Tuesday, February 28, 2017

Penjaga 2 Kota Suci Pun Tak Boleh Nak Tentu Haji Siapa Mabrur


Raja Salman selain dikenali sebagai Raja Arab Saudi, turut bergelar penjaga 2 kota suci (Mekah & Madinah) - satu gelaran yang tiada tandingnya di dunia ini.

Pun begitu, Raja Salman dan Raja-Raja Arab sebelum beliau, dengan kedudukan yang begitu, tidak pernah direkodkan ada mengeluarkan kenyataan siapa diantara orang yang mengerjakan ibadah haji ini mendapat haji yang mabrur atau tidak.  Itu penjaga 2 kota suci tu.

Bagaimana Mahathir yang nak mengerjakan haji atau umrah pun perlu mendapatkan kebenaran kerajaan Arab Saudi pulak yang lebih sudu dari kuah menentukan haji siapa yang mabrur atau tidak?

Itu yang pelik.

Monday, February 27, 2017

Raja Arab Datang, Dia Tak Sibuk Pasal Derma Pulak


Sebelum ini Mahathir adalah orang paling kecoh tentang derma RM 2.6 billion yang masuk akaun Perdana Menteri pada tahun 2013.  Ke hulu ke hilir Mahathir bercakap tentang hal itu dan menuduh ia adalah wang yang dicuri dari 1MDB.

Bila ditunjuk bukti bahawa ia adalah wang derma dari Arab Saudi dan Arab Saudi sendiri pun tidak menafikannya, Mahathir memperlekehkan pulak jawapan itu, siap tuduh Arab gila saja yang bagi derma banyak itu.

Sekarang Raja Arab Saudi sudah datang Malaysia, jangan kata ura-ura nak berjumpa, Mahathir tidak lagi bercakap tentang derma RM 2.6 billion itu.  Sebaliknya, dia dipercayai mengarahkan para balacinya untuk menyerang perjanjian syarikat minyak Arab Saudi, Aramco dengan Petronas.

Dah pergi mana cerita RM 2.6 billion yang dijaja-jaja tadi kononnya bukan wang derma tapi wang yang dicuri dari 1MDB?  Patutnya inilah masa yang paling sesuai untuk membicarakan perkara tersebut.

Masa bila lagi yang sesuai?

Friday, February 24, 2017

Nak Tahu Mahathir Nyanyuk Ke Tidak, Jangan Tanya Penyembahnya


Agak hairan kenapa media mendapatkan pendapat penyembah Mahathir bagi mengulas sama ada tua kutuk itu sudah nyanyuk atau tidak?  Dah tentulah jawapannya tidak.

Nak tanya Mahathir nyanyuk ke tidak, kena tanya orang yang tahu dan mengikuti perjalanan karier dan politik orang tua berkenaan - dah tentulah orang yang lebih dewasa, bukan budak mentah setahun jagung.

Orang bercakap Mahathir nyanyuk ni, ada alasan yang mengiringinya, bukan main tabur saja.  Contoh, dulu dia kata apa pasal pembangkang, sekarang dia kata apa pulak, dulu dia kata melayu mudah lupa, sekarang siapa sebenarnya yang mudah lupa, dan semacam itu.

Patahkanlah hujah itu kalau nak mengatakan Mahathir sebaliknya (tidak nyanyuk), bukan ikut perasaan saja.

Thursday, February 23, 2017

Monumen Kebanggaan Mahathir Antara 2 Lokasi Suspek Berlatih Guna Racun


PDRM semalam mengesahkan bahawa suspek dalam kes pembunuhan seorang warganegara Korea Utara di KLIA2 18 Februari lepas, berlatih menggunakan racun dalam pembunuhan itu di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur, iaitu di KLCC dan Pavilion.

Kebetulan, dua lokasi ini sangat berkaitan rapat dengan Mahathir.  KLCC adalah monumen kebanggaannya, dimana dia mendakwa rekabentuk asas bangunan itu dia yang membuatnya, sementara Pavilion pula adalah lokasi pertama kedai roti Mahathir, The Loaf dibuka.

Bagaimanapun suka nak diingatkan, tidaklah Mahathir berkaitan apa-apa dengan kejadian itu cuma nak disebutkan inilah kadang-kadang masalahnya dengan pembinaan monumen.  

Memang, monumen boleh menjadi mercu tanda sesebuah negara tapi ia juga berpotensi digunakan oleh pihak tidak bertanggunjawab untuk memalukan sesebuah negara itu balik.

Wednesday, February 22, 2017

Proton: Saudara Mara Mahathir Masih Ramai Jadi Supplier


Mahathir menulis tentang Proton hari ini.  Banyak merapu yang disebut tapi secara asasnya semua cerita lama terutama mengulang kembali dakwaan konon kerajaan akan menjual Proton ini kepada syarikat China.

Tua kutuk ini masih tak mahu mengaku bahawa Proton bukan lagi hak kerajaan dan syarikat itu sudah beberapa tahun menjadi syarikat swasta sepenuhnya.  Kalau nak dijual pun bukan kerajaan yang jual, sebaliknya syarikat yang memilik Proton - DRB Hicom.

Pun begitu, kerajaan masih bermurah hati menyuntik dana RM 1.5 billion ke dalam syarikat itu setelah Mahathir tidak lagi menjadi Pengerusinya tahun lepas tapi sampai bila kan?

Apa pun, setelah Proton dibebaskan dari Mahathir, Proton perlu masuk ke fasa yang seterusnya iaitu dengan membebaskan syarikat tersebut dari suku sakat Mahathir yang menjadi pembekal syarikat itu buat sekian lama.

Monday, February 20, 2017

Kemalangan Basikal: Mana Zam Tahu Kalau Orang Lain PM, Kemalangan Itu Tak Berlaku?


Anak Maidin ini semua orang tahu hanyalah balaci Mahathir, tak lebih dan tak kurang.  Dia kekal dalam UMNO dan tidak masuk parti bunga hanya untuk memainkan peranan budak jahat bagi pihak Mahathir saja.

Jadi, kenyataan anak Maidin baru-baru ini berhubung kemalangan basikal yang mengorbankan 8 nyawa di Johor Sabtu lepas itu adalah semata-mata memainkan peranannya sebagai balaci Mahathir saja.

Statusnya sebagai ahli UMNO, akan kemudiannya digunakan pembangkang untuk mencemarkan imej UMNO, seolah-olah UMNO yang bercakap, bukan anak Maidin.  Kalau pun bukan ini niatnya, dari segi persepsinya begitu.


Hakikatnya, mana mungkin anak Maidin ini tahu kalau orang lain jadi Perdana Menteri, kemalangan basikal itu tidak akan berlaku?  Tiada siapa yang tahu, dah nama pun kemalangan kenapa mesti anak Maidin nak politikkan?

Friday, February 17, 2017

Mahathir Bapa Perpecahan Melayu


Selama bertahun tahun rakyat terpedaya dengan permainan wayang konon Mahathir adalah seorang ultra Melayu, pro Melayu dan segalanya Melayu.

Yang betulnya, berdasarkan banyak maklumat, jauh dari hero Melayu, Mahathir sebenarnya boleh dikatakan bapa perpecahan Melayu.  

Dikaji-kaji semula dari jumlah ekuiti bumiputera yang langsung tidak berubah dari saat Mahathir jadi Perdana Menteri sehingga bersara, kepada penubuhan parti-parti politik serpihan UMNO setiap kali Mahathir bergaduh dengan orang, semua ini adalah bukti yang nyata bagi menyokong hakikat tersebut.

Orang Melayu tak berkembang dan bersatu semasa Mahathir berkuasa. Dipecah-pecah belah pulak lagi semuanya agar dia dapat jadi yang terlama.

Malah, parti pure orang UMNO yang ada hari ini pun bukanlah UMNO sama yang ditubuh dikaki tangga Istana tahun 1946 dulu kerana Mahathir dan putar belitnya 'telah' mengharamkan UMNO yang itu dan menubuhkan UMNO Baru bagi mengelakkan pemilihan kontroversi 1987 dari diadakan semula.

Dibawah UMNO baru, ahli UMNO bukan saja Melayu macam dulu, tapi ada bumiputera (orang asal tapi bukan Melayu) yang boleh menyertainya.  Tidaklah salah dengan itu, tapi sekadar nak sebut dari parti pure Melayu, UMNO sudah ada bukan Melayu sebagai ahlinya, itu saja.

Wednesday, February 15, 2017

Mahathir Jadi Ketua Bahagian? Lawak Apakah Ini?


Kata Mahathir, Pribumi adalah bertujuan untuk menggantikan UMNO, maka itu sebahagian tema UMNO merah, Pribumi guna keseluruhan Merah sebagai tema mereka pula.  UMNO guna nama bahagian, Pribumi pun menggunakan Bahagian juga.

Pendek kata, semua nak tiru UMNO lah.

Tapi Pengerusi UMNO, tidak macam Pengerusi Pribumi.  Pengerusi UMNO tidak pegang jawatan di peringkat bahagian UMNO tapi berkuatkuasa semalam, Pengerusi Pribumi adalah juga Ketua Bahagian Pribumi Langkawi.

Bukan setakat itu juga, Mahathir adalah Pengerusi Perhubungan Pribumi Kedah, lawak apakah ini?

Mahathir tu dah tua, 92 tahun dah, sikit masa lagi nak mati, masih lagi nak pegang jawatan macam orang muda?  Apa dah tak cukup lagi ke orang muda kat Kedah dan Langkawi tu yang boleh sandang apa jawatan yang Mahathir sandang?

Tuesday, February 14, 2017

Selain Proton, Petronas Juga Sumbang Berbilion Ringgit Untuk Keluarga Mahathir (II)

1. Orang ramai mungkin hanya tahu Petronas melalui Malaysian Shipping Company (MISC) pernah "bail out" Konsortium Perkapalan Berhad (PKB) Mirzan Mahathir sebanyak USD 220 juta (RM 900 juta). Menurut Far Eastern Economic Review, hutang PKB ketika itu sekitar RM 1.6 bilion.

2. Lebih RM 2 bilion perlu dibelanjakan untuk menyelamatkan PKB milik Mirzan Mahathir.

3. Pada 2012, Petronas melalui Petronas Cari Gali Sdn Bhd juga telah menganugerahkan kontrak bernilai RM 700 juta kepada Sapura Kencana Petroleum milik Mokhzani Mahathir.

4. Namun apa yang tidak diketahui umum ialah bagaimana Yasmin Group milik anak saudara Tun Mahathir, Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar turut meraih keuntungan besar dari Petronas secara senyap-senyap.

5. Yasmin Group melalui anak syarikatnya Yasmin Engineering telah dianugerahkan beberapa kontrak besar oleh Petronas yang dianggarkan berharga berbilion ringgit semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan kemudian Penasihat Petronas.

6. Mahathir menggunakan "side kick" beliau, Tan Sri Hassan Merican, untuk memberi beberapa kerja besar kepada Yasmin Engineering: 

 a) The largest 1800mm water main relocation work in South East Asia in Putrajaya in 2000.
b) High pressure 36” (Thailand-Changlun) gas pipeline tie-in at Changlun, Kedah in 2004.
c) High pressure 24” gas pipeline tie-in supplying to Keppel Power Plant, Singapore in 2006.
d) High pressure 30” Petronas Gas Berhad pipeline repair in Segamat, Johor in 2009 and many other pipeline and related works for the oil majors in Malaysia.


(lihat: http://www.mhcreative.com.my/yasmingroup/portfolio-item/engineering/)

7. Dianggarkan keseluruhan projek-projek yang diperolehi oleh Yasmin Group dari Petronas mencecah RM 20 bilion.

8. Yasmin Group juga pernah mendapat hak eksklusif mengeksport minyak pelincir Petronas ke Amerika Syarikat. Bagaimanapun ini merupakan maklumat dalaman yang sukar dianggarkan nilai projek kerana tidak pernah diumumkan kepada umum.

8. Inilah agaknya yang dikatakan bumi dipijak milik Tun Mahathir.

Monday, February 13, 2017

Mahathir Bagi Sebulan, PAS Tolak Tak Sampai 24 Jam


Melihat perlakuan Mahathir sekarang ini, seolah-olah dia masih lagi berasa orang paling berkuasa dalam negara ini.  Pandai-pandai saja dia memberi kata dua dan tempoh selama sebulan untuk PAS memberikan jawapan kepada perlawaan kerjasama dengan Pribumi.

Siapa dia, berapa  ramai ahli parlimen dibawahnya yang nak sound sound PAS ni?  Tolak semua wakil rakyat yang dah berhijrah masuk parti baru pun, jumlah wakil rakyat PAS adalah jauh lebih ramai dari Pribumi Mahathir.

Lagi ada hati nak sound sound orang.

Tak hairan kenapa PAS sekadar memandang rendah kata dua Mahathir itu dan menolaknya tidak sampai 24 jam pun selepas ia dibuat.  Begitu rendah dan hina sekali taraf Mahathir sekarang.  Dia bukanlah orang yang ditakuti seperti dulu.

Saturday, February 11, 2017

Proton Bayar RM 7 Bilion Kepada Anak Saudara Tun Mahathir

1. Sebanyak 3.6 juta buah kereta telah berjaya dijual oleh Proton Holdings Bhd. (Proton) sejak 1985.

2. Kenapa tahun 1985 ini penting kepada kita? Ini kerana pada tahun tersebutlah Proton telah melantik Jurumuda Sdn Bhd sebagai syarikat tunggal membekalkan "anti-rust" kepada Proton.

3. Difahamkan Proton perlu membayar RM 2,000 - 5,000 untuk kepada Jurumuda Sdn Bhd untuk pemasangan "rust proofing" sebuah kereta. Jika diambil kiraan "cincai" RM 2,000 x 3.6 juta buah kereta terjual ia sudah mencecah RM 7.2 bilion. Ini belum termasuk berapa banyak kereta Proton yang tidak terjual sebelum ini.


Siapa Di Belakang Jurumuda Sdn Bhd?

4. Jurumuda Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Yasmeen Holding yang diketahui ramai milik anak saudara Tun Mahathir, Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar.

5. Inilah sebab utama Tun Dr Mahathir Mohamad sering mempertahankan kepentingan Proton sebagai satu ikon kebangsaan dan sentiasa berusaha mengagalkan usaha Proton mendapatkan rakan strategik luar negara.

6. Tun Mahathir tahu sekiranya Proton mendapat rakan strategik luar negara kemungkinan besar vendor juga akan bertukar berdasarkan kemapuan menawarkan harga yang kompetitif, bukan lagi harga suka suki keluarga beliau.

[Tunggu Pendedahan akan datang: Yasmeen Holdings alat Tun Mahathir menguasai ekonomi negara.] - Socrates

Friday, February 10, 2017

Jumpa 40 Minit, Nak Minta Anwar Backup Leteww!!


Mahathir katanya berjumpa dengan Anwar 40 minit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika peliwat berulang itu menghadiri perbicaraan saman ke atas Khairy Jamaludin.

Berbeza dengan pertemuan pertama 5 bulan dulu, kali ini tidak ada adegan berjabat tangan hanya perbincangan tertutup kedua mereka.

Sekalipun kenyataan Mahathir kepada wartawan kononnya perbincangan itu adalah mengenai situasi negara dan politik semasa tapi ramai yang percaya perjumpaan itu adalah tentang bagaimana Anwar mampu menyelamatkan Mahathir kalau Suruhanjaya Diraja (RCI) atau apa bentuk siasatan dijalankan ke atas Skandal Forex yang hampir menyebabkan negara antara 1989 hingga 1994 dulu.

Cakaplah apa nak cakap, dari segi persepsinya, itulah tujuannya pertemuan ini, timing tu memang kena betul.

Dua Kali Mahathir Terpaksa 'Menyembah' Anwar Untuk Gulingkan Najib


Setelah gagal dalam pertemuan pertama, Tun Dr Mahathir sekali lagi terpaksa menyembah Datuk Seti Anwar Ibrahim untuk merealisasikan hasratnya mengulingkan Perdana Menteri.

Hari ini bertempat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Mahathir terpaksa meluangkan masa selama 45 minit berjumpa dengan seteru politiknya itu.

Thursday, February 9, 2017

Kerajaan Perlu Sita Harta Anak-Anak Mahathir



Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini menggesa kerajaan segera melakukan siasatan terhadap harta yang dimiliki oleh anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan mendapat 'jalan mudah' sehingga mampu bergelar jutawan segera.

Menurut Pengerusinya, Ramesh Rao Krishnan sepanjang pemerintahan regim Mahathir selama 22 tahun pelbagai keistimewaan telah diberikan kepada anak-anak Mahathir antaranya tender kerajaan yang bernilai puluhan juta ringgit sehingga membolehkan mereka bergelar orang paling kaya di negara ini.


Wednesday, February 8, 2017

Kit Siang 'Mengamuk' Depan Wartawan Demi Selamatkan Mahathir




Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat mengamuk sakan apabila ditanya wartawan berhubung pendirian beliau berhubung skandal Bumiputra Malaysia Finance Malaysia Ltd. (BMF) dan perdagangan mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Mahathir Guna 'Lembu Tua' Tutup Isu Skandal



Hari demi hari berlaku, namun serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri seakan bertemu jalan buntu.

Walaupun pelbagai usaha dan isu yang digunakan namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat seakan kebal dan terus mendapat sokongan di hati masyarakat.

RCI: Siapa Mahathir Untuk Arah-Arah Kerajaan?


Menurut maklumat, Mahathir masuk gua 12 hari untuk mencari jalan bagaimana mengelakkan dia dari dikaitkan dengan penyelewengan dalam Forex dan BMF yang bakal dibongkar kembali kerajaan sebagai tanda tanggungjawab kepada rakyat.

Berbilion yang hilang itu perlu ada jawapan siapa yang bertanggungjawab, bukan buat lupa macam itu saja.

Tapi reaksi menarik Mahathir, dia meminta RCI turut ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB - persoalannya, siapa Mahathir untuk mengarah kerajaan nak buat apa?  Sapa lu?

1MDB telah disiasat, perlu apa RCI lagi?  Semua pihak berkaitan dalam hal penyelewengan di negara ini telah terlibat dalam siasatan tersebut dan mendapati tidak ada penyelewengan dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bersih dari sebarang salah laku.

Monday, February 6, 2017

Kadir Kata, Hilang Billion-Billion Duit Rakyat Takpe Untuk Selamatkan Ringgit


Naib Presiden parti bunga, Kadir Jasin menulis di dalam akhbar Sinar Harian semalam meminta semua pihak berhati-hati untuk ungkit kisah lama - khusus merujuk kepada 2 skandal berlaku zaman Mahathir inilah, BMF dan kerugian Forex.

Penulis taknak ulas sangat pasal BMF tu kerana yang kata Mahathir terlibat ialah CIA, bukan mana-mana pihak dalam kerajaan.  Kalau ada yang diulas oleh pemimpin kerajaan pun, hanyalah berkaitan pendedahan oleh CIA itu saja.

Yang terasa macam Mahathir dah bersalah tu kenapa?

Bagaimanapun, penulis lebih tertarik bila Kadir mengulas tentang kehilangan berbilion wang rakyat dalam Forex ini.  Kata Kadir, tujuannya baik - untuk mempertahankan matawang negara, tapi baik apa bendanya kalau sampai RM 30 billion hilang?

Friday, February 3, 2017

Mahathir Mana? Meninggal Dah Ka?


Sejak skandal kerugian Forex ini diungkit balik, Mahathir menyepi entah dimana.  Blog takdak, majlis di luar pun takdak.  Nak kata masuk hospital, takdak pula penyembahnya menulis posting mendoakan kesihatan dan sebagainya.

Mutakhir ini Mahathir dikatakan bakal muncul dalam sidang media penyertaan Zaid Ibrahim ke dalam DAP minggu depan, tapi itu minggu depan, yang dibincang sekarang ini.

Kurang-kurang dalam skandal BMF setelah dibangkitkan CIA minggu lepas, ada jugaklah Mahathir menjawab, tapi dalam skandal kerugian Forex ini Mahathir senyap langsung.  Mungkin dia pun tahu, mengaku terlibat kena, tak mengaku lagilah kena.

Macam mana kena (walaupun tak terlibat)? Yelah, dikatakan Mahathir ini Perdana Menteri terhebat kononnya, satu dalam sejuta katanya tapi berpuluh billion duit rakyat lesap pun boleh tidak tahu.  Bila dah tahu, takde pula apa siasatan dijalankan.  Bukan seringgit dua yang hilang tapi berbillion.

Kalau Mahathir nak selamatkan Malaysia, patutnya masa itu, bukan sekarang.  Sekarang ini apa yang nak diselamatkan, semuanya baik-baik saja.

Apa pun, tak meriah bila Mahathir tak bersuara, rakyat perlukan hiburan sebab apa yang keluar dari mulut Mahathir, dengan tersasul-sasulnya tu, begitu menghiburkan kita semua.

Wednesday, February 1, 2017

Harga Minyak: Rakyat Perlu Buang Mentaliti Lama Era Mahathir

Ramai mempersoal kenapa harga minyak perlu naik atau turun setiap bulan.  Majoriti yang mempersoalkan ni kelihatan masing terbawa-bawa dengan zaman Mahathir dulu dimana harga minyak jarang berubah terutama pada dekad 90-an.

Kecuali 3 tahun terakhir pentadbiran Mahathir dimana harga minyak naik berturut-turut, sepanjang 90-an boleh kata harga minyak kekal stabil pada RM 1.30/liter.  Tapi ini didorong oleh kestabilan harga minyak dunia iaitu pada kadar USD30/barrel sepanjang tempoh tersebut.

Lagipun jumlah subsidi yang diberikan tidak banyak, kerajaan pada ketika itu tidak belanja lebih dari RM 1 billion setahun pun untuk minyak, selain jumlah kereta yang tidaklah sebanyak sekarang.  Zaman ini, pada tahun 2013 saja, kerajaan membelanjakan RM 25 billion untuk minyak sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak bijak mengubah subsidi itu dalam bentuk BR1M

Dari berbelanja sebanyak RM 25 billion sahaja untuk minyak, kerajaan hanya berbelanja RM 4-7 billion untuk BR1M dan yang dapat ini pun memang golongan yang memerlukan selain rakyat Malaysia yang betul.



Pun ramai tidak tahu bahawa minyak, walaupun disubsidi kerajaan Mahathir tapi dia juga mengenakan cukai, sebab orang nampak subsidi tapi tak nampak cukai jualan yang dikenakan, tak rasa terpedayalah.