Tuesday, December 27, 2016

Cerita Seks Parti Mahathir Memalukan Negara Di Peringkat Antarabangsa!!


Kemelut dalaman parti Mahathir, Pribumi yang berkisar tentang skandal seks bekas ketua Srikandinya, kini mula memberi malu kepada negara di peringkat antarabangsa.

Ini berikutan penyiaran artikel mengenainya oleh sebuah akhbar Singapura hari ini.  Akhbar New Strait Times Singapura, menyiarkan artikel tersebut di halaman utamanya.

Memalukan, seolah-olah kemana sahaja Mahathir pergi, skandal dan seks tidak boleh dipisahkan darinya, walaupun telah lama bersara sehingga menjadi tajuk media antarabangsa.

Semua kita masih ingat ketika ingin menyingkirkan Anwar, Mahathir menggunakan isu skandal seks songsang Anwar yang telah lama diketahui Mahathir sebagai senjata utama.  

Monday, December 26, 2016

Krisis Pribumi: Mahathir Hanya Tahu Hijack, Buat Baru Tak Reti



Pelbagai kecelaruan yang berlaku dalam parti Pribumi hari ini bolehla dikaitkan dengan Mahathir selaku Pengerusi dimana anaknya sendiri Mukhriz, turut dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Dari kes keluar parti balaci setianya Khairudin sehingga yang terbaru membabitkan Ketua Srikandi (yang bukan ketua lagi), Anina, semua ini membuktikan kegagalan Mahathir menguruskan parti yang baru berusia kurang lebih 3 bulan sahaja itu.

Nampak sangat Mahathir hanya tahu hijack benda dah ada, kalau yang kena buat baru macam tubuh kan Pribumi ini, Mahathir memang tak reti. Itu yang banyak kelam kabut kita lihat berlaku hari ini.

Tuesday, December 20, 2016

BIla Daim Bercakap, Itu Adalah Atas Kapasiti Sebagai Balaci Mahathir


Anwar telah beberapa kali menjelaskan bahawa dia sudah tidak ada apa-apa masalah dengan Mahathir tapi masih ada masalah dengan Daim.  Mahathir dan Daim pulak, masih rapat sehingga sekarang.

Malah dikatakan orang bahawa Daim adalah funder disebalik gerakan Mahathir untuk menumbangkan Najib.  Dikatakan orang ya.  Tapi yang penting untuk semua orang tahu ialah, Daim masih dan akan selamanya menjadi balaci Mahathir.

Mahathir telah banyak mengkayakan Daim.  Projek pembinaan lebuhraya Utara Selatan (PLUS) adalah salah satu bukti bagaimana Mahathir menggunakan wang rakyat untuk mengkayakan kroni-kroninya seperti Daim - berselindung disebalik konon membina infrastruktur untuk rakyat.

Sehingga 2038, hutang PLUS perlu dijelaskan rakyat dalam bentuk bayaran tol.  Ini baru betul menyusahkan rakyat beberapa keturunan, bukan seperti apa yang Mahathir tuduh Najib lakukan dalam soal pembinaan ECRL, HRT, MRT dan sebagainya.

Monday, December 19, 2016

Muhyiddin Si Lebai Malang


Muhyiddin mempunyai cita-cita politik yang cukup besar – untuk menjadi Perdana Menteri dengan cepat.  Di dorong oleh matlamat itu, tidak ada apa yang tidak dilakukan Muhyiddin termasuk bekerjasama dengan Mahathir mencipta pembohongan terbesar abad ini – konon Datuk Sri Najib Tun Razak melesapkan wang sebanyak RM 42 billion.

Dikatakan orang, Muhyiddin juga ialah manusia yang membocorkan maklumat kewangan membabitkan sumbangan ikhlas dari Arab Saudi sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun yang diwujudkan khas untuk tujuan tersebut dan kemudian berpura-pura terkejut dengan kebocoran tersebut.

Orang katalah.

Sehingga di akhirnya, Muhyiddin – di atas pengkhianatannya itu, dipecat dari kerajaan dan UMNO. Dia kemudian meneruskan rancangan seterusnya iaitu dengan menubuhkan parti baru Pribumi Bersatu, bersama-sama Mahathir dan anaknya Mukhriz.

Saturday, December 17, 2016

Batal Undangan: Mahathir Pun Tahu Bukan Kerja JPM, Saja Buat Tak Tahu Untuk Pengikutnya Yang Bodoh

Image result for jemputan mahathir dibatal
Menurut sejarahnya, ia adalah Mahathir yang meletakkan cabang Istana Negara sebagai satu agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada era 90-an dan keadaan itu berkekalan sehingga sekarang.

Bagaimanapun, sebahagian besar kebebasan pentadbiran yang lain, Istana Negara mempunyai autoritinya sendiri.  Banyaklah kalau nak sebut ni sebab sesuai dengan Istana Negara sebagai tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia yang mempunyai kuasa eksekutif dibawah perkara 39 Perlembagaan persekutuan.

Termasuk bab nak jemput (atau kemudiannya batalkan) siapa datang untuk ke majlis yang dijadikan isu oleh Mahathir ini.  Takkan ini pun JPM nak masuk campur? 

Sudah tentu Mahathir tahu ini atau sia-sia jadi Perdana Menteri 22 tahun sampai urusan kerajaan berkaitan Istana pun tak tahu.

Thursday, December 15, 2016

Mahathir Gagal, Sebab Itu Pribumi Tak Masuk Pakatan


MOU antara Pakatan Harapan (tidak berdaftar) dengan Pribumi Bersatu yang ditandatangani baru-baru ini. membuktikan bahawa Mahathir, gagal menyelesaikan masalah pembahagian kerusi.

Ini saja sebabnya kenapa Pribumi masih tidak masuk Pakatan, kerana berebutkan kerusi.

Manakan tidak, PAN nak bertanding di semua kerusi yang PAS bertanding - sebahagian besarnya adalah kerusi yang turut calon UMNO BN bertanding juga.  Pribumi juga akan bertanding di semua kerusi yang UMNO bertanding - sebahagian besarnya adalah kerusi yang PAN akan bertanding juga.

Jadi macam mana?

Monday, December 12, 2016

KJ Perlu Jawab Tuduhan Mukhriz


Dakwaan Timbalan Presiden Pribumi (dilantik bapak sendiri) bahawa Menteri Sukan KJ, memang ada menentang Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, sehingga ke tahap nak melepaskan jawatan kerana tidak percaya dengan isu berkaitan 1MDB, patut dipandang serius oleh KJ.

Sekalipun penulis difahamkan memang Perdana Menteri pun tahu tentang perkara ini dengan KJ hanya mengambil peluang berantakan antara Najib dengan Muhyiddin untuk kepentingan dirinya semata-mata, tapi bukan semua orang tahu pun.

Maka penting untuk KJ tampil, menjelaskan kepada rakyat akan cerita sebenar dan jadilah anak lelaki dengan mengaku kalau apa yang dikatakan Mukhriz itu betul.

Sememangnya kalau KJ mengakui, tidak akan ada siapa pun yang terperanjat, yang kita terperanjat ialah kalau KJ tak mengaku.  Perubahan sikap KJ terhadap Perdana Menteri yang begitu ketara dalam PAU2016 yang baru lepas, mengejutkan banyak pihak dan ramai mengaitkannya dengan pemecatan Muhyiddin dari UMNO.

Thursday, December 8, 2016

Ini Bukan Masalah Tak Cukup Kerusi Tapi Orang Taknak Dia Datanglah Bodoh


Kesipuan apakah yang cuba ditunjukkan ketua armada parti Pribumi yang mengeluarkan kenyataan meminta mana-mana VVIP hadir ke majlis pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agung yang baru nanti, untuk memberikan kerusi mereka kepada Mahathir?

Seperti yang umum tahu, Pihak Istana Negara kelmarin membatalkan jemputan kepada Mahathir ke majlis tersebut.

Adakah ini isunya kerusi tak cukup di Istana?  Dimana datangnya logik kerusi tak cukup?  Yang kita tahu, ramai faham pembatalan ini adalah sebab yang berkenaan tidak mahu Mahathir datanglah, mudah macam itu saja.

Wednesday, December 7, 2016

Cukuplah Paklah Seorang Datang



Seluruh rakyat Malaysia nampaknya bersetuju dengan keputusan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membatalkan kehadiran Mahathir ke Majlis Angkat Sumpah DYMM Yang Dipertuan Agung yang baru Selasa depan.

Apa pun alasan disebaliknya, penulis percaya pihak Penyimpan Mohor Besar telah membuat keputusan yang sangat tepat.  

Lagipun di kalangan rakyat ini, ramai sudah percaya bahawa Malaysia hari ini hanya mempunyai seorang bekas Perdana Menteri sahaja, iaitu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi sebab Paklah masih orang yang sama.

Macam mana Paklah dulu, macam itulah Paklah yang sekarang.  Layak Paklah untuk kekal sebagai satu-satunya bekas Perdana Menteri yang negara kita masih dan akan hadir ke majlis tersebut Selasa ini mewakili bekas-bekas Perdana Menteri yang telah tiada.

Tuesday, December 6, 2016

DAP Lebih Melayu Sebab Lagu Parti Itu Melayu, Nyanyuk Mahathir Bertambah Parah


Kenyataan Mahathir baru-baru ini bahawa DAP lebih Melayu dari UMNO sebab lagu parti itu adalah dalam bahasa Melayu, tidak harus dipandang serius.

Siapa gila nak percaya dengan cakap seperti itu?  Takkanlah sebab hanya lagu saja Melayu tapi yang lain tidak, maka dia jadi lebih Melayu dari UMNO?  Toksah pandang jauhlah, Chi Man Hin yang duduk sebelah Mahathir itupun tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu.

Yang betulnya, nyanyuk Mahathir sudah bertambah parah.  Dia akan cakap apa saja untuk penuhkan nafsu politiknya melihat Najib jatuh.  Rasional tak rasional, masuk akal tak masuk akal, bukan dia kira sebab yang penting sekarang ialah meletak anaknya sendiri sebagai Perdana Menteri.

Saturday, December 3, 2016

KJ BIkin Rosak Perhimpunan Dengan Soal Pemilihan


Dalam begitu banyak perbahasan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) ini, hanya KJ sorang bercakap tentang pemilihan parti, apabila mengumumkan dia tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Untuk apa ini disebut?  Bukan ada keperluan pun kerana tidak ada had umur untuk jawatan Ketua Pemuda.  Lainlah kalau Puteri, umur 40 orang tahu dah perlu digantikan dengan orang lain.

Tak pasal-pasal, PAU2016 yang sepatutnya jadi medan mengukuhkan parti dalam menghadapi PRU14, sudah dikotorkan dengan isu pemilihan.  Silap-silap, di kalangan pemuda sendiri, sudah ada kempen oleh orang-orang tertentu untuk bertanding jawatan tersebut.

Friday, December 2, 2016

UMNO: KJ Selamat Diri, Mahathir Khianat Parti


Ucapan keras Ketua Pemuda UMNO, KJ terhadap Mahathir dan lafaz taat setianya terhadap Presiden UMNO Datuk Sri Najib semalam, mengundang kecaman keras pengagung pengagung Mahathir.

Bersilih ganti mereka mempersoalkan kredebiliti KJ yang sebelum ini begitu sinikal terhadap Najib tapi sekarang ucap setia tak berbelah bahagi. Turut dibuat ulang tayang lama kisah-kisah hitam membabitkan KJ semasa mertua nya masih menjadi Perdana Menteri.

Sebetulnya, dua dua pun sama tapi bezanya, perubahan pendirian KJ hari ini  (berbanding tahun lepas) adalah untuk menyelamatkan dirinya setelah Muhyiddin dibuang dari parti awal tahun ini. Tak ada lagi dahan nak bergantung tu, kalau tidak menyatakan kesetiaan kepada Najib sekarang, percuma saja karier politik KJ 'ditanam' dalam pemilihan parti akan datang.

Apatah lagi KJ sudah umum tidak akan pertahan jawatan Ketua Pemuda, nak cuba nasib di kerusi Naib Presiden lah tu. Kalau tak ucap setia pada Najib, boleh mimpi sajalah.

Thursday, December 1, 2016

Mahathir Balik Dari Sudan, Negara Itu Jadi Haru Biru


Media antarabangsa semalam menyiarkan berita tentang mogok besar-besaran di Sudan akibat keputusan kerajaan negara itu untuk mengurangkan subsidi minyak yang membawa kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Ironinya, Sudan adalah negara yang baru saja dilawati Mahathir antara 17 - 19 November yang lepas. Jelas disitu (tak usahlah menafikan lagi) kehadiran Mahathir membawa malapetaka di mana-mana sahaja tempat yang dia singgah.

Pada waktu ini, Mahathir sedang berada di Tunisia pula - negara Arab pertama yang bergolak (dan masih bergolak) akibat gerakan Arab Spring.  Entah apa nak menimpa Tunisia pulak selepas ini apabila Mahathir balik.