Friday, April 29, 2016

Menang Besar Di Sarawak, Perjuangan Mahathir Berakhir


Pilihanraya negeri Sarawak dilihat penting kepada kelangsungan politik Perdana Menteri Najib dalam menghadapi PRU14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menang besar dalam pilihanraya kali dan pembangkang tidak berjaya menambah lebih kerusi dari apa yang mereka ada sekarang, bermaksud segala jerih perit melawan dakyah pembangkang selama ini, terbukti berjaya.

Sebab itulah ia penting.

Dalam masa yang sama menutup mulut Mahathir dan kuncu-kuncunya konon BN akan kalah dalam PRU14 yang akan datang.  Sarawak mempunyai 35 kerusi parlimen dan sering dianggap sebagai deposit tetap BN dalam setiap PRU.

#PRNSarawak: Peluang DAP Dari Tipis Kepada Tertutup Kalau Mahathir Muncul


Rupa-rupanya Mahathir bukan sengaja tidak datang ke Sarawak berkempen untuk DAP tapi kerana dia memang disuruh untuk tidak datang ke Sarawak atau peluang DAP di Sarawak dari menipis sekarang kepada tertutup terus.

Puncanya kerana sepanjang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir paling banyak menyusahkan rakyat Sarawak.  Empangan Bakun cukuplah, itu saja masalah terbesar.rakyat Sarawak apabila kos meningkat lebih 100% dari RM 6 billion kepada RM 15 billion.

Selain itu, perancangan yang tidak sempurna dan tergesa-gesa pada peringkat awal pembinaannya telah menyusahkan rakyat di sekitar Kapit apabila Sungai yang menjadi pilihan perjalanan utama rakyat di kawasan itu, sering mengalami kekeringan sepanjang tahun kerana airnya dihalakan untuk menenuhkan empangan.

Itu baru satu masalah, sebenarnya ada banyak masalah berkaitan Mahathir di Sarawak ini, tak hairanlah kenapa sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri, takde 20 kali pun Mahathir jejak kakinya ke Sarawak, melawat rakyat.

Thursday, April 28, 2016

Najib Cukup Berpengaruh Di Sarawak, Siapa Bilang Takde Orang Sokong?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun berkempen di DUN Batu Kawah semalam.  Kawasan itu adalah kawasan DAP yang dimenangi mereka dengan majoriti tipis (lebih kurang kurang 500 undi) pada tahun 2011.

Buat kali ketiga Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian akan sekali lagi cuba menawan kawasan tersebut dari tangan DAP.

Tapi itu bukan topik penceritaan hari ini, ia adalah tentang sambutan hangat penduduk Batu Kawah terhadap kedatangan Najib ke kawasan itu malam tadi.

Dikhabarkan lebih 3,000 orang hadir menyambut kedatangan dan memdengar sendiri amanat yang disampaikan Perdana Menteri kepada pengundi - majoriti kaum cina di kawasan tersebut.

Walaupun pelbagai dakwaan boleh dibuat atas sambutan yang sangat membanggakan ini (memandangkan kawasan ini adalah majoriti cina), tapi yang penting sekali ialah ia menunjukkan Najib masih mempunyai pengaruh dan aura yang kuat, walaupun di kerusi pembangkang.

Monday, April 25, 2016

KLCC Di Musnah Hollywood, Mahathir Jangan Kait Dengan Najib


Pengarah filem terbaru Hollywood, Independence Day 2: Resurgence, Roland Emmerich dikesan memasukkan satu babak dalam filem tersebut dimana bangunan kebanggaan Mahathir, KLCC dimusnahkan dalam satu serangan oleh makhluk asing.

Muncul pulak babak itu dalam tengah-tengah Mahathir bersengketa dengan Najib, pasti perkara itu akan jadi isu kerana kita semua tahu salah seorang anak tiri Najib, Riza Aziz adalah juga seorang penerbit filem yang berjaya di Hollywood.

Sudah pasti Mahathir yang tidak berapa nak betul kepalanya akan mengaitkan babak ini sebagai cubaan untuk Najib menjatuhkan maruahnya secara tersirat.  Anak tiri Najib akan dituduh sebagai dalang melihat kepada hubungannya dengan komuniti perfileman di Hollywood.

Jadi sebelum dia jadikan itu sebagai isu, kita nak jelaskan awal-awal ni bahawa Najib tidak ada masa dan pengaruh untuk membuat itu semua.

Saturday, April 23, 2016

Penafian Mukhriz Macam Pelacur Mengaku Anak Dara


Kata Mukhriz kepada sebuah media antarabangsa kelmarin, dia tidak ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.  Kita percaya, kenyataan ini dibuat untuk menafikan persepsi ramai bahawa bapanya Mahathir menentang Datuk Sri Najib kerana nak menjadikan dia sebagai Perdana Menteri.

Apa bodoh penjelasan macam itu?  Kalau Mukhriz tidak berminat nak jadi Perdana Menteri, kenapa dia bertanding jawatan Naib Presiden tahun 2013 dulu?  Kalau dia tidak berminat nak jadi Perdana Menteri kenapa dia bersekongkol dengan Muhyiddin untuk menumbangkan Perdana Menteri?

Niat Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib bukan rahsia, dia dah dedah semua dah.

Logiknya lagi, kenapa Mahathir bersusah payah mencipta fitnah untuk memburukkan imej Najib kalau bukan untuk sesuatu yang bersifat peribadi, iaitu meletakkan Mukhriz pada posisi untuk menjadi Perdana Menteri sebagai menyambung legasinya?

Thursday, April 21, 2016

Kit Siang Nak Tolong, Tapi Nak Jatuhkan Najib?


Gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib yang dianjurkan Mahathir, bersekutukan orang DAP, Lim Kit Siang ini sudah nampak macam rojak mamak, bercampur dan berterabur.

Pada mata Mahathir sekarang, dia hanya nak tengok Najib turun sebelum letak anaknya sendiri, tidak ada agenda lain selain itu.  Tapi Kit Siang yang anaknya dalam bahaya didakwa di Mahkamah akibat skandal banglo diskaun, menganjurkan untuk membersihkan nama Najib dalam isu dana RM 2.6 billion.

Dengan syarat, Najib perlu memberi penjelasan kepada DAP.  

Nak penjelasan apa lagi, semuanya dah jelas dah.  PAC, Bank Negara, SPRM dan semua agensi berkaitan dah mengesahkan tidak wujud sebarang salah laku oleh Najib dalam isu tersebut.

Cakap pasal PAC, ada orang-orang DAP dalam jawatankuasa tersebut, Timbalan Pengerusinya pun adalah orang DAP, Dr. Tan Seng Giew.  Orang-orang ini pun boleh bagi penjelasan kepada Kit Siang.

Wednesday, April 20, 2016

PRN Sarawak: Belum Apa-Apa Dah Gaduh, Pening Kepala Mahathir


Dilaporkan semalam (atau kelmarin) calon-calon DAP yang memulakan kempen mereka masing-masing, telah mengata PKR, kononnya tidak layak untuk jadi kerajaan di Sarawak sebab macam hilang hala tujuan (mungkin selepas Anwar masuk penjara).

Turut disebut ialah PKR ni hanya mementingkan diri sendiri, tak sedar yang dia pun banyak ambil alih kawasan kawan tu berbanding PRN 2011.  Tapi tak kisahlah tu, yang penting sekarang belum apa-apa dah bertekak, belum menang lagi, tak tahu kalau menang, berapa kali nak tukar Ketua Menteri entah la nanti tu.

Pening kepala Mahathir macam ini, belum apa-apa dah bertekak pulak PKR dengan DAP.  Mahathirlah sebab dia dikhabarkan akan bantu kempen pembangkang di Sarawak, takkan dia nak bantu kempen BN, bukan dia ahli UMNO pun.

Tuesday, April 19, 2016

PAC Tipu, PRU Tipu Yang Tak Tipu Hanya Mahathir


Semalam Mahathir menulis di dalam blognya mendakwa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menipu bila membersihkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari sebarang salah laku.

Ini kali kedua Mahathir bangkit pasal tipu, tak beberapa lama sebelum Mahathir tuduh PRU pun boleh menipu juga.

Lupakan pasal PRU tu, hari ini nak cerita pasal PAC.  Ada 5 PRU yang Mahathir kendalikan semasa jadi Perdana Menteri, nak buktikan semua tu tipu perlu masa juga.

Sebelum ini Mahathir juga yang mengaku lebih percayakan PAC dari yang lain sebab sifat bi-partisan jawatankuasa tersebut tapi sekarang dia ubah cerita pulak.  Tak bolehlah kalau Mahathir nak dengar apa yang dia nak dengar saja baru nak percaya.

Ikut hukum mana sekalipun, pokok pangkalnya kepada kebenaran bukan sebab individu itu nak percaya apa.

Thursday, April 14, 2016

Mahathir Tunjuk Benci Tapi Sebetulnya Beridolakan Kuan Yew


Umum tahu sepanjang menjadi Perdana Menteri, Mahathir sentiasa mahu dilihat berseteru dengan mendiang Lee Kuan Yew.  Mendiang buat macam ini, dia nak buat macam itu, tapi 6 tahun lepas mendiang bersara Singapura jadi negara maju sedangkan Malaysia dibawah Mahathir, masih macam itu juga.  

Kewujudan Proton dan Perodua - 2 syarikat pengeluar kereta dalam sebuah negara kecik yang diharap melonjakkan status Malaysia sebagai negara maju, tak jadi apa juga.

Sekarang inilah, bawah Najib baru nak ada elok sikit.

Tapi asasnya itulah, Mahathir sepanjang jadi Perdana Menteri sentiasa nak dilihat bersaing dengan mendiang sedangkan hakikatnya Mahathir beridolakan mendiang, terutama dari segi nak mewariskan kerajaan ini kepada anak.

Sampaikan Najib seolah-olah berhutang dengan Mahathir pulak nak kena wariskan kerajaan kepada anak dia.  Mana ada law macam itu nak waris-waris?  Apa yang patut dibuat, dibuatlah.  Ada hieraki dalam parti, ada hieraki dalam kabinet, ikut semua ni, bukan naik macam roket.

Tuesday, April 12, 2016

Siapa2 Tolong Maklum Mahathir Anwar Tak Lagi Sokong Gerakannya


Kenyanyukan Mahathir bertambah parah bila dia mendakwa Anwar menyokong gerakan yang diketuainya untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Maka itulah, sekalipun Anwar ini tidak bermoral dan tak layak jadi Perdana Menteri kata Mahathir, dia masih memerlukan sokongan dari Anwar.

Kenyataan ini dikeluarkan Mahathir ketika ditemuramah oleh media berita Australia beberapa hari yang lepas.

Sedap bunyi cakap Mahathir tu - kalaulah ada orang tolong maklum kepada dia bahawa Anwar sudah tidak sokong deklarasi rakyat Mahathir yang disifatkannya hanya menumpu kepada menukar individu bukan organisasi.

Dalam erti kata lain, Anwar tak mahu setakat tukar Najib (individu) sebagai Perdana Menteri tapi mahu tukar BN (organisasi) sebagai kerajaan.  Maksudnya Anwar tak setuju dengan Mahathirlah tu sebab Mahathir hanya mahu tukar individu (Najib), kerajaan masih BN.

Monday, April 11, 2016

Mahathir Nyanyuk, Umur Anwar Pun Tidak Tahu


Mahathir memalukan Malaysia lagi apabila mendakwa kepada sebuah akhbar Australia bahawa Anwar Ibrahim tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana telah berusia 74 tahun!!

Anwar baru berusia 68 tahun.

Ini entah berapa kali Mahathir bercakap/bertindak macam sudah nyanyuk.  Sebelum ini dia pernah mendakwa sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri, tidak pernah ada demonstrasi jalanan diadakan untuk menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.

Padahal, zaman dia jadi Perdana Menterilah paling banyak diadakan demonstrasi mendesak pengundurannya. Malah demonstrasi itu pulak semunya asli, bukan dirancang berbulan-bulan macam sekarang.

Asal malam orang merusuh, ada motor polis dibakar, stadium Bukit Jalil yang ketika itu baru siap dibina pun pernah nak dibakar pada zaman itu, macam mana Mahathir kata tidak ada demonstrasi jalanan diadakan untuk mendesak dia berundur?

Friday, April 8, 2016

1MDB: Apa Khabar Muhyiddin?


Dengan pengesahan dari Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat dalam sebarang dakwaan salah laku berkaitan 1MFB, rasa simpati penulis kini beralih kepada bekas timbalan Najib, Muhyiddin.

Kebodohan Muhyiddin, kerana mempercayai sangat Mahathir ni sehingga dia hampir hilang segalanya dan demi nak mempertahankan dakwaan bodoh Mahathir itu, dia kini dah macam orang gila talak, cuba menjatuhkan Najib walaupun tahu dia bukanlah calon PM pilihan Mahathir.

Mukhriz itu calon yang sebenarnya.

Silap sendiri kerana tidak mempercayai ketua sendiri.  Mahathir sejak zaman berzaman sudah banyak kali tipu orang untuk capai matlamat peribadinya sendiri, kadang-kadang itu penipuan tersebut berlaku depan mata Muhyiddin sendiri.

1MDB: Berapa Banyak Bukti Baru Nak Mengaku Mahathir Ni Silap?


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) - yang turut dianggtai ahli-ahli parlimen dari pembangkang, semalam membersihkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari sebarang dakwaan salah laku dalam 1MDB.

Dari mula pun kita tahu tuduhan ni mengarut, Najib seorang ahli politik dan Perdana Menteri, beliau begitu sibuk dengan tugasan-tugasannya, mana mungkin ada masa untuk campur tangan dalam urusan syarikat macam ini.

Tapi dah sebab si tua bongok Mahathir ini kata ada isu, siasat sajalah, apa masalah dan sekarang terbuktilah beliau tidak bersalah.

Persoalannya, sampai berapa kali nak dibuktikan baru rakyat yakin bahawa Mahathir ni tak betul kepalanya?  Dia boleh tipu kata RM 45 bilion lesap, apa sangat RM 2.6 billion sumbangan Arab Saudi kepada Najib dalam tahun 2013 itu?

Tuesday, April 5, 2016

Proton: Bukti Bala Bila Mahathir Yang Pegang "Remote"nya


Angka RM 13.8 billion yang dibelanjakan rakyat Malaysia untuk Proton sejak 1983, terbukti satu pelaburan yang sia-sia apabila diakhirnya rakyat masih perlu membeli kereta pada harga semasa tanpa ada sedikit pengurangan pun.

Tapi itu isunya lain, isunya sekarang kegagalan Proton menjadi satu entiti yang menguntungkan rakyat dan kerajaan setelah sekian lama, membuktikan campur tangan Mahathir tidak membawa apa-apa melainkan kegagalan sahaja.

Kita percaya kalau rancangan Mahathir melantik seorang Perdana Menteri remotenya menjadi kenyataan, masalah sama akan turut berlaku cuma mangsanya kali ini adalah rakyat - bukan setakat 60 ribu pekerja Proton dan vendor-vendornya sahaja seperti sekarang.

Maka itu tindakan rakyat tidak bersama-sama dengan Mahathir seperti yang ditonjolkan dalam perhimpunan bantah GST Sabtu lepas, adalah satu tindakan yang betul.  Persepsi Mahathir adalah punca kepada semua masalah yang berlaku di Malaysia, sebenarnya betul.

Monday, April 4, 2016

Mahathir Bukan Tarikan Demonstrasi


Pembangkang silap kalau menyangka batang tubuh Mahathir mampu menarik ramai orang datang menyertai demonstrasi yang dikepalainya.  Sebagai orang yang biasa menghancurkan demonstrasi pada waktu jadi Perdana Menteri, Mahathir bukanlah 'star' dalam apa-apa demonstrasi.

Anwar tu lain, demonstrasi dengan dia macam irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan - beza dengan Mahathir.

Sudah 2 demonstrasi yang diadakan setakat ini dimana Mahathir datang tapi tak mampu menjana sambutan besar-besaran yang diharapkan.  Manakan tidak, bila sebut nama Mahathir, ingat FRU, macam mana orang nak datang, terutama generasi pendemo 1998 ke atas.

Agak kesian melihat Mahathir, pada umurnya sekarang, terhegeh-hegeh datang menyertai demonstrasi yang dulu dia antikan sangat serta arah polis untuk ambil tindakan sekeras mungkin kepada siapa yang mengadakannya.

Proton: Mahathir Cabut Pasal Dah Tahu Nak Terlingkup


Ramai hairan dan pelik kenapa Mahathir umum lepas jawatan Proton, sekali dengan jawatan-jawatan lain dalam agensi berkaitan kerajaan seperti LADA, TIDA dan lain-lain.  Proton kot, sejak di ambil alih DRB-Hicom dan dia sendiri jadi Pengerusi, bukan ada kaitan dengan kerajaan lagi dah?

Tapi kenapa diumum sekali dengan jawatan-jawatan lain yang berkaitan kerajaan?

Rupanya, dengan pendedahan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Sabri Yaakub tak lama selepas Mahathir letak jawatan, barulah kita tahu sebenarnya banyak masalah yang dihadapi syarikat ini, sejak tubuh sehinggalah sekarang.

Paling mengejutkan, dari 2 kenyataan Menteri kanan dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak itu. nampak seolah hanya masa sahaja yang akan menentukan bila Proton akan lingkup akibat pelan rasionalisasinya yang tidak berjaya meningkatkan penjualan kenderaan syarikat tersebut.

Friday, April 1, 2016

Bilik Di Perkim & Yayasan Kepimpinan Perdana Bila Nak Kosong?


Mahathir semalam melepaskan hampir kesemua jawatan dalam beberapa agensi kerajan/bukan kerajaan yang dipegangnya.  Antara lain di LADA, Proton (bukan kerajaan), TIDA dan sebagainya - termasuk jawatan Canselor Universiti Petronas.

Baguslah, tapi belum cukup.

Ikut carian di Internet, Mahathir masih lagi pegang jawatan Yang Dipertua Perkim dan mendiami pejabat di Yayasan Kepimpinan Perdana.  Bila nak lepas semua jawatan tu?

Sebut pasal Yayasan Kepimpinan Perdana ni dah beberapa lama sebelum ini kita persoal kenapa Mahathir masih berada disitu - melainkan geran tanah dan hak milik bangunan itu sudah ditukar kepada nama Mahathir, sepatutnya dia sudah berambus.