Tuesday, January 31, 2017

Zam Pun Nak Ikut Mahathir Jadi Tuhan?


Tak lama selepas Mahathir cuba berlagak Tuhan dengan berhukum semua jemaah haji tajaan 1MDB tidak mendapat haji yang mabrur, lembunya, Zam pulak semalam cuba meniru jejak yang sama dengan seakan melabel UMNO dan Presiden PAS sebagai kafir.

Apa masalah dengan Mahathir dan inner circlenya pun kita tidak tahu,  Amal ibadat masing-masing hujung pangkalnya macam mana pun tak tahu, lagi nak mengukur orang lain Islam ke tak Islam pulak.

Bagi kebanyakkan orang, mungkin mereka beranggapan Zam hanya bermain politik tapi hukum hakam agama bukan alat politik.

Thursday, January 26, 2017

Skandal BMF: Duit Petronas, Duitku Juga. BBMB Adalah Syarikat Pertama Dibail Out Mahathir


Kembalinya skandal BMF ini, membangkitkan semula sejarah lama yang jarang diketahui orang - BBMB adalah syarikat pertama yang dibail out Mahathir menggunakan duit Petronas aka duit rakyat.

Gamaknya, belajar dari pengalaman ini, apa saja syarikat kroni yang ada masalah selepas itu, Mahathir akan menggunakan duit Petronas untuk membail out syarikat-syarikat tersebut - tidak terkecuali Konsortium Perkapalan yang dimilik anaknya sendiri, Mirzan.

Petronas menyuntik RM 1 billion ke dalam BBMB selepas skandal BMF hampir melingkupkan bank orang Bumiputra tersebut - atas arahan Mahathir. Membuktikan Mahathir ada hubung kait dengan skandal ini, kalau bukan dari bahagian bagaimana skandal itu berlaku, kepada bahagian bagaimana kerajaan menguruskan skandal selepas itu.

Tuesday, January 24, 2017

Skandal BMF Kembali Menghantui Mahathir



Skandal BMF adalah antara begitu banyak skandal yang menghantui pentadbiran Mahathir sepanjang 22 tahun dia jadi Perdana Menteri.  Mahathir menepis selagi boleh tepis dari dikaitkan dengan skandal tersebut dan dia nampaknya berjaya.
Hinggalah sekarang..

Ia tentang pendedahan satu dokumen yang selama ini diklasifikasikan sebagai sulit oleh CIA mengenai skandal BMF yang menurut agensi perisikan tersebut ada kaitan dengan pentadbiran Mahathir - sesuatu yang cuba dinafikannya selama ini.

Faham Mahathir mudah, dia bukan pegawai bank, dia bukan Menteri Kewangan, dia bukan auditor, justeru dia tidak kena mengena.  Tapi dia terlupa, dia adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan waktu itupun dia yang lantik, nak lepas tangan macam mana?

Menteri apa pun mana boleh buat keputusan tanpa pengetahuan Perdana Menteri, nak nak pulak Mahathir ni kerap dikaitkan sebagai diktator!!

Wednesday, January 18, 2017

Baik Bertekak Dengan Lembu Dari Bertekak Dengan Mahathir


Bila Mahathir minta maaf kepada Raja-Raja Melayu kerana menarik kuasa mereka lebih 20 tahun yang dulu, permohonan maaf itu bukanlah ikhlas sebaliknya kerana ada tujuan politik.  

Ketika permintaan maaf itu dibuat, Mahathir sedang melobi agar Majlis Raja-Raja yang bakal bermesyuarat pada saat itu, untuk masuk campur dalam isu berkaitan 1MDB dan derma RM 2.6 billion.  Pada saat yang sama, Mahathir juga menunggu pertemuan dengan YDPA untuk membincangkan isu yang hampir serupa.

Tengok tarikh bila yang Mahathir minta maaf tu kalau tak percaya.

Hakikat sebenarnya, Mahathir hormatkan institusi raja-raja ini hanya bila dia ada untung saja.  Seperti dia bersikap kurang ajar dengan Istana Johor sekarang, itulah buktinya.  Ini tidak menghairankan kerana Mahathir ada DNA Kerala, India di sebelah bapanya - Kerala mana ada raja!!

Mesti nak tunjuk dia menang jugak dalam apa cara pun.  Itu sikap Mahathir dulu, kini dan selamanya.  Semua orang dalam dunia tak betul, hanya dia saja yang betul.

Monday, January 16, 2017

Barisan Rakyat: Boleh Buang Muhyiddin Dari BN, Tak Boleh Buang BN Dari Muhyiddin


Muhyiddin mencadang agar Pakatan Harapan menggunakan nama Barisan Rakyat dalam usaha mengadakan pertandingan satu lawan satu dengan BN (Barisan Nasional).

Barisan jugaklah.  Punyalah banyak nama dalam dunia, nama Barisan jugak yang Muhyiddin terfikir.  Inilah kata orang, Muhyiddin boleh disepak keluar dari BN tapi tak boleh bawak keluar BN dari .

Sehinggakan nak mengadakan nama kesatuan pembangkang yang baru pun, nama barisan tidak boleh tinggal.  

Agaknya senanglah nanti nak guna singakatan 'Barisan' ya.  Sebab memang pun BN sekarang lebih mesra disebut Barisan saja, itu yang Muhyiddin nak guna Barisan Rakyat tu.

Sunday, January 15, 2017

BR1M: Silap-Silap Hari Bulan, Penyokongnya Sendiri Doa Mahathir Cepat Mati


Penipuan Mahathir terserlah lagi bila semalam dia mengatakan BR1M akan diteruskan jika Pakatan menjadi kerajaan.

Lupakanlah atas kapasiti apa Mahathir bercakap bagi pihak Pakatan kerana Pribumi bukan parti komponen Pakatan tapi kerjasama atas dasar MOU saja, bukan perjanjian.  Yang pentingnya sekarang kenapa dulu Mahathir kata BR1M ini dedak, rasuah, dah sekarang akan diteruskan pulak kalau Pakatan memerintah.

Tidak itu kelakar namanya?

Suka atau tidak, jelas Mahathir tidak lagi waras untuk memimpin.  Kenyataannya sepatut menguntungkan parti sendiri dan sekutunya, bukan pihak lawan.  Ramai orang nampak bodoh semalam, terutama penyokong dakwaan Mahathir sebelum ini bahawa BR1M adalah rasuah seperti Azmin yang turut hadir.

Thursday, January 12, 2017

Kalau Muhyiddin Nak Sokong UEC, Kenapa Masa Jadi Menteri Tak Laksanakan?


Apa yang rakyat perlu faham tentang United Education Certification atau UEC ini?  Ia adalah sistem peperiksaan yang direka untuk membolehkan pelajar sekolah cina layak masuk ke Universtiti awam tanpa perlu lulus matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Malah, UEC ini pun direka untuk menggantikan SPM di sekolah-sekolah cina.  Itu maksud UEC lebih kurang - memberi kelebihan yang sekarang tidak ada kepada pelajar cina dari sekolah cina.

Tidak hairan UEC mendapat sokongan parti rasis seperti DAP, sebab ia menguntungkan pengundi tradisi mereka - kaum cina.

UEC ini jelas tidak menguntungkan rakyat Malaysia keseluruhannya - melainkan orang cina semata-mata.  Ramai melihat ini adalah satu bentuk perkauman yang cuba diputihkan dengan pelbagai alasan.

Dan sekarang Muhyiddin nak cuba tunjuk seolah dia sokong UEC?  Siapa nak percaya cakap Muhyiddin tu, bekas Menteri Pendidikan yang tidak memandang pun UEC ini sepanjang dia menyandang jawatan itu? 

Malah mengikut rekodnya, tidak sekalipun Muhyiddin membangkitkan soal UEC ini dalam mesyuarat kabinet mahupun post kabinet di Kementerian Pendidikan kalau betul pun dulu tak sokong sebab mengikut dasar kerajaan.

Mahukah Cina Undi "Melayu Dulu, Malaysia Kemudian"?


Muhyiddin dengan bangga mengisytiharkan bahawa dalam PRU14 tidak akan ada seorang pun pengundi cina akan mengundi BN - kata-kata yang keluar dari mulur Presiden sebuah parti yang hanya meletakkan kaum selain Melayu sebagai ahli bersekutu sahaja.

Persoalannya, dengan latar belakang yang sebegitu, mahukan pengundi cina memberikan undi mereka kepada parti Muhyiddin?

Ini belum lagi dibukakan persoalan bahawa dalam PRU14 yang akan datang, pertembungan 3 penjuru di banyak kawasan hampir tidak boleh dielakkan dan bila keadaan ini berlaku, sudah tentu yang akan menang ialah BN.

Sejarah sudah membuktikannya bukan sekadar kata-kata.

Tuesday, January 10, 2017

Doakan Mahathir Kalau Nak Meninggal Pun, Minta-Minta Selepas PRU14


Hujung-hujung ini Mahathir nampaknya nak jadi pakar menentu halal dan haram pula.  Sebelum ini cuba jadi pakar konspirasi dengan mendakwa wang berbilion hilang dari 1MDB - tapi gagal menunjukkan dimana wang yang hilang, sekarang dah nak jadi setaraf alim ulamak la pulak.

Tak beberapa hari sebelum ini, Mahathir menuduh semua yang pergi haji atas biaya 1MDB sebagai tidak mabrur haji mereka, wah dahsyat betul Mahathir sekarang.

Apa pun, ternyata Mahathir hanya bercakap seorang.  Melainkan seorang dua, siapa bodoh yang nak sokong pandangan dari manusia tidak berakal ini.  Mana hukum dia pakai tentu halal haram begitu saja?  Pandang dari mata kasar cukup, apa buktinya wang 1MDB ini dicuri dan dicuri dari siapa?

Monday, January 9, 2017

Mahathir Kata Rakyat Susah, Tapi Cucu Pakai Beg Mewah RM400 Ribu


Pasti ramai yang masih ingat kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya rakyat sengsara dan hidup susah sejak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Malah ayat-ayat seperti itu sering dicanangkan di pelusuk kampung bagi mewujudkan sentimen kebencian rakyat terhadap Najib.

Budak Dipaksa Ponteng Untuk 'Ramaikan' Himpunan Sokong Anwar



Semakin hari sokongan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin menurun.

Malah himpunan yang diadakan di hadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar pagi tadi juga dilihat hambar dan gagal mendapat sokongan seperti yang diharapkan.


Parti Mahathir Tunggu Masa Untuk Berkubur






Belum apa-apa parti ciptaan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir ibarat menunggu masa untuk berkubur.


Setelah berdepan dengan masalah kekurangan sokongan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali lagi dilanda badai apabila bekas Ketua Srikandi parti itu Anina Saadudin dipecat dari jawatan.


Tuesday, January 3, 2017

Sangka Baik, Mahathir Letak Mukhriz Sebagai Timbalan Presiden Supaya Boleh Jadi Opis Boy Kalau PH Menang


Kadang-kadang penulis rasa Mahathir ini, dia sudah terlalu banyak membodohkan orang, sehingga di hujung-hujung nyawa ini, dia pulak jadi bodoh sama seperti orang yang dulu dia bodohkan.

Contoh, macam penafian Mukhriz akan diletak pada kedudukan untuk jadi Perdana Menteri inilah dan segala apa yang Mahathir lakukan hari ini seperti mereka-reka cerita bohong tentang Najib mencuri wang 1MDB, adalah untuk tujuan yang wahid tersebut.

Siapa yang Mahathir fikir bodoh ni?  Rakyat ke?

Sunday, January 1, 2017

Ibadah Haji Mahathir Pun Belum Tentu Mabrur



Agak kelakar betul bila Mahathir cuba menunjuk macam faham Islam menjatuhkan hukum halal haram, ibadah haji siapa mabrur tak mabrur baru-baru ini.  Dia fikir dia siapa, Tuhan?

Lagi pulak Mahathir yang kita bincangkan ni.  Dengan segala macam skandal dan perbuatannya yang diakui ramai sebagai menyusahkan orang termasuk membabitkan nyawa manusia dalam 22 tahun sejarah sebagai Perdana Menteri, lagi nak cakap macam orang alim.

Siapa bodoh yang percayakan dia tu tak tahulah.  Mungkin adalah seorang dua.  Penulis tahu ada orang yang rasa Mahathir ini layak 'disembah' (sembah macam mana entahlah, tapi itulah yang dia cakap), bubuh nama anak ikut nama Mahathir dan sebagainya.

Jumlah ini bagaimanapun tak ramai, kalau ramai, kalah dah BN dalam PRN Sarawak dan dua PRK selepas itu.  Pribumi Bersatu yang Mahathir tubuhkan itupun tak tunggang langgang macam sekarang, belum 3 bulan tubuh dah macam-macam buruk yang jadi.

Kita tak faham apa yang Mahathir cuba buktikan dengan 'menjatuhkan' hukum seperti itu, apa yang cuba dibuktikannya?  Adakah dia cuba nak menunjukkan alim dan sudah faham agama lebih daripada semua ulama sedia ada?