Friday, February 27, 2015

Wajarkah Peliwat Minum Teh Dengan Agung?


Apa mengarut cerita anak beranak Anwar nak bawa banduan dengan kesalahan berulang ini keluar dari penjara untuk minum teh dengan DYMM Yang Dipertuan Agung, ketua negara Malaysia kita ni?

Lupakah, Anwar sekarang bukan sekadar banduan tapi juga peliwat.  Minta ampun sekalipun tak boleh ubah status peliwat tu malah, dengan minta ampun mengesahkan lagi dia memang seorang peliwat.

Justeru, adakah layak orang ini nak diletakkan sebelah menyebelah dengan DYMM Yang Dipertuan Agung, minum teh, dia fikir dia siapa?

Thursday, February 26, 2015

Tak Siapa Bertanya Kenapa Paul Wolfowitz Selalu Sokong Anwar?


Apakah yang semua orang faham bila penyokong tegar negara haram Israel bernama Paul Wolfowitz menulis dalam portal Wall Street Journal, membantah hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Anwar kerana meliwat Saiful secara paksa? 

Pulak tu, bukan sekali tapi banyak kali.

Wolfowirz menyokong Anwar sepanjang kes liwat pertamanya dulu, Wolfowitz juga menyokong Anwar dalam kes liwat 2 sekalipun dalam kes yang terbaru ini, ada bukti jelas dimana kepala spermanya dijumpai dalam rektum Saiful.

Menariknya, dalam kedua-dua kes, Wolfowitz tidak pernah mempersoalkan tindakan Anwar meliwat mangsanya secara paksa, yang dia nampak, Anwar dihukum kerana meliwat sahaja, bab secara paksa tu dia tak nampak.  .

Atau pura-pura tak nampak.

Pertuduhan ke atas Anwar dalam kes liwat terbaru jelas menunjukkan Saiful diliwat tanpa kerelaannya.  Menunjukkan, bantahan Wolfowitz terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas Anwar adalah bersifat berat sebelah dan bukan berasaskan fakta.

Kalau Berani & Telus, Dedahkan Isi Kandungan Petisyen


Sikap suka cakap besar diluar tapi hakikatnya menikus di dalam, memang sudah diketahui sinonim dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya..

Contoh sebelum PRU13, Anwar gebang macam-macam buruk berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keyakinan Pakatan akan menang, tapi dalam diam, dia mengaturkan mantan Naib Presiden Indonesia ketika itu, Jusof Kalla sebagai orang tengah untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan soal perdamaian setelah hampir pasti akan kalah.

Bila rundingan itu gagal dan perkara ini terdedah setelah Jusof Kalla menyatakan kekesalannya atas sikap Anwar, barulah Anwar mengaku tapi beri macam-macam alasan bodoh kenapa dia buat demikian tanpa pengetahuan PAS dan DAP.

Sejak dari itu, pengaruh Anwar dalam Pakatan Rakyat berkurangan sikit demi sedikit sebab siapa nak percayakan dia lagi?  Cakap depan kamera bolehlah, dibelakang, hanya DAP saja yang percaya sikit-sikit, itupun sebab ada kepentingan politik.  PAS?  Langsung tak peduli.

Wednesday, February 25, 2015

Lepas 1MDB,FGV Pulak, Apa Masalahnya Kadir Ni?


Sejak diterajui Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, semua kebimbangan 'pihak tak berkaitan' dengan operasi syarikat 1MDB, mula dijawab dengan begitu sempurna sekali.  Begitu sempurna sehingga tidak ada peluang untuk sesiapa memutar belitkannya.

Tak kisahlah sebijak mana, apatah lagi bila tak bijak.

Maka tak hairan penggerak yang ditubuhkan khusus untuk menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan 1MDB sebagai subjek, orang macam Kadir Jasin, kini mengalihkan perhatian kepada FGV pula.

Saham FGV yang mengalami trend penurunan kebelakangan ini, dijadikan alasan untuk mengatakan syarikat itu gagal dan merugikan pemegang sahamnya.

Ini cakap macam orang bodoh.  Bukan FGV saja yang sahamnya menurun, separuh syarikat di Bursa Saham pun menunjukkan trend hampir serupa.

Lagipun, sesiapa yang biasa dengan urusan jual beli saham, tahu risiko bahawa pasaran ada turun dan naik.  Tak siapa diacukan pistol di kepala untuk membeli saham FGV pun.  Justeru, dengan mengatakan bahawa harga saham FGV yang rendah sekarang bukti kegagalan Najib atau yang seperti itu, bukan tuduhan berasaskan fakta, tapi datang dari hasad dengki.

Monday, February 23, 2015

Baguslah Blogger Perasan Hebat Tidak Dilantik Semula Sebagai Panel Bebas SPRM


Melihat kepada senarai 26 anggota panel bebas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) yang dilantik pagi tadi, agak lega bila tidak melihat nama Sy*d A*b*r sebagai antara salah seorang yang dilantik semula.

Sepanjang dia menganggotai panel bebas SPRM sebelum ini, rakyat tidak nampak sebarang sumbangannya terhadap membendung jenayah rasuah di negara ini.  Sebaliknya, dia gunakan pula kedudukan itu untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri.

Ibarat anjing tersepit menggigit tangan orang yang melepaskannya, macam itu.

Friday, February 20, 2015

Dulu Hantar Pasport, Sekarang Sebarkan Keburukan Anwar Pulak


Tak pasti apa yang tak kena dengan Khairy Jamaludin sekarang.  Tahun 2004 dulu dia juga yang jadi barua hantar pasport antarabangsa untuk Anwar ke luar negara sebaik dibebaskan dari penjara.  Hari ini dia jadi kepala yang nak memburukkan Anwar di seluruh negara pulak.

Konon kerana UMNO diam diri, tahan semua fitnah selama 6 tahun kes Anwar ini berjalan.  Yang dia lupa, bukan 6 tahun tapi 17 tahun iaitu sejak 1998.  Kenapa dia baca yang 6 tahun itu sahaja, yang baki tu buat lupa?  Pasal ada untung ke?

Ya, Anwar bebas tahun 2004, sangkut tahun 2015.  Tapi kalau nak cakap pasal pertahan UMNO dari dakwaan konspirasi, apa beza yang 2004 dengan sekarang?  Dalam kedua-dua kes ini, takdak bukti pun UMNO terlibat konspirasi untuk penjarakan Anwar.

Begitupun, jangan salah faham, penulis bukan pro Anwar tapi penulis juga bukan pro manusia hipokrit macam Khairy.

Lagipun, dalam masa yang sama, ada kes pembunuhan Altantunya dimana UMNO juga dituduh terlibat.  Sekarang bila pembangkang cuba hidupkan balik kes itu dengan memperalatkan Sirul, kenapa tak buat road tour pertahankan UMNO?  

Bila Dah Terdesak, Cakap Pembunuh Pun PAS Pakai


Kematian Nik Aziz dan pemenjaraan Anwar benar-benar meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada PAS.   Tanpa pengganti yang cukup wibawa untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan, PAS perlu kembali bergantung kepada isu untuk terus bertahan.

Dan isu yang dipilih adalah pembunuhan Altantunya, dengan memperalatkan penjenayah yang telah disabitkan, Sirul Azhar Omar yang kini berada di Australia, setelah berbulan melarikan diri apabila menjangka dia akan didapati bersalah di Mahkamah Persekutuan kerana membunuh Altantunya.

Sudah tentu cakap Sirul nanti tidak ada apa meritnya lagi kerana dia sudah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman, PAS tahu dan semua orang pun tahu.

Apa yang PAS cuba buat sekarang ialah cipta persepsi berdasarkan air liur semata-mata tanpa sebarang bukti, 4 orang saksi dan sebagainya.  Semua itu sudah tidak penting pada PAS, yang penting sekarang ialah survival parti itu perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun

Ironinya, sebelum ini PAS bersama-sama DAP dan PKR juga yang menyokong bapa Altantunya konon atas nama kemanusiaan, sekarang dia sokong pembunuh anaknya pulak.

Nampak sangat ini semua permainan politik semata-mata.

Untungnya, kepimpinan PAS tahu bahawa hampir semua penyokong mereka majoriti terdiri dari manusia berotak udang.  Dalam satu hal dia sibuk 4 saksi, dalam satu hal yang lain, dia pakai pulak cakap seorang pembunuh tanpa saksi dan bukti..

Thursday, February 19, 2015

Tugas Siapa Pastikan Anak Tidak Terjebak Kegiatan Ganas?


Berita budak perempuan baru berusia 14 tahun dah berani nak ke Mesir bersendirian untuk menyertai kegiatan pengganas ISIS membuatkan penulis terfikir, tugas siapa sebenarnya untuk pastikan anak-anak tidak terlibat kegiatan pengganas?

Kerajaan atau ibu bapa?

Macam dalam kes budak ini, bagaimana keluarganya boleh tak tahu dia sudah nak meninggalkan negara ini untuk menyertai kegiatan pengganas?  Baru 14 tahun umur budak itu, bukannya 24 tahun.

Dalam keadaan biasa untuk keluarga normal yang penulis tahu, budak kalau umur 14 tahun dan tak balik rumah satu hari tanpa sebarang berita, ibu bapa selalunya dah cemas.  Mencari anak di sana sini.

Ini dah nak ke Mesir, seorang diri pulak tu keluarganya boleh tak sedar lagi?  Penulis sendiri pun tak berani nak ke Mesir seorang diri, bukan pernah ada pengalaman ke situ pun,  Ini lagi budak umur 14 tahun.

Pembangunan Rohaniah Tinggalan Nik Aziz, Bantuan Banjir Pun Nak Kena Seleweng?


Kenyataan bahawa hampir RM 38 juta bantuan banjir berjaya diselamatkan dari diseleweng pihak tidak bertanggungjawab di Kuala Krai sahaja membuktikan ada yang tidak kena dengan rakyat Kelantan.

Tak nampak perkara seumpama ni berlaku di negeri lain, hanya di Kelantan.  RM 38 juta bukan sikit.

Macam-macam cara digunakan.  Ada isteri dah daftar, datang suami daftar lagi.  Anak yang duduk di luar Kelantan pun dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didaftarkan untuk terima bantuan wang ehsan.

Apa yang tak kena?

Sudahlah ketika Nik Aziz meninggal, banyak perkara kurafat berlaku termasuk ada yang mahu membawa balik tanah kubornya entah nak buat apa, kini bantuan dari kerajaan persekutuan untuk bantu mangsa banjir pula nak diseleweng.

Mungkin sudah sampai masanya kerajaan persekutuan tidak lagi campur tangan dalam soal bantuan banjir di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dan hanya terlibat dalam operasi menyelamat ketika musibah menimpa dan sebagainya.

Serahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan negeri masing-masing untuk menguruskannya.

Tuesday, February 17, 2015

Kematian Nik Aziz Wajar Menginsafkan Mahathir


Individu atau kelompok yang hilang akal mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri majlis pengebumian Nik Aziz minggu lepas patut tahu bahawa Najib bukanlah seteru utama Nik Aziz, tapi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Selama berpuluh-puluh tahun sejak 1990, arwah dan Mahathir menjadi musuh politik yang utama dan sampai ke kemuncak pada tahun 2001 bila anak Nik Aziz, Nik Adli ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dakwaan terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Menurut beberapa sumber yang rapat, penahanan ini telah menukarkan perseteruan politik antara Mahathir dan Nik Aziz kepada perseteruan peribadi.

Dikatakan, buat satu ketika yang panjang selepas itu, Nik Aziz dan Mahathir tidak pernah dilihat bersama walaupun sewaktu Mahathir mengadakan lawatan ke Kelantan.  Malah Nik Aziz pernah dipetik sebagai berkata, "tidak akan memaafkan orang yang menahan anaknya dibawah ISA".

Ketika Nik Adili ditahan, Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa menahan individu dibawah ISA.

Friday, February 13, 2015

Mahathir Patut Terima Jemputan Jadi Ketua Umum


Penulis tak pasti apa motif sekumpulan ahli PKR membawa banner meminta PKR melantik Tun Mahathir sebagai Ketua Umum. Tak perlu penulis ulas panjang kenapa permintaan ini janggal dan pelik, semua orang tahu jawapan.

Ramai kata nak menyindir, ramai kata memang pembangkang tengah takde kepala, nak orang UMNO macam Mahathir juga seperti mereka nak bekas UMNO macam Anwar dulu untuk ketuai mereka, seolah-olah pembangkang gagal hasilkan pemimpin yang berkualiti.

Jangkaan ini adalah berdasarkan kualiti banner yang digunakan dalam demonstrasi tersebut yang katanya bukan dari jenis murah dan rendah.  Selain yang mengetuai pun Naib Cabang Lembah Pantai - kawasan parlimen anak Anwar.

Apa pun, penulis cadang Mahathir terima jawatan tersebut kerana Anwar memang produk Mahathir. Siapa pun tidak peduli Anwar setelah kegagalan gerakan pelajarnya tahun 70an dulu kalau tidak Mahathir yang bawa dia ke dalam kabinet dan calonkan dalam pilihanraya.

Thursday, February 12, 2015

Jika Najib Tidak Boleh Memuaskan Hati Tun Mahathir, Tiada Siapa Yang mampu (I)

Serangan terbaru bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri dan Kerajaan bukan perkara luar biasa mahu pun aneh. Sejarah perjalanan Mahathir Mohamad, sejak dunia mengenalinya, penuh dengan pertelingkahan dan perbalahan.

Tun Mahathir dibesarkan dengan perasaan tidak puas hati dan tidak pernah berpuas hati. Dari zaman muda sehingga ke umur lebih 80 tahun, Tun Mahathir sentiasa mencari jalan untuk mencari musuh. Survival beliau adalah melalui krisis dan pertelingkahan. 

Semasa zaman belajar di Universiti beliau memilih untuk berbalah dengan British dan kemudiannya orang-orang agama. Apabila beliau menjadi ahli politik, beliau memilih untuk bergaduh dengan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman, dan kaum Cina.

Apabila menjadi Perdana Menteri, beliau bergaduh di dalam dan di luar negara. Dari manusia sekecil Ibrahim Libya dan Khairy Jamaluddin sehinggalah kepada nama besar seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn, Musa Hitam, Tengku Razaliegh, Anwar Ibrahim, Abdullah Ahmad Badawi dan Pairin Kitingan. Malah pada suatu ketika beliau pernah bertelingkah dengan Daim Zainuddin.

PRK Permatang Pauh Medan Penentang Najib Tunjuk Kekuatan



Penulis melihat pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan nanti bagi mencari pengganti Anwar Ibrahim yang sudah 2 malam sebagai penghuni di Sungai Buluh, sebagai medan baik untuk para penentang Perdana Menteri menunjukkan bukti kekuatan mereka kepada rakyat Malaysia.

Dalam sebuah negara demokrasi dimana penulisan dalam blog semata-mata tidak mampu menumbangan kerajaan, pilihanraya kecil seperti ini adalah platform yang sesuai, tidak ada yang lain lagi.

Matlamatnya bukan nak menang, calon BN pun sukar nak menang disini, tapi lebih kepada nak tunjuk kepada rakyat akan kekuatan mereka. Ini tulis Blog macam bagus tapi apa hasilnya entah.

Tajuk kempen nanti adalah seperti apa yang selalu ditulis dalam Blog - menentang Najib macam orang gila. Lambung isu 1MDB dan lain-lain isu yang digunakan untuk menghentam Najib selama ini. Kita nak tengok berapa ramai orang akan bagi sokongan kepada perjuangan yang macam itu.

Masa ini jugalah orang macam Kadir Jasin berpeluang tunjuk bakat sebenar dalam politik.  Penulis nak tengok berapa banyak undi dia boleh dapat dan setiap undi yang dia terima itu boleh dianggap undi protes terhadap kepimpinan Najib selain pembangkang.

Tuesday, February 10, 2015

Anwar Dah Terima Balasan, Pemimpin UMNO Jangan Cari Peluang Berantakan


Penulis tertarik dengan kebimbangan seorang rakan yang bimbang hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan ke atas Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi, akan menyebabkan UMNO berbalah.

Maklum sajalah, sekarang ini mungkin ada yang menahan diri kerana melihat Anwar sebagai ancaman yang tidak boleh diabaikan, tapi bila Anwar dah ke dalam, maka peluang ini diambil untuk bercakaran sesama sendiri kerana musuh yang nyata, sudah ke penjara.

Kebarangkalian ini tidak boleh diketepikan kerana memang perangai segelintir orang UMNO macam itu.  Bila musuh dah tiada, mereka bermusuh sesama sendiri kerana mahu mengambil peluang ke atas kekuatan UMNO yang kononnya bertambah selepas Anwar ke dalam.

Hakikatnya tidak begitu.  Anwar bukan satu faktor yang penting mana pun, tak macam dulu.  Sampai kiamat sekalipun orang Melayu memang akan sentiasa berpecah, cuma persoalannya sekarang, pecah berapa banyak dan sama ada pergolakan dalam UMNO membantu kepada perpecahan tersebut?

Monday, February 9, 2015

Cukup-Cukuplah Ulama Politik Di Negara Ini, Mufti Buat Kerja Mufti


Jika seorang Mufti menegur dalam isu politik yang ada hubung kait agama, itu adalah suatu yang tidak menghairankan, biasalah, memang tugas Mufti menjelaskan hal-hal berkaitan yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

Tapi kalau Mufti masuk campur hal politik yang tidak ada hubung kait agama - umpamanya membuat perbandingan antara 2 era kepemimpinan negara, itu kiranya sengaja mencari pasal sebab perbandingan itu berbeza zaman dan keperluan.

Jika nak masuk politik, berhenti dan bertandinglah dalam pilihanraya, kalau menang, tunjuklah hebat mana sangat diri tu dibandingkan dengan orang yang sekarang ini dikritik.  Jangan salah guna kedudukan untuk cakap soal politik.

Kalau hujahnya politik juga sebahagian dari agama, kenapa Mufti tidak bercakap soal teknologi, sains, Matematik atau perubatan yang juga sebahagian dari agama?

Jelasnya disitu, ada satu yang tak kena bila sementara Islam adalah agama yang menyentuh setiap aspek kehidupan, tapi Mufti hanya sentuh bab politik.  

Saturday, February 7, 2015

Walaupun Dikritik, PM Masih Bantu Proton


Potensi untuk melihat Proton menjadi kereta jenama ASEAN seperti dicadangkan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam membuktikan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengenepikan Proton sekalipun syarikat itu dipengerusikan pengkritik tetap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Mahathir.

Bukan Maharaja Lawak saja ada pengkritik tetap (dipanggil juri), Perdana Menteri pun ada.

Cadangan ini melihat kepada status Proton sebagai jenama pertama kereta yang dikeluarkan oleh sebuah negara Asean (selain Perodua). Hampir semua negara Asean hari ini adalah juga negara pengeluar kereta tapi kereta jenama lain yang dipasang dalam negara berkenaan, bukan betul-betul jenama keluaran negara tersebut.

Kalau cadangan itu jadi kenyataan, kereta Proton akan dipasarkan secara lebih meluas di semua negara - negara Asean. Sekarang pun Proton sudah bertapak di semua negara Asean tapi dengan status sebagai kereta Asean, pasaran itu akan lebih meluas lagi.

Kita yakin Datuk Seri Najib adalah orangnya disebalik cadangan Jokowi itu kerana mereka datang dari generasi kepimpinan yang sama. Pengerusi Proton, Mahathir tidak mungkin mempunyai pengaruh ke atas Jokowi, tapi Najib.

Thursday, February 5, 2015

Sejak Bila Syed Akhbar Jadi Blogger UMNO?


Difahamkan bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang nak mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger Syed Akhbar Ali kerana satu tulisannya yang membabitkan orang tua itu dengan kejadian 13 Mei 1969.

Sejauh mana benar berita ini kita tak pasti sebab Syed Akhbar ni pengecut, baru ada ura-ura nak kena saman dah padam posting, tak pasti kenapa yang ini tidak dipadamkan.  Apapun bila dah disiarkan di Roketkini, kira betullah tu.

Bukan nak bersekongkol dengan DAP tapi dalam hal ini kiranya baguslah Kit Siang nak saman blogger tak makan saman ini, tapi apa halnya pulak nak babitkan dengan UMNO, apa Syed Nepal ini ada kaitan dengan UMNO ke?

Silap-silap UMNO pulak yang saman Kit Siang kerana cuba memburukkan imej parti itu apabila mengaitkannya dengan Syed Akhbar.

Ada banyak logik kenapa Syed Akhbar tak boleh dikaitkan dengan UMNO, tapi ambil paling asas sekali, Syed Akhbar bukan ahli UMNO dan tidak layak pun nak jadi ahli kerana tidak masuk kategori bumiputera.

Tuesday, February 3, 2015

Personal Vandetta Kadir Jasin, Tun Daim ke atas Najib Razak Rosakkan UMNO (I)

Bekas Ketua Pengarang NSTP yang rapat dengan Tun Daim Zainuddin, sekali lagi muncul membelasah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seolah-olah antara Kadir Jasin dan Perdana Menteri sudah ada "personal vendeta" yang tidak mungkin diselesaikan.

Kadir terus menyerang 1MDB bukan kerana beliau sayangkan negara atau wang negara tetapi kerana dengan memusnahkan 1MDB, Kadir berpeluang menjatuhkan Perdana Menteri Mohd najib Tun Razak. Kadir menulis,


"BERITA terbaru mengatakan bilion-wan (billionaire) nombor dua terkaya di Malaysia, T. Ananda Krishnan atau lebih terkenal dengan singkatan AK bersedia memberi pinjaman RM2 bilion untuk atasi masalah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sesiapa saja yang kenal atau tahu modus operandi perniagaan AK akan bertanya: Apakah 1MDB yang ditubuhkan sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) negara akhirnya menjadi hak milik AK?
Nampaknya apa yang dibuat oleh 1MDB semuanya tidak kena. Apabila dipinjam di dalam negara dikatakan 1MDB bakal meruntuhkan sistem perbankan negara.

Apabila berurusan di luar negara dipersoalkan jumlah komisyen yang diperolehi oleh agen antarabangsa. Apabila meminjam dari ahli perniagaan juga dipertikaikan.

Nampaknya hanya dengan menutup 1MDB sahaja boleh memuaskan hati Kadir jasin dan Daim Zainuddin.

Pertamanya, adalah satu pembohongan jika menyatakan 1MDB merupakan "sovereign fund" kerana 1MDB telah menjelaskan mereka bukan syarikat menguruskan kekayaan negara seperti Khazanah Nasional.

1MDB telah beberapa kali menjelaskan,
Q1. Adakah 1MDB dana kekayaan negara (sovereign fund)?

Dari semasa ke semasa, kami lihat orang ramai merujuk kepada 1MDB sebagai dana kekayaan negara. Walau bagaimanapun, hakikat sebenarnya ialah kami adalah sebuah syarikat pembangunan strategik.

Secara praktikalnya, ini bermakna 1MDB adalah sebuah syarikat yang dikendalikan dan dibiayai secara bebas, tetapi keputusan pelaburannya adalah didorong oleh kepentingan ekonomi negara.

Seperti syarikat dana kekayaan negara, kami adalah milik penuh kerajaan, tetapi terdapat satu perbezaan penting di antara keduanya: syarikat dana kekayaan negara dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan melabur bagi pihaknya. 1MDB pula meraih dana dan melabur menggunakan modalnya sendiri, dan hanya pernah menerima sebanyak RM1 juta dalam bentuk ekuiti yang disediakan oleh Kementerian Kewangan pada masa penubuhannya.
Apakah tujuan Kadir memberi maklumat yang salah kepada pembaca beliau? Sukar untuk kita katakan maklumat ini tidak sampai kepada Kadir memandangkan ia telah beberapa kali dijelaskan kepada umum.

Mengenai Ananda Krishna kita tidak boleh berkata apa-apa kerana hanya Kadir, Daim, dan Anwar Ibrahim lebih mengenali hartawan terkemuka ini. Ini kerana pada zaman Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim menjadi menteri Kewanganlah Ananda Krishna mendapat pelbagai kekayaan termasuk perjanjian IPP yang berat sebelah, dan transaksi jalan lumba kuda sebelum diumumkan pembinaan Menara KLCC.

Daim dan Kadir tentu lebih mengenali AK. Jika beliau seorang penjahat dan penyangak kenapa beliau mendapat begitu banyak faedah pada zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Daim dan Anwar sebagai pencatur ekonomi dan Kadir Jasin sebagai Ketua Pengarang paling berpengaruh di Malaysia? Niat jahat Kadir Jasin bertambah apabila beliau menulis,
8. Mohd Najib adalah ketua eksekutif de facto 1MDB dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat.
Bagaimana Pengerusi Lembaga Penasihat boleh dianggap sebagai Ketua Eksekutif de facto kepada 1MDB? Apakah terdapat dalam memorandum penubuhan 1MDB atau diumumkan kepada masyarakat mengenai kedudukan tersebut?

Dengan melabelkan Najib sebagai Ketua Eksekutif de facto dalam 1MDB ia menunjukkan sikap Kadir untuk memburukkan Najib dalam apa cara sekali pun.

Kadir bukan sahaja menyerang Najib malah menyerang Barisan Nasional dan UMNO, parti yang memberi beliau kekayaan dan kedudukan, apabila menulis,
15. 1MDB sekali lagi menarik minat orang ramai apabila ia dilaporkan berbelanja mewah menaja kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2013, khususnya di Pulau Pinang.
Apakah bukti yang Kadir ada atau sekadar satu lagi lontaran andaian dan persepsi. Katakanlah tuduhan ini benar, apakah wajar Kadir yang menyatakan berjuang untuk UMNO dan negara, mendedahkan atau memaparkan isu ini?

Bukankah ini satu pengkhianatan terhadap parti? Dendam telah membutakan kadir sehingga sanggup memburukkan parti sendiri yang berusaha untuk menang pilihan raya.

Sebenarnya, kadir tidak mendapat maklumat yang benar. Segala kerja-kerja kemasyarakatan dijalankan oleh Yayasan 1MDB bukannya oleh syarikat 1MDB.

Tapi Kadir peduli apa. Niat beliau hanya mahu melingkupkan Najib dan Barisan Nasional. Tindak-tanduk kadir juga sangat aneh apabila beliau lebih percaya Lim Guan Eng dari DAP yang sudah tentu mempunyai kepentingan politik menyerang 1MDB.
16. Enam hari sebelum pengundian PRU 2013 ia membeli 234 ekar tanah pegangan bebas dengan harga RM1.38 bilion di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan berkata harga yang dibayar oleh 1MDB adalah 95% lebih tinggi daripada penilaian bagi tanah di sekitar kawasan itu pada tahun 2011. Tanah yang dibeli itu pula mempunyai ramai setinggan. Ini mencetuskan spekulasi yang Jho Lo, sebagai anak tauke Pulau Pinang, berperanan dalam urus niaga itu.
Jika Kadir mahu mencari kebenaran, sudah tentu beliau membaca jawapan 1MDB. Namun beliau tidak peduli kebenaran lagi.

Berikut jawapan 1MDB yang telah diulang siar berpuluh kali sejak tahun lalu.
Q18. Adakah 1MDB telah membayar terlalu tinggi untuk tanah yang dibeli di Pulau Pinang?

Tanah yang kami beli di Pulau Pinang terletak di tengah-tengah bandar Air Itam, sebuah kawasan yang mendapat permintaan tinggi di mana harga hartanah telah menampakkan kenaikan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambahan pula, saiz tanah tersebut memenuhi syarat-syarat kami dan membolehkan kami untuk membina hampir 10,000 rumah mampu milik, dengan baki tanah – yang bersaiz besar - digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang kami jangkakan bakal menjana nilai yang signifikan.

Oleh itu, kami yakin dapat menambah nilai keseluruhan tanah ini, dan percaya bahawa harga yang kami bayar setimpal dengan situasi ini. Ini dicerminkan dalam harga yang dibayar pemaju-pemaju lain untuk membeli tanah di kawasan sekitar di mana pada harga RM200 sekaki persegi, adalah sangat tinggi berbanding apa yang kami bayar.

Sebagai contoh, pada tahun 2013, lebih kurang 9.8 hektar tanah di Air Itam telah dibeli pada harga RM267.4 juta, iaitu kira-kira RM251 sekaki persegi, untuk pembangunan kegunaan bercampur.
Satu lagi dakwaan Kadir yang sangat melucukan,
17. Satu lagi berita sensasi ialah beberapa hari sebelum hari mengundi PRU 2013, 1MDB membawa keluar wang sebanyak RM7.18 bilion untuk dilaburkan dalam bentuk Segregated Portfolio di pusat kewangan luar pantai Cayman Islands.
Apakah tujuan Kadir menyatakan 1MDB membawa keluar RM 7.18 bilion beberapa hari sebelum pengundian 2013 tanpa sebarang bukti dan fakta?

Pada hemat penulis, kenyataan ini bertujuan memberitahu rakyat secara tersirat bahawa Mohd Najib mempunyai niat jahat membawa lari wang sebagai jaminan kalau-kalau kalah dalam pilihan raya terbabit.

Sehingga Kadir boleh memberi bukti dakwaan beliau, tentulah dakwaan tersebut merupakan fitnah jahat.

Penjelasan 1MDB bahawa pembukaan akaun di Pulau Cayman pada 2013 ialah bagi menyimpan keuntungan hasil pelaburan di luar negara dengan syarikat Arab Saudi sejak 2009.

Justeru bagaimana boleh timbul dakwaan 1MDB membawa wang ke luar negara sebanyak RM 7.18 bilion beberapa hari sebelum pilihan raya?
Q7. Secara khususnya, adakah 1MDB mempunyai dana yang dilaburkan di Cayman Islands?

Pada 2009, 1MDB dan sebuah syarikat Arab Saudi telah menjalin usahasama untuk memudahkan kerjasama ekonomi jangka panjang di antara Malaysia dan Arab Saudi. Sebagai sebahagian daripada usahasama ini, kami membuat pelaburan ke dalam sebuah syarikat usahasama (joint fund) dengan syarikat tersebut, yang ditubuhkan untuk membuat pelaburan ke atas projek-projek yang akan menjana manfaat kewangan dan strategik untuk kedua-dua negara.

Walau bagaimanapun, disebabkan pelbagai faktor, kedua-dua pihak akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan ini. Kesan daripada itu, pelaburan kami dalam syarikat usahasama tersebut telah ditukarkan kepada instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murabaha, yang pada dasarnya adalah sebuah pinjaman, dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8.75%.

Pinjaman ini telah dibayar sepenuhnya, pada jumlah AS$2.318 bilion dengan keuntungan sebanyak AS$488 juta, pada 2013. Membawa pulang dana ini ke Malaysia akan mendedahkannya kepada risiko turun naik pertukaran mata wang asing, seperti yang disaksikan pada masa ini. Untuk memastikan 1MDB mengekalkan posisi kecairan yang kukuh dengan portfolio global yang pelbagai, dana ini dilaburkan dalam anak syarikat 1MDB yang didaftarkan di Cayman Islands.

Dari segi pelaburan kami, sebanyak AS$1.22 bilion telah ditebus sebelum ini (yang merupakan lebih kurang 60% daripada jumlah keseluruhan), seperti terkandung dalam laporan penuh tahunan berakhir 31 Mac 2014, dan seterusnya syarikat telah menebus sejumlah AS$1.103 billion lagi - sepertimana yang dimaklumkan dalam siaran media syarikat bertarikh 13 Januari 2015. Ini mewakili baki (lebih kurang 40%) daripada jumlah penuh dana asal sebanyak AS$2.318 billion yang telah dilaburkan. Dengan itu, dana pelaburan ini telah pun ditebus sepenuhnya.
Sayang sekali, Kadir Jasin ketika usia menghadiri ufuk barat, bukan sahaja sudah hilang kebolehan menganalisis malah berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan bekas rakannya (Mohd Najib Razak) dan merosakkan parti yang memberikan pelbagai kesenangan kepada beliau.

Saya doakan Kadir kembali ke pangkal jalan. Janganlah nanti kita mati dengan meninggalkan tulisan-tulisan yang penuh pembohongan dan fakta palsu.

Usah busukkan nama yang harum kerana harta dunia yang tidak seberapa.

Monday, February 2, 2015

MIC: Kadir, Siapa Kamu Sehingga Najib Nak Lapor Setiap Perkembangan?


Kemelut MIC ini memang meruncing dan semua orang lega bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan campur tangan dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Penulis percaya pada saat artikel ini ditulis, pelbagai perbincangan ke arah menyelesaikan masalah tersebut sedang berjalan dengan jayanya.

Buat permulaan, semua pihak bertelagah dalam parti tersebut telah mematuhi arahan Perdana Menteri untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.  Semua pihak bertelagah dalam MIC pun bersetuju menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ini menunjukkan keyakinan MIC dan masyarakat India secara umumnya terhadap kepimpinan Najib.

Dalam masa yang sama, janganlah orang yang tidak berkaitan dengan MIC dan politik tanah air, masuk campur dalam urusan ini, orang macam Kadir Jasin.  Dia bukan India pun atau orang politik yang berjaya sehingga nak buka mulut.