Sunday, December 27, 2015

ERL: Ku Sangka Kan Rosmah, Rupanya Hasmah



Mengikut dokumen Perjanjian ERL yang ditandatangani dengan kerajaan pada 1997 seperti didedahkan portal Malaysia Today, terdapat nama Dato Hj Mohamad Razali Mohd Ali tertera pada dokumen perjanjian itu, menjawat jawaran sebagai Pengerusi Eksekutif YTL.

Siapa Mohamad Razali Mohd Ali ini?

Menurut sumber, dia adalah ipar kepada Mahathir, adik kepada Siti Hasmah Mohd Ali dan juga bekas Menteri Besar Selangor yang dilantik Mahathir pada tahun 1985.

Jika ini benar, bermaksud Mahathir menggunakan proksi untuk membina kekayaan bagi dirinya dan kerabat Siti Hasmahlah yang beruntung sebab menjadi pilihan utama jika membabitkan projek-projek kerajaan, terutama konsesi.

Maka selamatlah dikatakan disini bahawa YTL bukan sahaja kroni Mahathir, silap-silap ia adalah kepunyaan Mahathir - menggunakan proksi.  Proksi dan Mahathir bukan asing, ketika menjadi Presiden UMNO pun Mahathir mengawal berbilion wang UMNO dengan menggunakan proksi.

Wednesday, December 23, 2015

Zaman Mahathir Kasut Sekolah RM 12, Zaman Najib RM 5


Rakyat Malaysia ternyata mendapat banyak manfaat dari pemilihan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Sejak mengambil alih jawatan, Najib telah berjaya membawa ekonomi negara ini ke tahap lebih baik terutama dalam mengurangkan bebanan kos hidup rakyat.

Tidak ada lagi isu kos sara hidup, yang ada hanyalah isu kos gaya hidup.  Hari ni makan hotel mana, banding dengan dulu (zaman Mahathir), makan ke tak makan hari ini,

Paling mudah sekarang tengok saja harga kasut sekolah.

Seingat penulis dulu, paling murah kasut sekolah berharga RM 12 - ketika awal 90-an dan terus meningkat dari situ.  Tapi pada zaman Najib, kasut sekolah boleh didapati pada harga serendah RM 5, bukankah itu menakjubkan?

Bagaimana ini berlaku sekarang, rahmat buat ibubapa terutama yang ada anak ramai, itulah yang magiknya.  

Monday, December 21, 2015

Kerana Mahathir, Sanusi Keluar 'Fatwa' Program Haji Tajaan 1MDB, Haram


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, mendakwa peserta Haji yang menerima tajaan Yayasan 1MDB adalah haram.

Kenyataan itu jelas memeranjatkan semua jemaah haji yang menerimaa tajaan sebelum ini, malah ada yang mengelengkan kepala dengan keyataan yang dikeluarkan itu.

Mahathir Guna 'Kuda Tua' Yang Penuh Skandal Untuk Serang Najib


Nampaknya mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir masih belum dapat 'tidur lena' selagi hasratnya untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak tercapai.

Walaupun pelbagai cara dan kaedah telah digunakan, namun ternyata 'gerakan tolak Najib' seperti bertemu jalan buntu.

ERL: Kewajaran MAB Bayar RM 5 Untuk Setiap Penumpang KLIA Kepada YTL?


Terdedahnya perjanjian konsesi antara pengendali ERL, YTL dengan kerajaan Malaysia, agak mengejutkan kita semua kerana baru kita tahu selama ini kerajaan Malaysia (melalui Malaysia Airport Berhad) diwajibkan membayar RM 5 untuk setiap penumpang kapal terbang di KLIA.

Sehinggakan katanya diwujud KLIA2 untuk mengurangkan bayaran yang sia sia ini.

Persoalannya, bolehkah Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika konsesi ini dianugerahkan pada 2002 (perjanjian asal pada tahun 1997), menjelaskan kepada rakyat Malaysia bagaimana perkara ini boleh berlaku>

Apakah kewajarannya kerajaan terpaksa membayar buta kepada YTL (yang juga kroninya) untuk perkhidmatan yang belum tentu digunakan oleh penumpang KLIA pun?

Friday, December 18, 2015

PERKASA Antara Dalang Disebalik Gerakan Anti-Najib



Umum mengetahui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah merupakan dalang sebenar disebalik gerakan untuk mengulingkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Namun tidak ramai yang tahu selain Mahathir, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) turut terlibat dan memainkan peranan dalam gerakan tersebut.


Shafie Afdal 'U-Turun' Dijangka Kembali Sokong Najib



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal yang sebelum ini terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dikatakan akan 'u-turn' tidak lama lagi.

Menurut sumber 'orang-orang' Shafie dikatakan telah mengaturkan beberapa perjumpaan sulit bersama 'orang-orang' Najib bagi meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Thursday, December 17, 2015

Penyokong Muhyiddin Mengamuk, Dakwa Mahathir Main Politik Kotor



Saban hari pentas politik Malaysia dilihat semakin menarik dan panas dengan pendedahan demi pendedahan khususnya yang melibatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru para penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan mengamuk dan marah dengan tindakan Mahathir yang dikatakan bermain politik kotor.

Justo Mengaku Jumpa Pegawai Khas Mahathir



Ramai yang marah dan tidak percaya dengan pendedahan berhubung penglibatan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir dalam isu 1MDB suatu ketika dahulu.

Malah ada yang mendakwa ia merupakan tuduhan yang jahat untuk menburuk nama dan imej Mahathir sebagai negarawan.

Wednesday, December 16, 2015

Pasca PAU2015: UMNO Menolak Najib Terbukti Satu Persepsi


Berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang lepas, musuh-nusuh politk Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya insaf bahawa Presiden ke-7 UMNO itu masih lagi kukuh pada kedudukannya dengan tidak ada siapa mampu mencabar lagi - setakat inilah.

Jadi yang dok kata Najib sudah semakin hilang sokongan tu, silalah jilat kembali ludah anda kerana terbukti UMNO masih kukuh di belakang  Najib.  Yang tak beberapa kerat cawangan UMNO nak Najib turun tu, ternyata satu drama yang dibuat buat.

Bukan betul-betul pun.  Malah menurut maklumatnya, kalau diperhalusi satu persatu mereka yang terlibat, hanya seorang 2 sahaja yang benar-benar ketua cawangan, yang lain tu adalah pemegang jawatan lain dalam UMNO  tersebut.

Tapi kena guna nama Ketua Cawangan jugaklah, baru nampak ada garang sikit.

Kalau Nak Kira Kos, Switzerland Akan Jadi Negara Kosong Tanpa Manusia


Kenaikan tambang pengangkutan awam baru-baru ini menjadi modal terbaru pembangkang untuk menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Seolah-olahnya menyeksakan sungguh duduk di negara ini dan kalau Muhyiddin mengambil alih, segalanya akan jadi baik.

Hakikatnya, kita bukanlah antara negara dengan kos hidup paling tinggi untuk didiami di dunia ini.

Menurut banyak kajian yang dibuat, setakat 2015, negara paling tinggi kos hidupnya adalah Switzerland dengan Indeks Harga Penggunanya (CPI) mencecah 124.51 mata.

Sebagai perbandingan, CPI di Malaysia hanyalah 41.72.

Sungguh pun begitu, Switzerland bukanlah negara yang tidak ada penghuni.  Statistik menunjukkan hampir 8 juta orang menduduki negara tersebut pada tahun 2015 - tak hairan kenapa negara itu tidak seramai Malaysia (30 juta) kerana kos kehidupannya terlalu tinggi.

Friday, December 11, 2015

Mahathir Boleh Dakwa Kejayaan UMNO Miliknya, Kenapa Najib Tidak?


Mahathir cukup sakit hati bila matanya sendiri melihat bagaimana perwakilan UMNO dalam PAU 2015 masih memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih pedih lagi bila Najib dengan selamba badak saja mengutuk Mahathir dan kuncu-kuncunya di atas pentas utama, Muhyiddin dan Shafie dalam ucapan dasarnya.

Ini adalah sesuatu yang tidak dijangka Mahathir.  Menurut sumber terdekatnya, Mahathir menyatakan rasa menyesal kerana menyertai Perhimpunan kali ini akibat dikutuk Najib (secara tidak langsung) secara berdepan.

Maka tidak hairanlah kenapa Mahathir begitu berang.  Dalam sidang media kilatnya sebaik ucapan Najib selesai, dari banyak banyak perkara yang Najib sentuh, satu atau dua saja yang Mahathir pilih untuk ulas, salah satunya ialah konon Najib mengambil jasa UMNO dan menjadikan miliknya.

Hakikatnya Najib tidak pernah berkata begitu, apa yang Najib rujuk ialah jasa UMNO.  

Sekalipun kalau Najib mahu mendakwa itu jasanya, kenapa tidak?  Dari segala segi beliau adalah layak untuk menerima pengiktirafan tersebut kerana sememangnya beliau banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.

Thursday, December 10, 2015

Mahathir & Muhyiddin Akan Keluar Dewan Masa Najib Berucap


Hari ini di PWTC, situasinya dijangka panas atas 2 perkara.  Pertama, setelah keputusan MT malam tadi melarang Muhyiddin dari buat ucapan pengulungan dan kedua, kehadiran Mahathir ke mesyuarat tersebut.

Mahathir datang, Paklah tak datang, Paklah datang, Mahathir tak datang - macam itulah bencinya, tapi penulis tak salahkan Paklah, memang apa yang Mahathir buat kepadanya tu dahsyat.

Jadi memang boleh jangka panaslah.

Ada maklumat mengatakan, Mahathir datang ni semata-mata nak buat kecoh dan malukan Najib.  Dikatakan, tengah-tengah Najib berucap tu nanti, Mahathir dan Muhyiddin akan serentak meninggalkan mesyuarat sebab panas hati dengar apa Najib nak cakap.

Wednesday, December 9, 2015

Muhyiddin Tak Datang Malam Tadi Siapa Pulak Larang?


Sejak beberapa bulan selepas dipecat, Muhyiddin Yassin cuba memberi gambaran bahawa dia dibuang kerana ada suatu yang salah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengendalikan isu berkaitan 1MDB.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin juga seringkali mengeluarkan kenyataan ada cubaan untuk menutup mulutnya dari bercakap, tambah bila Ketua sayap minta mereka yang rasmi mesyuarat sayap masing-masing, bukan Muhyiddin seperti mana biasa (biasa, bukan mesti dia), lagilah meroyan Muhyiddinnya.

Tapi semalam, Muhyiddin gagal hadir dalam majlis amanat Presiden yang disampaikan kepada semua perwakilan.  Kerusi yang dikhasan untuknya kosong saja, Najib gentleman saja disebelaj menanti orang yang nak dia bercuti ni.  Tak alih pun kedudukan kerusi tu.

Memang Pahlawan Bugis betul, tapi Pahlawan Jawa pulak tak datang.

Kita tak pulak kita tahu ada sesiapa menghalang Muhyiddin dari masuk kerana sekutunya dalam gerakan menentang Najib, Shafie Afdal ada hadir.

Tuesday, December 8, 2015

Mahathir 'Kencing' Kat Mulut Lebih Kerap Dari Kencing Kat Bawah


Menurut teman yang hadir ke majlis Muhyiddin dan Mahathir malam tadi di Kg Baru, bekas Perdana Menteri itu dilihat beberapa kali meninggalkan pentas untuk membuang air kecil.

Umur macam Mahathir ni memang biasa kerap kencing macam itu, masalah prostat tu kalau tanya dengan doktor.  90 dah, nak sihat macam mana lagi ye tak?  Tunggang kuda kerap pulak, lagi menjadi-jadi masalah prostat tu.

Apa pun, yang kita nak cakap hari ni bukan pasal prostat Mahathir, itu biasalah untuk orang tua banyak dosak macam dia.  Kita nak sentuh sekarang, dahlah kencing kat bawah tu kerap, 'kencing' yang kat mulut ni kurang-kurangkanlah patutnya.

Ini tidak, macam mana kerap kencing kat bawah tu, kencing yang kat mulut ni pun makin menjadi jadi juga nampaknya, tidak ada tanda nak berhenti.

Monday, December 7, 2015

Muhyiddin Umum Nak Lawan Najib Malam Ni, Betul Ke?


Dah banyak tersebar di merata tempat katanya Muhyiddin akan umum untuk menentang Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang (jangka tahun 2018) dalam satu majlis di Kg Baru malam ini.

Dengan Muhyiddin ibarat burung patah sayap, dengan macam mana dia  nak lawan Najib 2018 nanti? - kalau betul lah cerita ni.

Muhyiddin berperang dengan Najib pasal isu 1MDB saja, itupun sebab Mahathir yang suruh, faham sajalah yang hilang pegangan dalam syarikat-syarikat IPP yang 1MDB beli (sebelum jual kepda CGN China) ialah syarikat milik kroni-kroninya.

Isu itu pulak sekarang nampak macam dah nak selesai bila sebahagian besar hutang RM 42 billion tu dah hampir diselesaikan, apa modal lagi Muhyiddin ada untuk lawan Najib?  

Friday, December 4, 2015

Muhyiddin Kalau Berani Tunjuk Muka PAU Nanti, Memang 'Hebat'lah!!


Isu 1MDB ini nampaknya semakin selesai.  Pengurangan hutang sebanyak RM 18 billion hasil penjualan Edra baru-baru ni membuktikan bahawa duit RM 42 billion yang dikatakan hilang tu sebenarnya wujud, ada asetnya, ada nilainya.

Mahathir pun dah mengaku dia buat andaian saja duit tu hilang, bukan ada bukti sama sekali.

Isu duit RM 2.6 billion itu pun dah semakin hampir selesai.  Penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen semalam menjelaskan bahawa wang itu bukanlah rasuah tapi derma untuk tujuan dana politik.

Bila bukan rasuah, takde la sudah isu sebab takde kesalahan dilakukan disitu.  

Pembangkang mesti dah buat aduan kalau Zahid menipu, tapi sebab dah dijelaskan dengan fakta-faktanya sekali, maka tak nampak dimana masalahnya lagi dah.  Tunggu sajalah siasatan SPRM hujung bulan ni selesai.

Thursday, December 3, 2015

ERL: Kalau Ikut Mahathir, Tambang Patut Naik RM 29 Bukan RM 20


Dari mula buat projek macam ERL ni memang kerja gila.  Malah buat KLIA tu pun kerja gila juga, apa tak ada kawasan lain yang lebih dekat boleh dibuat lapangan terbang pada waktu tu, kenapa mesti jauh ke Sepang sana?

Bila buat jauh, dah tentulah kos nak sampai pun tinggi sebab soal jarak.  

Sebetulnya, ERL ni adalah cara Mahathir mempelbagaikan sumber kekayaan untuk kroni-kroninya.  Seperti yang kita tahu, projek ERL ini Mahathir anugerah konsesinya kepada YT tahun 1997, belum KLIA siap dan beroperasi pun.

YTL dengan Mahathir faham faham sajalah.

Menurut sumber dari Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), YTL (sebut Mahathir), meminta kerajaan menaikkan tambang sebanyak RM 29 dari kadar sedia ada, RM 35 untuk perjalanan terus ke KL Sentral.

Kerajaan bagaimanapun hanya membenarkan RM 20 saja, itu yang jadi RM 55, kalau tak RM 64 kena bayar.  Begitu pun tak semua pengguna ERL kena banyar banyak tu kerana pilihan sentiasa ada, dalam ERL sendiri dan juga perkhidmatan pengangkutan awam yang lain macam bas, LRT, Komuter dan teksi.

Tuesday, December 1, 2015

UMNO Parti Najib, Mahathir Ahli UMNO


Kata Mahathir, UMNO kini dah jadi parti Najib Razak.  UMNO yang dia tubuhkan tahun 1988 dulu, (bukan 1946), dah tukar tangan. Bak kata balaci-balacinya, UMNO kini sudah jadi Najib Sdn Bhd.

Hari tu wartawan tanya nak keluar parti ke tidak, Mahathir jawab UMNO PARTI SAYA, NAK KELUAR BUAT APA?

Oh, UMNO parti dia, tak sampai beberapa lama lepas tu, UMNO dah jadi parti Najib pulak?  Macam teruk sangat bunyinya kan?

Tapi sedarkan kita, Mahathir juga masih ahli UMNO yang dikatakan parti Najib tadi tu, dia belum keluar lagi.  

Jadi apa sebenarnya nak Mahathir cakapkan ni bila dia kata UMNO dah jadi parti Najib tapi dia sendiri masih ahli UMNO?

Monday, November 30, 2015

Apa Yang Mahathir Beritahu Penyokong-Penyokongnya?


Membaca blog pro Mahathir seperti blog Jebat Must Die ini, kita jadi hairan apa yang diberitahu Mahathir kepada penyokong-penyokongnya mengenai 1MDB serta dana RM2.6 billion yang dimasuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Yang kita semua tahu, RM 2.6 billion itu bukan wang rasuah tapi wang derma (SPRM pun sudah sahkan) dan 1MDB membuktikan bahawa RM 42 billion hutangnya yang Mahathir katakan hilang sebenarnya ada, buktinya adalah penjualan dan penghapusan hutang Edra dari 1MDB baru-baru ini yang bernilai hampir RM 18 billion.

Meleset benar nampaknya fahaman orang-orang Mahathir yang cuba lari dari tajuk hutang dengan cerita yang tidak berkenaan mengenai 1MDB.

Apakah bodohnya orang ini dengan mengatakan kononnya KALAU bon RM5 billion yang dijamin kerajaan gagal, ia boleh DIANGGAP sebagai duit pembayar cukai kerana kerajaan yang perlu menjelaskan bon tersebut.

Pertama, bon itu dan 1MDB belum gagal lagi, kedua ia tidak ada kena mengena dengan kelulusan membawa wang ke luar negara oleh 1MDB pada tahun 2013 yang ditarik balik Bank Negara baru-baru ini - ini 2 cerita yang langsung tidak ada kena mengena sama sekali!!

Begitu juga dakwaan konon Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan CEO Lembaga Hasil yang dikatakan tutup mata dengan 'kesalahan' yang dilakukan 1MDB tanpa menjelaskan apakah dia bentuk kesalahan itu dan jika ada sekalipun, kenapa bukti yang berkaitan tidak diserah kepada agensi penguatkuasa berkaitan?

Disamping itu ada juga tuduhan yang cuba mengatakan Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima dana sebanyak RM40 juta!!  Dimana bukti untuk tuduhan ini?  Setakat nak sembur air liur, kita pun boleh lebih dari itu.

Ketiga-tiga mereka (Pengerusi SC, CEO Lembaga Hasil dan Ds Rosmah) mungkin perlu menimbang untuk mengambil tindakan undang undang terhadap penulis blog berkenaan.

Apa pun, ini gambaran apa sebenarnya yang berlaku dalam gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dijalankan oleh Mahathir, kelam kabut, keliru dan tidak ada hala tuju.

Dari Najib yang salah, kepada semua orang pun salah, yang tak salah hanya Mahathir seorang.

Mulut Muhyiddin Tak Ditutup, Tapi Mana Komen Pasal Penjualan Edra?


Muhyiddin sering kali mendakwa ada cubaan untuk menutup mulutnya dari bercakap tentang 1MDB yang dikatakan sebagai punca utama kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak melucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Julai lepas.

Setahu kita, mulut Muhyiddin tidak pernah ditutup.  Kalau dia menjadikan alasan tidak mendapat liputan media arus perdana yang pro kerajaan, media arus perdana yang tidak pro kerajaan seperti Sinar Harian, Astro Awani dan sebagainya, bila-bila masa sanggup memberikan slot eksklusif kepada Muhyiddin, sesuai dengan fungsi mereka sebagai batu api.

Rakyat nak tahu sekarang, apa komen Muhyiddin tentang penjualan Edra yang mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM 18 billion (hampir) hasil bayaran tunai dan pengambilalihn hutang oleh syarikat China, GDN.

Isu jual kepada siapa atau mengapa, itu tidak penting kerana kita semua masih ingat (belum lagi nyanyuk), Muhyiddin dan ketuanya, Mahathir, bercakap tentang hutang RM 42 billion 1MDB yang kononnya bukan hutang tapi wang yang telah hilang.

Friday, November 27, 2015

Muhyiddin Perlu Bersyukur Tidak Dibuang


Kalau ikut cakap-cakap orang politik, Muhyiddin Yassin menyimpan kuku, tunggu peluang sempana perhimpunan Agung UMNO yang akan datang sebelum nak dedah semua rasa tidak puas hatinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seterusnya menjawab persoalan kenapa Muhyiddin jarang bersuara tentang isu 1MDB yang dikatakan jadi punca utama dia dipecat pada hujung Julai lepas - selain kegemaran Muhyiddin bercakap depan crowd  yang ramai untuk dapat kepuasan maksimum kutuk Perdana Menteri.

Dia dikatakan tunggu peluang bercakap atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden membuka mesyuarat sayap-sayap dalam PAU 2015.  Rancangan ini rasanya dah dapat dihidu awal dan atas sebab itulah ketua-ketua sayap mahu mereka sendiri yang buka mesyuarat, bukan Muhyiddin.

Apa pun, cakap pasal 1MDB, tak pasti apa lagi tentang syarikat tersebut yang Muhyiddin tidak puas hati sebab nampaknya semua berjalan ikut perancangan.  

Penjualan Edra baru-baru ini mengurangkan hutang dan liabiliti 1MDB sebanyak RM 18 bllion lagi seterusnya menafikan dakwaan Muhyiddin dan Mahathir bahawa RM 42 billion telah hilang begitu saja.

Tuesday, November 24, 2015

Mahathir, Berhentilah Peralat Ketua Cawangan


Untuk makluman semua, gerakan menghasut dengan memberi wang kepada ketua-ketua cawangan UMNO di seluruh negara bagi mendesak perletakan jawatan Datuk Seri Najib ini, dalangnya adalah Mahathir dan culai-culainya.

Manusia macam Sufi Yusof.

Tak payah nak gebanglah sebab kita tahu ini semua kerja Mahathir.  Masa mesyuarat UMNO tempoh hari, berapa sangat cawangan yang  minta Najib letak jawatan, tak sampai sepuluh tapi sekarang kita diberitahu, 200 cawangan nak Najib letak jawatan.

Mereka ni semua buat keputusan atas dasar apa?  Kalau hasil dari mesyuarat yang kononnya akar umbi mahu Najib letak jawatan, kenapa masa mesyuarat hari tu takde resolusi pun didaftar ke bahagian-bahagian?

Jadi nampak banyak yang tak betullah.  Berpolitik ni perlu ikut majoriti, bukan ikut cakap seorang dua ahli, taraf ketua cawangan pulak tu, kalau bahagian tu lainlah cerita.

Monday, November 23, 2015

Benarkah Ada Gerakan Khairy Untuk Malukan Najib Di PAU 2015 Nanti?


Semalam tersebar sebuah carta yang menunjukkan gerakan jahat beberapa pihak untuk memalukan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perhimpunan Agung UMNO 2015 yang akan diadakan Disember nanti.

Antara lain, carta tersebut mengaitkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin sebagai antara 'kepala' yang akan mengatur gerakan unutk memalukan Najib nanti.  Peranan Khairy dalam gerakan hampir sama sebelum ini bukanlah satu rahsia lagi, semua orang pun tahu.

Tinggal lagi dia bijak menyembunyikan diri dengan menggunakan Exco Pemuda tertentu untuk bertindak bagi pihaknya.

Kehadiran carta ini bagaimanapun mengubah segalanya.

Saturday, November 21, 2015

Mahathir Bayar Untuk Jumpa Presiden US, Najib Tak Perlu


Di dorong oleh rasa cemburu dan sakit hati, Mahathir semalam memperlekehkan kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kenegara ini - buat kali kedua hanya dalam tempoh setahun.

Kita boleh faham perasaan ini kerana belum pernah dalam sejarah Presiden USA datang ke negara ini dua kali setahun, bahkan bukan itu saja, 2 pemimpin utama kuasa besar dunia yang lain, Presiden Rusia dan China turut hadir dalam masa yang sama.

22 tahun memerintah Malaysia, tak pernah perkara ini berlaku, 3 pemimpin utama dunia datang serentak ke negara kita. 

Cakap pasal USA saja, seorang Naib Presiden USA yang datang pun, Al Gore, mengambil peluang berada disini untuk menyokong Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi secara terbuka - seterusnya memalukan Mahathir di negaranya sendiri.

Wednesday, November 18, 2015

Sokong Budget, Muhyiddin Dan Ku Li Sedar Mahathir Seorang Penipu


Ramai yang melahirkan rasa terkejut apabila bekas timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyokong pembentangan budget 2016 Isnin lalu.

Malah ahli parlimen Gua Musang itu ketika ditanya mengenai tindakan itu berkata sokongan undi bajet 2016 itu menunjukkan bahawa Najib masih mempunyai sokongan kuat di kalangan wakil rakyat BN.

Mahathir Tolak Sokong Vape Untuk Tarik Sokongan Majoriti



Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan penggunaan vape atau rokok elektronik sama sahaja bahayanya dengan rokok biasa.

Walaupun kenyataan tersebut dilihat sebagai kenyataan biasa, namun di kalangan pemerhati politik ia disifatkan sebagai 'pendekatan selamat' dalam mencari populariti dan sokongan rakyat.

Tuesday, November 17, 2015

Perasaan Mahathir Bila Muhyiddin Sokong Bajet 2016?


Orang kanan Mahathir dalam gerakan nak menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin semalam, hadir sekejap semata-mata untuk menyokong Bajet 2016 sebelum meninggalkan Parlimen.

Kemana dia selepas tu tak penting, tapi yang penting, dia hadir semata-mata nak mengundi menyokong Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 23 Oktober lepas.

Dengan kegagalan Bajet 2016 ini diluluskan boleh disama erti dengan undi tidak percaya ke atas Najib, maka sokongan Muhyiddin ini besarlah kiranya walaupun nampak sangat tidak ada keikhlasan disitu.

Ikhlas ke tidak bukan isunya sekarang, isunya sekarang ialah apa perasaan Mahathir bila orang kepercayaannya sendiri mengkhianati kepercayaan tersebut dengan menyokong Bajet 2016 seterusnya menyokong Najib kekal jadi Perdana Menteri.

Mahathir kita tahu pelobi utama dalam nak melihat Bajet ini gagal.  Dia dan orang-orangnya berusaha nak mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen BN untuk tidak menyokong Bajet tersebut.  Tapi sebaliknya, jangan kata ahli parlimen BN (termasuk Muhyidin), ahli parlimen pembangkang pun  ada sokong.

Monday, November 16, 2015

Mahathir Dalang Parti Baru Di Sarawak?


Menurut khabarnya sebuah parti baru ditubuhkan di Sarawak.  Penubuhannya begitu mengejutkan kerana selain muncul secara tiba-tiba, tiada bekas pemimpin dari parti politik sedia ada yang menyertai parti tersebut, semuanya muka baru.

Sebelum ini, sebuah parti baru bernama TERAS yang dianggotai beberapa Ahli Parlimen dan ADUN BN telah ditubuhkan, tak pasti sama ada parti ini didaftarkan atau tidak.

Lebih menarik lagi, parti yang berasas kaum dayak itu dikatakan diuruskan penubuhannya oleh pengikut setia Mahathir, Shafie Afdal.  Shafie adalah pemimpin UMNO yang berasal dari Sabah, tak pasti dengan apa cara dia boleh terlibat dengan parti dayak ini.

Tak hairanlah kenapa parti baru ini begitu rahsia sekali penubuhannya, RoS pun tak berbunyi apa, tahu-tahu sudah berdaftar saja.  Siapa Presiden dan jawatankuasa yang lain pun kita tidak tahu, cuma yang dimaklumkan, parti ini ditubuhkan oleh 2 individu bergelar Tun dan Datuk Seri.

Sunday, November 15, 2015

Ramai Ahli UMNO Punca Mahathir Tak Datang Sesi Penerangan Semalam?


Menurut beberapa macainya di media sosial, Mahathir tidak menghadiri sesi penerangan dan soal jawab mengenai beberapa perkara penting seperti 1MDB, TPPA Sabtu lepas, kerana sesi tersebut dihadiri ramai ahl UMNO.

Apa kena mengenai ahli UMNO ramai dan Mahathir taknak datang?  Mahathir pun ahli UMNO, masalah apa?  Mahathir datang Bersih yang 100% penyokong tegar Anwar dan bekas pemakinya masa jadi PM dulu, tidak ada masalah, takkan nak datang majlis yang diramaikan ahli UMNO pulak Mahathir ada masalah.

Takkan Mahathir nak majlis tu diramaikan orang pembangkang baru nak datang kot?  Itu majlis penerangan bagi yang masih tak terang, disampaikan pulak oleh orang yang betul-betul arif tentang selok belok isu yang nak dibahaskan.

Friday, November 13, 2015

Hapus JAKIM: Mahathir Makin Jauh Dari Agama


Penulis sesungguhnya sangat sedar bahawa kenyataan Mahathir mengenai pemansuhan JAKIM seperti yang dicadangkan Tawfik Ismail, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail, telah diputar belit portal berita pembangkang.

Kalau baca Utusan, banyak yang Mahathir sebut dan ulas tentang cadangan Tawfik tu, bab yang Mahathir kata rakyat ada pilihan untuk hapuskan JAKIM (seperti diputar belit pembangkang), adalah sebaris.

Tapi itu salah Mahathir sendiri, siapa suruh dia cakap tak pakai otak? Dah tahu dah puak puak ni hanya tunggu macam mana nak putar belit kenyataan dia, lagi nak cakap macam tu, memang kenalah.

Dalam pada itu, meneliti keseluruhan kenyataan Mahathir, nampak sangatlah bahawa Mahathir pada usia nak menghampiri mati ini, dia semakin jauh dari agama.

Kalau ada agama, Mahathir sepatutnya mempertahankan JAKIM at all cost, bukan lagi bercakap "di tengah-tengah" - JAKIM boleh dihapuskan kalau rakyat mahu ia dihapuskan.

Wednesday, November 11, 2015

Majlis Orang Tua: Mahathir Mengaku, Mahu Perdana Menteri Jadi Lembu Dicucuk Hidung


Akhirnya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad hari ini mengakui mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sebuah majlis yang dianggotai orang yang lebih tua bagi 'membimbing' perdana menteri dalam menerajui kerajaan.

Dalam erti kata 'Majlis Orang Tua' yang diwujudkan itu akan memastikan tidak lagi bebas membuat sebarang keputusan berhubung hala tuju negara.

Kenyataan Makan Diri, Tun Mahathir Terkena Pukulan KO


Pasti ramai yang sudah membaca kenyataaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berhubung cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Paling menarik apabila kenyataan Salleh itu seperti memberi satu pukulan maut terhadap Mahathir atau dalam bahasa mudah tumbukan KO.

Johari Ghani Cuba Sabotaj Najib?


Dilihat dari beberapa kenyataan dan tindakannya kebelakangan ini. kelihatan Timbalan Menteri Kewangan yang baru, Datuk Johari Abd Ghani ni macam nak mensabotaj Datuk Seri Najib Tun Razak dari dalam.

Tak berapa lama selepas dilantik jadi Timbalan Menteri Kewangan. Johari membuat kenyataan bahawa syarikat Telco diarah untuk tidak mengenakan caj GST sebanyak 6% ke atas kad pra bayar bermula 1 November yang lepas.

Walhal tarikh kuat kuasa perkara itu adalah pada Januari tahun depan seperti yang diumumkan oleh Najib dalam bajet 2016.  Dek kerana itu, kerajaan teruk dihentam dalam Facebook oleh penyokong pembangkang yang memang tunggu silap pemimpin BN macam Johari.

Baru-baru ini, Johari buat hal lagi bila dia masuk campur dalam hal pembinaan rumah mampu milik DBKL bila dia mempertikaikan kemampuan pemaju Era Ecoland sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Sunday, November 8, 2015

Council Of Elders: Nak Jadikan Malaysia Setaraf Puak Amazon Kah?


PENGAKUAN Tawfik Ismail, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail akan cadangan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad nak mewujudkan Council of Elders (Majlis Orang Tua) untuk menasihat (atau menentukan?) bakal Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah sama seperti cubaan untuk membawa Malaysia ini balik ke zaman hutan dan rimba.

Setahu penulis, konsep macam ini masih wujud dan diamalkan oleh puak-puak asli Amazon sana dan sekarang Mahathir nak laksanakannya di Malaysia?  Dah jadi apa konsep demokrasi yang kita amalkan?

Menariknya, sementara bakal Perdana Menteri kena lalui segala macam proses di peringkat parti dan nasional, orang yang nak duduk Council of Elders ini pulak hanya dipilih "secara tangan" - handpicked oleh siapa, Mahathir sendiri kot?

Apa pun, bukan melalui undi dan pemilihan.

Friday, November 6, 2015

Bila Rafizi Terlibat, Debat Tukar Jadi Kempen Politik


BAGUSLAH bila Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy menolak untuk berdebat dengan Rafizi, bila Tony Pua yang mula-mula mencabarnya berdebat dulu, menarik diri atas alasan kononnya Speaker tak bagi (Speaker yang sama juga larang Arul sebagai saksi PAC dari terlibat debat).

Inilah politik parti pembangkang, bahagian yang Speaker larang Tony tu dia highight besar-besar, sementara bahagian yang Speaker halang Arul pun dari terlibat, dia pendam dan diam - sebab itu pembangkang namakan Rafizi sebagai pengganti.  Kalau isunya hormat Speaker, buat apa nak namakan Rafizi pulak, batalkan teruslah?

Nampak permainannya tu?

Lagipun pemilihan Rafizi ini menampakkan bahawa pembangkang, terutama DAP sudah tidak ada siapa yang nak diketengahkan untuk berhadapan dengan Arul.  Rafizi ini kita tahulah, dia hanya minat nak politikkan keadaan, bukan nak cari jawapan dari Arul.  Penulis tak hairan kalau debat ini tukar jadi kempen politik bila Rafizi terlibat.

Thursday, November 5, 2015

Tak Debat Pasal Botak, Bodoh Statement Ni, Balaci Taknak Troll?


Bodoh benar rasanya kita bila Rafizi memutuskan untuk mengelak dari berdebat dengan Arul Kanda pasal 1MDB kerana kepala kedua-dua mereka botak!!  Tak elok katanya 2 orang botak berdebat - wad gila mana punya ajaran dia ambik pun kita tak tahu.

Ini kenyataan yang jelas kebodohannya, dibuat pulak oleh orang yang kononnya cerdik. Apasal balaci taknak troll, pasal yang cakap ni orang kau sendiri ya?

Jangan pemimpin UMNO kang, lain dia cakap, lain yang kau faham.  Lepas tu buat poster ikut faham sendiri, ramai-ramai maki poster yang sebenarnya puak kau buat sendiri, ni gila namanya, bukkan bodoh lagi dah.

Apa pun yang penting untuk rakyat dan pengundi atas pagar tahu, ini semua politik sajalah sebab motifnya sekarang bangkit kebencian.  Seolah-olahnya UMNO ni teruk sangatlah, sebab itu dibuat macam-macam hebahan yang tidak benar.

Tuesday, November 3, 2015

JDT Menang Cara Paling Aneh, Tak Layak Dapat Pengiktirafan Negara


Bangsa-bangsa Johor sudah pasti sedang bergembira dengan kejayaan pasukan bolasepak mereka menjuarai piala AFC Sabtu lepas.  Sana sini dengar bangsa Johor bercakap mengenainya seolah-olah sudah jadi juara dunia.

Macam mana menang, itu sudah tidak peduli, asal menang sudah.

Sementara kita akui kemenangan ini memang mencatat sejarah sebab belum pernah ada pasukan dari negara kita yang menang, tapi hakikatnya banyak yang tidak kena dengan cara JDT menjuarai piala tersebut.  

Dua kali layak secara percuma bila pasukan yang sepatutnya mereka berlawan, dibatalkan penyertaan akibat masalah campur tangan oleh kerajaan mereka kononnya, 4 kali gol pasukan dari Tajikistan, FC Istikiol dibatalkan oleh penjaga gol dari Jepuin Minoru Tojo dalam perlawanan akhir - tindakan yang menarik kemarahan peminat Istikiol yang merasakan ada tidak kena dengan perlawanan itu.

Sunday, November 1, 2015

Agak-Agak Berapa RM Pulak Yang DIbawa Ke Sarawak?


Seperti yang semua orang tahu, 2 balacinya Mahathir sedang ditahan di penjara kerana dakwaan cuba mensabotaj ekonomi negara.  Dua orang inilah yang selalu buat kerja kotor Mahathir dan akhirnya menghadapi tindakan sedangkan Mahathir rileks saja di luar, selamat tanpa gangguan.

Tapi bila balaci yang dua ekor ini tidak ada, susah jugak Mahathir nak meneruskan gerakannya menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Mahu tak mahu terpaksalah Mahathir buat sendiri semua kerja.

Ada beratus ribu pemuja (kononnya) pun tak guna sebab dah banyak kali dibuktikan itu hanya di alam siber, di alam realiti, Mahathir hanya disokong beberapa orang manusia sajalah, itu yang bila balik dari luar negara, jumlah menyambut di lapangan terbang, adalah beberapa orang.

Semalam, Mahatihir turun Sarawak.

Motif sebenarnya tu tak pulak diketahui, tapi sebagai orang yang menganggap diri sebagai Godfather kepada kerajaan Malaysia ini (siapa patut atau tidak jadi Perdana Menteri perlu melalui dia dulu), turunnya Mahathir ke Sarawak mesti ada kena mengena dengan usaha memujuk Ahli Parlimen BN negeri itu untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Thursday, October 29, 2015

Debat 1MDB: Tony Jadi Arang, Mahathir Jadi Debu


Debat yang bakal berlangsung antara Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dengan CEO 1MDB, Arul Kanda, pasti akan jadi perhatian ramai, terutama pengundi atas pagar yang nak tahu cerita sebenar 1MDB untuk dibanding dengan cereka yang Tony selalu sebarkan.

Belum debat itu berlangsung, penulis dah jangka Arul Kanda pasti menang, apatah lagi dia awal-awal dah kata tidak akan tanya sebarang soalan sebaliknya akan jawab semua soalan dari Tony - bukan calang-calang orang berani letak dirinya dalam posisi itu.

Hebat tu.

Begitupun tahukah kita, selain Tony yang bakal kena benam cukup-cukup (tak hairan kenapa Tony mula cari alasan untuk elak debat) dek Arul, ada seorang lagi yang tidak ada dalam sesi debat itu tapi dia yang paling menderita bila Tony kena benam.

7 Jahanam Dalam UMNO Telah Dikenalpasti


Portal berita pembangkang, Malaysian Insider semalam telah mendedahkan 7 ahli UMNO yang bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti kerana cuba mensabotaj parti.

Senarai itu bagaimanapun tidak tepat dan hanya bersandarkan andaian sahaja.

Menurut sumber yang lebih sahih, 6 dari 7 yang telah dikenalpasti sebagai terlibat adalah seperti berikut:-

1.  Mahathir Mohammad (Kubang Pasu)
2.  Muhyiddin Yassin (Pagoh)
3.  Shafie Afdal (Semporna)
4.  Khairudin Abdu Hassan (Batu Kawan)
5.  Jumat Haji Idris (Sepanggar)
6.  Khairul Anuar Rahmat (Kluang)

Wednesday, October 28, 2015

Adam Mukhriz Menangis Ketika Disoal Siasat Pihak Polis


Seorang penjilat tegar Mahathir, dikatakan menangis ketika dipanggil membantu siasatan polis baru-baru ini berhubung satu status yang dikatakan menghina dan berbaur ugutan.

Lelaki yang dikenali sebagai Adam Mukhriz itu dikatakan ketakutan apabila beberapa laporan polis berhubung status yang dimuatnaiknya itu.

Mahathir Mengamuk, Najib Masih Perdana Menteri



Mantan  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengamuk dan kecewa dengan para 'askar upahan siber' yang dibayarkan kerana masih gagal mewujudkan momentum besar untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, Mahathir dikatakan berang apabila gerakan memaksa Najib untuk berhenti seakan bertemu jalan buntu.

Samseng Bola: Tulis Nama Pada Tiket Satu Cadangan Bodoh Dari KJ


Kita fikir dalam ramai-ramai Menteri Kabinet yang Najib lantik, KJ ni mungkinlah yang paling cerdik sebab muda dan lulusan Oxford lagi.

Rupa-rupanya dialah yang paling bodoh, melihat kepada cadangannya semalam agar penonton bolasepak di Stadium, menulis nama dan nombor kad pengenalan mereka pada tiket untuk membenteras gejala samseng bolasepak.

Cadangan nampak ada akal tapi tidak praktikal.

Kalau betul nak dibuat pun, ini akan melambatkan penonton nak masuk ke Stadium.  Tulis nama pada tiket satu hal, yang jaga tiket pun nak kena periksa dulu sama ada maklumat itu sama dengan kad pengenalan atau tidak.

Eh, mestilah nak sama, kalau tidak mana nak tahu siapa samseng dan siapa tidak?  Belum sebut lagi periksa dengan pengkalan data ke senarai ke dimana nama-nama samseng itu didaftarkan.

Tuesday, October 27, 2015

1Bestari.Net: Mahathir Arah Muhyiddin Pilih YTL


Penulis tidak rasa syarikat YTL diberi hak menguruskan program 1Bestari.net oleh Muhyiddin Yassin semasa dijadi Menteri Pendidikan dulu adalah kerana merit, silap-silap ia adalah Mahathir yang suruh Muhyiddin lantik YTl untuk urus projek itu.

Hampir setengah juta guru dan lebih 5 juta pelajar tapi YTL dengan YES 4G nya yang dapat kontrak.  Lain kalau nama besar macam Celcom ke, Maxis ke atau DiGi yang dapat, itu kita tak berapa hairan sebab liputan isyarat syarikat-syarikat ini dah meluas, pengalaman dah bertahun-tahun.

Paling tidak U-Mobile, boleh tahan jugak lajunya tu, ini YES!!

Dalam masa yang sama, Mahathir pun serah pada YES untuk pakej Internet percuma dalam kereta Proton baru.  Tawaran macam hebat, 12 bulan percuma, tapi semua tertipu sebab hanya sebulan saja percuma, lagi 11 bulan dapat rebat yang hanya boleh digunakan kalau pembeli top-up dulu.

Sunday, October 25, 2015

1MDB: Rupa-Rupanya Muhyiddin Bodoh, Padan Kena Buang



Lama kita menunggu apa masalah sebenar Muhyiddin Yassin dengan 1MDB sehingga dia sanggup mengambil risiko kehilangan jawatan.  Semalam baru pertanyaan itu terjawab, tapi dari penjelasan itu sekadar menjelaskan bahawa keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak menyingkirkan Muhyiddin adalah tepat!!

Pertama, Muhyiddin bantah suntikan modal kerajaan kepada 1MDB - sebuah syarikat kerajaan.  Ini amalan biasa kerajaan zaman berzaman, Zaman Mahathir dulu lagi banyak kerajaan suntik modal pada syarikat-syarikat kerajaan.

MAS dan Proton umpamanya dah lama lingkup kalau kerajaan zaman Mahathir tak suntik modal tambahan.  

Projek Bakun, Perwaja (baru sekarang lingkup) pun cerita yang sama.  Malah Mahathir suntik duit kerajaan dalam entiti swasta seperti Renong (kemudian jadi UEM), Bank Bumiputra (sekarang CIMB), Maalayan Banking (sekarang Maybank dan sebagainya.

Lebih buruk lagi, Mahathir arah Petronas beli syarikat kapal anak dia yang sedang nak lingkup - suntik modal jugalah kiranya tu.

Thursday, October 22, 2015

Pelabur Asing: Muhyiddin Patut Warnakan Rambutnya Kuning



Bodoh benarlah nampaknya bila seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, sentiasa duduk dihadapan dalam semua acara penting, bercakap perkara yang tidak benar antaranya pelabur asing lari dari Malaysia melihat perkembangan semasa dalam negara, 1MDB dan sebagainya.

Sedangkan The Global Competitiveness Report 2014-2015 menunjukkan Malaysia menduduki tangga 20 dari 144 negara di dunia!!

Pelabur asing lari macam manakah itu?

Mungkin Muhyiddin merujuk kepada satu situasi dimana pelabur diminta menjelaskan terlebih dahulu komisen yang besar kepada pihak-pihak tertentu (bukan dari kerajaan negeri) sebelum boleh mula melabur.

Itu hanya berlaku dii satu tempat itu saja, bukan di semua tempat dalam negara.  Di tempat lain, pelabur asing masing banyak di Malaysia dan jika mereka berpindah ke luar pun itu adalah kerana isu-isu seperti kos dan sebagainya, bukan ada kena mengena dengan 1MD mahupun situasi politik semasa.

Wednesday, October 21, 2015

Rasuah: Persatuan Bola Patut Diberi Tanah & Projek Untuk Jana Pendapatan


Gejala rasuah bolasepak di negara ini banyak berpunca dari kegagalan persatuan bolasepak negeri menyelesaikan masalah asas pemain seperti pembayaran gaji dan sebagainya.  Ini disebabkan oleh budaya korporat memberi tajaan besar kepada persatuan sukan di negara ini belum subur macam di barat.

Oleh yang demikian, uintuk menyelesaikan masalah tersebut, penulis mencadangkan kerajaan negeri dimana persatuan bolasepak ini bernaung agar menyediakan bidang-bidang tanah bernilai tinggi setiap tahun kepada persatuan bola negeri yang boleh digunakan mereka untuk menjana pendapatan dan meningkatkan kewangan persatuan.

Semua kerajaan negeri juga perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya beberapa projek pembangunan berskala mewah kepada persatuan sukan ini untuk diuruskan mereka, sama ada dari segi memberi kelulusan, urus sendiri, kerjasama dengan syarikat lain dan sebagainya.

Komisen, keuntungan dan hasil yang diperolehi dari penjualan tanah dan kelulusan projek ini boleh menyelesaikan masalah kewangan persatuan bolasepak negeri.  Bukan setakat masalah gaji selesai, persatuan juga boleh mendapatkan pemain yang hebat-hebat bermain untuk mereka dan bayar gaji tinggi melampau, tak perform, ganti orang lain, maklum duit banyak.

Tuesday, October 20, 2015

Heboh Sangat 1MDB, BIla Ada Peluang Taknak Pulak Cakap


Bekas Timbalan Perdana Menteri (tapi masih Timbalan Presiden UMNO) ini mendakwa banyak masalah dengan 1MDB sehingga dia sanggup menggadaikan kedudukan dalam kerajaan demi membantah 'salah laku' yang diperkatakan itu.

Hairannya, sejak dipecat sehingga Parlimen bersidang, sedikit atau tidak banyak yang diperkatakan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan pasal 1MDB.  Paling tidak, beri komen bila ada pihak-pihak berkepentingan buat kenyataan yang tidak memihak kepada kerajaan.

Mungkinlah alasannya bimbang tindakan undang-undang kalau kenyataan yang nak dibuat itu nanti tidak betul, tapi dalam Parlimen, mana ada tindakan undang-undang boleh dikenakan (imuniti), kenapa tak tanya?