arul pun dari terlibat, dia pendam dan diam - sebab itu pembangkang namakan Rafizi sebagai pengganti.  Kalau isunya hormat Speaker, buat apa nak namakan Rafizi pulak, batalkan teruslah?

Nampak permainannya tu?

Lagipun pemilihan Rafizi ini menampakkan bahawa pembangkang, terutama DAP sudah tidak ada siapa yang nak diketengahkan untuk berhadapan dengan Arul.  Rafizi ini kita tahulah, dia hanya minat nak politikkan keadaan, bukan nak cari jawapan dari Arul.  Penulis tak hairan kalau debat ini tukar jadi kempen politik bila Rafizi terlibat.

Thursday, November 5, 2015

Tak Debat Pasal Botak, Bodoh Statement Ni, Balaci Taknak Troll?


Bodoh benar rasanya kita bila Rafizi memutuskan untuk mengelak dari berdebat dengan Arul Kanda pasal 1MDB kerana kepala kedua-dua mereka botak!!  Tak elok katanya 2 orang botak berdebat - wad gila mana punya ajaran dia ambik pun kita tak tahu.

Ini kenyataan yang jelas kebodohannya, dibuat pulak oleh orang yang kononnya cerdik. Apasal balaci taknak troll, pasal yang cakap ni orang kau sendiri ya?

Jangan pemimpin UMNO kang, lain dia cakap, lain yang kau faham.  Lepas tu buat poster ikut faham sendiri, ramai-ramai maki poster yang sebenarnya puak kau buat sendiri, ni gila namanya, bukkan bodoh lagi dah.

Apa pun yang penting untuk rakyat dan pengundi atas pagar tahu, ini semua politik sajalah sebab motifnya sekarang bangkit kebencian.  Seolah-olahnya UMNO ni teruk sangatlah, sebab itu dibuat macam-macam hebahan yang tidak benar.

Tuesday, November 3, 2015

JDT Menang Cara Paling Aneh, Tak Layak Dapat Pengiktirafan Negara


Bangsa-bangsa Johor sudah pasti sedang bergembira dengan kejayaan pasukan bolasepak mereka menjuarai piala AFC Sabtu lepas.  Sana sini dengar bangsa Johor bercakap mengenainya seolah-olah sudah jadi juara dunia.

Macam mana menang, itu sudah tidak peduli, asal menang sudah.

Sementara kita akui kemenangan ini memang mencatat sejarah sebab belum pernah ada pasukan dari negara kita yang menang, tapi hakikatnya banyak yang tidak kena dengan cara JDT menjuarai piala tersebut.  

Dua kali layak secara percuma bila pasukan yang sepatutnya mereka berlawan, dibatalkan penyertaan akibat masalah campur tangan oleh kerajaan mereka kononnya, 4 kali gol pasukan dari Tajikistan, FC Istikiol dibatalkan oleh penjaga gol dari Jepuin Minoru Tojo dalam perlawanan akhir - tindakan yang menarik kemarahan peminat Istikiol yang merasakan ada tidak kena dengan perlawanan itu.

Sunday, November 1, 2015

Agak-Agak Berapa RM Pulak Yang DIbawa Ke Sarawak?


Seperti yang semua orang tahu, 2 balacinya Mahathir sedang ditahan di penjara kerana dakwaan cuba mensabotaj ekonomi negara.  Dua orang inilah yang selalu buat kerja kotor Mahathir dan akhirnya menghadapi tindakan sedangkan Mahathir rileks saja di luar, selamat tanpa gangguan.

Tapi bila balaci yang dua ekor ini tidak ada, susah jugak Mahathir nak meneruskan gerakannya menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Mahu tak mahu terpaksalah Mahathir buat sendiri semua kerja.

Ada beratus ribu pemuja (kononnya) pun tak guna sebab dah banyak kali dibuktikan itu hanya di alam siber, di alam realiti, Mahathir hanya disokong beberapa orang manusia sajalah, itu yang bila balik dari luar negara, jumlah menyambut di lapangan terbang, adalah beberapa orang.

Semalam, Mahatihir turun Sarawak.

Motif sebenarnya tu tak pulak diketahui, tapi sebagai orang yang menganggap diri sebagai Godfather kepada kerajaan Malaysia ini (siapa patut atau tidak jadi Perdana Menteri perlu melalui dia dulu), turunnya Mahathir ke Sarawak mesti ada kena mengena dengan usaha memujuk Ahli Parlimen BN negeri itu untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib.