Friday, October 31, 2014

1MDB Jawab Tun Mahathir dan Pengkritik lain

Sejak minggu lepas, terdapat banyak spekulasi mengenai pelbagai elemen dalam perniagaan 1MDB.

Walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada masa lalu, kami memandang serius tuduhan yang dilemparkan. 

Oleh itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi respon terhadap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini, dengan niat untuk memberi penjelasan dari perspektif kami, dan memberi peluang para pembaca membuat rumusan tersendiri terhadap 1MDB dengan maklumat yang kami sampaikan.

Terbitan Bon / Hutang Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi.

Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.

Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting. Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon.

Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi. Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu.

Dengan keadaan ekonomi pada masa itu, hakikat bahawa 1MDB berjaya menjana jumlah dana sebesar ini mencerminkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang diletakkan terhadap syarikat. Kami juga memandang serius spekulasi tidak berasas bahawa sebahagian daripada kadar faedah ini telah dibayar kepada ‘orang tengah’ sebagai sejenis bayaran manfaat. Ini adalah tuduhan yang serius.

Kami ingin menjelaskan secara tegas bahawa keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan tersebut adalah dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia, dua kali setahun mengikut jadual pembayaran.

Untuk mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar. Selanjutnya, kebimbangan juga telah ditimbulkan mengenai komisen dan fi yang ditanggung oleh 1MDB untuk terbitan dua hutang tambahan pada tahun 2012 dan 2013, masing-masing untuk US$1.75 billion dan US$3.0 billion.

Kedua-dua bon ini telah dikeluarkan pada kadar diskaun yang biasa bagi tawaran-tawaran bon. Sebarang perbezaan di antara nilai tara (par value) dan perolehan bersih sebuah bon tidak hanya meliputi bayaran dan perbelanjaan lain, tetapi juga hasil efektifnya (effective yield) yang turut mengambil kira diskaun dan baki tempoh pegangan bon.

Kami ingin menjelaskan bahawa sejumlah besar perbezaan di antara nilai tara (par value) bon tersebut dan perolehan bersih adalah berkaitan dengan bon dikeluarkan pada kadar diskaun. Keputusan ini diambil untuk memastikan kejayaan menyempurnakan pengumpulan dana berpandukan faktor dalaman dan luaran pasaran, kepantasan untuk melaksanakan tawaran dan skala penajajaminan (underwriting).

Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa. Ianya merupakan salah satu daripada sejumlah kecil bank yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan hutang sebesar ini.

Bon-bon yang dikeluarkan pada kadar diskaun kepada nilai taranya (par value) memastikan kejayaan terbitan hutang kami tepat pada masanya, dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak stabil ketika itu. Berkaitan transaksi yang dinyatakan di atas, kami memandang serius sindiran bahawa Goldman Sachs mungkin telah membuat bayaran kepada pihak ketiga, satu tuduhan yang kami nafikan dengan tegas.

Goldman Sachs telah menyatakan secara terbuka: “Selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang menyediakan khidmat professional, tiada fi atau komisen dibayar oleh 1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak luar ketiga berkaitan dengan transaksi-transaksi ini, dan kami tidak pernah diarahkan oleh 1MDB atau sesiapa pun untuk membuat sebarang bayaran atau komisen”.

Kadar Hutang Seperti mana-mana syarikat besar, 1MDB telah menjana modal melalui pasaran hutang antarabangsa untuk membiayai projek-projek tertentu, pada skala yang memerlukan kami untuk berbuat demikian.

 Kesemua hutang kami adalah disokong oleh aset yang kukuh, dan jumlah keseluruhan aset kami (RM44.67 billion pada tahun kewangan berakhir Mac 2013) dengan selesa melangkaui jumlah keseluruhan hutang kami (RM37 billion dalam tempoh yang sama).

Adalah penting juga untuk dinyatakan bahawa kami tidak pernah terlepas membuat pembayaran mengikut jadual, dan kami juga tidak berniat untuk berbuat demikian. Kebolehan kami yang konsisten dalam meraih dana di pasaran antarabangsa dan daripada pelabur yang berkualiti, mencerminkan keyakinan mereka terhadap kami.

Penyenaraian aset tenaga kami adalah satu daripada siri usaha yang kami rancang bagi mengurangkan hutang kami. Selain itu, kami sedang memajukan perniagaan hartanah kami dengan projek-projek seperti TRX dan Bandar Malaysia.

Sejak tahun lepas, kami telah memeterai beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat terkemuka dan institusi-institusi dari seluruh dunia seperti Lend Lease, sebuah kumpulan hartanah dan infrastruktur antarabangsa. Semua ini akan membawa kepada aliran masuk dana ke Malaysia.

Kami berterusan meningkatkan nilai aset hartanah kami bagi membolehkan kami mendapat perolehan yang boleh digunakan untuk memacu pertumbuhan masa depan serta mengurangkan kadar hutang kami.

Terlebih Bayar untuk Aset Selain dakwaan-dakwaan berkenaan terbitan hutang 1MDB, tuduhan-tuduhan mengenai jumlah yang dibayar 1MDB untuk aset-aset tenaga dan hartanah juga telah ditimbulkan semula sekali lagi.

Seperti mana-mana syarikat lain, kami hanya memperoleh aset apabila kami yakin bahawa ia akan memberikan nilai yang tinggi kepada perniagaan kami. Sejajar dengan sasaran strategik Kerajaan untuk menjamin bekalan tenaga Malaysia, kami telah membeli beberapa aset tenaga sejak 2012.

Pembelian ini telah membolehkan kami untuk mempelbagaikan campuran bahan api dan risiko negara kami, selain mendapat manfaat daripada aliran tunai yang sihat serta kepakaran pihak pengurusan yang unggul.

Dakwaan-dakwaan berkaitan jumlah yang kami bayar untuk aset-aset tenaga kami berkisar tentang nilai yang dikaitkan kepada aset-aset berkenaan pada masa ianya dibeli dan berdasarkan kepada andaian tertentu yang dibuat oleh pihak luar.

Walau bagaimanapun, kami memandang jauh dan mengambil kira sinergi yang lebih meluas untuk kumpulan, di samping impak sosial dan ekonomi kepada negara, ketika membuat penilaian terhadap aset-aset tersebut serta ramalan pulangan ekonomi.

Oleh itu, kami percaya bahawa nilai yang kami bayar bagi aset-aset ini – yang mungkin melibatkan pembayaran yang premium, adalah perkara biasa apabila membeli perniagaan lain – sepadan dengan potensi semasa dan masa depan aset-aset tersebut.

1MDB juga telah menerima dakwaan bahawa ia telah membayar lebih untuk beberapa keping tanah di Pulau Pinang. Tanah yang dipersoalkan terletak di pusat bandar Air Itam, sebuah kawasan yang mendapat permintaan tinggi di mana harga hartanah telah menampakkan kenaikan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saiz tanah yang dibeli membenarkan kami untuk membina hampir 10,000 rumah mampu milik, dan kami berniat untuk menggunakan beberapa keping tanah yang tinggal – yang bersaiz besar – untuk tujuan pembangunan lain yang kami harapkan bakal menjana nilai yang tinggi.

Oleh itu, kami yakin dapat menambah nilai keseluruhan tanah tersebut, dan percaya harga yang kami bayar adalah berbaloi. Ini dicerminkan dalam harga yang telah dibayar pemaju lain untuk membeli tanah di kawasan sekitar di mana pada harga RM200 sekaki persegi, adalah agak tinggi berbanding apa yang kami bayar.

Salah satu contoh, pada tahun 2013, lebih kurang 9.8 hektar tanah di Air Itam telah dibeli pada harga RM267.4 juta, kira-kira RM251 sekaki persegi, untuk pembangunan kegunaan bercampur.

Layanan Istimewa untuk Tender Projek Janakuasa Kedudukan kami sebagai pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia, rekod prestasi yang baik dalam sektor, serta pihak pengurusan berpengalaman bermakna kami adalah pemain kompetitif di dalam sebarang proses bidaan tender.

Pada awal tahun ini, konsortium bersama yang dianggotai oleh 1MDB dan Mitsui & Co telah mengambil bahagian dalam proses bidaan tender terbuka dan kompetitif untuk sebuah loji janakuasa arang batu berkapasiti 2,000MW yang dikenali sebagai Projek 3B.

Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap pelbagai bidaan lain, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa konsortium kami telah dipilih sebagai pembida pilihan.

Kemudian, ada yang mengatakan 1MDB menerima layanan istimewa, dan bidaan bersama kami adalah tidak sebaik bidaan yang dihantar oleh pembida-pembida lain dalam proses tersebut.

Sebarang penganugerahan adalah berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memastikan bekalan tenaga yang terjamin dan menjimatkan kepada pengguna, sebagai contoh:

standard teknikal bidaan tersebut, rekod prestasi syarikat, harga tawaran, keperluan untuk melaksanakan projek dengan segera dan jaminan tenaga serta kos keseluruhan sistem bidaan tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataannya, Konsortium 1MDB-Mitsui telah memenangi proses bidaan “secara adil dan saksama dengan teknologi yang terbukti yang bakal meningkatkan jaminan bekalan tenaga seperti yang dijangkakan daripada stesen janakuasa arang batu berkapasiti 2000MW yang beroperasi di dalam sistem grid sebesar kita”.

Ia juga penting untuk dinyatakan bahawa 1MDB tidak berjaya dalam proses bidaan tender lain yang kami sertai, seperti loji gas Prai dan loji arang batu berkapasiti 1000MW. Kedua-dua projek ini dimenangi TNB, yang pada pandangan pihak berkuasa telah menawarkan pakej yang lebih baik, walaupun 1MDB menawarkan harga bidaan terendah untuk proses tender Prai.

Pembiayaan Untuk Projek 3B 1MDB ingin menyatakan bahawa konsortium kami membayar kurang daripada RM8 juta untuk menyediakan dan menghantar bidaan kami untuk Projek 3B.

Ini adalah kira-kira separuh daripada jumlah yang dibelanjakan oleh pembida lain pada peringkat ini menurut dakwaan sebuah akhbar bisnes harian.

Sepanjang pengetahuan kami, tiada pembida lain yang tampil ke hadapan untuk mendedahkan maklumat ini kerana ianya adalah maklumat perniagaan yang sulit.

Kami mendedahkan perkara ini kerana kami ingin menghentikan sindiran yang tidak berasas ini. 1MDB tidak membelanjakan US$100 juta untuk mendapatkan Projek 3B.

Sebaik sahaja mendapat projek tersebut, Konsortium 1MDB-Mitsui bergerak ke peringkat pembangunan seterusnya untuk membolehkan stesen janakuasa tersebut beroperasi, dijangkakan pada tahun 2018.

Majoriti kos pembangunan adalah dibelanjakan dalam tempoh pembangunan ini. Kos pembangunan atau fi pembangunan adalah apa yang dibayar kepada penaja projek untuk kerja pembangunan yang dilakukan oleh penaja projek untuk merealisasikan projek tersebut, daripada proses bidaan sehinggalah kepada operasi stesen janakuasa. 

Ianya bukan merupakan kos pembayaran balik. Untuk pembiayaan projek industri tenaga, kos pembangunan biasanya terletak di antara 5% hingga 8%. Kos pembangunan kami – termasuk sebarang fi pembangunan yang ditanggung oleh kedua-dua rakan kongsi projek, 1MDB dan Mitsui – adalah 5.5% daripada kos projek, suatu kadar yang rendah.

1MDB yakin dengan cara pembiayaan projek antarabangsa kami yang dijalankan dengan kerjasama erat rakan kongsi antarabangsa kami Mitsui, salah satu syarikat perdagangan am terbesar di Jepun. Pembiayaan projek sebegini di mana ekuiti disuntik kemudian (back-ended), merupakan yang pertama di Malaysia tetapi adalah amalan biasa untuk projek-projek antarabangsa yang besar.

Ia akan membantu memperbaiki pulangan ekuiti penaja projek, disebabkan oleh kesan nilai masa (time value) terhadap wang, kerana bayaran dibuat dahulu dan bukannya daripada aliran wang tunai operasi projek tersebut.

Jumlahnya dibincangkan dan tertakluk kepada kelulusan pemberi pinjaman. Selanjutnya, sebarang tuduhan bahawa pemegang bon 3B kami akan menanggung risiko tersembunyi adalah sama sekali tidak benar dan tidak bertanggungjawab.

Bon kami didatangkan dengan jaminan bank yang memastikan komitmen promoter dalam suntikan ekuiti. Keselamatan aliran wang tunai dan pulangan kepada pemegang bon adalah terjamin. 

http://www.1mdb.com.my/bm/siaran-media/1mdb-beri-penjelasan  

Apa Motif Najib Razak Lantik Orang Gila Jadi Panel SPRM?

 
Salah satu tanda soal besar dalam keputusan kerajaan Najib Razak ialah tindakan melantik orang yang tidak sihat mental seperti Syed Akbar Ali yang juga dikenali sebagai Blogger "Outsyed the box" ke dalam panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Jika dulu-dulu Syed Akbar gila membelasah ulama dan mufti kononnya beliau paling bijak dalam hal agama biarpun sepatah bahasa arab pun tidak boleh difahaminya.

Sekarang kegilaan terbaru Syed Akhbar ialah memberi fakta bohong dan palsu berkenaan dengan kerajaan.

Dalam artikel terbaru "We're Witnessing The End Of The Oil Era", beliau menulis,

Pendek kata oil is going to go lower throughout 2014 and into 2015. Goldman Sachs even forecasts US80 per barrel up to 2016.

So when is the price of petrol going to go down in our country, which produces 650,000 barrels a day? Or at least RON 97 which is not subsidised. Since RON 97 is not subsidied why doesnt the price of RON 97 decrease?

The oil price in the rest of the world has decreased. 2016 is the UMNO elections. 2018 is the General Elections. If oil prices remain weak throughout 2014 to 2016 (which I think they will) Petronas' revenue will be severely affected.

The gomen's revenue will be affected. Macam mana nak bayar gaji kakitangan kerajaan?

Macam mana nak pergi shopping di London untuk beli handbag?

How to keep burning billions for projects that DO NOT MATERIALISE like AES (money spent project batal), fuel subsidy management (money going to be spent project batal), 1MDB (black hole), sturgeon farming (money spent tapi project batal), or going into cost overruns (RM4 bil for KLIA2), money spent tapi rumah tak jadi (PR1MA housing).

It is just endless. All this is going to come to a head around 2016-2018. After that the BN will lose the elections. Rotunda will have to cook her own rice.

Keseluruhan tulisan Syed ini merupakan satu penyelewengan fakta yang bertujuan menghasut orang ramai membenci kerajaan.

Pertama Syed mengaitkan pemilihan UMNO 2016 dan pilihan raya 2018 dan isu pendapatan PETRONAS dan Negara akan berkurangan. Apa tujuan? Memang susah mahu faham tulisan blogger "mental" macam Syed ini yang perasan beliau paling hebat dan paling pandai.

Mungkin beliau mahu memberitahu UMNO ambil duit kerajaan untuk pemilihan dan pilihan raya? Bagaimana tuduhan ini boleh dibuat oleh seorang ahli panel SPRM?

Panel penasihat SPRM ini pula membuat mengaitkan pula kejatuhan pendapatan kerajaan dengan gossip mengenai "kegiatan membeli belah beg tangan di London."

Apakah kenyataan ini bukan ingin membuat saranan secara tersembunyi bahawa pemimpin Negara menggunakan wang kerajaan untuk kepentingan peribadi sesuka hati?

Kedua, Syed memberi fakta yang salah dan mislead pembaca dengan menyatakan

1. AES dibatalkan. Adalah tidak benar AES dibatalkan kerana sehingga sekarang ia diteruskan. Apa yang berlaku hanyalah perubahan pengurusan AES.

2. Pembatalan pengurusan sistem subsidi petrol merugikan wang Negara yang banyak. Ini juga merupakan satu pembohongan. Sistem Susbsidi petrol masih diperingkat kajian dan kerajaan tidak pernah membayar kepada mana-mana syarikat pun.

3. 1MDB (Black hole). Apa maksud Syed dengan kenyataan ini? Orang akan beranggapan 1MDB mengalami masalah kewangan yang besar dan bakal meruntuhkan Negara.

Sedangkan fakta sebenar 1MDB merupakan konglomerat besar yang sungguhpun mempunyai hutang besar tetapi juga asset besar. Kerajaan hanya memberi jaminan kepada sebanyak RM 5.8 billion atas hutang 1MDB. Ini bermakna jika ditakdirkan 1MDB muflis pun, ia hanya membabitkan tidak sampai 5 peratus bajet Negara. Bagaimana ia boleh dianggap "black hole"?

4. Projek ikan sturgeon juga bukan projek kerajaan. Dan menyatakan projek ini telah dibatalkan menyebabkan berlaku kerugian atas perbelanjaan ADALAH SATU PEMBOHONGAN lagi.

5. Syed juga mendakwa perbelanjaan RM 4 billion untuk KLIA2 merupakan satu perbelanjaan yang melampaui. Malangnya sekali lagi dakwaan Syed ini langsung tidak disokong oleh kiraan yang munasabah atau pandangan yang berwibawa.

6. Dakwa syed, Wang dibelanjakan tetapi Rumah Prima tiada! Kita mahu tahu fakta dan statistik mana menyatakan wang telah dibelanjakan tetapi rumah PRIMA tidak siap?

SEHINGGA KINI BELUM ADA SEBUAH PROJEK PERUMAHAN PRIMA YANG TERBENGKALAI. TIDAK PASTILAH KITA JIKA SYED ADA KEPAKARAN MENGURUSKAN PROJEK PERUMAHAN YANG BOLEH SIAP SEKELIP MATA.

Sejak kebelakangan ini Syed Akhbar telah membuat pelbagai kenyataan memburukkan Perdana Menteri dan kerajaan tanpa sebarang bukti.

Sekali sekala Syed perlu ukur baju di badan sendiri. Apakah kejayaan beliau yang begitu hebat sehingga melayakkan beliau membuat pelbagai kenyataan dan tuduhan tanpa disokong oleh bukti?

Cukuplah Syed! Muhasabah diri, jangan rosakkan imej kerajaan kerana Perdana Menteri tidak mahu mengikut cakap anda!

Mungkin kerana terlalu banyak berfikir luar kotak, akhirnya blogger ini sudah jadi gila!

Thursday, October 30, 2014

Hanya RM 5.8 bilion hutang 1MDB Jaminan Kerajaan

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak menanggung sebarang hutang atau bayaran faedah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya syarikat itu jatuh bankrap.

Perdana Menteri berkata, hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima ‘jaminan jelas’ kerajaan Malaysia. “1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman lain.

“Sepertimana syarikat lain yang tertakluk di bawah Akta Syarikat, 1MDB juga mempunyai liabiliti terhad dan selain daripada pinjaman atau bon yang menerima jaminan kerajaan, hal kewangan 1MDB tidak termasuk dalam kiraan kontinjen liabiliti kerajaan. Keadaan kewangan syarikat adalah tanggungan syarikat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu sama ada kerajaan terpaksa menanggung beban hutang RM38 bilion 1MDB jika syarikat itu muflis.

Najib menjelaskan hutang 1MDB pada tahun berakhir 31 Mac 2013 adalah sebanyak RM36.25 bilion. Perdana Menteri berkata, 1MDB mempunyai rangka kerja tadbir urus yang kukuh dan membolehkannya mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi bon yang diterbitkan.

Selain itu katanya, syarikat itu sentiasa melakukan ‘due dilligence’ kewangan dan teknikal yang sepenuhnya sebelum membuat keputusan bagi melabur dalam sesuatu projek.

“Setakat ini, 1MDB tidak pernah terlepas daripada memenuhi obligasi jadual pembiayaan kewangannya. Kedudukan kewangan 1MDB tetap kukuh disokong oleh aset strategik yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti di samping mempunyai peluang pertumbuhan yang utuh,” kata Najib.

Jawapan Kepada Pengkritik 1MDB - Sir Wenger


Kebelakangan ini ada beberapa cubaan untuk mejejaskan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  dengan dakwaan salah pengurusan oleh 1 Malaysia Devolepment Berhad (1MDB).  Sementara kita faham parti-parti pembangkang menjadi dalang utama disebalik serangan terbaru ini,  tapi bila Dr. Mahathir berkongsi platform yang sama dengan pemimpin pembangkang seperti Tony Pua dalam mengutuk dana yang telah melakukan banyak untuk agama, bangsa dan negara ini, ia adalah satu cerita yang berlainan sama sekali.

Walaupun adalah menjadi hak Perdana Menteri untuk kekal berdiam diri tentang apa-apa urusan berkaitan dengan 1MDB, penggunaan kata sindirian secara keterlaluan oleh Dr Mahathir boleh mengelirukan rakyat serta membawa lebih banyak salah faham (seperti dalam episod menyentuh anjing).  Sudah ada beberapa blogger UMNO yang termakan dengan umpan ini dan mula mempersoalkan kebijakan Perdana Menteri dan penasihat-penasihatnya.  Ditakuti, ada Ketua Bahagian UMNO pun yang mungkin terpengaruh dengan pandangan yang diberikan Dr. Mahathir seterusnya gagal menghargai Perdana Menteri secukupnya (berkaitan isu ini) dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.

An Answer To IMDB Critic

By Sir Wenger

There have been recent attempts to besmirch the good name of Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak by alleging impropriety behind the operations of 1 Malaysia Development Berhad.

Whilst it is understandable for opposition parties like DAP to lead in the attacks, it is something else altogether for Dr Mahathir to share the same platform with the likes of Tony Pua in condemning a fund that has done so much for the religion, race and country.

Even though the Prime Minister is within in his right in maintaining an elegant silence over the state of affairs in 1MDB, Dr Mahathir’s heavy use of innuendoes could confuse people and lead them astray, (much like the dog touching episode.)

Already some UMNO bloggers have fallen for the bait and have begun to question the wisdom of the Prime Minister and his advisers.


It is feared that even wise Ketua Bahagian UMNOs may be taken in by the relatively simplistic arguments put forth by Dr Mahathir and fail to praise the PM adequately in the upcoming Umno General Assembly.

Thus, the task of defending 1MDB and the Prime Minister has fallen on me as Chairman of a newly formed cyber NGO, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu 1 Malaysia (PBB1M).

In his diatribe, Dr Mahathir accuses 1MDB of the following things. I will list down the allegations and answer them for the benefit of the public in general, and Umno Division leaders in particular. * Paying an exceptionally high interest rate to borrow money. Dr Mahathir cites the 5.75% coupon for a 30 year RM5bil Islamic bond in 2009 and paying 5.99% to place out a US$1.75 billion in the Eurodollar market.

In criticising the 5.75% coupon for the RM 5 bil Islamic bond, Dr Mahathir alleges that the cost of Government funding was 4.0% and Petronas paid only 3.6%, thus implying that the bright and smart ex-consultants in 1MDB had been forced to pay more than required to seek funds.

This point shows Dr Mahathir’s shallow understanding of finance, which is even more embarrassing, considering that he was at one time the Finance Minister. 1MDB borrowed money for 30 years to match the cash flow from its project to the cash flow of its funding.

When we borrow for 30 years, we must use the indicative 30-year rate and not a 10- or 20-year rate. The market at that time was pricing Malaysian government securities with a 20-year remaining term to maturity at 4.8% and not 4.0%.

But 1MDB wanted 30-year money, so it has to pay a higher rate because rates increase the longer the term of the loan. So paying an additional 100 basis points is not uncommon, especially since the issue was quite big and the issuer relatively new.

* Paying commission and fees of US$473 million to Goldman Sachs to underwrite a US dollar facility of US$4.554 billion.

Dr Mahathir argues that this fee was excessive, considering that the great bank was only paid US$10 million to arrange a US$800 million facility for Equisar International, a Sarawak state Government company.

The act of paying commissions and fees is a standard part and parcel of investment banking. If you want the best, then you have to pay more for their services. In addition, these fees included the guarantee fees that were required to be paid to IPIC to guarantee the bonds.

* Paying above market price to acquire power assets In corporate finance, it is understandable to pay a premium to acquire an asset. In Merger and Acquisitions, this is called an “acquisition premium”.

You pay the required premium because you are confident that you can save costs by combining two related entities through synergies.

So overpaying is not a new thing – many people considered Google’s IPO price of US$85 as being too high. Now the stock has gone up 10 times! How many Bumiputeras managed to participate in the Google IPO?

Thus in conclusion, people should ignore this nonsense created by Dr Mahathir and focus more instead on supporting the Prime Minister. Rest assured that the Prime Minister is fully aware of the details in 1MDB and has said that the fund

Wednesday, October 29, 2014

Bukan Provokasi, Telur Itu Tumbuh Tepi Jalan, Tinggal Petik..

KEJADIAN polis dan wartawan dibaling dengan telur oleh penyokong Anwar Ibrahim di hadapan Istana Keadilan sebentar tadi membuktikan bahawa mereka memang sengaja berniat mahu mencetuskan provokasi ke atas pasukan keselamatan.

Senang nanti bila polis bertindak, gambar-gambar dari sudut tertentu diambil untuk membuktikan berlakunya keganasan polis.

Dengan niat ini bermaksud, apa lagi tujuan bawa telur siap-siap datang ke Mahkamah kalau bukan sebab nak buat kecoh?


Telur bukan macam bunga atau pokok yang tumbuh tepi jalan dan kemudian dipetik sebelum dibaling kepada pihak polis!!

Pemilihan telur ini pun menarik juga.  Macam banyak duitlah kira ni  baling telur.  Telur bukan murah tau sekarang, sebijik RM 0.20, itu mentah.  Kalau digoreng antara RM 0.80 hingga RM 1.20 sebiji harganya.

Tapi penyokong Anwar buat baling polis je tu, kira melampau banyak duitlah.

Jadi yang selama hari ini melaung-laung kenaikan kos sara hidup tu rupanya retorik sajalah, bukan betul-betul terjadi pun.  Padanlah himpunan bantah kenaikan kos sara hidup ini kurang dapat sambutan, hanya digambarkan macam dapat sambutan sebab semuanya dirancang.

Apa pun, kebijakan polis bersabar dengan provokasi kera-kera yang Anwar bayar ini memang disanjung tinggi dan penulis ucapkan berbanyak tahniah.  Harap pihak polis tidak makan langsung dengan provokasi sehingga dibuktikan bahawa kera-kera itu yang mulakan dulu.

Tuesday, October 28, 2014

Anwar Kecewa Provokasi Tak Menjadi

Tindakan polis menyuraikan keganasan yang dicetuskan penyokongnya, adalah satu kelebihan Anwar dalam mendapat simpat rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa terhadap kes yang sedang dihadapinya.

Isu keganasan polis ini sudah jadi macam masalah global, dimana-mana pun sama.  Jadi tak susah nak tarik simpati orang kalau perkara itu berlaku.

Dalam kes Anwar, walaupun tindakan polis itu tak berkaitan langsung dengan tuduhan liwat yang dihadapinya, tapi seolah-olah wujud satu kepercayaan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak polis itu menunjukkan wujud konspirasi tertinggi untuk mengenakan Anwar.

Lim Kit Siang Hina Mahkamah Bila Gesa PM Ringankan Hukuman Anwar Ibrahim

Jika orang lain kira mencampuri kehakiman, bila kena batang hidung sendiri boleh pula minta kawan-kawan desak Perdana Menteri masuk campur hal mahkamah.

Monday, October 27, 2014

Rempuhan Di Universiti Malaya Memang Dirancang?


Kejadian rempuhan pelajar di Universiti Malaya sebentar tadi dilihat dari sudut manapun adalah satu kejadian yang sudah dirancang untuk menarik minat rakyat ke atas perbicaraan liwat Anwar esok dan dalam masa yang sama mencetus rasa simpati rakyat terhadapnya.

Anwar memang diketahui bergantung sepenuhnya kepada persepsi dan drama seperti ini untuk selamat dalam politik, atau lebih mudah kata, dia memang macam itu.

Logiknya, kalau betul taknak bagi Anwar masuk, kunci teruslah pagar tu dan panggil polis sebagai pasukan tambahan.  Ini tidak, dalam pada kata tak boleh masuk, senang-senang je budak-budak tu rempuh.

Dari cara insiden ini berlaku, silap-silap, ada di kalangan pentadbir dalam Universiti Malaya itu sendiri yang bersekongkol dengan Anwar untuk mencipta insiden sebentar tadi kerana Universiti Malaya memang lubuk penyokong Anwar dari atas sampai ke bawah.

Sunday, October 26, 2014

Siapa Tanggung Kos Aktivis Media Pakatan Cari Suaka Di Luar Negeri?


Setakat artikel ini ditulis, 2 aktivis media pro Pakatan Rakyat sudah melarikan diri ke luar negara untuk mendapatkan suaka politik.  Satu di Amerika Syarikat dan terbaru di Sweden.

Walaupun salah seorang mereka lebih terkenal dengan blog porno dan anti Islam, tapi sentimen anti Akta Hasutan yang dijadikan alasan untuk mencari suaka di luar negeri, menunjukkan dia sebenarnya adalah aktivis media sosial pro Pakatan.

Nak diikutkan, bukan murah kosnya untuk mencari suaka politik di negara-negara tersebut.  Dari tiket kapal terbangnya, kos makan minum dan sebagainya, semua ini memerlukan belanja yang besar, bukan sikit.

Saturday, October 25, 2014

Kenapa Laluan Jitra-Bukit Kayu Hitam (Kubang Pasu) Takde Tol?

Projek Lebuhraya Utara Selata (PLUS) sepanjang 772 km menghubungkan Johor Bahru dan Bukit Kayu Hitam, adalah antara mercu tanda kejayaan dasar penswastaan yang dipelopori bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Nak cerita secara 'detail' dasar penswastaan ini agak panjang tapi ringkasannya, kerajaan menyerahkan kepada pihak swasta untuk mengambil alih pembinaan lebuhraya dan sebagai ganti, mereka dibenarkan untuk mengutip tol.

Cara mana nak biaya projek tersebut, pandai merekalah, kerajaan tak campur tangan.  Keadaan ini dikenali sebagai konsesi.

Friday, October 24, 2014

ISA Bukan Menguatkan Melayu Tapi Menguatkan Mahathir Sahaja


Pandangan sesetengah pihak yang mengatakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) menguatkan Melayu sepanjang era 1981-2003 sehingga penghapusannya pada tahun 2012 dikatakan telah melemahkan kaum itu, sebetulnya adalah satu pandangan yang meleset dan salah sama sekali.

ISA sebetulnya tidak langsung menguatkan Melayu, hanya menguatkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir seorang saja.

Buktinya dah banyak banyak. tapi paling jelas pada waktu itu,  ISA yang sepatutnya digunakan untuk mengatasi kegiatan subversif, lebih banyak digunakan untuk menahan tanpa bicara bukan sahaja ahli  pertubuhan pengganas, tapi juga ahli politik BN/pembangkang atas nama keselamatan negara.

Wednesday, October 22, 2014

Najib Dapat Lebih Banyak Sokongan Melayu Berbanding Mahathir


Kejayaan Tun Dr. Mahathir meraih 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum sepanjang 22 tahun kariernya sebagai Perdana Menteri Malaysia, tidak boleh dianggap bukti bahawa orang Melayu sentiasa berada di belakang beliau.

Orang Melayu memang dibelakang Mahathir tapi bukan kekal tinggi pada setiap masa seperti yang dipercayai pemuja-pemujanya seperti Kadir Jasin dan lain-lain.

Hakikatnya sokongan Melayu kepada Mahathir setakat cukup untuk memberikan BN majoriti mudah dalam parlimen, sementara sokongan Cinalah yang mengekalkan majoriti 2/3 selama 22 tahun.

Buktinya ialah melihat kepada kemorosotan sokongan Melayu terhadap UMNO/BN dalam pilihanraya umum 1990 dan pilihanraya umum 1999 dimana pada waktu itu undi Melayu berpecah akibat dari penubuhan parti Semangat 46 dan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Selain kehilangan Kelantan pada tahun 1990, BN kalah di kesemua kerusi DUN dan Parlimen.  Kelantan adalah sebuah negeri majoriti Melayu.

Begitu juga dalam PRU 1999.  Dalam banyak kenyataan, Mahathir sendiri mengakui bahawa sokongan cinalah yang menyelamatkan BN pada tahun 1999.  BN pada tahun tersebut kehilangan Terengganu, dengan Kelantan kekal dibawah pentadbiran PAS dengan pembangkang mencatatkan pertambahan jumlah kerusi parlimen hampir 200%.

Sebagai perbandingan, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berjaya mengembalikan semula sokongan Melayu yang banyak terlepas dalam pilihanraya umum 2008.  

Buktinya, dua negeri majoriti Melayu yang dirampas dalam tahun tersebut, Perak dan Kedah, berjaya dikembalikan.  Sementara UMNO menambah 9 kerusi parlimen dan lebih 30 kerusi DUN yang dulunya terlepas.

Cuma Najib tidak berjaya mengembalikan semula majoriti 2/3 kerana undi masyarakat cina merosot teruk ke tahap 3%-5% sahaja  seperti dibuktikan dari kekalahan besar BN di Pulau Pinang - negeri majoriti cina.

MCA sahaja tinggal 7 kerusi parlimen dari 14 kerusi pada tahun 2008.

Selain sentimen perkauman yang dimainkan pembangkang, punca lain adalah kegagalan parti-parti komponen BN yang berasaskan kaum cina untuk bersaing dengan DAP.

Maka itu, dalam menghadapi perhimpunan agung UMNO November depan, orang Melayu perlu mengekalkan sokongan lebih besar mereka terhadap Najib kerana hanya itu sahaja yang menjadi garis pemisah antara Melayu sebagai Perdana Menteri dan bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.

Agenda peribadi bekas pemimpin tertentu yang sanggup melihat UMNO lemah semata-mata untuk membuktikan dia betul, perlulah ditolak sama sekali.

Sampai masanya kita menerima hakikat bahawa dunia sudah berubah dan Najib serta UMNO juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.  Pemikiran lama masih relevan tapi bukan dalam semua perkara.

Tuesday, October 21, 2014

Azhar Idrus, Nik Aziz Sindir Dr Asri Yang Sokong Kempen Peluk Anjing




Penceramah popular Ustaz Ahar Idrus jelas sekali menetang kenyataan bahawa tiada masalah membela atau memeluk anjing seperti yang cuba digambarkan oleh sebahagian orang termasuk bekas mufti yang selalu memberi idea agak liberal, Dr Asri Zainul Abidin.



Sementara itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza menyatakan pandangan haram bagi umat Islam untuk menyentuh atau memegang anjing merupakan satu kesimpulan hukum yang cetek.

Dr Maza yang terkenal dengan pandangan-pandangan kontroversi menyatakan berdasarkan pandangan ulama tersohor dan beberapa mazhab, menyentuh anjing hukumnya tidak haram.

“Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya.

“Haramlah juga mereka yang bekerja membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek,” katanya.

Bagaimanapun pandangan Maza ini jelas tidak dipersetujui oleh Mursyidul AM Pas, Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan penganjuran kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ sebagai kerja orang tiada otak.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, terdapat pelbagai aktiviti lain yang lebih bermanfaat boleh dilakukan umat Islam berbanding memegang anjing tanpa alasan kukuh.

“Apabila keluar berita orang ramai pegang anjing, dalam kepala (mereka) tiada otak, tetapi ada ulat. Tidak munasabah orang Melayu, Islam sengaja himpun ramai-ramai pegang anjing,” katanya.

-by Soc

Babi Pun Boleh Samak, Bila Nak Buat Program 'Touch'?


Setelah program menyentuh anjing di Selangor Ahad lepas mendapat pujian dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, kini timbul persoalan bilakah agaknya program seumpamanya, tapi kali ini melibatkan babi pula nak diadakan?

Bagi kesedaran tentang anjing saja tak cukup, perlu beri kesedaran tentang babi juga kerana kedua-duanya tergolong dalam kategori yang sama - najis berat, kalau tersentuh perlu disamak.

Apatah lagi, ada kategori babi ini yang dijadikan orang binatang peliharaan, dipeluk, dibelai dan tak kurang yang dipakaikan baju, letak reben dan yang seperti itu.

Penganjur serupa yang mengadakan program sentuh anjing ini, perlu mengadakan program sama membabitkan babi pula kalau betul tujuannya nak beri kesedaran kepada orang Islam seperti mana yang didakwa sebelum ini.

Kita pun nak tahu berapa ramai orang Islam di Malaysia ini yang sanggup nak bercium mulut dengan babi seperti mana mereka bercium mulut dengan anjing Ahad lepas.

Agak-agak ada 1,000 orang?

Sementara itu, cerdik pandai agama berkenaan boleh membantu dan memberi sokongan masing-masing terhadap program itu nanti seperti mana mereka menggalakkan program 'touch' anjing Ahad lepas.

Monday, October 20, 2014

Mampukah Jokowi Mengubah Persepsi Rakyat Indonesia Terhadap Malaysia?


Pasang surut hubungan Malaysia-Indonesia bukan perkara.  Dua negara ini pernah 'berperang' secara tidak rasmi sewaktu era konfrantasi, tegang kerana isu-isu kecil seperti tajuk lagu, nyaris berlaku konflik ketenteraan di Ambalat dan sebagainya.

Tapi dalam pada itu, berduyun-duyun juga orang Indonesia yang masuk ke negara ini untuk bekerja - sama ada secara haram atau secara sah, yang pandai cakap Kelantan pun ramai.

Justeru, apakah perlantikan Joko Widodo (Jokowi) sebagai Presiden baru Indonesia hari ini akan membawa hubungan Malaysia-Indonesia ke satu tahap lain yang lebih baik, lebih teruk atau sama saja keadaannya tidak berubah?

Sunday, October 19, 2014

Bila Anwar Terdesak, Azmin Pun Dia Buat Tak Nampak

<div align="justify">
PERUBAHAN dalam hieraki kepimpinan PKR baru-baru ini banyak dikaitkan dengan gerakan menyekat pengaruh Timbalan Presiden nya, Azmin Ali dari berkembang lebih jauh dari keadaannya sekarang, terutama setelah Anwar kembali ke sarangnya - di penjara Sg Buloh.

Memanglah kenyataan ini dinafikan Azmin,  itu bukanlah suatu yang pelik sebab agaknya sudah jadi dasar parti itu nafi semua benda tak elok yang dikaitkan dengan parti tersebut. Mahu terbalik gunung kalau dia terus mengaku bahawa perubahan hieraki baru-baru ini memang bertujuan nak sekat pengaruhnya.

Tanya Anwar pun jawapan hampir sama cuma ada tambah bunga-bunga bahasa saja.

Jadi, artikel ini bukan untuk orang-orang ini mengaku atau tidak yang perbalahan dalaman itu sememangnya wujud tapi untuk rakyat menilai bahawa parti PKR ini sememangnya tak sunyi dari perbalahan sesama sendiri, bukan peduli langsung pada rakyat.

Yang pasti, perlantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR jauh dari menyelesaikan pertelingkahan dalaman parti tersebut tapi akan melebarkan lagi perbalahan sesama mereka terutama setelah Anwar masuk ke dalam.

Keinginan Azmin mencabar kerusi Presiden PKR yang tersekat dengan tindakan Anwar mencalonkan dirinya sendiri untuk jawatan itu (sebelum menarik diri dan membuka laluan isterinya untuk menang percuma) membuktikan Azizah bukan masalah pada Azmin.

Kalau Azizah pun bukan masalah pada Azmin, apa lagi si Rafizi, tahap gula - gula getah sajalah - mudah dikunyah, mudah diludah.

Selain itu, tindakan Anwar mencelah dalam pemilihan tempoh hari turut membuktikan hanya Anwar sahaja yang mampu berhadapan dengan Azmin walaupun kalau nak diikutkan, Azmin boleh saja langgar Anwar (seperti dalam krisis MB Selangor), maklum sajalah, semua rahsia Anwar dalam poket dia.

Oleh yang demikian, diakhirnya, langkah terdesak Anwar menempatkan orang kepercayaannya sahaja dalam kepimpinan tertinggi PKR untuk menyekat pengaruh Azmin, akan menemui kegagalan. Yang nyata, bila Anwar ke dalam sahaja, Rafizi, Azizah dan Izzah, boleh mimpi sajalah nak sekat Azmin.

UMNO/BN kalau tak pandai mengambil kesempatan dari pertelingkahan dalaman PKR ini untuk membaiki prestasi sendiri atau memburukkan keadaan dengan mewujudkan gerakan menjatuhkan kepimpinan sedia ada, tak tahulah nak cakap macam mana.

Memang dah bosan jadi kerajaanlah agaknya.
<div>

Saturday, October 18, 2014

UNSC: Pendekatan Wassatiyyah Kunci Kejayaan

KEJAYAAN negara mendapatkan satu kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC), dibaca dari sudut pandangan mana sekalipun, adalah satu kejayaan besar untuk negara ini walaupun sebelum ini kita telah beberapa kali menduduki kerusi berkenaan.

Mendapat 187 undi dari 193 negara yang bernaung di bawah PBB itu sahaja membuktikan bahawa negara ini disenangi hampir semua negara di dunia - pengecualian kepada negara haram Israel dan sekutu-sekutunya, majoriti terdiri dari negara-negara kepulauan kecil yang bergantung kepada Israel untuk menguatkan pertahanan negara masing-masing.

Sama seperti Israel, pihak pembangkang di Malaysia sehabis mungkin cuba merendahkan pencapaian tersebut, dibaca dari beberapa kenyataan (atau tidak langsung mengeluarkan kenyataan) semalam.

Friday, October 17, 2014

JIhad Bukan Masalah Tapi Manusia Yang Salah Guna

ADA kecenderungan di kalangan portal-portal berita pro pembangkang yang kita tahu dikendalikan orang bukan Islam, cuba menyalahkan jihad sebagai punca kenapa ramai orang Islam terjebak dengan fahaman radikal dan kegiatan keganasan.

Parti pembangkang yang bercirikan Islam pula memburukkan lagi keadaan itu dengan tafsiran mendalam mengenai jihad sehingga yang bukan Islam tadi percaya dengan sesungguhnya jihad ini memang berkaitan dengan keganasan dan fahaman radikal.

Contohnya PAS.  Dalam mereka memecat dan tidak mengiktiraf ahli-ahli parti itu yang menyertai perjuangan radikal di luar negara, ada pula pemimpin parti itu yang mengiktiraf kematian mereka yang terlibat sebagai syahid!!

Thursday, October 16, 2014

MES Di Radio Bukan Iklan, Tapi Kempen Politik

Kerajaan negeri Selangor sehingga sekarang masih mengharamkan apa-apa papan tanda yang mempunyai lambang 1Malaysia di dalamnya kerana beranggapan slogan itu adalah satu kempen politik walaupun hakikatnya tidak.

Maka itu, bila program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di putarkan di sebuah stesen radio milik pihak swasta, ia juga sepatutnya dilihat sebagai bukan satu iklan tapi satu kempen politik.

Hakikatnya, majoriti program dibawah MES ini bukan baru tapi adalah sebahagian dari janji pembangkang dalam manifesto pilihanraya umum sejak 2008.  Antaranya pemberian air percuma 20m3, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan lain-lain.

Wednesday, October 15, 2014

#Bajet2015 : Laporan Polis Fitnah Permata Dapat RM 711 juta

Agensi itu mendakwa artikel bertajuk ‘Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta’ yang dimuat naik portal itu pada Ahad lepas, telah memburukkan nama baik pegawai PERMATA yang bertanggungjawab menguruskan peruntukan agensi itu.

Selain itu, PERMATA mendakwa ia juga memburukkan nama penaung program PERMATA yang juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Agensi itu berharap polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab memuat naik artikel itu.

– Bernama

Tuesday, October 14, 2014

CGT vs GST: Ramai Sangatkah Jutawan Di Malaysia?

Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan cukai warisan yang dicadangkan Pakatan pembangkang untuk menggantikan GST ini hanya diunjurkan mampu memberi pulangan sebanyak RM 3.5 billion sahaja kepada negara dalam tahun pertama perlaksanaanya.

Fakta ini didapati dalam sidang media pembentangan bajet bayangan 2015 Pakatan pembangkang Khamis lepas.

Sedangkan sistem GST yang akan dilaksanakan pada April 2015 dijangka oleh Dekan Universiti Sains & Teknologi Malaysia (MUST), Dr. Yeah Kim Leng mampu memberi pulangan antara RM 18 billion - RM 20 billion kepada negara.

Monday, October 13, 2014

KJ Jadi TPM - Memahami Yang Tersirat

Khairy Jamaludin si Ketua Pemuda UMNO ini mungkin tidur dalam keadaan 'terkangkang' malam nanti setelah bekas orang kuat media era Tun Mahathir Mohamad, Datuk A Kadir Jasin seakan memberi perakuan akan kelayakannya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri lebih awal.

Khairy ada sebab untuk berasa bangga kerana Kadir diketahui seorang yang setia kepada Mahathir (public enemy Khairy no 1) sejak zaman berzaman. Bila Kadir memujinya ke tahap itu, sudah tentulah pujian itu dengan mendapat restu Mahathir terlebih dahulu.

Bukti kenyataan di atas memang tak ada tapi dalam keadaan Mahathir dan Kadir bertali arus menyerang kredibiliti Najib menggunakan blog masing-masing sekarang, kebarangkalian itu tak boleh diketepikan.

Apa pun, apa juga maksud di sebalik tulisan terbaru Kadir ini tidak penting, yang penting, marilah kita semua ramai - ramai menilai, apakah masuk akal seorang yang dilihat gagal mengetuai satu kementerian seperti Khairy (setakat ini), boleh menjadi orang nombor dua dengan begitu mudah?

Dua temasya sukan utama dunia, Sukan Asia dan Sukan Komanwel memperlihatkan kegagalan Kementerian yang diterajui Khairy mencapai sasaran pingat yang ditetapkan walaupun ia lebih rendah dari pencapaian 4 tahun dulu. 

Kalau Kadir (atau Mahathir) melihat kejayaan Khairy memenangi kerusi Ketua Pemuda dalam pemilihan lepas (hampir tanpa dicabar) sebagai justifikasi, maka mungkin Kadir sengaja menurunkan tarafnya dalam membaca politik UMNO kerana gagal melihat kejayaan itu bukan kerana kehebatan luar biasa Khairy, tapi kerana faktor - faktor lain seperti lawan yang tidak ada kredebiliti dan 'kredebimoney' yang setaraf untuk menyaingi Khairy.

Yang mana kalau diberi pilihan 'kredebi' kedua itulah yang paling paling penting sekali.

Sehingga di akhirnya, mana-mana pemerhati politik pun akan melihat Kadir (atau Mahathir) sebetulnya bukanlah betul - betul mahu Khairy menjadi Timbalan Perdana Menteri pun tapi lebih kepada memberi amaran agar Najib tidak terlalu bergantung kepada Khairy untuk mendapatkan sokongan orang muda. Bimbang kalau itu dibenarkan, akan muncul Anwar nombor dua dan Kadir (atau Mahathir) sudah tentu tidak mahu melihat itu dari berlaku.

Lagipun, dengan sejarah bapa mertua ditumbangkan dulu - antara lain kerana gerakan penentangan yang diketuai Mahathir, Khairy mungkin boleh menjadi lebih 'ganas' terhadap Mahathir dan legasinya dari Anwar pun kalau dia benar - benar menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti mana yang dibayangkan Kadir di dalam Blog nya.

Sunday, October 12, 2014

Orang Tak Berapa Kaya Pun Guna Minyak Juga


WALAUPUN faham dengan justifikasi kerajaan mengurangkan subsidi minyak sehingga menyebabkan kenaikan harga bahan petroleum tersebut di pasaran tempatan, tapi wajib diakui bahawa kenaikan tersebut memang memberi kesan kepada poket majoriti pengguna.

Macam dalam sesetengah kes, ada pengguna yang menanggung kos tambahan sehingga RM 50 sebulan - jumlah yang kelihatannya kecil tapi memberi kesan sedikit sebanyak kepada keluarga/individu yang perbelanjaannya cukup-cukup makan.

Bolehlah dihujahkan macam-macam jalan bagaimana nak mengurangkan perbelanjaan balik untuk menampung kenaikan, realitinya pun setiap orang tahu bagaimana nak 'adjust' perbelanjaan sedia ada untuk menampung kenaikan harga minyak

Tapi satu yang pasti, setiap kali isi minyak, sudah lebih ramai orang perasaan jumlah yang memenuhi tangki semakin lama semakin menyusut dengan jumlah wang yang sama.  Perkara ini bukan dikutip dari data yang disediakan agensi macam PEMANDU, tapi realiti yang kita lihat hari-hari berlaku depan mata.

Belum lagi kita sebutkan tindakan peniaga tertentu naikkan harga (terutama yang makan di luar) secara sikit-sikit tanpa kita sedar.  Sekali lagi, mungkin ada yang nasihat kurangkan makan luar - nasihat yang terpakai pada yang duduk di kampung atau isteri surirumah, tapi bagi yang bekerja di bandar, nak-nak suami isteri bekerja, lebih senang cakap dari buat.

Untuk golongan yang seperti inilah kerajaan perlu beri perhatian dan langkah mengurangkan cukai pendapatan tu, sedikit sebanyak memang membantu cuma tak tahu lagi bantu sebesar mana.  Terutamanya, dapatkah pengurangan cukai tersebut membantu menampung kos minyak yang naik?

Lagipun kuatkuasa pengurangan cukai ini tahun depan, minyak dah naik tahun ini.

Untuk menjaga hati rakyat yang masuk kelompok 'cukup-cukup makan' ini, pemimpin kerajaan diminta kurang-kuranglah cakap orang kaya saja dapat untung bila minyak murah sebab realitinya tak semua begitu.  

Ada juga yang betul-betul guna minyak untuk keperluan ulang alik kerja, menguruskan keluarga dan sebagainya, terkesan dengan kenaikan ini tapi mereka ini tak 'kaya' mana pun.

Itu sajalah nak cakap.

Friday, October 10, 2014

Kadir, Mahathir Dulu Tak Naik MAS Pun


ISU penggunaan pesawat rasmi kerajaan oleh Perdana Menteri dan isterinya ini sebetulnya bukanlah isu baru.  Kalau tak silap, sejak zaman Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lagi isu ini dah hebat diperkatakan orang.

Memang ada pro dan kontra sepanjang menjawab isu tersebut tapi satu yang pasti, perkara itu tidaklah menjadi kesalahan kerana sudah diputuskan oleh Kabinet sejak zaman berzaman (bukan benda baru).

Sebab itulah majoriti Perdana Menteri kita mutakhir ini (terutama sejak zaman Tun Mahathir Mohamad), tidak ada yang menggunakan pesawat awam untuk menjalankan tugas di luar negara, semuanya guna pesawat rasmi kerajaan.

Tak dengar sesiapa memekak pun waktu itu, mungkin sebab ada ISA agaknya.

Mutakhir ini pun persoalan sama sudah dibangkitkan beberapa kali oleh pemimpin pembangkang, majoritnya tentang kos dan kelayakan.  

Semua itu bagaimanapun sudah dijawab kerajaan, soal nak puas hati atau tidak dengan jawapan tersebut, itu bukan masalah kita.  Yang nyata kalau ada salah guna kuasa, lapor pada pihak yang berkenaan supaya tindakan dapat diambil.

Tapi tak pulak dengar apa-apa.

Begitupun, perbandingan dengan pesawat VVIP yang digunakan Ratu England sana dengan pesawat VVIP yang digunakan Perdana Menteri kita disini, yang ini baru pertama kali kita dengar.

Kita mungkin tak sebijak dengan batang tubuh yang membangkitkan perkara ini, Datuk A Kadir Jasin, tapi budak-budak sekolah pun tahu kerja sebagai Ratu England, dan kerja sebagai Perdana Menteri ni lain.

Kenapa nak disamakan, ini yang jadi susah nak menjawab ni.

Jumlah pesawat VVIP Ratu England (satu) dengan pesawat VVIP negara kita (9),juga tak sepatutnya dijadikan isu.  England itulah satu Ratunya pun, kita disini ada 8 Raja/Sultan/Yamtuan/Agung yang ada keistimewaan sama untuk guna pesawat rasmi negara.

Maka itu jumlah pesawat sedia ada, dikirakan munasabah dengan jumlah yang layak menggunakannya.

Nak kata Perdana Menteri dan isteri bermewah-mewah dengan harta kerajaan, tang mana?  Setakat kenapa guna jet A, kenapa tak guna jet B, itupun bukan isu sebab semua itu diatur kesesuaian perjalananlah dan keberadaan (availability) pesawat.

Takkan nak hadir mesyuarat PBB nun di New York sana, nak naik helikopter kot, tahun bila nak sampai?  Begitulah.perumpamaannya.

Jadi senang cakap, perkara ini takda isu apa pun, setakat kita rasa Kadir nak menyakitkan hati pihak-pihak yang berkenaan sajalah.  Kebetulan ada pulak pemimpin pembangkang yang bangkitkan persoalan sama, ambil kesempatanlah apa lagi, taklah nampak teruk sangat.

Begitupun, dalam nak meluahkan perasaan yang terbuku tu, janganlah sampai melukakan hati waris keluarga pesawat MH370  dengan menjadikan kehilangan pesawat tersebut sebagai bahan jenaka.  

Memang ada teknologi yang membolehkan orang awam mengesan pesawat yang sedang terbang, tapi kita semua tahu dan Kadir pun patut tahu, MH370 mana terbang lagi dah, sebab tu tak dapat kesan!!  Tolong cerdik sikit.

Thursday, October 9, 2014

Menjawab Tun M Siri 2: 'Padang' 2008 & 'Padang' 2013 Lain


Maaf cakap, Tun Dr Mahathir sebenarnya silap bila membandingkan keputusan pilihanraya 2008 dan 2013 sebagai penanda aras untuk mengatakan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih buruk dari Tun Abdullah Badawi (Paklah).

Sebelum PRU tahun 2008, pembangkang hanya mempunyai satu kerajaan negeri yang mereka perintah (itupun antara paling miskin di Malaysia) sedangkan dalam tahun 2013, mereka memerintah 2 negeri antara terkaya di Malaysia, Pulau Pinang dan Selangor selain Kedah dan Kelantan.

Itupun nasib baik ada perubahan di Perak dalam tahun 2009, kalau tidak mungkin lebih mencabar lagi keadaannya.

Maka itu tidak hairanlah kenapa ramai yang melihat persaingan dalam PRU13 bukan penentuan antara mendapatkan semula majoriti 2/3 (seperti mana harapan Mahathir) tapi untuk mengelakkan dari kalah buat pertama kali sejak merdeka!!

Penguasaan pembangkang di dua negeri itu sahaja (Pulau Pinang & Selangor) memberikan mereka banyak kelebihan untuk menguatkan sokongan terhadap parti masing-masing.  Seperti mana biasa, semua projek-projek kerajaan negeri sudah tentu diserahkan kepada kroni masing-masing, takkan nak bagi pada syarikat yang ada kaitan dengan BN pulak.

Faktor ini menjadikan pembangkang bertambah kuat dan mengukuhkan kedudukan di beberapa tempat, tak sebut lagi sentimen perkauaman dan agama yang mereka mainkan secara langsung atau tidak sepanjang tempoh tersebut (2008-2013).

Selain itu, PRU 2008 juga menyaksikan BN menang di 7 kerusi parlimen secara percuma, berbanding 2013 dimana semua kerusi ada pertandingan.

Maka itulah, dengan mengambil kira semua faktor di atas, Najib sebenarnya harus dipuji kerana berjaya mengekalkan BN sebagai kerajaan dalam PRU13 walaupun dengan hanya majoriti mudah dan kerusi parlimen yang sedikit rendah dari 2008.

Wednesday, October 8, 2014

Menjawab Tun M Siri 1: Benarkah Najib Lebih Lemah Dari Paklah?

Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam entry terbaru blognya di www.chedet.cc meneruskan kritikannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cuma pendekatan dalam kritikan kali ini nampak lebih kepada meluahkan rasa tidak puas hati mantan Perdana Menteri ke-4 itu terhadap Najib yang dikatakan tidak mendengar nasihatnya walapun dalam masa yang sama Mahathir mengakui Najib tidak ada kewajiban untuk mengikut nasihat tersebut.

Ke tahap Mahathir menyamakan dirinya sebagai Residen British pada zaman penjajah dulu dan Najib sebagai raja-raja Melayu yang wajib mendengar nasihat Residen ini.

Antara lain, Mahathir mahu Najib membatalkan pemberian tunai terhadap rakyat melalui BR1M, mendengar dan memberi bantuan lebih banyak kepada orang Melayu berbanding orang bukan Melayu dan sebagainya.

Cakap macam senang.  Nak tarik subsidi minyak yang Mahathir mula perkenalkan pada tahun 1984 dulu pun begitu sukar sekali walaupun subsidi itu sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa ekonomi negara.

Maklumlah, tahun 1984 dulu satu kampung satu kereta, hari ini satu rumah pun dah 2 atau 3 kereta.

Untuk mendapat perhatian Najib, Mahathir sengaja membuat perbandingan antara pencapaian Najib dalam PRU13 tahun lepas dengan pencapaian mantan Perdana Menteri kelima dalam PRU12 pada tahun 2008 yang mana menurutnya Paklah lebih baik dari Najib.

Nak berhujah dari segi jumlah keseluruhan, Mahathir menanglah.  Memang Paklah dulu dapat 140 kerusi parlimen, berbanding Najib, 133 kerusi parlimen (tambah 1 lagi setelah berjaya merampas Teluk Intan dari DAP menjadi 134).

Tapi Mahathir gagal melihat kejayaan Najib mengembalikan semula Kedah dan mengekalkan kuasa di Perak yang  mana BN tumpas dalam PRU12 yang lepas.  Mahathir juga gagal melihat bagaimana UMNO berjaya menambah 9 kerusi parlimen kepada 88 kerusi dalam PRU13 berbanding hanya 79 kerusi parlimen dalam PRU12.

Ini tidak mengejutkan kerana Mahathir memang diketahui kurang bergantung kepada jumlah kerusi parlimen dari UMNO untuk mengekalkan majoriti 2/3 BN sepanjang 22 tahun mengetuai komponen politik tersebut

Buktinya boleh dilihat dalam PRU1990 dan 1999 dimana pada waktu itu undi Melayu terhadap BN merosot dengan teruk akibat perpecahan dalam UMNO lanjutan dari kewujudan S46 dan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, BN yang Mahathir pimpin diselamatkan oleh undi bukan Melayu, terutama undi Cina.

Dalam tahun 1999 umpamanya, kemerosotan undi Melayu terhadap BN begitu ketara sekali dengan BN hilang kuasa di Terengganu (negeri majoriti Melayu) dan gagal menawan Kelantan.

-bersambung-

Monday, October 6, 2014

Bila NGO Anti-Polis Beli Plat Kereta Berharga lebih RM 300k

Pendedahan blogger http://theflyingkick.blogspot.com/ bahawa Pengerusi sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Mywatch, R.Sanjeevan membayar lebih RM 300 ribu untuk membeli dua nombor plat kereta sangat mengejutkan.

Pada pengumuman JPJ terlekat pada dua nombor bagi dua buah kereta dengan nombor pendaftaran BMW 8 dan BMW 11. Harga yang bersetuju dibayar oleh R.Sanjeevan adalah RM174,776 dan RM165,000.





Kemampuan sebuah pengerusi NGO membayar harga sebesar ini menimbulkan tanda-anya apakah terdapat unsur-unsur pembiayaan wang "haram" kepada pertubuhan ini dan pengerusinya yang dilihat begitu aktif memperlekehkan tugas polis.