Monday, June 29, 2015

Perletakan Jawatan Khairul SukaGuam Satu Konspirasi Mahathir?


Semua pengikut buta tuli Mahathir melihat perletakan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor merangkap Ketua Pemuda Kluang, Khairul Anwar Rahmat macam perkara besar yang boleh membawa keretakan dalam UMNO yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kononnya perletakan jawatan ini petunjuk kepimpinan Najib sedang ditolak ahli-ahli UMNO.

Hakikatnya, ada lebih 7,000 pemegang jawatan UMNO di peringkat bahagian dan berpuluh ribu lagi di peringkat cawangan, dengan apa cara perletakan jawatan satu orang ini boleh menjejaskan UMNO dan Najib?

Nampak sangat Mahathir dan pengikutnya begitu terdesak untuk melihat haru biru berlaku dalam UMNO supaya kalau itu berlaku, mereka boleh mengambil kesempatan dengan meletakan boneka Mahathir sebagai Presiden dan seterusnya Perdana Menteri.

Maka itulah satu perletakan jawatan ini pun dianggap macam besar sangat dan boleh menggegarkan politik UMNO diseluruh negara.

Sebetulnya kalau diberi pilihan, penulis sebenarnya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perletakan jawatan Khairul ini adalah satu konspirasi terancang antara dia dan Mahathir dalam usaha memberi persepsi negatif terhadap kepimpinan Najib.

Sunday, June 28, 2015

Legasi Mahathir Belum Berakhir, Tol & IPP Masih Ada Untuk Rakyat Menanggungnya


Dalam nada kecewa dan seakan-akan merajuk, Mahathir mendakwa legasinya telah dimusnahkan oleh ahli propaganda yang bekerja keras menconteng arang ke mukanya.

Ini sebenarnya permainan simpati, dipercayai bagi menyediakan dirinya pada masa depan sekiranya siasatan pihak berkuasa Thailand menunjukkan pemalsu dokumen 1MDB dan Petro Saudi, Xavier Andre Justo ada kaitan dengan Mahathir dan ia adalah Mahathir yang membayar sejumlah wang yang besar agar semua dokumen itu dipalsukan Justo.

Tapi untuk menjawab kebimbangan Mahathir, penulis ingin katakan bahawa legasinya belum musnah lagi malah tidak terjejas pun dengan apa yang bakal menimpanya dalam soal penahanan Justo di Thailand sekarang.

Paling tidak, imej Mahathir sajalah yang akan terjejas tapi itu bukan masalah kerana sudah wujud sekumpulan pentaksub dimana tahap ketaksuban mereka kepada Mahathir sudah begitu tinggi sekali, cuma belum sampai ke tahap mengukir wajah Mahathir dari batu saja untuk disembah beberapa hari sekali.

Setakat fitnah, adu domba malah mencarut sekalipun yang keluar dari mulut Mahathir, kelompok petaksub ini bersedia menyokongnya pada bila-bila masa.

Hakikatnya, rakyat masih perlu menanggung legasi Mahathir dalam bentuk perjanjian berat sebelah, bertahun-tahun panjang lamanya dalam bentuk penjualan tenaga bebas (IPP) dan tol di lebuhraya,  

Semua ini adalah legasi yang akan kekal buat satu jangka masa yang panjang, diwujudkan semata-mata untuk memastikan kroni-kroninya Mahathir kekal kaya sepanjang masa. Kroni Mahathir yang kaya, Mahathir dan keturunannya kaya, rakyat yang tanggung bebannya.

Pada saat kebanyakan dari perjanjian-perjanjian ini tamat nanti, cucu Mahathir yang paling muda hari ini pun mungkin sudah mempunyai cucunya sendiri - begitulah impaknya.

Tak faham apa yang Mahathir bimbangkan sangat tentang legasinya?

Palsu Dokumen 1MDB: Siapa Pembida Tertinggi, Mahathir?


Laporan awal dari siasatan polis Thailand menyebut, bekas Eksekutif Petro Saudi, Xavier Andre Justo telah menjual maklumat dalaman syarikat tersebut, antaranya transaksi perniagaan mereka dengan 1MDB kepada pembida tertinggi untuk menampung kehidupan mewahnya di Koh Samui. 

Persoalannya sekarang, siapakah pembida tertinggi yang dimaksudkan itu, adakah Mahathir?

Kita tidak percaya pembidanya ialah Sarawak Report kerana diketahui sekarang Justo tidak ada kaitan dengan portal berkenaan.  Menurut siasatan polis Thailand, ada orang tengah yang menyampaikan semua dokumen yang dipalsukan Justo kepada portal tersebut.

Lagipun, adakah Sarawak Report mempunyai sumber wang yang banyak untuk membayar Justo bagi mendapatkan semua dokumen berkenaan?  Kita tidak percaya Sarawak Report ada sumber itu sekalipun pengasasnya, Clare Brown adalah adik ipar kepada bekas PM Britain, Gordon Brown.

Siapa pun pembida tertinggi ini, dia perlu mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan semua maklumat-maklumat tersebut sekalipun menyedari banyak yang tidak kena dengannya - antaranya urusan berbillion dollar menggunakan khidmat email percuma seperti Gmail dan ketiadaan header pada email untuk memudahkan pengesahan ketulenannya.

Tapi soal-soal teknikal ini kurang penting dalam masa sekarang, yang penting ialah, siapakah di Malaysia ini yang ada kepentingan dan sanggup membayar sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan semua maklumat tersebut - melainkan Mahathir seorang.

Hanya Mahathir sahaja yang ada kepentingan itu untuk membantu gerakannya menjatuhkan Perdana Menteri dan dia juga diketahui sumber wang yang hampir tidak terbatas.  Seterusnya menjadikan Mahathir sebagai suspek pembida tertinggi yang sedang dicari-cari sekarang.

Agak-agak mahukah Mahathir mengaku?

Thursday, June 25, 2015

Mahathir Arah Xavier Palsukan Dokumen?


Komisen RM 700 juta yang didakwa Mahathir dibayar 1MDB kepada Jho Low, kini sudah menjadi fitnah yang membakar diri setelah pembuat fitnah, Xavier Andre Justo, ditangkap polis Thailand kelmarin.

Mengikut siasatan awal, Xavier menampung kehidupan mewahnya dengan memeras ugut Petro Saudi, antara lain hubungan perniagaan syarikat tersebut dengan 1MDB.

Mahathir dan kuncu-kuncunya diyakini terkesan dengan penangkapan Xavier kerana sehingga kini tidak ada kenyataan balas dikeluarkan mereka.  Masing-masing mungkin sedang berbincang dengan lawyer dan mengira berapa banyak dari kekayaan masing-masing yang tinggal setelah kes saman selesai nanti.

Apa pun disini nampak bijaknya Mahathir membelit.  Sekalipun dia berpandukan kepada salinan email yang telah diubahsuai Xavier untuk membuat tuduhan palsu di atas, tidak pernah sekali pun dia mengeluarkan dokumen tersebut di blognya.  

Yang keluar ini adalah blog dan portal macam Din Turtle, Sarawak Report dan sebagainya.  Orang-orang ini yang akan kena nanti sedang Mahathir boleh rehatkan diri dan buat bodoh macam itu sajalah, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Tuesday, June 23, 2015

Serangan Berhenti Bulan Puasa, Nampak Sangat Bukan Kritikan Tapi Fitnah


Serangan ke atas Perdana Menteri oleh Mahathir Mohamad di blog nampaknya berhenti pada bulan puasa (setakat ini).  Menunjukkan setakbur-takbur Mahathir pun, ada sedikit ruang dalam hatinya yang hitam tu untuk takut kepada tuhan.

Kalau tidak dulu, selang 2 ke 3 hari mesti ada artikel yang menghentam Perdana Menteri dengan dakwaan dan pertanyaan yang tidak ada kesudahan serta palsu semuanya.  Artikel terakhir dimana Mahathir menyebut pasal 1MDB ialah pada 18 Jun yang lepas, tapi di dalamnya tidak ada serangan berbaur fitnah ke atas Perdana Menteri.

Entry terbaru hari ini, cerita pasal kaum.

Motif kenapa serangan ke atas Perdana Menteri berhenti pada bulan Ramadhan, tidak sukar diteka.  Ini mesti ada kaitan dengan dosa berkali ganda kalau buat fitnah pada bulan yang mulia ini.

Dalam masa yang sama, membuktikan juga bahawa Mahathir lempar banyak fitnah dari membuat kritikan terhadap Perdana Menteri, seperti dalam isu pembunuhan Altantunya, melesapkan wang sebanyak RM 42 billion dan sebagainya.

Bailout Renong: Duit Rakyat Dirompak Demi Syarikat Kroni Mahathir



Ketika regim pemerintahannya, Mahathir sebelum ini secara tidak langsung pernah mengakui bahawa dasar kronisma 'ciptaannya' merupakan punca utama berlakunya kemerosotan ekonomi pada 1997.

Ketika masih menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau pernah memutuskan agar kerajaan mengambil alih (bailout) Renong Bhd yang merupakan salah sebuah syarikat milik kroninya kerana tidak mampu membayar hutang sebanyak RM13 billion.

IPP Adalah 'Projek Khas' Untuk Kayakan Kroni Mahathir



Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope kemudiannya menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya memaksa beliau untuk meletakkan jawatan.

Syarikat MAS Muflis, 6000 Pekerja Menanggung Azab Kerana Dosa Mahathir



Pasti ramai yang telah membaca di dada-dada akhbar perihal nasib para pekerja MAS yang diberhentikan atas pelbagai faktor demi untuk 'menyelamatkan' syarikat penerbangan kebanggaan negara itu.

Namun apa yang masyarakat tidak tahu ialah, bagaimana syarikat penerbangan negara yang suatu ketika dahulu gagah dan megah ini terpaksa 'gulung tikar'.

Punca Rizab Negara Terhakis, Hutang Negara Semakin Menimbun



Dasar penswastaan dan polisi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu bertujuan untuk memastikan semua kroni belaannya hidup kaya-raya melalui projek mega merupakan antara punca mengapa rizab negara semakin rendah dan hutang negara makin menimbun.

Polisi ciptaan Mahathir yang menswastakan projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS), keretapi dan banyak lagi telah menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kesan sehingga sekarang seperti kos sara hidup meningkat dan ekonomi negara mundur.

Demi Kroni, Mahathir Terpaksa Guna Media Asing Serang Malaysia



Kolumnis terkenal The Star, Joceline Tan merumuskan gerakan Mahathir dalam kempennya untuk menumbang Datuk Seri Najib yang suatu ketika dahulu merupakan 'protege' kepada mantan Perdana Menteri itu telah menemui jalan buntu.

Ini kerana menurutnya, senario politik sekarang berbeza dengan situasi ketika Mahathir menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kerana Kuasa Dan Duit, Mahathir Dijadikan Alat Untuk Serang Najib



Gerakan Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dilihat semakin tertekan dan mula dipinggirkan.

Sejak peristiwa beliau 'merampas' program dialog 'Noting To Hide', sokongan terhadap beliau dan para penyokongnya dilihat semakin berkurangan dan tidak sekuat dahulu.

Monday, June 22, 2015

Kenapa Mahathir Mengelak Berjumpa Perdana Menteri, Kata Nak Penjelasan?


Seperti mana tradisinya setiap tahun, kabinet Malaysia akan mengadakan majlis berbuka puasa dimana semua bekas Perdana Menteri adalah antara kenamaan yang dijemput hadir ke majlis tersebut.

Mungkin ada yang menyangkakan pada tahun ini Datuk Seri Najib tidak akan menjemput Mahathir ke majlis tersebut atas alasan yang cukup jelas - kritikan berulang-ulang bekas Perdana Menteri tersebut ke atas peribadinya, keluarganya dan pentadbirannya.

Tapi sangkaan itu meleset kerana Najib dikatakan meneruskan tradisi dengan menjemput Mahathir seperti mana biasa, cuma Mahathir saja yang ikut maklumatnya tidak mahu datang.

Persoalannya, kenapa Mahathir tidak mahu datang?  Bukankah ini masanya yang cukup baik untuk Mahathir merungkai segala persoalan yang terbuku di hatinya mengenai pelbagai isu seperti 1MDB dan sebagainya dengan Perdana Menteri, tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu seperti mana biasa?

Apa yang Mahathir takutkan?

Sunday, June 21, 2015

Kucing Kurap - Bukti Ini Masalah Ego Mahathir Saja


Bila Tun Mahathir menggelarkan SAMM yang mencabarnya berdebat sebagai kucing kurap, jelas disitu isunya bukan sama ada SAMM itu kucing kurap atau tidak tapi ego Tun Mahathir yang berasakan dirinya terlalu besar dan istimewa.

Orang ini tidak berminat dengan penjelasan atau apa jenis dialog, dia hanya mahu menunjukkan berapa besar egonya sahaja.  Dia bekas Perdana Menteri 22 tahun ada gelaran Tun, anak-anak semua jutawan, siapa engkau nak ajak berdebat - macam itulah lebih kurang gambarannya.

Sombong betulkan.

Saturday, June 20, 2015

IPP: Cara Mahathir Wujudkan Kekayaan Untuk Kroninya, Yg Tanggung Rakyat


Negara ini sebenarnya tidak perlu pun kepada syarikat-syarikat IPP, TNB saja dah cukup untuk membekalkan tenaga kepada rakyat Malaysia sebab TNB banyak menghasilkan tenaga eletkrik melalui sumber semula jadi seperti empangan dan sebagainya yang tidak akan habis sampai kiamat.  

Idea mewujudkan IPP ini adalah idea Mahathir sendiri untuk mencipta perniagaan untung jangka panjang bagi mengkayakan kron-kroni bukan Melayunya.

Tapi sudah tentu IPP tidak boleh diwujudkan begitu sahaja, mesti ada insiden yang mencetuskannya.  Inilah yang berlaku pada tahun 1992 bila negara bergelap selama 48 jam akibat masalah yang didakwa Mahathir sebagai kegagalan TNB membekalkan kuasa elektrik yang cukup kepada negara.

Dikatakan, ia adalah Mahathir sendiri yang mengeluarkan arahan agar bekalan elektrik diputuskan sepanjang tempoh tersebut.  Sebab itu dari meningkatkan keupayaan TNB agar masalah sama tidak berulang, Mahathir memilih jalan lain, dengan mewujudkan IPP untuk 'membantu' TNB menghasilkan tenaga yang cukup pada tahun 1993.

Untuk itu, Mahathir mewujudkan polisi dimana bekalan elektrik di negara ini mesti ada lebihan sebanyak 20% pada setiap masa.  20% ini adalah tenaga percuma yang akan lenyap kalau tidak digunakan. Tenaga elektrik bukan macam air yang boleh disimpan.  Majoriti IPP adalah wujud untuk menampung polisi lebihan tenaga 20% yang diwujudkan Mahathir.

Tuesday, June 16, 2015

Tol Itu Legasinya Mahathir, Bukan Lebuhraya


Adalah tidak benar bila Mahathir mendakwa ada lebuhraya di negara ini yang perlu diletupkan kerajaan  jika mahu legasinya hilang. Meletupkan lebuhraya tidak akan menghilangkan legasi Mahathir kerana legasinya bukan terletak di situ (lebuhraya) tapi di tol nya.

Tol itulah yang menjadi peninggalan Mahathir kepada semua rakyat Malaysia yang perlu ditanggung zaman berzaman.

Meletupkan lebuhraya itu tidak akan menghapuskan tol kerana lebuhraya boleh dibina semula, tapi selagi perjanjian konsesi yang mewajibkan pembayaran tol itu wujud, selama itulah legasi Mahathir akan menjadi beban.

Konsesi tol yang menghantui rakyat sejak zaman Mahathir ini memang  menyusahkan kerana ia direka sedemikian rupa pada awalnya untuk memastikan siapa pun Perdana Menteri, perjanjian itu akan sentiasa memberi keuntungan kepada kroni Mahathir yang diserahkan hak konsesi tersebut, antaranya orang seperti Daim.

Syarat seperti kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat pemegang konsesi bila kadar tol tidak dinaikkan seperti dalam perjanjian, adalah cara Mahathir menyedut duit rakyat untuk membahagiakan kroni paling rapatnya itu.

Antara Dosa Dan Salah Laku Mahathir Sepanjang 22 Tahun



Sejak kebelakangan ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cuba mengambarkan kononnya dia seorang negarawan tulen.

Kononnya sepanjang regim pemerintahnya, dia seorang yang cukup prihatin kerana menjaga kepentingan negara.

Skandal Bank Negara, Negara Hampir Muflis Kerana Mahathir







Oleh: Rakyat Marhaen
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini kelihatan semakin aktif dengan pelbagai fitnah fitnah yang dilemparkan.

Antaranya menyerang 1MDB secara berterusan bagi memastikan politik negara pimpinan Perdana Menteri bergoyang dan di masa yang sama mendesak agar Najib meletak jawatan.


Sunday, June 14, 2015

Pecat Ketua Hakim: Mahathir Jangan Fitnah Almarhum Sultan Johor


Hina benar bunyinya bila Mahathir menuduh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar (yang juga Yang Dipertuan Agung pada ketika itu) sebagai punca utama yang membawa kepada pemecatan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Tidak masuk akal sama sekali hanya kerana mengadu akibat bunyi bising, jadi punca seorang Ketua Hakim Negara dipecat, Mahathir fikir siapa dia nak bodohkan?  Nak pecat tukang kebun kerana mengadu pun susah, ini pulak seorang Ketua Hakim Negara.

Jika ini benar rakyat mahu tahu lebih terperinci, dimana rumah Tun Salleh Abbas dan dimana rumah Almarhum Sultan Iskandar sehingga boleh terdengar bunyi bising seperti yang dikatakan Mahathir?  

Setahu kita semua, DYMM Yang Dipertuan Agung duduk di Istana Negara, jika yang dimaksudkan Istana Hinggap sekali pun, luas kawasannya dan tidak terletak berhampiran dengan kawasan rumah rakyat biasa sehingga boleh dengar bunyi bising, seperti di dakwa Mahathir.

Yang nyatanya sekarang ini, Mahathir dinamakan sebagai pengadu dalam tribunal yang ditubuhkan untuk memecat Tun Salleh Abbas.  Mahathir jangan buat pura-pura terperanjat kenapa namanya diletak sebagai pengadu oleh Peguam Negara pada ketika itu, Peguam Negara pun dia yang melantiknya.

Saturday, June 13, 2015

Jho Low Penasihat PM Pulak Dah


Kerjasama antara Mahathir dan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said, menghasilkan cerita baru pasal 1MDB ni bila Jho Low dituduh menasihat Perdana Menteri untuk menjamin pinjaman 1MDB sebanyak RM 1 Billion.

Sejak team up dengan Ahmad Said saja semua cerita pasal nak cagar telaga minyak apa semua ni keluar, sebelum itu tidak ada.  Itupun tuduhan Ahmad Said dibuat di Dewan Undangan negeri Terengganu (ada imuniti).

Kalau berani, ulang tuduhan di luar dewan.

Friday, June 12, 2015

Wednesday, June 10, 2015

Pendekatan Berhemah Najib VS Pendekatan Berkonfrantasi Mahathir


Kalau pun ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis dialog Jumaat lepas adalah keputusannya sendiri, bukan keputusan polis, ia adalah satu keputusan yang sangat berhemah dari seorang pemimpin berjiwa besar seperti beliau.

Jangan kata Najib, kita semua tahu Mahathir bukan hadir untuk mendapatkan penjelasan tapi memanjangkan isu sampai salah seorang anaknya dilantik jadi Perdana Menteri.  Justeru, apa pun penjelasan Najib pada hari itu, tidak akan diterima Mahathir, dia mahu Najib turun saja dan anaknya naik.

Sekarang pun, dengan begitu banyak penjelasan diberikan tapi Mahathir masih tidak boleh menerima.  Buatlah dalam apa bentuk, grafik, kenyataan rasmi, tidak rasmi dan sebagainya, semua ibarat mencurah air ke daun keladi kerana Mahathir bukan nak jawapan, tapi nak pengunduran Najib.

Mahathir sebetulnya memang begitu, dia saja buat havoc untuk  menutup kelemahannya.  

Sunday, June 7, 2015

Mahathir Tak Puas Hati Sebab Tak Dapat Bela Diri


Sekalipun ramai penyembahnya seakan dapat semangat baru dari ketidakhadiran Perdana Menteri dalam program dialog di PWTC Jumaat lepas, tapi satu yang nyata, Mahathir paling tidak berpuas hati kerana tidak dapat membela dirinya dalam soal RM 42 billion yang dikatakan hilang, tapi rupanya hutang.

Mahathir mahu menukar program tersebut menjadi program debat, bukan program dialog.  Program NGO, jadi program dia dengan Perdana Menteri saja.  Memang ini niatnya, dilihat dari cara Mahathir menuju rostrum untuk berucap sebaik masuk ke dewan bila itu bukan majlis dia pun!!

Tidak ada apa persoalan yang akan selesai pada hari tersebut melainkan perpecahan semakin melebar dikalangan orang Melayu bila pemimpin dan bekas pemimpin asyik bertekak tak habis-habis sebab bekas pemimpin nak tegak kemaluan setelah fitnahnya dibongkarkan.

Najib tidak ada sebab untuk takut berdepan dengan Mahathir kerana persoalan utama duit hilang, sudah diakui adalah satu fitnah oleh pembuat fitnah sendiri, Mahathir, beliau dia nak takut apa?  

Tak datang sebab polis arahkan, polis dah tahu Mahathir bawa fanatiknya hadir bersama (majoriti dari satu pertubuhan perkauman), jenis yang akan tetap memuja Mahathir sekalipun dia menari telanjang.  

Friday, June 5, 2015

#Nothingtohide Konspirasi KJ Untuk Malukan PM?


Wujud konspirasi dari pihak penganjur SukaGuam dan Pemuda UMNO untuk memalukan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program Nothing To Hide yang dibatalkan atas perintah pihak polis pagi tadi berikutan isu keselamatan.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Ahmad dikatakan adalah penyokong setia Khairy Jamaludin.

Konspirasi ini jelas dari kenyataan berdolak dalik penganjur berhubung kehadiran Mahathir ke program tersebut.  Dalam beberapa kenyataan sebelum ini, penganjur mengatakan Mahathir dijemput tapi dalam sidang media yang diadakan selepas pembatalan tersebut, penganjur menafikan pula Mahathir memang telah dijemput.

Penafian ini satu perkara yang lucu  kerana kerusi untuk Mahathir duduk pun telah disediakan, bagaimana pula kata Mahathir tidak dijemput?  Ini juga bukan program terbuka, hanya peserta dengan kad jemputan sahaja yang dibenarkan masuk.

Wednesday, June 3, 2015

Sial Badan: KJ Sokong Dr Mahathir Untuk Pastikan Najib Terus Kekal Sebagai PM



Pengiat media sosial terkejut beruk apabila melihat gerakan politik Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang cenderung menyokong gerakan Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Walaupun KJ dan para balacinya berulang kali mendakwa ikrar dan setia mereka hanya kepada Najib, namun gerakan 'bawah tanah' yang dilakukan oleh mereka menunjukkan sebaliknya.

Tuesday, June 2, 2015

Mungkinkah Mahathir Dibelakang CAGM?


Kewujudan NGO bernama CAGM yang menawarkan wang tunai berjumlah RM 1 juta kepada siapa yang dapat mendedahkan sumber kekayaan Mahathir, dari pelbagai segi memang menarik untuk diperdebatkan.

Sementara ada yang bersetuju, ada juga yang curiga akan latar belakang NGO ini yang diketuai seorang bernama Md Zainal Abidin.  Siapa dia, apa latar belakangnya dan motif dia membuat tawaran sedemikian pada waktu sekarang, semua terpacak dalam bentuk persoalan di kepala ramai orang.

Ada yang mendakwa CAGM ini dilatarbelakangkan oleh Mahathir sendiri dengan tujuan untuk menarik simpati rakyat kepadanya.  Benda ini kalau betul, memang ada logiknya kerana pada awal kempennya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, ramai sokong Mahathir kerana dia kelihatan membawa 'fakta'.

Tapi sebaik dakwaan Mahathir mula dijawab satu persatu serta motifnya dipersoalkan dan Mahathir juga menjadikan keluarga Datuk Seri Najib sebagai sasaran serangan, ramai yang mula meluat dan tidak lagi menghormati bekas Perdana Menteri berkenaan.

Rujuk Siasatan 1MDB Ke PAC Arahan Najib, Bukan Cadangan Mahathir

Mahathir nampaknya mula mengurangkan tahap serangannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.  

Ini dapat dilihat dalam kenyataan Mahathir di satu majlis di Kuala Lumpur dimana dia 'bersetuju' dengan keputusan Najib untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat 1MDB.

Cara Mahathir memang macam itulah, kalau dia mengaku, dia tak cakap mengaku, kalau setuju, dia tak cakap setuju.  Berbeza kalau dia tak setuju, dia belasah semacam saja.

Pokoknya disini, dalam heboh ke sana ke mari mengumumkan tidak menyokong Perdana Menteri (macamlah Perdana Menteri kebulur sangat sokongan dia), ada satu perkara ini yang Mahathir bersetuju dengan Perdana Menteri.

Tapi dalam masa yang sama penulis harap keputusan merujuk kes siasatan 1MDB ke PAC ini tidak dianggap sebagai cadangan Mahathir pulak kerana jelas ia adalah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dari awal lagi.