Wednesday, March 28, 2018

Bukan Sahaja Tua Bangka, Selalu Keluar Masuk Hospital Juga


Agak mengejutkan bila didedahkan bahawa Mahathir bukan setakat tua bangka tapi juga selalui tidak sihat sehingga sering dimasukkan hospital - 47 kali dalam tempoh 3 tahun ini saja.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh blogger Raja Petra Kamarudinm dalam posting terbarunya.

Sudah tentu pendedahan ini tidak mengejutkan kerana sememangnya pada usia yang begitu lanjut seperti ini, Mahathir akan selalu dirujuk ke hospital.  Bukan dia tu semakin muda lagi.

Apatah lagi Mahathir ada sejarah kesihatan buruk yang panjang dengan seawal 1989n lagi telah menggunakan pacemaker untuk memastikan jantungnya terus berdegup.

Monday, March 26, 2018

Mahathir Terjah Kalau Ada Untung Saja


Banyak forum membincangkan cadangan Pakatan untuk menjadikan Mahathir sebagai Perdana Menteri semula ini diadakan di sana sini, rasmi dan tak rasmi.  Sudah tentu faktor usia Mahathir menjadi topik utama.

Maklumlah, belum ada sejarah dalam dunia letak zombie jadi Perdana Menteri lagi, ini kali pertama sebab itu ramai orang berkata.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razaklah sajalah sebagai contoh, bila beliau berucap di mana-mana, cadangan Pakatan dengan faktor usia Mahathir ini, memang jadi topik wajibnya.

Tapi dalam banyak-banyak itu, hanya satu saja yang Mahathir muncul tiba-tiba (terjah).

Friday, March 23, 2018

Penipu, Satu Lagi Sifat Mahathir Yang Diwarisi Mukhriz Selepas Firaun


Selepas kantoi mahu memecat penjawat awam dalam tempoh 30 hari Pakatan berkuasa kalau menang di Putrajaya, Mukhriz sekali lagi kantoi menipu bila menafikan mengguna kajian Cambridge Analytic untuk menang di Kedah dalam PRU13.

Rupanya dia memang ada guna data itu untuk dia saja, BN dan sebagainya tidak terlibat.

Pegawai media Mukriz dari 2013 hingga 2015 mengaku menggunakan data dari Cambridge Analytical untuk tujuan politik Mukhriz semasa PRU13 dan ada bukti yang cukup bakal dikeluarkan jika Mukhriz terus menerus menipu dan menafikan.

Wednesday, March 21, 2018

Berhabis Bayar Media Luar, Media Yg Pro Kat Dalam Ni Dapat Terima Kasih Sajalah



Mahathir dalam satu kenyataan kepada media tempatan mengaku membayar media luar untuk menyebarkan pembohongannya mengenai 1MDB sebab diyakini tua kutuk itu tak percaya media tempatan di negara ini mampu memberi kesan sebaik media luar.

Ini menjadikan media tempatan macam Sinar Harian dan sebagainya yang bersungguh membeli jiwa Mahathir dengan menyiarkan berita yang cenderung ke arahnya dapat dedak sementara media asing juga yang dapat carrot.

Sementara page page Facebook cenderung Mahathir ipualk, mungkin tidak dapat apa pun, hanya semangat saja yang ada.  Tak apa kalau media asing yang Mahathir upah dapat semangat juga tapi kita yakin banyak juga yang masuk tu.

Monday, March 19, 2018

Buang Kakitangan Awam: Kefiraunan Mahathir Diwarisi Anaknya


Kenyataan Mukhriz semalam bahawa Pakatan akan membuang semua pegawai kanan kerajaan yang tidak sebulu dengan Pakatan - konon kerana melindungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, membuktikan bahawa Mahathir tidak ada iman yang nak diwariskan kepada anak-anaknya sebaliknya kezalimannya itulah yang mereka dapat.

Nampak sangat demokrasi di kalangan penjawat awam akan menjadi lebih sukar kalau puak-puak ini menjadi kerajaan.

Justeru, sebelum itu berlaku, kerajaan hari ini harus bertindak hampir sama juga - buang semua penjawat awam yang terang-terang sokong pembangkang.

Friday, March 16, 2018

Parlimen Malaysia & Swiss Tolak Tuduhan Mahathir 1MDB HIlang Duit


Pakatan betul tidak malu kerana cuba menuntut wang yang bukan milik mereka dari negara Switzerland. Entah dimana asasnya Kit Siang dan Azizah mahu RM 430 juta denda yang dikutip badan kewangan Swiss, Finma dipulangkan kepada Malaysia.

Ini betul kerja bodoh tapi 2 ekor ini terlepas tanpa sebarang rasa malu.

Tak hairan sebab permintaan ini dbuat tanpa asas, Parlimen Switzerland menolak dengan majoriti besar sekali 138 berbanding hanya 53 menyokong.  Gila apa nak serah beratus juta dollar wang negara sendiri kepada negara yang tidak ada kena mengena?

Seterusnya menjadikan Parlimen Swiss sebagai parlimen kedua selepas Parlimen Malaysia yang mengesahkan bahawa Malaysia tidak kehilangan wang.

Maksudnya dah 2 parlimen meengesahkan 1MDB tidak kehilangan wang, apa lagi agaknya Mahathir nak temberang?

Wednesday, March 14, 2018

Pakatan Had Aktiviti Mahathir, Sebab Kesihatan Ke Atau Nak Henti Mahathir Merapu?


Mat Sabu hari ini umum Pakatan akan menghadkan aktiviti Mahathir, entah bila pulak Mat Sabu diberi kuasa untuk menjaga aktiviti Mahathir pun kita tak tau.

Tapi alasan yang diberikan tu nampak agak tidak masuk akal - kesihatan.  Ya, kita tau Mahathir dah tua bangka, tapi kalau fikirkan kesihatannya, Pakatan tak seharus calonkan Mahathir sebagai PM sebab itu hanya akan menambah lagi beban mayat hidup itu.

Atas alasan itu kita berpandangan, tujuan sebenar Pakatan hadkan aktiviti Mahathir ialah untuk elak tua kutuk itu dari terus merapu dan memberikan kenyataan yang hanya menjejaskan lagi Pakatan - terutama di kalangan pengundi Melayu.

Monday, March 12, 2018

Dituduh Ada Hubungan Dgn Isteri Orang, Muhyiddin Tak Tahu Malukah?


Berbanding dengan Muhyiddin, tidak ada satu dokumen Mahkamah pun dalam dunia ini yang menyabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pencuri.

Dokumen yang ada dan selalu dirujuk Pakatan untuk mengatakan Najib sebagai pencuri, adalah dokumen DoJ (bukan Mahkamah) yang dibuat sendiri oleh Mahathir - yang mahu menjatuhkan Najib untuk digantikan dengan anaknya sendiri.

Mahkamah?  Tidak ada.  Dan sepertimana yang kita tahu, nak menyabitkan seseorang sebagai pencuri ke peliwat ke, mesti dengan dokuimen Mahkamah.  Tak hairan Najib tidak terjejas sikit pun dengan dakwaan yang mengatakan beliau kononnya pencuri.

Wednesday, March 7, 2018

Jho Low Belah Mana?


Kenyataan Jho Low tak lama selepas sebuah kapal persiaran di tahan di Indonesia yang kemudiannya disiarkan banyak media, sebenarnya tidak pun boleh dijadikan bukti bahawa dia adalah tuan punya kapal tersebut.

Ia lebih kepada mengecam DoJ dan FBI kerana mengaitkan penahanan kapal itu dan kaitan dengan dirinya tanpa menyertakan sebarang bukti kukuh.  Dia sendiri tak sahkan apa-apa kapal itu dia punya atau tidak.

Sedangkan ada bukti - sebelum semua isu ini bermula, bahawa kapal itu dimiliki oleh orang lain.

Bukti yang mengatakan kapal itu milik Jho Low adalah berdasarkan aduan diterima DoJ dan aduan ini dibuat oleh orang-orang Mahathir!!  Selain dari itu, tidak ada sehingga setakat ini apa-apa bukti yang menunjukkan kapal itu milik Jho Low.

Mana logiknya kapal semewah itu tidak ada sehelai dokumen pun yang boleh dikesan balik kepada pemiliknya - kalau ada perubahan pemilikan sekalipun selepas itu? 

Monday, March 5, 2018

Sah!! The Equanimity Bukan Milik Jho Low, Mana Mahathir Mau Letak Muka?


Account Twitter kelab peminat kapal layar besar, TheSuperYatchFan mengesahkan bahawa kapal layar The Equanimity yang dikaitkan dengan jutawan Jho Low sebenarnya adalah milik jutawan fesyen berasal dari China, Do Won Chang.

Ini sudah tentu satu malu yang amat besar pernah dialami oleh Mahathir.  Mahathir sibuk menjaja cerita konon kapal itu adalah milik Jho Low bila ia sebenarnya milik jutawan dari China.

Mana Mahathir mahu letak muka sekarang, berlindung di belakang buntut kudakah?

Sudah kita katakan bahawa Mahathir ini adalah penipu besar. Dia menipu tentang RM 42 billion wang 1MDB yang hilang dan dia juga menipu konon The Equanimity adalah milik Jho Low bila hakikatnya kapal itu bukan milik beliau.

Friday, March 2, 2018

Muafakat Kedah: Mukhriz Tak Tahu Malu


Dengan usaha bapanya, Mukhriz hanya menjadi Menteri Besar Kedah selama 2 tahun lebih sikit.  Itupun sebenarnya lebih kurang dari 2 tahun, tolak hari-hari yang Mukhriz balik ke KL, bercuti gaya mewah dan sebagainya.

Pendek kata, tak banyak yang dibuat sepanjang dia memegang jawatan itu.

Anehnya, dengan tempoh yang begitu singkat, Muhriz mendakwa semua kejayaan kerajaan negeri Kedah yang ditonjolkan dalam Ekspo Muafakat Kedah yang sedang berlangsung, adalah hasil usahanya.