Sunday, September 13, 2015

KJ Salahkan FAM, Tak Ikut Undang-Undang Pun


Menteri kurang ajar Khairy Jamaludin ini rasa dia sudah cukup hebat dalam semua perkara hanya kerana bapa mertuanya bekas Perdana  Menteri dan laluannya untuk jadi Menteri juga mudah tak macam orang lain.

Bila ditegur orang lama dalam bolasepak, Zainal Abidin Hassan, si mata kuyu ini menjawab balik dalam nada kehinaan suruh Zainal belajar undang-undang dulu - macamlah Zainal orang baru dalam bolasepak walhal Zainal nama besar dalam bolasepak negara, dari jadi pemain lagenda kepada jadi jurulatih.


Teguran Zainal ke atas Khairy berasas kerana ketika menyalahkan FAM bila berlaku kekecohan penonton di Stadium Shah Alam ketika perlawanan menentang Arab Saudi, Khairy tidak ikut apa undang-undang pun dengan meletakkan semua kesalahan ke atas FAM.

Mana pergi semua prosedur Khairy?  Siapa yang tahu undang-undang, siapa yang tak tahu undang-undang sekarang?

Penulis bagaimana pun tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri semalam semasa merasmikan Liga Bolasepak Rakyat.  Kata Perdana Menteri, dalam hal bolasepak ini, kritik boleh tapi lebih baik bantu FAM.  

Ramai berpendapat kenyataan ini ditujukan kepada Khairy yang nampaknya lebih berminat berperang dari menyelesaikan masalah.  Ironinya, Khairy sendiri tak hadir semasa perasmian semalam dibuat, nampak sangat dia terbawak-bawak dengan emosi.



No comments:

Post a Comment