Wednesday, March 25, 2015

Mahathir Dengan Kuan Yew Samalah, Dua-Dua Didakwa Amal Kuku Besi


Sebut saja nama Mahathir dengan mendiang Lee Kuan Yew, ramai yang nampak permusuhan antara dua bekas Perdana Menteri berlainan negara tersebut.

Bagi yang puja Mahathir, renggang Mahathir dengan Kuan Yew ni adalah atas sebab Mahathir seorang nasionalis dan patriotik.  Mahathir katanya masih tak puas hati Singapore dikeluarkan dari Malaysia oleh Kuan Yew tahun 1965 dulu 

Nak tahu? Itu semua bullshit!!

Cerita ini takde kena mengena dengan siapa jadi nasionalis atau patriotik tapi lebih kepada pertembungan antara 2 ego sama yang lebih berjaya menguruskan negara, terutama dari segi ekonomi.

Anwar 'Rogol' Saiful, Tak Faham Lagi Ke?


Kawan-kawan Anwar baru-baru ini dikesan menggunakan blog-blog hantu untuk mengatakan pemenjaraan Anwar ini satu helah politik untuk menamatkan kerjayanya.

Tak cukup sekadar membela Anwar, banyak pertanyaan yang lucah bunyinya dilemparkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak - dari pernah buat blowjob ke tidak, main punggung ke tidak, langgan pelacur ke tidak dan benda-benda jelik seperti itu.

Pendek kata, semua yang Anwar buat, ditanya dengan Najib sama ada pernah buat atau tidak?

Jelas sekali bahawa semua ini mengarut dan tidak masuk akal dan sengaja direka untuk memburuk imej Perdana Menteri.  Anwar adalah peliwat, period, Mahkamah tertinggi dalam negara ini pun dah sahkan tu, lagi apa mau gebang?

Surat Layang Pada Ketua Cawangan,Dalangnya Mahathir?


Ramai Ketua Cawangan UMNO mengadu menerima surat layang yang dihantar pihak tidak dikenali ke rumah mereka.  Surat layang itu menceritakan tentang kononnya penyelewengan yang dilakukan oleh 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Paling menarik minat penulis ialah bukan tentang isu 1MDB yang ditulis di dalam surat layang berkenaan kerana semuanya sudah ada penjelasan, penulis lebih berminat dengan siapakah yang bertanggungjawab melakukan kerja bodoh macam ini?

Ada kata ini kerja Pakatan Rakyat, tapi bagi penulis melihat ini kerja orang dalam UMNO yang bersekongkol dengan kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad.  

Lagipun masuk akalkah Pakatan dapat memperoleh maklumat seperti nama dan alamat semua ketua cawangan itu untuk dihantarkan surat layang.

Kenapa penulis kata Mahathir terlibat, mudah, perkara yang dibangkitkan dalam surat layang itu, sama dengan tulisan Mahathir dalam blognya baru-baru ini mengenai 1MDB.  

Monday, March 23, 2015

Najib Pun Tak Mahu Jumpa Mahathir


Setiap kali Tun Mahathir menggunakan blognya untuk menimbulkan persoalan yang lebih banyak mendatangkan salah faham terhadap pentadbiran Perdana Menteri, ramai menanti-nantikan pergeseran ini berada ditahap mana?

Bencikah, menyampahkah, marah-marah sayangkah atau macam mana sebab Mahathir diketahui tidak akan menghadiri majlis yang turut dihadiri orang yang dibencinya seperti Paklah dan Anwar Ibrahim dulu - melainkan terpaksa.

Maka tak hairanlah kenapa penamat kejohanan LTDL di Dataran Merdeka kelmarin dan perasmian LIMA baru-baru ini yang dihadiri kedua-dua Najib dan Mahathir, menjadi tumpuan banyak pihak untuk melihat sejauh mana 'permusuhan' ini berlangsung.

Seolah-olah penting sangat Najib berjumpa dengan Mahathir ini untuk memastikan kelangsungan karier politiknya.

Penulis bagaimanapun nak katakan disini, apa pun perangai Mahathir, tidak mendatangkan kesan kepada Najib.  Waima kalau Mahathir nak melayannya sama seperti Paklah dulu, ada sumber kata, Najib tidak akan peduli.

Wednesday, March 18, 2015

Mahathir Didik Anak Sampai Jadi Billionaire, Anwar Didik Anak Jadi Pencari Simpati


Sering kali pemimpin pembangkang menyebut, tidak ada sesiapa pun berada di atas undang-undang - rujuk pada pemimpin UMNOlah tu.

Tapi bila di kalangan mereka sendiri ditahan kerana melanggar undang-undang, macam-macam perkara sia-sia dilakukan seolah-olah mereka ini maksum dan kebal dari segala tindakan.

Seperti dalan kes penahanan  Nurul Izzah tempoh hari, siap hantar orang berhimpun depan balai polis tempat dia dilokapkan - dah macam filem Tamil pun ada.

Apa motif semua tu? Nurul Izzah tetap tak keluar pun, tidur lokap juga malam tu. Kan sia-sia namanya.

Pun begitu, penulis lebih tertarik dengan lakonan sepanjang proses Nurul Izzah ditahan. Paling tak tahan, bila dia mengangkut anak-anaknya ke balai semasa dipanggil memberikan keterangan. Semua ni drama nak dapat simpatilah tu. 

Masa demo hari tu, pandai tak pulak bawak anak, pergi balai beri keterangan, bawak anak.

Monday, March 16, 2015

Menabung Dari Kecil Rahsia Anak Mahathir Jadi Billionaire?

Gambar Hiasan
Forbes memang tak patut kerana menyiarkan senarai 9 Melayu terkaya dimana salah seorangnya ialah anak kepada bekas Perdana Menteri paling jujur dan bersih dalam sejarah Malaysia - Tun Mahathir Mohamad.

Tak patut sebab, penyiaran berita seumpama itu, pada waktu seperti ini, adalah tidak adil kepada negarawan ulung tersebut yang sedang giat mempromosikan kesucian dirinya di mata semua orang.  

Cuba fikirkan, dimanakah eloknya bila Mahathir menuduh anak tiri Perdana Menteri membina kekayaan hasil hubung kait dengan 1MDB (Jho Low dan segalanya), anaknya sendiri tersenarai sebagai antara 9 Melayu terkaya?

Dalam keadaan sekarang, semua ini nampak tak betul dan tak selari dengan perjuangan Mahathir sebagai negarawan.  Ia ibarat bawak kereta pada gear 5, tiba-tiba masuk gear mengundur, kereta jahanam, yang bawak kereta pun jahanam - dalam kes ini, Mahathir adalah kereta dan yang bawa kereta sekaligus.

Apa pun, kita bersangka baik sajalah bahawa kekayaan anak Mahathir ini tidak ada kena mengena dengan kedudukan bapanya pada satu ketika dulu.

Sunday, March 15, 2015

Isunya Bukan 1MDB Tapi Hipkoritnya Mahathir


Penulis bersetuju dengan pandangan bahawa rakyat tidak begitu peduli dengan isu-isu berkaitan 1MDB.  Realitinya penulis lihat sendiri, di kedai kopi tepi jalan - tempat paling sesuai nak tengok respon rakyat tanpa kira fahaman parti.

Orang macam Tun Mahathir, atas kekangan kesihatan dan kedudukan, tak mungkin tahu perkara ini sebab tak minum pagi di tepi jalan.

Bila Mahathir tulis 29 perkara paling mengarut tentang 1MDB dan Datuk Seri Najib baru-baru ini, ia memang jadi topik perbualan kedai kopi tapi bukan sebab 1MDB, sebaliknya Mahathir kritik Najib.  1MDB? Hampir langsung tak disentuh.

Antara banyak sebab kenapa ia jadi begitu adalah kerana rakyat masih belum lupa banyak benda hampir serupa yang berlaku zaman Mahathir tapi ia senyap macam itu sahaja tanpa siasatan atau apa juga bentuknya yang Mahathir mintak dilakukan ke atas 1MDB hari ini.

Siapa pernah dengar siasatan dijalankan atas semua projek penswastaan zaman Mahathir yang gagal, termasuk wang yang dikeluarkan untuk menyelamatkan (bail out) semua syarikat berkenaan?  Siapa pernah dengar siasatan kerugian RM 30 billion Bank Negara, RM 11 billion oleh Perwaja dan sebagainya?  

Saturday, March 14, 2015

Bila Mahathir Ditipu Penasihatnya (2) - PetroSaudi

Apabila Tun Mahathir menulis dalam blognya mengenai pelaburan meragukan 1MDB dalam PetroSaudi ia menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut sedang dibekalkan dengan maklumat-maklumat yang salah oleh para penasihatnya. 
Saya percaya jawapan-jawapan ini tidak sampai kepada Tun Mahathir kerana mereka sedang mahu mempergunakan bekas Perdana menteri ini untuk kepentingan jutawan-jutawan IPP.
 Mahathir menulis: 
11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB. Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.
Para penasihat dan pegawai Tun Mahathir sepatutnya memaklumkan kepada beliau bahawa urusan perniagaan dengan Petro Saudi telah menghasilkan keuntungan sebanyak USD 488 juta dan kesemua bentuk pinjaman dan pelaburan tersebut telah diambil balik oleh 1MDB pada Januari 2015. 
Ini semua bukan rahsia, ianya telah diumumkan sejak Januari 2015.

"1MDB notes with concern certain claims carried by an online media portal concerning business arrangements 1MDB entered into with PetroSaudi. 1MDB exited the relationship in 2012, and received back its investment in full, with a profit of US$488m.  These facts, and all details related to this transaction, may be verified by reference to our audited accounts, which are publicly available on the Suruhanjaya Syarikat Malaysia website."
 
- Arul Kanda, President & Group Executive Director of 1MDB

Ini pula kenyataan 1MDB yang berada dalam laman web mereka sejak awal tahun ini.
Pada 2009, 1MDB dan sebuah syarikat Arab Saudi telah menjalin usahasama untuk memudahkan kerjasama ekonomi jangka panjang di antara Malaysia dan Arab Saudi. 
Sebagai sebahagian daripada usahasama ini, kami membuat pelaburan ke dalam sebuah syarikat usahasama (joint fund) dengan syarikat tersebut, yang ditubuhkan untuk membuat pelaburan ke atas projek-projek yang akan menjana manfaat kewangan dan strategik untuk kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, disebabkan pelbagai faktor, kedua-dua pihak akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan ini. Kesan daripada itu, pelaburan kami dalam syarikat usahasama tersebut telah ditukarkan kepada instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murabaha, yang pada dasarnya adalah sebuah pinjaman, dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8.75%. Pinjaman ini telah dibayar sepenuhnya, pada jumlah AS$2.318 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta, pada 2013.      
Membawa pulang dana ini ke Malaysia akan mendedahkannya kepada risiko turun naik pertukaran mata wang asing, seperti yang disaksikan pada masa ini. Untuk memastikan 1MDB mengekalkan posisi kecairan yang kukuh dengan portfolio global yang pelbagai, dana ini dilaburkan dalam anak syarikat 1MDB yang didaftarkan di Cayman Islands. 
Tiada yang luarbiasa tentang perkara ini dan banyak syarikat-syarikat besar telah melabur dana dalam entiti yang didaftarkan di Cayman Islands, yang merupakan salah satu bidang kuasa dana berdaftar terbesar antarabangsa, dengan Cayman Monetary Authority diakui sebagai salah satu pengawal selia pengurusan dana yang utama di dunia. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, lebih 200 syarikat Malaysia termasuk beberapa nama terkenal juga telah melaburkan dana mereka di rantau ini.     
Dari segi pelaburan kami, pihak syarikat kini telah menebus semula keseluruhan dana, seperti yang diumumkan pada bulan Januari 2015. Kenyataan mengenai perkara ini boleh didapati di:

Mengapa Tun Mahathir masih membangkitkan perkara yang telah dijelaskan? Jika ada fakta tidak betul dengan penjelasan ini, Mahathir kena kemukakan, bukannya menulis dengan niat memburukkan 1MDB tanpa fakta.
Cukuplah Tun, jangan bawa dendam peribadi dan agenda kawan-kawan sehingga merosakkan UMNO dan negara.

Polis Patut Siasat Dakwaan Mahathir Gelapkan RM 100 Billion Wang Negara


Menurut Mahathir, laporan Sarawak Report mengenai penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB patut disiasat kerana katanya kalau perkara itu tidak ada asa, orang yang membuat laporan itu tidak akan bersusah payah membuat pendedahan termasuk berhadapan risiko disaman.

Oleh itu, dengan menggunakan pendekatan sama, maka kita juga mahu pendedahan yang dibuat penulis Barry Wein dalam buku "Malaysian Maverick Mahathir Mohamad In Turbulent Times" bahawa Mahathir telah menggelapkan wang negara sebanyak RM 100 billion sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri, turut disiasat oleh pihak polis.

Apatah lagi RM 100 billion hari ini, tidak sama nilainya dengan RM 100 billion yang didakwa digelapkan Mahathir dari 1981 hingga 2003.

Kenapa tidak?  Laporan Sarawak Report yang lebih banyak kepada 'hearsay' dan salinan komunikasi yang belum tentu betul itupun Mahathir guna pakai untuk tuduh kerajaan, kenapa tidak tulisan Barry Wein?  

Nak kirakan, dua-dua pun ada 'fakta' juga.

Friday, March 13, 2015

Mahathir Sumber Laporan Sarawak Report?


Tak sampai beberapa jam selepas Mahathir menyerang 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, banyak fakta dari tulisannya itu mula dibuktikan sebagai tidak benar.

Antaranya fakta mengenai filem anak tiri Najib, Riza Aziz yang dikatakan rugi oleh Mahathir (tapi sebenarnya untung), Jho Low dan sebagainya.  Penulis percaya, menjelang esok, akan ada lebih banyak fakta menyanggah dakwaan Mahathir muncul di sana sini.

Tapi percayalah, Mahathir bukannya peduli.  Sekalipun 1000 kali dia dibuktikan silap, dia tetap macam itu, My Way lah katakan.

Bagaimanapun, yang lebih menarik perhatian penulis ialah banyak tuduhan Mahathir ke atas Najib dan 1MDB kali ini adalah berdasarkan laporan tidak tepat sebuah portal pro pembangkang, Sarawak Report yang katanya berpengkalan di London.

Gerakan Mahathir menggunakan media pro pembangkang untuk menyerang kepimpinan Najib sudah lama dalam pengetahuan cuma tidak sangka Sarawak Report jadi pilihan bukan media seperti Malaysiakini dan sebagainya.

Bila Mahathir Ditipu Penasihatnya

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah berumur hampir 90 tahun hanya dibantu oleh seorang Pegawai Khas bekas wartawan NST, seorang bekas editor NST yang percaya kepada pelbagai teori konspirasi dan seorang bekas pegawai kanan kerajaan. 

Maklumat beliau bukan saja tidak tepat lagi malah kadang-kadang hanya ditulis berdasarkan gosip-gosip tanpa mengambil kira kebenaran. 

Dalam catatan menyerang Najib Razak hari ini, Mahathir mempertikaikan kekayaan anak tiri Najib Razak dengan menulis: 
9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.


Namun kenyataan ini dipatahkan oleh seorang Facebooker Azizi Safar:


Ada seorang rakan menghantar mesej bertanyakan apa yang Tun Dr Mahathir cuba buktikan dengan tulisan terbaru di blog beliau hari ini. Aku tiada jawapan kepada soalan tersebut. 

Aku sudah membaca tulisan blog tersebut. 

Ada beberapa perkara dalam tulisan itu yang boleh dipersoalkan. Antaranya, artikel itu menyatakan filem "Wolf of Wall Street" terbitan Red Granite Pictures syarikat milik anak tiri Najib Razak dan diarah oleh Martin Scorsese tidak mengaut sebarang keuntungan. 

Menurut maklumat di Internet, filem tersebut dihasilkan dengan kos USD 100 juta dan mengutip sejumlah USD 392 juta di box-office. Secara kasar filem itu membuat keuntungan sebanyak USD 292 juta.

Che Dett pun boleh buat silap juga...

Janganlah malukan Tun Mahathir sedemikian rupa dengan fakta bohong dan palsu.

Mahathir Mudah Lupa Dia Pun Sama (Siri 1)

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, hari ini memalukan gendang perang ke atas Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak apabila menulis catatan 29 para mempertikaikan kekayaan anak tiri Najib Razak dan pengurusan 1 Malaysia Development Berhad.

Antaranya Tun Mahathir menulis, 

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

Serangan Mahathir ke atas anak tiri Mohd Najib, Riza Aziz, sangat tidak munasabah dan menunjukkan agenda beliau bukan lagi untuk kepentingan negara tetapi kepentingan kumpulan beliau yang makin tersisih daripada pentadbiran Mohd Najib.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Mahathir mengenai Riza Aziz merupakan satu fitnah yang luar biasa dan memalukan untuk diutarakan oleh seorang bertaraf negarawan. 

Memang ramai orang percaya apa Mahathir cakap. Namun berlaku adillah kepada Najib sendiri dengan menilai fakta yang ada bukan apa yang Mahathir cakap. 

Pada usia hampir 90 tahun Mahathir bukan lagi seorang pemikir yang hebat dan mempunya maklumat yang tepat seperti mana beliau menjadi Perdana Menteri. Sumber maklumat dan fakta Mahathir ketika Perdana Menteri dengan sekarang sangat jauh berbeza.

Mahathir sebagai PM mendapat maklumat dari pelbagai sumber dan kumpulan yang besar membolehkan beliau membuat keputusan yang tepat. 

Malangnya, Mahathir hari ini hanya mendapat maklumat dari kumpulan yang menentang Najib Razak dan gosip-gosip dari ahli perniagaan, bekas pegawai kanan kerajaan yang telah pencen dan ahli politik berkepentingan.

Pernahkah kita terfikir Mahathir akan merendahkan dirinya menulis fakta palsu dan menyerang orang lain?

GST: Zaman Mahathir Langsung Tidak Ada Cukai


Sesiapa yang hidup pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, pasti masih ingat nikmatnya hidup tanpa membayar cukai kerana pada waktu itu memang kerajaan negara ini adalah satu-satunya di dunia yang bebas cukai.

Malah sistem cukai SST yang lebih tinggi nilainya dari GST ini pun, tidak wujud pada zaman Mahathir. Ia diperkenal pada tahun 70-an, berhenti dari 1981 hingga 2003 dan kemudian bersambung semula sehinggalah digantikan dengan GST bulan depan.

Tanyalah sesiapa pada waktu itu, ketika mereka makan KFC atau McDonald, mana ada cukai 6%!! 
Cukai itu dikenakan pada zaman selain ketika Mahathir jadi Perdana Menteri.

Yang kata cukai korporat sampai 30% itupun, bukan berlaku pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri tapi ia berlaku di negara lain, entah siapa yang fitnahkan ia berlaku di zaman Mahathir jadi Perdana Menteri.

Monday, March 9, 2015

Dimana Silap Sehingga Denggi Semakin Menggila?


Hari ini kes-kes demam denggi semakin lama semakin membimbangkan.  Di Selangor umpamanya, toleh kemana pun hampir ada sahaja kes-kes demam denggi, katil-katil hospital penuh dengan pesakit sehingga ada yang disuruh balik  duduk di rumah sahaja kerana tiada tempat kosong.

Sementara kita faham peningkatan kes denggi di Selangor dan negeri-negeri pembangkang yang lain secara amnya adalah disebabkan ketidakpekaan kerajaan negeri terbabit dalam soal penyelengaraan kebersihan yang sistematik, tapi alasan itu sahaja tidak cukup untuk menghilangkan kebimbangan rakyat akan peningkatan penyakit ini.

Kes denggi dilihat begitu membimbangkan tahun ini, melihat kepada jumlah kematian yang meningkat hampir 3 kali ganda dalam tempoh sama berbanding tahun lepas.  Pada tahun 2014, hanya 25 orang sahaja meninggal dunia bagi tempoh 2 bulan pertama tahun tersebut berbanding sekarang, 62 orang!!

Persoalannya sekarang, peningkatan kes kematian yang diakibatkan oleh demam denggi ini seolah-olah  memberi gambaran tidak ada apa yang dilakukan untuk mengatasi wabak tersebut.

Sedangkan di peringkat negara, kita ada Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam untuk menangani masalah denggi dari segala aspek dan lokaliti.

Tidak kira negeri pembangkang atau tidak.

Menang 43 Undi Tak Letak Jawatan, Inikan Disokong 160 Ketua Bahagian


Apakah bodohnya pihak-pihak yang memandang ketidakhadiran 30 Ketua Bahagian dalam  perjumpaan dengan Presiden UMNO semalam sebagai bukti ada gerakan nak menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yang 160 Ketua Bahagian datang tu (161 termasuk Najib sendiri) nak diumpamakan macam mana?

Alangkah dalam sejarah pernah ada Presiden UMNO menang hanya 43 undi dari l1,479 perwakilan pada tahun 1987 pun tidak didesak letak jawatan waktu itu, inikan pula yang dapat sokongan 160 dari 191 bahagian UMNO!!

Tidak logik sama sekali.

Pulak tu ramai dari yang tidak hadir itu adalah ketua bahagian yang ada jawatan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya, malah Timbalan Perdana Menteri pun salah seorang yang tidak hadir. Mereka ini ada tugas yang perlu dijalankan, sebab itu tidak hadir, bukan sebab wujud gerakan nak jatuhkan Presiden.

Lebih penting lagi kena ingat bahawa perjumpaan semalam bukan diminta Perdana Menteri tapi oleh  semua ketua bahagian yang berkenaan untuk dapat penjelasan lebih lanjut tentang 1MDB

Friday, March 6, 2015

Tony, Mahathir Memang Tak Saman, Dia Masukkan Kau Dalam Kamunting Saja


Tony Pua nampaknya begitu bengang sekali kerana menjadi ahli parlimen pertama yang disaman oleh seorang Perdana Menteri negara ini akibat terlanjur memfitnahnya dalam isu 1MDB.

Dengan cepat Tony Pua membandingkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bekas-bekas Perdana Menteri terdahulu yang menurutnya tidak pernah menyaman sesiapa.

Ini hujah dangkal.  

Hanya kerana Perdana Menteri terdahulu tidak saman sesiapa, tidak bermaksud Najib juga perlu ikut jejak langkah sama.  Kenapa dalam Tony sendiri sibuk nak mengubah sana sini di negara ini, tapi dalam soal saman, Tony nak Najib ikut jejak langkah Perdana Menteri sebelum beliau?

Kata zaman dah berubah, pendekatan Perdana Menteri hari ini juga perlu ikut berubahlah.

Tony jangan lupa, Perdana Menteri sebelum Najib seperti Tun Mahathir dan Tun Abdullah dan lain-lain, memang tidak pernah menyaman sesiapa kerana mereka semua ada kelebihan eksklusif untuk menutup mulut pengkritik masing-masing - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Thursday, March 5, 2015

Air Matakah Yang Mahfuz Cari Di Australia?


Tujuan utama Mahfuz dan rombongannya memperalatkan keluarga pembunuh Altantunya, Sirul Azhar Umar sehingga ke Australia, ialah untuk mendapatkan nama siapa yang kononnya mengarahkan Sirul untuk membunuh model Mongolia itu.

Kemudian, nama itu nak dijadikan modal politik, sekalipun Mahfuz bersunguh-sungguh menafikan tujuan membawa keluarga Sirul ke Australia ini, bermotifkan politik - Mahfuz ingat dia bodohkan siapa?

Yang pentingnya, itu tujuannya Mahfuz ke Australia yang kita tahu - nak dapatkan nama dari Sirul untuk dipolitikkan..

Tapi jadi hairan bila media pro pembangkang seperti Sinar Harian, memainkan soal 'air mata' antara Sirul dan ibunya semasa pertemuan itu.  Dengan Mahfuz sendiri pun mengaku menitiskan air mata juga.

Sehingga menjelmakan soalan, air matakah yang Mahfuz cari bila ke Australia bersama keluarga Sirul?  Kalau bukan, kenapa itu yang diketengahkan?

Patutnya kegagalan Mahfuz membuat Sirul bercakap itu yang diketengahkan, bukan air mata antara ibu dan anak, itu biasalah.  Lebai-lebai bodoh PAS disini menantikan nama yang kononnya akan disebutkan Sirul.

Tuesday, March 3, 2015

Anwar Pun Takut Hilang Permatang Pauh

Selain terdesak nak keluar penjara, tindakan Anwar mengemukakan permohonan kepada DYMM Yang Dipertuan Agung (YDPA), turut kerana bimbang kehilangan kerusi Permatang Pauh - kalau pilihanraya kecil diadakan dalam jangka masa terdekat.

Anwar tahu baik Wan Azizah mahupun Nuha, agak sukar untuk menang dengan selesa di Permatang Pauh kerana berbeza dengan dulu, Anwar kini adalah seorang pesalah seksual yang telah disabitkan dengan kesalahan. Kedua-duanya pula memikul beban tambahan sebagai isteri dan anak peliwat.

Sebab itu Anwar perlu 'beli masa', sekurang-kurangnya sehingga kesan dari  status sebagai peliwat tu berkurangan, kalau tak banyak, sikit. Sekarang semua fakta yang meletakkan Anwar 5 tahun dalam penjara, masih segar dalam kepala rakyat.

Dengan Tan Sri Shafie Abdullah pun aktif mengadakan sesi penerangan kenapa liwat kali ini tidak boleh dikaitkan sebagai konspirasi politik, agak tidak selamat untuk diadakan pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

Melawan Persepsi Negatif Terhadap DS Rosmah


Kalau boleh dikatakan, tugas melawan persepsi negatif terhadap Datin Seri Rosmah Mansor ini adalah yang paling sukar sekali.  Bukan tentang fakta atau penjelasan, tapi khalayak yang diperlukan untuk menyokong fakta mahupun penjelasan tersebut.

Bayangkanlah, bila beliau dikutuk kerana pergi Mekah menunaikan ibadah haji pun, ada dikalangan penyokong kerajaan macam segan untuk mempertahankan, apa lagi bila beliau mengulas caj RM 1,200 yang nak dikenakan ke atasnya kalau nak mengadakan perkhidmatan dandan rambut di rumah.

Walhal faktanya, bukan beliau bayar RM 1,200 pun tapi sekadar bercakap caj yang nak dikenakan ke atas perkhidmatan tersebut, itupun tak cukup-cukup huruf penyokong pembangkang memaki.

Macamlah suami beliau tak bekerja saja lagaknya.  Walhal kita pun tahu kemampuan itu ada, malah lebih dari itu pun kalau nak buat, tapi seperti yang dijelaskan bukan Rosmah membayar jumlah itu tapi caj yang nak dikenakan ke atas perkhidmatan tersebut.

Tiga kali ulang dah tu, tak faham juga memang bebal tahap tinggilah.

Dalam masa yang sama, ada Anwar yang sudah disahkan sebagai peliwat oleh Mahkamah, siap bukti saintifik untuk menyokong sabitan tersebut melalui ekstrak DNA yang diperolehi dari kepala spermanya yang dijumpai dalam rektum Saiful, ramai yang masih menyokong

Monday, March 2, 2015

Tidak Benar Mahathir Tak Pernah Didesak Letak Jawatan


"Saya tidak pernah didesak letak jawatan sepanjang jadi Perdana Menteri", itu kenyataan yang didakwa diungkapkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad seperti dipetik The Edge baru-baru ini.

Tak pasti sama ada beliau disalah petik atau sudah nyanyuk dengan berkata begitu.

Hakikatnya, sepanjang 22 tahun memerintah, Mahathir adalah Perdana Menteri yang paling banyak menerima desakan untuk meletakkan jawatan.  Wajar atau tidak desakan itu bukan isu, tapi kalau dikatakan Mahathir tak pernah didesak meletakkan jawatan, itu tipu.

Ada banyak kejadian yang membawa kepada desakan untuk Mahathir meletakkan jawatan.  Antara yang boleh penulis senaraikan disini ialah kejadian di Memali 1985, pemilihan Presiden UMNO 1987, pengharaman UMNO 1988, kerugian Bank Negara dalam urusan matawang, Perwaja, pemecatan Anwar dan beberapa insiden lain.

Kalau disingkap lebih lama, Mahathir juga pernah didesak meletak jawatan berikutan skandal pembelian 88 pesawat pejuang terpakai dari jenis Skyhawk awal 80-an dulu.  Ia menjadi skandal kerana dari 88 yang dibeli, hanya separuh sahaja yang boleh digunakan, itupun banyak masalah teknikal dan menyebabkan ramai juruterbang TUDM hilang atau terbunuh dalam kemalangan.

Walaupun proses pembelian itu bermula dari zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, tapi ia hanya menjadi kenyataan pada zaman Mahathir.