Monday, January 29, 2018

Kasihan Lihat Pengiran Awang Mukhriz Cabut Lari


Selama ini, penyokong Pakatan dimomokkan dengan persepsi bahawa Mukhriz ini adalah seorang yang berani.  Masa dalam UMNO dia berani lawan Presiden parti, masa jadi MB dia berani lawan Perdana Menteri dan paling penting, dia tidak takutkan bini.

Berani dia meninggalkan bini di Kuala Lumpur, sementara dia seorang diri bertugas di Kedah.  Hujung minggu baru balik atau orang Kedah datang ke KL untuk bermesyuarat dan sebagainya, termasuk mesyuarat Exco.

Kira beranilah tu, bukan semua orang pada kedudukan itu boleh buat.

Pergi luar negeri pun Mukhriz seorang yang berani juga.  Dia berani tak mengaku rakyat Malaysia sebab malu dan berani mengaku rakyat negara lain yang belum tentu menerima orang dengan gaya hidup sepertinya.


Rupanya itu hanya khayalan saja.

Friday, January 26, 2018

Kadar Faedah Naik Sebab Mahathir Jugak Ke?


Bank Negara semalam menaikkan OPR kepada 25 mata, bersamaan 0.25%.  In bermaksud, kadar asas pinjaman kovensional juga akan naik.  Tak kisahlah yang Bank pinjam duit pendeposit ke atau orang pinjam bank, akan naik.

Dalam banyak hal, kenaikan kadar faedah ini adalah untuk membendung inflasi.  Ia juga sesuai dengan peningkatan nilai RM yang hari ini sudah mencecah RM 3.88 untuk satu dolar.

Mahathir dulu tambat RM pada kadar RM 3.80 untuk satu dollar.  Hari ini, dah nak lepas nilai itu tanpa perlu menambat RM.

Tapi yang hairannya, bila kenaikan nilai RM dikaitkan dengan pencalonan Mahathir sebagai PM Pakatan, kenaikan nilai OPR ini. tak pulak dikaitkan kepada Mahathir, sebab apa ya?

Wednesday, January 24, 2018

Mokzani Juga Akan Bertanding Dalam PRU14?


Sumber dalaman mengesahkan bahawa seorang lagi anak Mahathir akan bertanding dalam PRU14 yang akan datang.

Difahamkan dia adalah Mokzani dan kawasan dia bertanding adalah di Titiwangsa atau Setiawangsa.

Difahamkan juga, Mahathir bersungguh-sungguh menunjuk bodoh dengan membuat kenyataan yang terpalit ke mukanya semdiri beberapa hari ini, adalah untuk mengalih perhatian orang dari hakikat bahawa PRU kali ini adalah untuk anak-anaknya.

Jika ini benar, kita tidak seharusnya terperanjat kerana selain Mukhriz, Mokzani juga dikatakan turut menjual saham  dipercayai bagi mendapatkan dana bagi pilihanraya akan datang.  Mokhzani mungkin backup plan Mahathir kalau Mukhriz kalah.

Itu atau sebenarnya yang nak diwariskan jawatan Perdana Menteri ni nanti adalah Mokzani, bukan Mukhriz?  Lagipun ada logiknya kerana Mokzani lebih lama dalam politik, dengan telah dilantik sebagai Bendahari Pemuda UMNO ketika bapanya masih Mamak Bendahara.

Eloklah tu, anak bendahari bapak bendaharan (mamak).

Monday, January 22, 2018

Mahathir Bertanding Di Langkawi Atau Kuala Kedah?



Ramai percaya Mahathir sengaja mahu mengalihkan perhatian BN dengan mendakwa akan bertanding di Langkawi bila hakikat sebenarnya dia laki bini berdaftar sebagai pengundi di Kuala Kedah.

Peluang Mahathir lebih cerah di Kuala Kedah kerana kawasan itu dikategorikan sebagai kawasan hitam BN.  

Mahathir mungkin agak sukar untuk menang di Langkawi kerana parlimen Langkawi turut melibatkan pulau Tuba yang baru beberapa beberapa tahun lepas sahaja menerima bekalan elektrik sepenuhnya.

Friday, January 19, 2018

PPBM Hanya Untuk Tipu Melayu


Masa Mahathir tubuh PPBM, ceritanya ialah untuk menyediakan orang Melayu satu parti alternatif kepada UMNO yang kononnya telah dirosakkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam erti kata lainnya, orang Melayu tidak perlu risau kalau UMNO kalah dan DAP memerintah kerana PPBM ada.

Tapi siapa bodoh saja yang percayakan tu.

Kita semua tahu Mahathir bukan peduli pasal Melayu pun, melainkan ada untung pada dia saja.  Sebab itu setelah Mahathir berjaya tubuhkan PPBM, tak lagi dengar cerita pasal PPBM nak menggantikan UMNO.

Wednesday, January 17, 2018

Kalau Pribumi Minta Duit, Bukan Beri Duit Pada Ahli, Kenapa Anak-Anak Mahathir Jual Saham?


Difahamkan 2 anak-anak Mahathir yang diketahui kaya raya sejak Mahathir jadi Perdana Menteri lagi, telah menjual saham dalam syarikat masing-masing baru-baru ini dipercayai sebagai usaha untuk mendapatkan dana pilihanraya.

Walaupun begitu, setelah menjual saham begitu banyak, keduanya masih lagi pemegang majoriti saham terbesar dalam syarikat-syarikat terbabit.

Itu yang tahu, yang tak tahu entahlah sebab kita tahu semua anak-anak Mahathir bergelar jutawan.

Monday, January 15, 2018

Mahathir Pengikut DAP, Polisi "Melayu Screw Melayu"


Tidak ada apa yang perlu diterkejutkan dengan tindakan Mahathir menghina bangsa Melayu yang dia mengaku sebagai kaumnya.  Kaum seorang anak ditentukan dari bapanya dan bapa Mahathir berasal dari Kerala India.

Mana ada Melayu di Kerala India sana.

Dari dulu pun sebenarnya Mahathir begitu tapi rakyat walaupun nampak tapi gagal melihatnya sebab terlalu terbuai dengan monumen yang Mahathir dakwa dia adalah pembinanya seperti KLCC, Litar F1 dan sebagainya.

Friday, January 12, 2018

Bukan Farid Saja, Semua Artis Sokong Mahathir Juga Bermasalah, Terutama Dengan Dadah?


Kita masih ingat, pada era 80-an dan 90-an - ketika Mahathir masih Perdana Menteri, soalan lazim yang biasa ditanya kepada setiap artis dalam temuramah ialah "Siapa pemimpin idola anda?"

Nak nak kalau yang temuramah itu majalah hiburan milik syarikat UMNO seperti Utusan.

Difahamkan, tujuan soalan itu ditanya adalah untuk melihat sama ada artis berkenaan cenderung kepada kerajaan atau pembangkang.  Jadi, "masa depan" artis berkenaan akan ditentukan berdasarkan jawapan tersebut.

Kalau jawapannya Mahathir, maka dia akan mendapat tawaran dari RTM dan TV3 sekerap yang mungkin, jika dia penyanyi, lagunya juga akan selalu dimainkan di radio milik kerajaan.

Tak hairan pada waktu itu, hampir semua artis memberikan jawapannya Mahathir, boleh selak majalah hiburan lama kalau tidak percaya.

Wednesday, January 10, 2018

Lawatan Bawa Keluarga: Kalau Najib Salah, Dah Lama Mahathir Bersuara


Kecoh pagi tadi mengenai senarai ahli keluarga Perdana Menteri yang bersama ikut dalam lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi melalui dua keping gambar senarai rombongan yang disebarkan penyokong Pakatan.

Tidak pun tertulis disitu sama ada kesemua dalam rombongan tersebut menaiki pesawat kerajaan tapi anggapan penyokong Pakatan begtu.

Akhirnya semua penyokong Pakatan menjadi bodoh begitu saja bila Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa hanya ibu Perdana Menteri dan isteri saja yang turut sama dalam pesawat berkenaan, yang lain naik pesawat asing-asing.

Monday, January 8, 2018

UMNO Perlu Terus Kekal Untuk Sediakan Calon PM Pembangkang


Tamat konvensyen Pakatan semalam, rakyat perlu tahu bahawa Mahathir adalah individu bekas UMNO ketiga yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang sejak 1990.

Pembangkang, masing-masing tidak ada calon sendiri untuk dijadikan Perdana Menteri, mesti nak dari UMNO jugak walaupun umur dah dekat 100 tahun - macam Mahathir.

Justeru, UMNO perlu terus kekal, selain unutk meneruskan perjuangannya selama ini, juga untuk membantu menyediakan calon Perdana Menteri bagi pemhangkang.  Pembangkang mungkin terer segala macam tapi dalam hal menyediakan calon Perdana Menteri, dia masih perlukan UMNO.

Calon sajalah, jadinya tak pernah.

Friday, January 5, 2018

Mahathir Termalu Bila RM Naik


Mahathir termalu lagi bila nilai RM naik melepasi paras RM 4 bagi setiap USD 1.  Satu masa dulu Mahathir kata nilai RM akan terus turun kalau Najib masih Perdana Menteri sebab pelbagai 'skandal' yang melingkarinya seperti 1MDB dan derma RM 2.6 billion.

Buat satu masa, nampak macam cakap Mahathir betul kerana hampir 2 tahun nilai RM berbanding USD berlegar sekitar RM 4.20 - RM 4.50 bagi setiap dollar.

Pandangan itu bagaimanapun berubah hari ini bila nilai RM mula meningkat dan sekarang berada di sekitar RM 3.99 bagi setiap dollar.  Apa yang Mahathir mahu ulas tentang perkara itu?

Tuesday, January 2, 2018

Tembelang Mahathir Semakin Terserlah


Selama hari ini, Mahathir cuba nafi hasratnya untuk jadi Perdana Menteri semula.  Ini patut sebab itu akan hanya menyerlahkan hasrat sebenarnya untuk mewariskan jawatan itu kepada anaknya, Muhkriz.

Tapi dengan masa yang semakin suntuk,Mahathir dah tak boleh pendam perkara itu lagi.  Drama main tarik tali tentang hasratnya nak jadi Perdana Menteri, dah tak boleh disorok lagi.  Pemimpin Pakatan pulak semuannya tak berani nak isytihar perkara tersebut secara rasmi.

Main petik sumber sana, main petik sumber sini, bila yang nak berjalannya?