Wednesday, December 27, 2017

Mungkinkah Mahathir Akan Saman Johari?


Dua kenyataan bertulis Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Ghani berkaitan tuduhan liar Mahathir bahawa kerajaan rugi RM 160 billion dalam perdagangan Forex, ternyata telah membuatkan bekas Perdana Menteri itu nampak macam orang dungu.

Siapa bodoh saja akan percaya dakwaan Mahathir yang tidak ada di dalam tangannya data dan maklumat terkini mengenai kedudukan kewangan negara berbanding dengan Johari.

Belum disebutkan Mahathir dakwa tidak tahu menahu mengenai kehilangan RM 32 billion wang negara pada saat dia masih berkuasa sebagai Perdana Menteri tapi boleh tahu dengan pasti pulak negara kerugian RM 160 billion pada waktu sekarang?

Apa pun, memandangkan 2 kenyataan Johari sudah menampakkan kebodohan Mahathir, mungkinkah tua kutuk ini akan membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi, Mahkamah contohnya?

Tuesday, December 26, 2017

Mahathir Berlagak Suci, Anak Cucunya Gasak Bercuti Ala Mewah Di Luar Negeri


Bahagian berlakon untuk dapat simpati, ini kita kena bagi pada Mahathirlah.  Dikala Instagram anak cucunya penuh dengan gambar bercuti ala-ala mewah di luar negara, main salji apa segala, Mahathir buat muka kesian macam orang terpinggir di Masjid Putra.

Ini kita tak boleh lawan Mahathir, kena akui, terutama bahagian berlagak suci tu.

Mahathir bagaimanapun silap kalau sangka dengan berlakon tak bersalah macam itu, rakyat boleh lupa semua kebejatan yang dia dah lakukan sepanjang 22 tahun memerintah dulu.  Kita bukan bodoh tahu.

Apatah lagi, Mahathir tidak berhenti-henti mengelirukan rakyat sekalipun pelbagai pembohongannya berulang kali dipatahkan - kadang kadang tu oleh Mat Salleh yang baru beberapa tahun duduk di Malaysia saja, seperti dalam kes perletakan jawatan Peter Belew tempoh hari.

Wednesday, December 20, 2017

Yg Askar Kita Lawan Pengganas Komunis, Bukan Negara Komunis


Sejak merdeka lagi negara kita sudah ada hubungan diplomatik dengan semua negara komunis.  Namakan apa negara? Korea Utara, Cuba, Vietnam, China, Laos (ya Laos adalah negara komunis) dan beberapa lagi semuanya kita ada hubungan diplomatik sejak berzaman.

Yang askar kita berperang di hutan bukan negara komunis tapi pengganas komunis, ada beza tu.  Majoriti pengganas komunis yang berperang dengan kita di hutan dulu berasal dari sini, termasuk Regimen 10 yang dianggotai orang Melayu.

Bukan dari negara China.  

Monday, December 18, 2017

"BNM Rugi RM 160 Billion" Hanya Wujud Dalam Kepala Mahathir


Dakwaan konon Bank Negara Malaysia rugi RM 160 billion ini, hanya wujud dalam kepala Mahathir saja, benda itu tak berlaku pun.  Sama macam cerita konon 1MDB hilang RM 42 billion di udara yang nipislah.

Buktinya mudah.  Bagaimana Mahathir tahu RM 160 billion hilang? Bukan dengan sokongan dokumen atau apa tapi sekadar melihat kepada perbezaan rizab luar negara antara 2013-2016 semata-mata.

Mahathir tak tahu dengan tepat pun sama ada RM160 billion rizab yang berkurangan itu adalah kerana semata-mata untuk menstabilkan ringgit atau ada tujuan lain.  

Jika pun semua wang itu digunakan untuk stabilkan ringgit, apa masalahnya?  Semua orang tahu, dengan harga komoditi seperti minyak yang jatuh antara 2014-2016, kerajaan perlu campur tangan untuk menstabilkan ringgit dengan mengambil sedikit dari rizab luar negara.

Thursday, December 14, 2017

Percaya "Akan Membakar Negara", Kenapa Pulang Pingat Selangor Sahaja?


MAHATHIR kata dia memulangkan 2 pingat yang dikurniakan kerajaan Selangor kerana percaya seperti yang dikatakan bahawa dia "akan membakar negara".  Cakap tu (akan membakar negara) adalah ayat harfiah, yang Mahathir ambil bulat-bulat tu kenapa?

Betul ke cakap tu (akan membakar negara), maka sebab itulah dipulangkan?  Logiknya ada sebab bila pulang tanpa diminta balik tu macam tanda bersalah.

Anyway, kalau Mahathir bersetuju dengan apa yang dikatakan tersebut, kenapa pulang pingat dari Selangor saja, pulanglah semula sekali pingat yang diterima dari kerajaan negeri lain serta persekutuan.  

Wednesday, December 13, 2017

Pulang Pngat Untuk Tutup Kegagalan Buat Mesyuarat?


Menurut beberapa sumber, ada unsur-unsur politik dalam tindakan Mahathir memulangkan 2 darjah kebesaran negeri Selangor.  Sebab itu pulang Khamis, baru tahunya Isnin - yang juga hari keputeraan Sultan Selangor.

Nampak macam ada perancangan seolah sengaja dibocorkan pada hari yang berkenaan. Kalau betul, ini maksud Mahathirlah yang sebenarnya berpolitik tak kira tempat, bukan institusi beraja.

Tapi dengan memulangkan pingat ini, tidak menyelesaikan banyak masalah yang berlaku dalam parti Mahathir, PPBM.  Dah pulang 2 pingat pun, mesyuarat (waima mesyuarat cawangan) masih gagal diadakan sehingga sekarang.

Monday, December 11, 2017

Pingat: Mahathir Sendiri Yang Pulang, Bukan Ada Siapa Mintak


Dalam usia sekarang, pingat bukanlah keutamaan Mahathir, dulu mungkin.  Dulu pun tak berapa dululah, Mahathir gila pingat sikit.  Masa bersara tahun 2003 dulu, Mahathir catat sejarah bekas Perdana Menteri dan isteri pertama yang dapat pingat Tun sekaligus.  

Merujuk kepada 3 Perdana Menteri sebelum Mahathir, biasanya suami dapat dulu, isteri dapat kemudian.

Justeru, tindakan memulangkan darjah kebesaran yang dikurniakan Sultan Selangor kepada dia, bukanlah membawa kesan apa-apa pun.  Dia dah pegang pingat ketiga tertinggi negara, pingat yang bawak gelaran Tun tu, cukuplah.

Saturday, December 9, 2017

Sejak Bila Mahathir Peduli Artis?


Ramai memandang dengan pelik bila Mahathir memuji satu persatu (sebetulnya 2 saja) artis yang mengkritik kerajaan dalam isu kos sara hidup - sekalipun 'fakta' yang diangkat artis berkenaan adalah salah dari segala segi.

Semua orang tahu Mahathir paling tidak gemar dengan perkara berkaitan kreatif - melainkan perkara yang dia sendiri terlibat di dalamnya.  Artis juga tidak terkecuali, dimana sewaktu Mahathir masih memerintah, artis paling banyak 'ditindas' dan disekat kreativiti mereka.

Rambut panjang tak boleh, filem seram tidak boleh, cakap banyak kena gam (M Nasir), lirik lagu diteliti satu persatu dan sebagainya.  Malah ramai tidak tahu bahawa bukan semua genre muzik dibenar masuk ke negara kita.

Ini semua berlaku di zaman Mahathir, zaman sekarang tidak ada.

Nasib baik dalam masa yang sama, Mahathir sibuk mengkayakan kroni nya, tidaklah sepenuh tumpuan diberikan untuk 'menganiaya' artis.  Kalau tidak bukan setakat itu saja, lebih dari itu pun tidak mustahil dilakukan.

Artis zaman ini, sewaktu Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, dilibatkan pulak dalam perlaksanaan polisi negara.  Najib melibatkan artis dalam program TN50 dengan mengadakan sesi Town Hall serta berdialog dengan mereka.

Zaman Mahathir ada?  Dah, berhenti mengarut konon Mahathir peduli pasal artis.

Wednesday, December 6, 2017

Rakyat Diperah? Berhenti Mengarut Sheila Majid


Cakap-cakap kononnya rakyat negara kita hidupnya diperah, adalah satu kenyataan yang tidak bersandarkan fakta dan realiti sebenar.

Tak percaya, cubalah untuk booking mana-mana hotel di pusat percutian sekarang, nescaya dapat tengok hampir semua hotel penuh, kalau nak duduk juga kena bayar lebih. Hidup diperah apa macam itu?

Banyak lagi contoh bagaimana nak dikatakan hidup rakyat sedang berada dalam keadaan selesa.  Paling penting, belum ada sejarah rakyat mati kebulur di negara ini, itu saja bukti ekonomi diurus dengan baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

Monday, December 4, 2017

Apa Jaminan Mahathir Tidak Akan Pecat Wan Azizah?



Kata sebuah portal dibiayai Pakatan, Mahathir dan Wan Azizah masing-masing telah dinamakan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kalau Pakatan menang dalam PRU14.

Seperti mana biasa, Pakatan anggap jawatan itu sebagai interim saja sementara menunggu Anwar keluar dari penjara.

Tapi dalam perlembagaan kita tidak ada jawatan Perdana Menteri interim.  Jadi Perdana Menteri, maksudnya jadi Perdana Menteri sajalah, apa interim-interim ini semua?

Justeru, apa jaminan Pakatan Mahathir tidak akan memecat Wan Azizah dan menggantikannya dengan Mukhriz seperti mana dia pecat Anwar dan ganti dengan Paklah dulu?  

Mungkin Pakatan fikir dengan DAP menguasai Parlimen, mereka boleh adakan undi tidak percaya terhadap Mahathir kalau itu berlaku.

Friday, December 1, 2017

Akhirnya, Selepas 25 Tahun Skandal Forex Akan Disiasat Polis


Banyak orang terlupa, skandal Forex yang dah sah melesapkan wang rakyat RM 32 billion ni, tak pernah disiasat.  Yang ada hanyalah penjelasan mengenai kerugian itu oleh Anwar di Parlimen, bukan siasatan.

Itu pun fakta tak betul, RM 32 billion lesap, diberitahu hanya RM 5.7 billion saja.  Dengan dia-dia sekali pun akan disiasat juga disamping Mahathir.

Sekarang ini, apa yang akan berlaku selepas ini, barulah siasatan yang sebenarnya, itupun kena tunggu RCI dulu.

Bayangkanlah, lepas 25 tahun baru rakyat berpeluang tahu apa sebenar berlaku sehingga begitu banyak wang negara hilang macam itu saja.