Friday, March 31, 2017

Mahathir Pembawa Masalah Dari Menyelesaikannya



Sudah ada desakan agar Datuk Sri Najib ini diberikan satu penghargaan atas kejayaan beliau menyelesaikan begitu banyak krisis antarabangsa dan tempatan dengan menggunakan pendekatan diplomasi contoh sejak 2014.

Antaranya MH370, MH17, pergolakan di Selatan Filipina yang ada hubung kait dengan Sabah dan terbaru krisis dengan Korea Utara.  Krisis dengan Korea Utara ini adalah yang terbesar sekali sebab kerajaan itu dipimpin oleh orang yang tidak berapa betul fikirannya.

Najib dah tak boleh dibiar terus saja menyelesaikan masalah rumit sebegini tanpa sebarang bentuk penghormatan bagi menghargai kejayaan itu.

Sebagai perbandingan, Mahathir juga mengalami banyak krisis antarabangsa membabitkan negara sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri.  Dari kes BMF, Memali lesap RM 30 billion di pasaran matawang antarabangsa sehingga kepada kejatuhan ekonomi 1997, semuanya tidak berjaya diselesaikan Mahathir.

Wednesday, March 29, 2017

"Kepala Perompak" Hadir Mesyuarat Dipengerusikan "Mulut Jahat"


Mat Sabu.......dengar nama pun dah gelak, belum dengar dia bukak mulut lagi.  Apa ada pada Mat Sabu ni? Cerdik? Tak. Warak? Jauh sekali.  

Nak panggil cerdik macam mana, ciri-ciri itu langsung tak ada!! Mat Sabu kot, ingat DAP 'perkenan' dia jadi Presiden PAN sebab dia cerdik ka?  Pasal dia bodohlah.

Tapi semalam Mat Sabu pengerusikan mesyuarat Pakatan yang antaranya turut dihadiri bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri!!

Wow....dahsyat Mat Sabu.  Bodoh-bodoh dia pun dapat pengerusikan mesyuarat dengan ahli-ahli yang LEBIH BESAR dari dia.

Monday, March 27, 2017

Lemahnya Pribumi, Baru Bagi Cadangan, Bersusun Orang Menentang


Kita masih ingat ketika Anwar dibuang dari UMNO oleh Mahathir pada tahun 1998, DAP dan PAS ketika itu berlumba-lumba mencarinya untuk menawarkan diri menjadi kawan.  Anwar akhirnya memilih buat parti sendiri, yang kita kenal sebagai PKR hari ini.

Mahathir dan Muhyiddin pulak di tempat yang berlawan.  Bila masing-masing keluar/dibuang UMNO, mereka yang berlumba-lumba cari DAP dan PAS untuk membuat kawan.  Mahathir cari DAP, Muhyiddin cari PAS.

Nampak bezanya tu?

Apa pun tak mengubah hakikat Anwar ini masih seorang peliwat cuma nak tunjuk dari segi politik, cerdik Anwar dari 2 ekor ini tadi.  Anwar menentukan rentak untuk DAP dan PAS menarikan, sementara Muhyiddin dan Mahathir ini terpaksa menari ikut rentak Pakatan.

Friday, March 24, 2017

Beli Jet Pejuang Terpakai, Itulah Jasa Mahathir Kepada Askar Kita



Banyak yang diperkatakan orang tentang sumbangan Mahathir dalam penganjuran LIMA2017.  Sumbangan apa?  Kepada penganjuran itu mungkinlah tapi kepada industri pertahanan dan angkatan tentera kita secara keseluruhannya apa dia?

Hampir tidak ada.

Banyak perolehan yang dibuat sepanjang penganjuran LIMA sejak 1991, adalah kerana Datuk Sri Najib menjadi Menteri Pertahanan. Mahathir hanya endorse saja sebab dia Perdana Menteri tapi yang buat semua kerja ialah Najib.

Mahathir ada rekod yang cukup buruk dalam hal pertahanan ini.  Ia adalah ketika Mahathir menjadi Menteri Pertahanan antara 1981 - 1985 dimana jet pejuang A4 Skyhawk terpakai dari Amerika Syarikat diperolehi.

Thursday, March 23, 2017

Lawan Najib, Tak Sedar Diri Tu Nak Dikorbankan


Kata seorang bekas pesara kerajaan ini dari parti Pribumi, dia mahu mencabar Datuk Sri Najib di Pekan dalam PRU14 yang akan datang.  Latarbelakang sebagai orang pencen (pernah pegang jawatan besar dalam kerajaan) disamping status sebagai anak tempatan, dijadikan sandaran.

Persoalannya, kenapa orang ini - yang tidak ada langsung pengalaman politik? Kenapa bukan nama-nama besar dalam Pribumi yang lain?  Hantarlah Muhyiddin ke, Mukhriz ke atau paling tidak Zainuddin Maidin (Zam).  Zam ini tidaklah nama besar tapi dia mulut besar.  Banyak sangat cakap tapi mencabar Najib tidak berani.

Atau paling tidak Mahathir sendiri turun bertanding di Pekan.

Monday, March 20, 2017

Debat 1MDB: Nazri Mungkin Tak Berminat Tapi Mahathir Mahu Menang!!


Kata Datuk Seri Nazri Aziz, tidak ada pihak yang menang, tidak ada pihak yang kalah dalam debat 1MDB dirancang pada 25 Mac ini di Padang Rengas.  Secara tidak langsung menunjukkan Nazri tidak berminat untuk menang dalam perdebatan itu.

Tapi bagi Mahathir, adalah penting untuk dia menang dalam debat tersebut.  Tak betul-betul menang, kelihatan menang pun cukuplah.

Sebetulnya tidak ada satu cara menentukan siapa yang menang atau kalah dalam sesi debat, ini bukan perlawanan bola dimana siapa paling banyak gol menang.  Paling common, bila salah satu pihak tidak dapat menjawab soalan pihak yang lain sajalah, itu dianggap menang.

Friday, March 17, 2017

Sukan Komanwel 2022: Bagus, Cuma Jangan Biar Tragedi SUKOM 98 Berulang


Cadangan Malaysia menjadi penganti kepada tuan rumah Sukan Komanwel 2022, Durban (Afrika Selatan), memang baik.  Sukan, seperti yang ramai orang tahu, mampu menarik kedatangan pelancong di samping peluang mempromosi negara di mata dunia.


Bagaimanapun dalam masa yang sama, kerajaan perlu melihat penganjuran Sukan Komanwel 1998 (Sukom98) di negara kita pada era Mahathir menjadi Perdana Menteri yang menimbulkan begitu banyak masalah kepada negara sebagai teladan dan tidak mengulangi kesilapan itu dalam Sukan Komanwel 2022.


Akaun Sukom98 hanya berjaya ditutup pada tahun 2012 - 14 tahun selepas penganjurannya.

Kenapa?  Sebab terlalu banyak penyelewengan kita rasa berlaku dalam penganjuran sukan tersebut.  Dah Sukom98 ini pun diterajui oleh adik ipar Mahathir sendiri, seorang jeneral bersara yang pernah dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera pada era yang sama (Mahathir jadi Perdana Menteri).

Thursday, March 16, 2017

Najib Tak Perlu Buat Apa2, Mahathir Sedang Meroboh Pakatan Untuknya


Mahathir mungkin terlalu tua untuk sedar bahawa dia sedang menghancurkan Pakatan apabila mencadang untuk mengubah nama Pakatan kepada yang lain.  Isu ini saja boleh buat Pakatan berpusing kerana siapa Mahathir nak menentukan hujung dan pangkalnya Pakatan.

Apa pun status Mahathir, satu hakikat yang pasti, parti itu hanya ada 1 ahli parlimen - Muhyiddin, lagi nak demand macam-macam.

Lebih teruk lagi, Mahathir turut berkata "tiru BN Kalau Nak menang" - betul muka tak malu tua kutuk ni, dah macam macam yang buruk disebut pasal BN, tapi bila nak menang, suruh tiru cara BN pula.

Seolah Pakatan ini parti budak budak sekolah.  Tak kan dinasor politik macam Anwar Dan Kit Siang tak tahu perkara tu, sudah tentu mereka tahu tapi atas sebab politik tertentu,  perkara itu  (tiru macam BN), tidak dilakukan mereka.

Tapi yang penting, perkara seperti ini tak payahlah cakap dengan oranglah ye tak? Serupa macam dedah pekung sendiri sajalah, apa yang dapat?

Monday, March 13, 2017

Sokong RUU355, Elok Dengar Dari Muhyiddin Sendiri


Muhyiddin rasanya dari segi maruah dan intergriti tu mungkin hampir kosong.  Tapi dalam soal dia tu nak menyokong RUU355 yang kuat dibantah sekutu barunya DAP, benda ini kita kena dengar sendiri dari mulut dialah.

Bukan mulut PAS, nak-nak dari mulut Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim ni bukan orang tak tahu, pendiriannya berbelah bagi antara ikut Hadi (Datuk Seri) bekerjasama dengan UMNO atau ikut Mat Sabu PAN bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Harapan.

Paling last sekali kita nak dengar sesiapa bercakap bagi pihak individu lain ialah Tuan Ibrahim.  Dia cakap pasal PAS pun belum tentu betul lagi, nak cakap pasal Muhyiddin pulak.  Contoh macam kerjasama dengan Pribumi, daripada semua pimpinan PAS, dia saja yang cakap perbincangan dah selesai bila tak ada keputusan pun sebenarnya.

Friday, March 10, 2017

Debat 1MDB: Nazri, Berlembutlah Dengan Orang Tua Tu


Gayung nampaknya bersambut bila Datuk Sri Nazri Aziz bersetuju berdebat dengan Mahathir tentang isu 1MDB.  Kita dah lama tunggu apa bukti yang Mahathir ada untuk mengatakan dana RM 2.6 billion yang masuk dalam akaun Perdana Menteri pada 2013, adalah wang dari 1MDB,

Yang kita tahu, wang itu dari Tanore Finance Corporation melalui Falcon Private Bank di Singapore. Tanore Corporation bukan ada kaitan sama sekali dengan 1MDB.

Mahathir bagaimanapun bertegas mengatakan bahawa wang ini adalah dari 1MDB tapi sehingga sekarang dia gagal mengaitkan Tanore Corporation yang memasukkan wang RM 2.6 billion tersebut ke dalam akaun Perdana Menteri dengan 1MDB.

Logiknya, kalau syarikat yang takde kena mengena dengan 1MDB masuk duit dalam akaun Perdana Menteri, bagaimana pulak Mahathir percaya Najib mencuri wang dari 1MDB?

Wednesday, March 8, 2017

Mahathir Gagal, Pembangkang Mula Percaya Derma Dari Arab


Seorang Ahli Parlimen pembangkang bertanya kepada Perdana Menteri dalam sesi parlimen pagi tadi sama ada Raja Salman ada memberikan derma tambahan kepada beliau sebelum baginda menamatkan lawatan ke negara ini.

Masa Raja Salman ada sini, taknak pulak tanya, semua diam macam tikus, dah balik saja, macam-macam soalan yang keluar.


Begitupun, walau soalan itu walaupun berbunyi bodoh, serupalah macam orang yang bertanya juga, tapi membuktikan bahawa pembangkang sudah mula menerima kenyataan Najib bahawa wang RM 2.6 billion yang dimasuk dalam akaun Perdana Menteri itu adalah sememangnya derma dari Arab Saudi.

Monday, March 6, 2017

Mahathir Raja U-Turn, Kalau Dia U-Turn Ke Najib Bagaimana?


Mahathir buat hal lagi.  Semalam dia mengaku di depan khalayak yang tak berapa nak ramai dalam satu ceramah Pribumi bahawa dia adala Raja U-Turn.  Berbeza dengan yang lepas-lepas, hanya 2 ke 3 manusia saja percaya Mahathir sedang bersinikal.

Lebih ramai yang lain percaya, Mahathir serius, dia memang mengaku sebagai Raja U-Turn.

Mahathir mungkin tengah mamai masa bercakap.  Dia tak sedar dengan mengaku macam itu, dia sebenarnya sedang mengatakan "Ya, aku kaki penipu, dulu aku cakap lain, sekarang aku cakap lain, akulah Raja Penipu".

Golongan macam Mahathir ini ada nama dalam Islam.  Mereka digelar golongan munafik - cakap tak boleh pakai.  Bagaimana rakyat nak percayakan orang ini dan suku sakat mereka untuk memimpin negara?  Hari ini cakap lain, esok buat lain?

Wednesday, March 1, 2017

Derma RM 2.6 Billion: Dulu Bullshit, Dah Sekarang "Dia" Pulak Lari Mencirit


Punyalah nak rakyat percaya bahawa derma RM 2.6 billion dari Arab Saudi yang masuk akaun Perdana Menteri pada tahun 2013 adalah derma, Mahathir sampai ke tahap memanggil alasan itu (derma dari Arab) sebagai bullshit.

Anehnya, Raja Arab dah nak balik pun hari ini untuk sesi lawatan yang seterusnya pulak, jangan kata nak mengulang semula bullshit, Mahathir dikhabarkan lari tercirit ke Langkawi.

Dah apahal?

Itu hari bukan main lagi kau ya, Arab gilalah, bullshitlah, sekarang dah kawan tu ada sini, sampai sudah bayang dan batang hidung Mahathir pun tak nampak?  Berani kat belakang sajalah ya, depan-depan tak berani pulak berusaha untuk tanya?