Thursday, March 31, 2016

Deklarasi Rakyat: Anwar Tarik Balik Sokongan, Mahathir Tinggal Sendirian


Anwar semasa di dekati wartawan di luar bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Deklarasi Rakyat, termasuk menyifatkan gerakan itu hanya disokong oleh golongan-golongan elit.

Kenyataan ini menjawab semua persoalan sama ada Anwar menyokong gerakan ini tidak dan sokongan yang konon diberikan Anwar sebelum ini sebenarnya hanyalah satu umpan untuk menarik sokongan pengikutnya oleh Mahathir.

Tidak lebih dari itu.

Jadi apakah rupanya gerakan ini tanpa sokongan Anwar?  Adakah pimpinan PKR seperti Azmin dan Rafizi yang tidak pernah gagal menghadiri beberapa siri himpunan gerakan tersebut, masih memberikan sokongan atau tidak?

Sunday, March 27, 2016

Kuli: Semua Orang Salah, Mahathir Saja Tidak


Tindakan Mahathir menyeret Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) dalam usaha gagalnya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dilihat satu tindakan terdesak yang hanya bertujuan untuk mengalih perhatian awam dari pesalah yang sebenarnya - dia sendiri.

Konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri ini adalah satu tindakan besar, membabitkan ramai orang, setakat Kuli  satu orang bagi cadangan agar diadakan undi tidak percaya di Parlimen (untuk menjatuhkan Najib), apa yang menjadikan beliau lebih jahat dari Mahathir - kepala konsprisasi?

Lagipun, mengadakan undi tidak percaya di Parlimen untuk menjatuhkan Perdana Menteri adalah satu perkara yang dalam pengetahuan awam, ia bukan satu yang rahsia atau luar biasa kerana telah disebut dalam perlembagaan negara sejak sekian lama.

Mahathir sendiri pun tahu yang undi tidak percaya boleh menjatuhkan Perdana Menteri, jadi kenapa Kuli saja mesti dilihat bersalah yang dia tidak?  

Thursday, March 24, 2016

Mohon PM Saman Mahathir RM 42 Billion


Saman yang difailkan Mahathir terhadap Perdana Menteri semalam, pada pandangan ramai, adalah bersifat remeh dan menghina Mahkamah.

Dari segi angka itupun sudah salah kerana berdasarkan siasatan SPRM yang disahkan Peguam Negara, derma yang diterima Perdana Menteri pada tahun 2013 itu adalah berjumlah RM 2.08 billion dan telah dipulangkan semula RM 2.03 billion.

Kemasukan wang itu ke dalam negara ini adalah dengan pengetahuan Bank Negara dan mengikut semua prosedur yang ditetapkan.

Wang itu juga bukan dari 1MDB, sebaliknya penderma Arab Saudi.  Salah fakta, fitnah pulak lagi, ada hati nak saman konon.

Dah jadi macam Anwar pulak dah asal saman beratus juta tapi kok menang sekalipun, dapatnya tak 0.5% dari itu pun.  

Tuesday, March 22, 2016

Seleweng RM 100 juta: Bercutilah Menteri!!


Kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan di Kementerian Belia & Sukan sehingga RM 100 juta wang rakyat lepas, membuka persoalan bagaimana jumlah wang yang besar ini boleh mengalir keluar tanpa disedari sesiapa - termasuk oleh Menterinya.

Jika RM 100 yang keluar dan Menteri tak sedar, kita boleh faham, masalahnya RM 100 juta!!  Tak hairan kenapa banyak cadangan dari pelbagai pihak agar Menteri yang berkenaan bercuti sehingga penyiasatan selesai.

Bila disebut pasal bercuti ini mulalah pemakan dedaknya berkokok mengaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga diminta bercuti bila dana RM 2.6 billion memuncak.

Sedangkan yang mereka tak sedar dana RM 2.6 billion itu tidak ada kaitan langsung dengan wang rakyat.

Sunday, March 20, 2016

Sial Guan Eng Menimpa Selepas Kerjasama Dengan Mahathir


Di alam realiti, memang seseorang hanya layak dianggap bersalah selepas Mahkamah menjatuhkan hukuman, itupun kena tunggu semua Mahkamah dulu sebab proses rayuan dan sebagainya.

Sementara di alam maya ini, kita pakai logik saja nak anggao seseorang itu bersalah atau tidak, orang lain nak ikut, ikut, taknak ikut sudah.  Lagipun alam maya bukan Mahkamah, takde merit apa yang perlu difikirkan.

Begitulah kisahnya dalam soal Guan Eng yang kini menjadi tumpuan media dek skandal banglownya. Menariknya, orang lain dalam dunia bangga rumah paling mahal, kena Guan Eng, bakal masuk penjara sebab rumah terlalu murah.

Penulis yakin pengakhirannya begitu (masuk penjara) sebab 'dahuluan' kes ini sudah ada - dalam kes membabitkan Khir Toyo. Cuma ketika kena, Khir Toyo tidak pegang apa jawatan sedangkan Guan Eng sekarang bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang.

Friday, March 18, 2016

Masalah Dengan Muhyiddin Ni, Depan Cakap Lain, Belakang Cerita Lain


Bila tersebar satu rakaman mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dimana Muhyiddin Yassin mengakui tahu kewujudan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan dalam masa yang sama mengakui tugas Presiden untuk mendapatkan dana bagi parti, fahamlah kita kenapa Perdana Menteri sukar nak berurusan dengan orang macam ini.

Depan dia cakap lain, belakang dia cakap lain, depan dia cakap faham, tahu, tak kisah dan sebagainya tapi dibelakang dia bercakap seolah-olah menerima dana seumpama itu adalah satu jenayah!!

Menarik tentang rakaman tersebut, Muhyiddin mengaku tidak terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, tapi baru saja beberapa Jumaat yang lepas Muhyiddin menandatangani Deklarasi Mahathir-Kit Siang yang bertujuan 100% untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi, mana satu yang betul, terlibat atau tidak terlibat?

Apa sekalipun, ini bukti orang macam Muhyiddin memang tak layak untuk UMNO dan semua tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini terbukti satu keputusan yang betul.

Wednesday, March 16, 2016

Deklarasi Mahathir-Kit Siang: Haru Biru Dah Jadi Celaru


Untuk seorang yang kononnya hebat dan ada cara tersendiri (MyWay), dituduh menggunakan skrip orang (bahasa lain jadi alat orang lain) dalam gerakan yang dia ketuai dan lancarkan sendiri, memang satu keadaan yang amat memalukan.

Rakyat dok ingat gerakan itu gerakan dia, dialah kepalanya, apa sekali rupanya hanya ikut telunjuk orang lain - dia tukang baca saja.  Come on lah, cakap bukan main gah nak jatuh Perdana Menteri, rupanya hanya ikut skrip, yang puak Anwar sediakan pulak tu.

Sekarang kita tahulah kenapa pembangkang beria-ia.  Deklarasi Mahathir-Kit Siang ini memang agenda mereka, bukan agenda Mahathir.  Mahathir tidak ada kemampuan untuk jatuhkan Perdana Menteri, macam-macam cara dia guna dah, semua gagal, Najib (Datuk Seri) lebih bijak dari dia, taknak mengaku saja.

Ikutan, lebih baik lagi kalau Mahathir melawan Najib dari dalam UMNO, itu lebih berkesan kerana musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, adalah 100 kali bahaya dari musuh luar selimut tapi pasal ikut sangat emosi, tak pasal kena tipu hidup-hidup dengan pembangkang.

Saturday, March 12, 2016

Yayasan Kepimpinan Perdana Juga Patut Dikosongkan Mahathir


Melainkan geran tanah dan bangunan yang menempatkan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya itu sudah ditukar nama kepada Mahathir, dia perlu mengosokongkan bangunan tersebut seawalnya Isnin nanti.

Yayasan itu sepatutnya menempatkan kesemua bekas Perdana Menteri Malaysia yang masih hidup tapi sejak mula didirikan sampai sekarang, Mahathir dah jadikan tempat itu macam harta pusaka mak ayahnya sendiri.

Tak boleh macam itu, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Paklah) juga patut diberi peluang yang sama untuk menjalankan kerja-kerja beliau di bangunan itu kerana beliau juga ada hak yang serupa.

Friday, March 11, 2016

Berhenti Sebelum Kenyang, Mahathir Derhaka Mak Sendiri



"Mak saya pernah berpesan kepada saya, jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah segera. Ia memang sesuatu yang susah, tapi saya telah melatih diri saya untuk berhenti ketika sedang menikmati makanan."
Kenyataan di atas, keluar dari mulut Mahathir bila dia ditanya wartawan tentang perletakkan jawatannya pada tahun 2003.

Bunyi macam anak yang baiklah dengar cakap mak, macam orang yang tidak gilakan kuasa untuk diri sendiri dan keluarga dan sebagainya.

Ada yang terlebih emosi, mengangkat kata-kata di atas sebagai bukti kebijaksanaan, kemahsyuran Mahathir sebagai manusia dan pemimpin politik.

Rupanya pura pura saja semua tu.  Rasmi saja letak jawatan tapi sebenarnya masih main peranan sebagai 'Perdana Menteri' di belakang.

Wednesday, March 9, 2016

Apa 'Class' Ugut-Ugut Mat Said, Dedahlah Kalau Ada..


Semalam bekas Menteri Besar, Mat Said yang juga antara penyokong Deklarasi Mahathir Jumaat lepas, membuktikan kerjasama Mahathir-Pakatan memang wujud apabila  dengan tak semena mena mengusulkan undi tidak percaya ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Razif.

Usul itu bagaimana pun ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan, Datuk Zubir Embong.

Hari ini Mat Said mengugut Perdana Menteri untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya atau dia akan memecahkan rahsia besar Perdana Menteri.

Ugutan ini menjadi bahan ketawa netizen, kalau ada rahsia besar, dedahlah, nak tunggu apa ye tak, apa yang nak dirugikan?  Kalau takut, guna Mahathir, si tua tu, ada apa yang nak dirugikan pun.

Tapi sekadar nak kata, inilah cara pengikut Mahathir ini - ugut.  Tak dapat apa yang dia nak, ugut.  Apa dia ingat semua orang bodoh macam dia ke?  UMNO tak perlu orang macam ini, UMNO perlu orang parti, bukan orang milik individu tertentu.

Tuesday, March 8, 2016

Memahami Game Shafie Afdal, Mahathir Nak Kena Main Lagi


Penulis sekarang memerhati dengan dekat Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal.  Nampak macam ada yang tidak kena dengan dia ini sebab berbanding Muhyidddin Yassin, Shafie nampak macam cuba menjauhkan diri dari kumpulan Mahathir sekalipun bila ditanya wartawan, dia terang-terang memberikan sokongan.

Tapi itu hanya kata-kata, yang penting sekarang perbuatan, lidah tak bertulang kata orang.

Contoh macam Deklarasi Rakyat, nama Shafie antara yang paling atas, tapi rupanya dia pun tak sign lagi.  Wan Azizah pun tak hadir majlis yang diadakan di UM itu tapi dia dah sign, Shafie pulak belum sign.

Apa sebenarnya yang berlaku, siapa nak kena main agaknya ni?

Saturday, March 5, 2016

Yang Dikatakan Makan Taik Dulu Tu Rupanya Inilah Dia..


Terlupalah pada satu ketika dulu siapa yang mendoakan Mahathir ini hidup lama supaya dapat merasa sendiri kerosakan yang telah dilakukannya.  Lamanya hidup sampai ke tahap dia dan isterinya saling menyuap najis sendiri - nyanyuklah tu maksudnya.

Antara dua inilah, Shahnon Ahmad atau Allahyarham Datuk Fadhil Noor tapi arwah ini jiwa besar, mungkin Shahnon yang terkenal dengan novel SHIT.

Tak kisahlah yang mana-mana satu pun tapi ternyata doa itu nampaknya sudah jadi kenyataan cuma bukan makan taik betul-betul tapi perbandingannya sama seperti menjilat ludah sendiri apabila Mahathir memulakan kerjasama dengan Anwar untuk menumbangkan Najib.

Dah segala macam yang buruk, yang teruk disebut tentang orang itu (Anwar) selama berbelas tahun, akhirnya Mahathir memilih untuk berkata "aku sebenarnya tipu hangpa semua" dengan bekerjasama dengan Anwar dalam apa yang disebut sebagai deklarasi rakyat itu.

Thursday, March 3, 2016

Masa Timbalan Tak Membantu, Sekarang Ahli Biasa Jangan Pulak Nak Menghantu


Muhyiddin mungkin ada perancangan sendiri kenapa dia memilih untuk kekal dalam UMNO takala Mahathir keluar dari UMNO.  Apa pun perancangan itu, penulis tak rasa ia baik untuk parti tapi sememangnya berbanding Mahathir, Muhyiddin bukan ancaman yang perlu dipandang serius.

Walaupun begitu, mengenepikan begitu saja ancaman yang mungkin dicetuskan Muhyiddin, adalah satu kesilapan juga kerana banyak benda tak baik yang Muhyiddin boleh lakukan atas kapasitinya sebagai ahli UMNO.

Buat permulaan, Muhyiddin sudah dedah bahawa dia akan bawa perihal penggantungannya sebagai Timbalan Presiden UMNO ke pengetahuan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Muhyiddin bagaimanapun, langsung tidak mengulas dimanakah kesilapannya keputsan menggantung tugas sebagai Timbalan Presiden itu?  

Tuesday, March 1, 2016

Kenapa 2 Hari, Ilham Baru Apa Dari Vietnam?


Entah kenapa disebalik semua perkembangan yang berlaku dalam UMNO sekarang, terbaru dengan pengisytiharan keluar UMNO oleh Mahathir, Muhyiddin masih memerlukan masa untuk menjelaskan kedudukkanya dalam UMNO.

Apakah yang susah sangat nak buat keputusan kekal dalam parti dan keluar dari parti?  Atau baru dapat ilham baru dari Vietnam, apa yang ada disitu?  Apa Muhyiddin harap orang terkejut ke kalau dia keluar UMNO?

Kalau itu, boleh mimpilah, siapa yang peduli pun.

Tapi sama ada Muhyiddin kekal atau keluar dari UMNO, sudah tidak begitu penting, yang penting sekarang ialah Muhyidin mempertahankan dirinya dari tuduhan yang dikenakan ke atasnya sehingga sampai digantung tugas.

Kita mahu dengar, dari mulut Muhyiddin dimana salahnya dakwaan Majlis Tertinggi UMNO yang menggantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden kerana tidak membantu Presiden?  Respon segera Muhyiddin di akaun Facebooknya sebaik keputusan itu dibuat, tidak menjawab persoalan tersebut.