Penulis tidak rasa satu kebetulan serpihan dari pesawat yang dipercayai MH370, muncul di Lautan Hindi - lebih spesifik di Reunion Island, melainkan satu rahmat dari Tuhan setelah Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatannya.
Malam yang sama Muhyiddin dipecat, malam yang sama serpihan ini dijumpai di Reunion Island.
Jadi tidak salah kalau dikatakan penghalang (dan silap-silap punca) kepada penemuan bangkai pesawat tersebut ialah Muhyiddin sendiri. Dalam kata mudah, Allah swt tidak redha pesawat itu dijumpai selagi Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Ini jelas kerana Muhyiddin Yassin adalah Timbalan Perdana Menteri paling jahat dalam sejarah Malaysia. Jahat kerana dia cakap lain, buatnya lain. Ketika dilantik kali pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri pada April 2009, Muhyiddin pernah meluahkan janji untuk menjadi Timbalan yang setia kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tapi rupanya itu hanya cakap dibibir, kesetiaan Muhyiddin ialah kepada Mahathir sahaja, tidak hairan Mahathir menamakan Muhyiddin sebagai bakal Perdana Menteri jika Najib tumbang. Diakhirnya Najib tidak ada apa-apa, dia yang kena tendang keluar dari kabinet.